CELAH GELEGAR |
- Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah TERBIAR, Penduduk Tidak Selesa
- Ilustrasi Bagaimana Anggota Keselamatan di SERANG HENDAP di Kg Sri Jaya
- [TERBARU] Abby HINA artis kata buta politik & agama dalam ceramah
- [TERKINI] KPN: Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh, Jumlah Terkini 8 Maut
- [PENGECUT] Anwar DICABAR saman Reuters & perisikan Filipina
Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah TERBIAR, Penduduk Tidak Selesa Posted: 04 Mar 2013 03:20 AM PST
KAMPUNG SIMUNUL: Tiga mayat yang disyaki merupakan lelaki bersenjata Sulu yang ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang ingin berpindah. Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kayu dan yang ketiga di sebuah rumah panjang. Kawasan sekitar berlumuran dengan darah. Penduduk kampung berkata, mereka tidak tahu siapa yang akan mengebumikan mayat itu dan mereka menyatakan mengenai ketakutan terhadap mayat berkenaan.
Penduduk kampung di Lorong 5 sudah pun meninggalkan kawasan, dan penduduk luar Lorong 5 dalam perkampungan air kembali pulang. "Kami tinggal di sini selama lebih 30 tahun. Kami bukan pengikut Sultan Sulu. "Kami takut selepas insiden tembak-menambak, tidak selamat lagi di sini," kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali. Tiada anggota polis beruniform atau anggota tentera dilihat pada pagi Isnin apabila penduduk kampung mengemas barang-barang mereka, termasuk peti sejuk, televisyen dan dapur, untuk menetap bersama saudara-mara mereka di tempat lain. | ||||||
Ilustrasi Bagaimana Anggota Keselamatan di SERANG HENDAP di Kg Sri Jaya Posted: 04 Mar 2013 02:20 AM PST Serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang dan jumalah keseluruhan kepada lapan orang. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Hj Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari Ahad dan berakhir kira-kira 7 malam, Tan Sri Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu. | ||||||
[TERBARU] Abby HINA artis kata buta politik & agama dalam ceramah Posted: 03 Mar 2013 02:11 PM PST JOHOR BAHRU 3 Mac - Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang menyertai pembangkang, memperkecil-kecilkan golongan artis sebagai tidak peka dalam politik dan menuduh mereka tersasar jauh dari landasan Islam. Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas di sini malam tadi, Abby menyifatkan bekas rakan-rakan dalam dunia seni menyertai majlis-majlis anjuran kerajaan sekadar untuk menghiburkan penonton dan menerima bayaran tanpa mengambil tahu perihal apa-apa politik. "Artis bila popular, ego mereka tinggi dan masih ramai yang menyokong UMNO. Mereka tidak percaya rezeki dari Allah, mereka percaya rezeki UMNO yang bagi. "Saya berada pada tahap cabaran yang sangat tinggi dalam usaha mentarbiah para artis. Bila saya kongsi maklumat di Twitter atau Facebook, mereka kata saya taksub dengan Pas," katanya. Abby yang mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini, turut mendakwa ramai artis hari ini yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut kerana tidak dididik tentang kepentingan politik. Ceramah hanya dihadiri tidak sampai 500 orang itu bermula kira-kira pukul 10 malam hingga 11.45 malam, namun tempoh Abby berucap setakat 40 minit dengan sesi-sesi lain diisi oleh penceramah Pas tempatan dan diselangi dengan persembahan beberapa buah lagu oleh sekumpulan pemuzik. Ustazah Jadian' Abby boleh pesongkan akidah - Zed ZaidiJOHOR BAHRU 3 Mac - Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan. "Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain. "Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil mengulas kenyataan Abby yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah. Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, di sini semalam, Abby juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik. | ||||||
[TERKINI] KPN: Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh, Jumlah Terkini 8 Maut Posted: 03 Mar 2013 06:59 AM PST LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu. Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna. "Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya. Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh. Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu. Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri. Sehingga hari ini sudah lapan (8) orang anggota keselamatan keseluruhannya telah terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu dan Semporna. Dipihak penceroboh pula dua belas orang terbunuh di Lahad Datu, seorang dibunuh penduduk kampung dan enam orang terbunuh dalam pertempuran di Semporna menjadikan sembilan belas (19) orang keseluruhannya. Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya. "Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya. Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA | ||||||
[PENGECUT] Anwar DICABAR saman Reuters & perisikan Filipina Posted: 03 Mar 2013 03:44 AM PST |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment