BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! ISU KENAIKAN GAJI !!! BUKTI AGENDA PERIBADI PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 04 Dec 2013 04:00 AM PST


Isu kenaikan gaji melampau di Selangor yang membabitkan Menteri Besar,Exco dan ADUN ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi membuktikan agenda pembangkang yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri.Dari segi prinsipnya tidak salah untuk menaikkan gaji anggota pentadbiran di mana-mana negeri sekali pun,tetapi ianya hendak berpada-pada.Apa yang berlaku di Selangor amat mengejutkan ketua umum PKR sendiri apabila gaji menteri besar jauh lebih besar daripada perdana menteri sendiri.Malah beberapa jawatan yang membabitkan speaker dan timbalan speaker mendapat kenaikan mendapat mencecah lebih 300 peratus.Bayangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang hanya mentadbir sebuah negeri antara 13 negeri di Malaysia,menggunakan kuasanya untuk menaikkan gaji melebihi perdana menteri yang mentadbir satu negara.Rasa terkejut bukan sahaja dilahirkan oleh rakyat,tetapi juga rungutan didengari semakin kuat dari lapisan anggota PKR,Dap dan Pas yang merasakan pemimpin pembangkang hanya mendahulukan dan memenuhkan temolok mereka sahaja. 

Kalau dahulu slogan-slogan bertemakan rakyat digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk memenangi hati pengundi pada masa Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 tetapi setelah mereka menang,rakyat bukan lagi keutamaan mereka.Semasa penggal pertama pembangkang memerintah Pulau Pinang dan Selangor khususnya mereka berlagak lebih daripada malaikat.Demi memikat hati pengundi terutama orang Melayu,pembangkang membuat pelbagai program yang hanya cantik pada permukaan sahaja tetapi tidak mempunyai manfaat jangka panjang.Kini apabila mereka sudah masuk penggal kedua memerintah,barulah topeng munafik terbuka.Sebelum isu kenaikan gaji yang tidak masuk akal itu, kerajaan negeri juga telah melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan sikap sebenarnya mereka.Dalam isu Unisel milik kerajaan negeri, kebajikan pelajar diabaikan apabila masalah perumahan tidak dapat diselesaikan.Aset kepunyaan Yayasan Selangor yang ditubuhkan serta diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran Barisan Nasional juga mahu dijual satu ketika dahulu.Malah kerakusan pembangkang terserlah apabila padang bola yang menjadi tempat rekreasi penduduk Kelana Jaya sejak puluhan tahun juga mahu di jual kepada pihak pemaju perumahan.Apa yang berlaku di Selangor hanyalah sekelumit daripada masalah lain yang jauh lebih besar.Umpamanya Menteri Besar Diperbadankan (MBI) kini diterajui oleh Faekah Husin, setiausaha politik Abdul Khalid.  
Beliau bukan sahaja menguasai segala tindak tanduk menteri besar tetapi juga memastikan kedudukan dan kepentingan peribadinya terjadi.Dalam kes pelantikan Datuk Saifuddin Ismail Nasution sebagai pegawai politik Selangor,sehingga kini beliau tidak memasuki pejabat untuk menjalankan tugas.Oleh kerana setiausaha agung PKR itu adalah kroni Anwar Faekah menunjukkan sikap pilih kasih dengan memberi Saifuddin sebuah bilik yang kecil serta terletak jauh daripada pejabat menteri besar.Selain Faekah kebanyakan dasar dan keputusan pejabat menteri besar didakwa diputuskan oleh wanita-wanita kesukaan Abdul Khalid.Antara seorang yang bernama Rohani yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan intim dengan beliau.Walaupun sudah melangkaui umur persaraan namun Rohani diberi kedudukan tinggi di dalam MBI dengan gaji lima angka.Dengan gaji yang begitu tinggi beliau hanya perlu menjenguk ke pejabat hanya sekali sekali sahaja dan boleh dikatakan mendapat gaji buta dengan goyang kaki sahaja.Beginilah pakatan pembangkang memperlakukan negeri di bawah pentadbiran mereka seperti harta kepunyaan peribadi. 

Kini timbul juga isu elaun Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor yang mencecah jutaan ringgit walaupun mengambil gaji RM1 sebulan.Tidakkah rakyat terkejut apabila Anwar dikatakan mendapat elaun sebanyak RN15 juta setahun tetapi jumlah tersebut kini dikatakanuhanya RM150,000 sahaja.Apa pun rakyat Selangor telah tertipu dengan sikap pembangkang yang berpura-pura menjaga kebajikan rakyat. Kebanyakan daripada program-program yang membabitkan warga emas,pelajar universiti,anak-anak pra-sekolah,amanah saham seperti Tawas di bawah MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) diabaikan dan tidak mencapai sasaran.Puluhan juta ringgit sudah di dibelanjakan dari segi program penerangan kerajaan negeri seperti Layar Rakyat,Pikom,TV Selangor tetapi semuanya lingkup dan tidak berjaya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KES SITI AISYAH BUAT DAP SEMAKIN KELIRU !!!

Posted: 03 Dec 2013 09:00 PM PST


Kisah mengenai rakyat Malaysia,Siti Aisyah Abd. Wahab menjadi hamba di London selama 30 tahun menjadi semakin hangat dengan pendedahan mengenai pembabitan beliau dengan komunisme.Seperti yang dijangka, DAP pantas 'tersentuh' apabila perkataan 'komunis' disebut.Maka sepantas itu juga kisah Siti Aisyah digarap oleh DAP untuk dijadikan peluru bagi menentang kerajaan.Untuk itu,DAP membandingkan sikap kerajaan BN terhadap Siti Aisyah dengan apa yang berlaku kepada abu mayat Chin Peng.Tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa kerajaan BN bersikap berat sebelah dan tidak adil dalam melayan penyokong dan penganut komunisme. 

Pada 17 November lalu,Lim Kit Siang telah bertegas bahawa beliau bukan komunis atau menganut fahaman komunis.Kata beliau,tuduhan bahawa beliau menyokong komunis merupakan usaha terdesak UMNO untuk memburukkan imejnya.Berdasarkan kenyataan ini,nampaknya Kit Siang bersetuju bahawa komunis adalah musuh negara dan sebarang kaitan dengan komunis membawa impak negatif kepadanya dan juga partinya.Namun,dalam usaha DAP menyerang kerajaan kerana memberi layanan berbeza antara Siti Aisyah dan Chin Peng,DAP telah menggelar Chin Peng sebagai 'matyr' atau seorang yang mati syahid,yakni wira yang tumbang dalam perjuangan yang murni.Sebelum ini juga,bukan anda tidak tahu bagaimana DAP bertungkus lumus berusaha untuk membawa balik Chin Peng semasa hayatnya dan kemudian abu mayatnya,semata-mata untuk memberi penghormatan tertinggi kepada pejuang komunis itu. 

Justeru,saya ingin bertanya DAP atau Kit Siang sendiri,jika menjadi komunis adalah sesuatu yang buruk dan negatif,kenapakah Kit Siang dan DAP menyanjung Chin Peng ??? Apakah komunis itu jahat atau baik bagi DAP ??? Apakah komunis itu wira atau musuh negara bagi Kit Siang ??? Jelas,Kit Siang atau DAP sendiri sudah keliru dengan pendirian mereka sendiri mengenai komunis.Satu saat mereka menyokong Chin Peng tetapi di saat yang lain mereka enggan dikaitkan dengan perjuangan komunisme Chin Peng.Satu saat Chin Peng adalah wira,tetapi di saat yang lain sebarang kaitan dengan perjuangan Chin Peng merupakan sesuatu yang buruk untuk mereka.Kekeliruan DAP bertambah parah apabila kisah Siti Aisyah terdedah.DAP cuba merungkai kekeliruan sendiri dengan mengalihkannya kepada BN dengan mempersoalkan layanan dwistandard antara Siti Aisyah dengan Chin Peng. Sebenarnya, persoalan ini begitu mudah sekali untuk dijawab.Sebab kerajaan tidak memusuhi Siti Aisyah sepertimana Chin Peng ialah kerana Siti Aisyah bukan personaliti yang signifikan dalam perjuangan komunisme di Malaysia.Beliau tidak pernah membunuh atau mengarahkan pembunuhan ke atas rakyat dan pihak keselamatan negara. 

Malah, dari satu sudut Siti Aisyah boleh diperdebatkan sebagai mangsa yang lemah kerana terlalu mudah terpengaruh dengan ideologi komunis yang disogokkan kepadanya.Lebih dari itu,beliau tidak pernah menyebabkan apa-apa kemusnahan kepada negara dan memilih untuk membawa fahamannya ke negara asing.Berbeza dengan Chin Peng yang menjadi dalang,ketua dan punca kematian,kecederaan dan kemusnahan yang melanda negara.Sebagai ketua,Chin Peng wajib dipertanggungjawabkan ke atas segala keburukan yang dibawa oleh komunis kepada negara ini.Chin Peng bukan orang yang menurut perintah, tetapi orang yang memerintah.Jika Siti Aisyah perlu dilayan sama seperti Chin Peng,maka kerajaan juga wajar melayan Hishamuddin Rais dengan cara yang sama.Kenapakah DAP tidak membandingkan Siti Aisyah dengan Hishamuddin Rais ??? Jika DAP tidak mampu memahami perbezaan ini,maka sahlah bahawa parti itu terdiri dari manusia yang kurang cerdik belaka. Nasihat kita pada DAP,selesaikan dulu kekeliruan mengenai kedudukan komunis dalam perjuangan parti itu sebelum menuduh orang lain keliru.Apa yang pasti,orang lain tidak pernah keliru mengenai siapa komunis, siapa musuh dan siapakah rakyat yang setia pada negara. Yang sentiasa keliru dari dahulu sehingga ke hari ini, hanyalah DAP.Malah,sehingga ke hari ini juga,DAP nampaknya masih lagi tidak tahu kepada negara manakah mereka harus sandarkan kesetiaan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU KENAIKAN GAJI !!! AKHIRNYA SEMUA TUDUHAN TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Dec 2013 06:00 PM PST


Tuduhan 'boros','menghabiskan wang rakyat','membazir' dan 'perompak' telah terlalu sering dilemparkan terhadap kerajaan oleh pembangkang.Kononnya,semua pemimpin-pemimpin BN itu zalim,korup dan tamak.Kononnya juga,pemimpin pembangkang itu begitu prihatin,zuhud,sederhana,bersih dan telus.Namun,dalam 'kezuhudan' dan 'kesederhanaan' pemimpin pembangkang,kita tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman kenaikan gaji mereka di Selangor sehingga 373%.Perlu diingatkan bahawa Pulau Pinang juga telah menaikkan gaji pemimpin kerajaan negeri sejurus selepas DAP berkuasa manakala Selangor pula sebelum ini,telah pun menaikkan elaun pemimpin negeri.Jelas,segala kenaikan itu belum cukup lagi dan mereka perlu menambah lagi gaji masing-masing.Lebih menyakitkan hati rakyat apabila kerajaan negeri Selangor masih lagi tidak menunaikan keseluruhan janji di dalam Manifesto mereka. 

Elaun anak-anak tadika,elaun ibu tunggal dan beberapa janji lain lagi masih lagi tinggal janji.Malah,masalah air juga belum lagi selesai sepenuhnya.Justeru,saya hairan apabila pihak pembangkang membela kenaikan gaji yang drastik ini dengan menganggapnya sebagai selaras dengan KPI kerajaan negeri.Kononnya,para pemimpin Selangor layak mendapat kenaikan gaji yang begitu tinggi kerana mereka telah menjalankan tugas dengan baik.Malah,ada juga yang berhujah bahawa Speaker kerajaan negeri Selangor,Hannah Yeoh,layak mendapat gaji lebih tinggi dari Perdana Menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding Datuk Seri Najib Razak.Persoalannya,prestasi apa untuk dibandingkan antara Speaker DUN dengan Perdana Menteri ??? Bagaimanakah prestasi tersebut dinilai ??? Dari segi kerja-kerja politik atau kerja-kerja untuk kebajikan rakyat ??? Berapa ramaikah rakyat Selangor yang hidupnya berubah atas jasa Hannah Yeoh ??? Prestasi apa jika berpuluh lagi manifesto masih belum terlaksana ??? Inikah meritokrasi ala PR ??? 

Atau,mungkinkah prestasi tersebut dinilai dari sejauh mana dakwah Kristian yang berjaya disampaikan oleh seseorang pemimpin ??? Atau sekuat manakah kebencian terhadap BN dan Melayu yang mampu diterapkan setakat ini ??? Jika prestasi ini yang dimaksudkan maka sememangnya Hannah Yeoh layak menerima gaji yang lebih tinggi dari Perdana Menteri.Bagaimanapun,gaji yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada seorang pemimpin negeri adalah untuk beliau bekerja demi rakyat bukannya demi kesinambungan politiknya mahupun kerja-kerja untuk agamanya.Setakat ini,rakyat Selangor yang bukan berbangsa Cina dan juga yang bukan beragama Kristian tidak dapat 'merasai' apa-apa jasa Hannah Yeoh yang melayakkan beliau menerima gaji lebih tinggi dari Perdana Menteri.Apa yang dilakukan oleh Hannah Yeoh tidak sekelumit pun setanding dengan tanggungjawab dan kerja-kerja yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib.Tetapi apa yang pasti,kesungguhan Perdana Menteri bekerja telah yang menjamin keutuhan negara dan kesejahteraan hidup kita semua.Tindakan PR membela kenaikan gaji pemimpin Selangor secara drastik membuktikan bahawa parti itu meletakkan pemimpin mendahului rakyat.Hujah PR dalam mempertahankan kenaikan gaji itu pula membuktikan bahawa parti itu mencuba untuk memperbodohkan rakyat di samping mempersetankan sahaja segala pendapat dan pandangan rakyat.Mungkin PR perlu perkenalkan slogan baru iaitu "Pemimpin didahulukan,Rakyat diperbodohkan".

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...