BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! #ANWARIBRAHIM CADANG PROGRAM BARU GANTI SEKSUALITI MERDEKA !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! #PEMBANGKANG NAIK SAWAN LAGI !!! GUNA TAKTIK MENIPU RAKYAT,ANJUR #DEMO GILA MALAM TAHUN BARU !!!
- BONGKAR !!! LAPORAN #GFI !!! KEPADA #PEMBANGKANG !!! TAK PERLU NAK POLITIKKAN EKONOMI NEGARA !!!
- EKSKLUSIF !!! WAJAH SEBENAR SIAPA #REJIMENANARKI YANG MENGHINA DYMM SULTAN JOHOR DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA PENGURUSAN #ICITY MENIPU PENGUNJUNG DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! MARI BELAJAR KESIHATAN !!! APA ITU #KOLESTROL ???
| KANTOI !!! #ANWARIBRAHIM CADANG PROGRAM BARU GANTI SEKSUALITI MERDEKA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 19 Dec 2013 07:30 AM PST Ketidakhadiran Anwar Ibrahim ke mahkamah pada 11 dan 12 Disember lalu bagi mendengar Rayuan Kes Liwat II mengukuhkan kedudukannya sebagai 'bersalah' di mata rakyat.Apatah lagi dengan alasan ketidakhadiran itu adalah untuk menghadiri seminar anjuran IIIT di Georgetown University Amerika Syarikat.Hakikat bahawa IIIT mempunyai sejarah skandal liwatnya sendiri dan University Georgetown juga merupakan antara universiti yang mengambil pendekatan 'mesra' LGBT,menjelaskan kenapa Anwar lebih mementingkan seminar tersebut daripada usaha untuk membersihkan namanya di mahkamah.Bagaimanapun,maklumat dalaman memberitahu bahawa seminar yang dihadiri Anwar hanyalah sebahagian kecil dari tujuan utama beliau ke sana.Tujuan utama Anwar ke sana,antaranya adalah untuk berjumpa dengan Nate Tisa,iaitu seorang homoseksual pertama yang dilantik sebagai Presiden Pelajar university itu.Selain Nate,Anwar juga telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ryan Fecteau,iaitu jurucakap homoseksual pertama bagi Catholic University of Amerika. Seperti juga agama Islam,agama Kristian turut mengalami ancaman hebat dari kumpulan LGBT.Kumpulan songsang LGBT dilihat sebagai telah berjaya meruntuhkan pertahanan Kristian dengan bersaranya Pope Benedict dari Vatican secara tiba-tiba awal tahun ini.Beliau merupakan Pope pertama yang bersara sejak 600 tahun dahulu.Ramai yang melihat persaraan beliau sebagai bertitik tolak dari ancaman dan tekanan dari kumpulan liberalis yang kurang senang dengan ketegasan beliau menentang LGBT.Keraguan ini dikukuhkan lagi dengan tindakan media barat yang seolah-olah memperlekeh-lekehkan beliau dengan mengaitkan beliau dengan Islam sejurus selepas beliau bersara.Pope Francis yang menggantikan Pope Benedict kemudiannya pantas digambarkan oleh media barat sebagai lebih terbuka terutama terhadap masalah LGBT.Maka tidak hairanlah,pada hari ini mula terdapat pihak Catholic Kristian yang mula membicarakan,malah mengaku mewakili kumpulan LGBT dalam agama itu secara terbuka. Kononnya,amalan homoseksual tidak semestinya akan menjejaskan iman dan kepercayaan mereka terhadap Jesus Christ.Kita melihat perjumpaan Anwar dengan beberapa personaliti homoseksual Kristian ini sebagai kesinambungan usaha kumpulan yang sama untuk 'menembusi' agama Islam pula.Setakat ini,agama Islam digambarkan sebagai satu-satunya agama yang menentang LGBT sedangkan hakikatnya ia turut dikecam dan diharamkan oleh Kristian dan juga Judaism.Namun,hari ini hanya Islam yang dijadikan sasaran utama memandangkan Kristian dan Judaism sudah berjaya ditembusi mereka.Dari situ,kumpulan ini secara tidak langsung mengajak 'dunia' menentang Islam atas alasan ajarannya yang 'rigid' dan tidak adil.Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa 17 Mei merupakan Hari Menentang Fobia Terhadap LGBT Sedunia (International Day Against Homophobia and Transphobia) atau IDAHO. IDAHO disambut besar-besaran di seluruh dunia oleh kumpulan pro-LGBT dengan sambutan terbesar dibuat secara bergilir antara negara yang terlibat.Antara yang menjadi pendokong kuat IDAHO termasuklah Nick Xenophon, ahli parlimen Australia yang beberapa kali berusaha untuk memujuk kerajaan negaranya agar masuk campur dalam PRU Malaysia atas permintaan Ambiga dan Anwar Ibrahim.Sekadar mengimbas kembali,Anwar juga pernah ke Perancis pada ketika sambutan terbesar IDAHO diadakan dinegara itu.Khabar menyatakan bahawa perjumpaan Anwar dengan kumpulan homoseksual di Amerika turut membincangkan mengenai sambutan terbesar IDAHO tahun hadapan.Menurut sumber,terdapat cadangan untuk mengadakannya di Malaysia bagi menggantikan program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh kerajaan. saya tidak pasti sejauh mana khabaran ini benar.Namun begitu,ketidakhadiran Anwar ke rayuan kes liwatnya dengan sendiri meyakinkan kita bahawa ianya benar belaka.Justeru,tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar mungkin bukan satu ancaman kepada negara,tetapi beliau mampu menjadi ancaman kepada akidah dan pegangan kita serta generasi akan datang sebagai umat Islam dan sekiranya masih ada penganut Kristian yang berpegang kepada ajaran Kristian sebenar,maka Anwar juga wajar dilihat sebagai ancaman kepada agama itu.Bagaimanapun,melihat dari perkembangan terkini dalam agama Kristian di Malaysia,nampaknya penganut agama itu di sini juga telah 'berubah' mengikut rentak Pope Vatican yang baru,malah jauh lebih terbuka lagi dengan sama-sama membela dan menyokong kumpulan LGBT. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 19 Dec 2013 04:00 AM PST Seperti ada yang tidak kena,apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini.Tidak ketinggalan para pencacai mereka turut menyebarkan poster,risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.Yang menghairankan ialah,mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut ??? Pelik bukan ??? Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini.Sekiranya kita imbau kembali,sejurus selepas pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses pilihan raya umum ke-13 lalu,beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan.Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan.Sebagai contoh,demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini. Paling menarik,portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut. Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang,manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada program tersebut.Tidak lama selepas,mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili suara anak muda,untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah yang akan dijalankan. Namun rata-rata di kalangan seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang,apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat,walaupun sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi yang diadakan.Pada satu ketika,dia meminta agar sistem demokrasi itu ditolak,namun dalam masa yang sama dia tetap mengangkat sumpah.Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar,mereka yang berhimpun akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.Terbaru,pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur,Jalan Raja Laut.Malangnya,program yang diadakan itu sekali lagi GAGAL mendapat sambutan.Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu.Walaupun sebelum ini,pihak penganjur begitu bersungguh- sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota. Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi ??? Jawapannya mudah,pakatan pembangkang nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.Mereka memilih malam tahun baru kerana,pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun baru.Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik,beramai- ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api.Dalam erti kata lain,sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat sambutan,namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.Ini kerana,mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini.Malah mereka juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat,namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! LAPORAN #GFI !!! KEPADA #PEMBANGKANG !!! TAK PERLU NAK POLITIKKAN EKONOMI NEGARA !!! Posted: 19 Dec 2013 12:30 AM PST Laporan Global Financial Integrity iaitu sebuah NGO luar negara mengenai aliran keluar wang secara haram dari negara ini yang tinggi adalah tidak tepat kerana laporan tersebut telah mengambilkira eksport semula melalui Hong Kong yang tidak dimasukkan di dalam anggaran.Bank Negara menjelaskan bahawa eksport semula ke Hong Kong adalah terlalu kecil dan dikira tidak signifikan berbanding eksport semula melalui Singapura yang tiga kali ganda jumlahnya.Malah,sekiranya eksport semula melalui Singapura diambilkira,maka peratusan kedudukan manipulasi penetapan harga akan berkurangan sehingga 70%.Sekiranya eksport semula diperincikan,maka apa yang dicatatkan sebagai aliran wang keluar haram adalah sebenarnya pindahan perolehan yang tidak direkodkan secara rasmi. Bagaimanapun,penjelasan Bank Negara Malaysia ini hanya 'dipersetankan' oleh pihak pembangkang di Malaysia yang lebih gemar menggembar-gemburkan apa saja yang mampu memburukkan imej kerajaan. Pembangkang pantas mempolitikkan isu ini bagi menampakkan ketidaktelusan kerajaan.Seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan kerana Bank Negara bukanlah satu rangkaian politik bagi mana-mana parti.Bank Negara turut menjelaskan bahawa pengumpulan perangkaan kesilapan dan ketinggalan (E&O) dalam imbangan pembayaran (BoP) cenderung berlaku bagi negara yang mencatatkan jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan pada 162% daripada KDNK seperti Malaysia.Bagaimanapun,apa yang kita perlu faham ialah tidak keseluruhan anggaran E&O adalah disebabkan oleh aktiviti haram.Malaysia selama ini sentiasa konsisten dalam memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.Malah,E&O dan BoP negara terletak pada 2% dari jumlah dagangan iaitu jauh lebih rendah berbanding tanda aras 5% yang ditetapkan oleh IMF. Penjelasan ini membuktikan bahawa Bank Negara bertindak professional serta jujur dalam menjelaskan laporan GFI.Jelas dalam hal ini,GFI hanya melaporkan berdasarkan angka tanpa mengambilkira penjelasan terperinci bagi setiap transaksi.Namun,ia bukan bermakna bahawa isu ini adalah isu politik,sebaliknya hanyalah satu laporan dalam proses biasa pengurusan ekonomi negara.Justeru,ada baiknya jika pembangkang mencari isu yang lebih konkrit dan matang untuk diketengahkan.Tidak perlulah bermain atas isu yang bukan pun satu isu.Apatah lagi isu yang tidak benar dan yang memberi gambaran buruk terhadap negara.Jadilah pembangkang yang mampu membawa kebaikan dan bukannya pembangkang yang hanya ingin melihat kemusnahan.Jadilah pembangkang yang setia pada negara. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! WAJAH SEBENAR SIAPA #REJIMENANARKI YANG MENGHINA DYMM SULTAN JOHOR DIDEDAHKAN !!! Posted: 18 Dec 2013 09:00 PM PST gambar di atas adalah wajah sebenar rejimen anarki yang selalu menghina DYMM Sultan Johor.nak tahu di mana saya dapat maklumat sebenar ini ??? jom lihat statement di bawah Hari ini kami hadiahkan pada anak anak Johor siapa dia Rejimen Anarki yang selalu suka maki hamun DYMM Sultan Johor kami yang amat2 humble.Rejimen Anarki....dulu kami dah pun bagi amaran supaya kerja2 hina Sultan ni di berhentikan tapi apa kamu reply ??? Ini dah terlampau genster sangat la ya berapi rapi buat amaran pada pasukan keselamatan konon nak langgar polis.Baik...kita tengok jauh mana kehebatan gertakan anak jantan kamu.Kami nak lihat.Kepada yang baca post ini kami mohon share kepada orang ni agar sampai ke pengetahuan dia bahawa dia REJIMEN ANARKI telah di identify dgn kerjasama jaringan tuan lama akaun ni.\ Salinan ic pun kami dah dapat cuma buat masa ni BLASTING info cuma dapat kebenaran setakat ini sahaja.Kamu nak langgar polis masa tahun baru kan ??? Pastikan kamu ada di barisan paling hadapan sekali.Bukan polis pdrm yang tunggu kamu langgar tapi ORANG LAIN.Kalau takut kamu rasa terancam boleh lah buat report polis.....ingat sahabat2.....SILA SHARE MAKLUMAT REJIMEN ANARKI NI. Kita cabar dia pulak.Kalau berani DUDUK PALING HADAPAN SEKALI MASA MALAM TAHUN BARU NANTI. Ugut lah lagi ye dalam inbox.....oh ya.....kamu boleh siap siap lantik peguam perempuan yang selalu usung gitar tiap tiap pagi sabtu di dataran KL utk jadi peguam bela kamu....apa nama dia? Kami lupa lak......hihihihi....tak perlu la nak cari kami siapa....jauh kami ni....kena berenang Selat Melaka kalau nk cari kami....nasihat kami jangan buang masa yaaa.....cepat lantik peguam bela.....sapa baca ni tolong share share kan maklumat ni.. Sumber Su'ul Qhotimah APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA PENGURUSAN #ICITY MENIPU PENGUNJUNG DIDEDAHKAN !!! Posted: 18 Dec 2013 07:59 PM PST Aku marah dan aku tak boleh tidur.Aku sampai I-City pukul 9 malam dan aku pulang pukul 11.30 malam.Selama 2 jam setengah,adalah masa masa yang aku menyirap,aku menggeleng,aku merenung tajam dan aku luka jiwa raga.Aku kena main dan aku kena tipu.Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas dan ditipu secara professional.Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition',juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.Sebelum aku bercerita,hendak aku terangkan,bahawa berkira,kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza.Mari aku bentangkan perbezaannya.Kalau engkau membebel seperti ini ; "Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50,mamak Mosen benda sama sampai RM3.60.Padahal kedai mamak sama je,bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni". Yang perangai atas ni,nama dia kau berkira.Kalau engkau membebel seperti ini ; "Makan nasi putih ayam goreng,dengan sayur RM3.50.Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah,baru RM1.80.sama je, kennyang jugak" Yang perangai atas ni,nama dia kau kedekut.Namun,kalau engkau membebel seperti ini; "Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!" Yang perangai atas ni,nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya. Contoh 1 dan contoh 2,adalah masalah sikap.tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar.Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.Contoh 3 adalah masalah penindasan.Ya.Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas.Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa".Puiii puii puiii pada kumpulan ini.Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3.Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut,RM100 pun aku bayar,tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi. Ya.Aku rasakan,aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana.Lagi pedih,bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang,Gua Musang,Felda Chenor,Padang Melangit dan Mersing.Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota.Mereka ini,dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.Sebelum aku teruskan,mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik.I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan,dengan maksud,kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading.Sebaliknya aku salah,pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya. Mari aku ceritakan celakanya.Yuran entry,selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima.Normal dan tiada yang aneh.Ok sekarang,tempat paling attractive di I-City,namaya SNOWALK.Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa.Aku masuk ber empat semua sekali RM120.Ini pun,aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul,boleh imitate almost exactly Iceland atau Alps setidaknya.So RM120, setel..ready to rock in!. Wooo..bila aku dah masuk,rupanya kena rilek dulu,kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur).Lagi,yang pakai selipar,kena sewa kasut,beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap).Aku cakap pada fateem,faseeh dan cikgu,kita masuk je dengan kasut yang sedia ada.Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli.Bukan sebab aku berkira,atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali,lepastu aku kena bayar lagi dan lagi,itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk,elok gaya nak masuk,brader jaga pintu spund cikgu,"handbeg tak boleh bawak masuk".Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang.Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar.Selang beberapa minit,cikgu datang balik pada aku,lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar".Dekat stage ni,aku geleng kepala.Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City,secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.Dalam kabin SNOWALK,boleh aku simpulkan,macam kau duduk dalam peti ais tempat beku.Ada igloo,ada lampu lampu,ada sedikit gelongsor ais.aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City,tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah,aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?".Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku,kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata,beam beam dan structure bangunan obviously there,sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak,butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik? Nampak,benda ni patutnya senang,tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal,semua aku tengok salah dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia.Bila aku sampai kat luar,aku tengok ramai yang menggigil sejuk,kasut yang sewa tadi semua bukak.kaki mereka aku tengok merah.Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu.Aku tak pernah pegi Iceland,Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana.Lantaklah! Aku cuba bertenang dan melepak dekat patung zirafah.fateem dengan faseeh nak main keretapi,kapal dan wheel apa benda entah.Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port.Dalam kepala aku fikir macam ni,aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang atau berapa berapa lah,lepastu boleh main freeflow.Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.Ada 6-8 jenis permainan,dia caj RM5/person untuk satu game.Ada 2-3 game yang RM10/person.Beli tiket pakai macam smartcard.Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis.Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round,tak sampai 5 minit in fact,aku kena bayar RM10.(RM5/person).Itu yang RM5, yang game RM10 pulak,baraaii!.Setengah jam,RM50 gone.Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour? Dalam hal ni,kau orang kena clear standpoint aku.Aku tak bercakap untuk aku saja.Aku bercakap untuk orang lain,yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap.Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City,mereka happy,bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar.Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah". yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game.Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.Kau orang sabar.Aku belum habis lagi ni.Berbalik pada hal permainan.Masa di kaunter,dekat depan kaunter,clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person".isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar.WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main,when they turn come,kau just suruh keluar sebab tak lepas height? Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance,kesian aku tengok orang kampung sorang sini,kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh,lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter.Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?" Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.Lalu aku khutbah pada dia,kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau,sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak,dalam keadaan orang ramai,nak cepat,nak bagi budak budak seronok.Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5.Mindtrick,sebab by default orang ingat sekilo RM5,orang tak banyak tanya terus mintak sekilo.Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram.Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5.Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti,tapi dalam masa yang sama,kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk,orang ramai berpusu,berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?.Ini nama dia manipulation. Dan akhir sekali, smartkad tu,kalau kau tak habis main,duit dalam tu banyak lagi,kau boleh refund RM5 sahaja.Maknanya,katala duit dalam tu ada lagi RM30,tapi anak kau dah mengamuk nak balik,atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital.Burnlah duit tu.Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak.Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30? Nampak tak macam mana orang kampung kena main? Aku dah tak larat nak menulis.Lama dah aku tak menulis panjang.Kesimpulan yang aku boleh bagi ; Aku berharap,I-City ni,kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit. Sumber Fdausamad APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! MARI BELAJAR KESIHATAN !!! APA ITU #KOLESTROL ??? Posted: 18 Dec 2013 04:00 PM PST hari ini posting saya lain sikit,mari kita belajar tentang kesihatan.ada yang tahu apa itu kolestrol,ada juga yang tak tau.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? saya akan terangkan satu persatu Apa Itu Kolesterol ??? Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.Kolesterol pemakanan datang daripada daging,ayam,ikan dan produk tenusu.Selepas makan,kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah.Selepas makan,hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah.Di antara waktu makan,hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah. Kolesterol Jahat,Kolesterol Baik Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol 'jahat' manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik. Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku ??? Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol.Lama-kelamaan,plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis,ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung.Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu.Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




.jpg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment