BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR #SINGAPURA NEGARA YANG PALING AMAN DI DUNIA ???

Posted: 17 Dec 2013 07:30 AM PST


awal minggu lalu,dunia gempar dengan insiden rusuhan di Singapura,ekoran republik itu dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan mempunyai penduduk yang berdisiplin.Rusuhan itu berlaku apabila kira-kira 400 pekerja Asia Selatan merusuh di Little India selepas sebuah bas melanggar mati seorang pekerja binaan warga India,menyaksikan 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam mengalami kecederaan dan 25 kenderaan termasuk 16 kereta polis musnah.Kejadian itu amat mengejutkan kerana Singapura dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan jarang mempunyai masalah-masalah sosial yang menggemparkan.Rusuhan itu juga dianggap yang terbesar dan terburuk di republik itu dalam tempoh 40 tahun.Selain itu,republik ini merupakan sebuah negara yang maju dan tidak mempunyai masalah ekonomi berbanding negara lain di rantau ini,menyebabkan sukar untuk mempercayai insiden rusuhan sebesar itu boleh berlaku di Singapura.

Namun begitu,mungkin ramai yang tidak mengetahui sebelum ini,sebenarnya terdapat tujuh rusuhan buruk dan berdarah pernah berlaku di republik ini sejak 1854.Pada 1964,berlaku rusuhan kaum melibatkan kaum Cina dan Melayu ketika sambutan Hari Maulidur Rasul,kira- kira setahun sebelum Singapura berpisah dari Malaysia.Insiden itu berlalu apabila perarakan orang Islam dari Padang sehingga ke Geylang melalui beberapa jalan iaitu Andrew Street,Beach Road dan Arab Street diganggu oleh penduduk kaum Cina menyebabkan tercetusnya rusuhan.Sebanyak 36 orang terbunuh dan 556 cedera dalam kejadian tersebut menyebabkan kerajaan Singapura terpaksa mengisytiharkan darurat selama 11 hari untuk mengawal keadaan.Satu jawatankuasa kemudian ditubuhkan terdiri daripada pelbagai komuniti dan kaum untuk mengembalikan keamanan dan keharmonian antara kaum Melayu dan Cina di kawasan tersebut. Rusuhan kaum kedua di Singapura berlaku pada 1969 ekoran tempias rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 Mei tahun tersebut. 

Ia dicetuskan apabila seorang penarik beca kaum Melayu ditemui mati dibunuh selepas dipercayai diserang oleh beberapa orang kaum Cina pada 3 September tahun itu.Ia merebak di kawasan perumahan di Geylang,Joo Chiat dan Siglap dan sekali lagi kerajaan Singapura terpaksa melaksanakan perintah darurat dan keadaan kembali tenang beberapa hari kemudian.Sebanyak 13 orang dilaporkan terbunuh dan 106 cedera dalam insiden tersebut.Rusuhan pertama berlaku di Singapura dilaporkan berlaku pada 5 Mei 1854 melibatkan pergaduhan antara kaum Cina Hokkien dan Cina Teochew.Rusuhan itu berlanjutan selama 10 hari menyaksikan lebih 500 orang terbunuh.Tragedi itu dianggap sebagai satu daripada konflik terburuk melibatkan masyarakat Cina di Singapura pada kurun ke-19. Hampir 100 tahun kemudian,pada 11 Disember 1950,sekali lagi rusuhan berlaku di republik ini membabitkan isu Islam.Rusuhan ini dianggap paling tragis apabila 18 orang terbunuh apabila berlaku pertempuran antara penduduk Islam dengan pihak polis dan tentera Britain.

Ia berpunca daripada bantahan penduduk Islam di Singapura terhadap keputusan mahkamah yang memerintahkan seorang wanita warga Belanda,Maria Hertogh atau lebih dikenali sebagai Natrah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda, dan bapanya pula diberi hak menentukan agama anak gadisnya itu.Dalam pertempuran itu sebanyak 173 yang lain turut cedera dalam insiden yang turut dikenali sebagai Rusuhan Natrah.Sebanyak tiga rusuhan lagi berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas itu dari 1953, dikenali sebagai Rusuhan Latihan Khidmat Negara,Rusuhan Hock Lee Bus dan Rusuhan Sekolah Menengah Cina.Rusuhan Latihan Khidmat Negara pada 13 Mei 1954 berlaku selepas kira-kira 500 pelajar membantah undang- undang Britain di Singapura yang menetapkan penduduk lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun perlu menjalani program khidmat negara itu secara separuh masa. Demonstrasi yang mereka adakan bertukar menjadi pertempuran apabila polis cuba menyuraikan keadaan, menyaksikan 26 orang cedera dan 48 lagi ditahan. 

Rusuhan Hock Lee Bus pada 12 Mei 1955 pula tercetus selepas pekerja di Singapura tidak bersetuju dengan waktu kerja dan gaji yang rendah dan mereka bertindak menghalang perkhidmatan bas beroperasi. Seramai empat orang terbunuh dan 31 lagi cedera apabila polis bertindak menggempur kumpulan perusuh itu. Rusuhan Sekolah Menengah Cina,pula tercetus apabila Ketua Menteri ketika itu, Lim Yew Hock mengharamkan dua pertubuhan prokomunis,Persatuan Wanita Singapura (WSA) dan Persatuan Muzik Cina Gong serta membubarkan Kesatuan Pelajar Sekolah Menengah Cina Singapura (SCMSSU).Sebanyak 13 orang terbunuh dan lebih 100 lagi ditahan apabila bantahan yang diadakan kumpulan pelajar bertukar ganas dan merebak ke kawasan bandar raya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR RAYUAN KES LIWAT 2 #ANWARIBRAHIM DAN #SAIFULBUKHARI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Dec 2013 04:00 AM PST


Rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 11 dan 12 Disember telah berlalu tanpa kehadirannya.Jelas sekali Anwar tidak mengambil berat soal keadilan walaupun melibatkan diri sendiri.Namun,yang paling teruk terjejas,tentulah mangsa dalam kes ini,iaitu Saiful Bukhari.Keadilan yang tertangguh adalah ketidakadilan.Jelas,sistem kehakiman negara ini telah melakukan ketidakadilan terhadap pihak pendakwa atau mangsa.Walaubagaimanapun,ia tidak bermakna kebenaran tidak pernah atau tidak akan terserlah.Malah,dalam kes liwat ini,kebenaran mungkin telah diserlahkan oleh Anwar Ibarhim sendiri dengan  memilih untuk tidak hadir ke mahkamah atas alasan menghadiri Seminar anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Georgetown University, Washington.IIIT mempunyai sejarah homoseksualnya sendiri di mana Pengerusinya,Ismail AlFaruqi telah dibunuh kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual.  

Joseph Louis Young,iaitu seorang pelajar kulit hitam yang baru memeluk Islam telah mengaku membunuh AlFaruqi dan isterinya kerana memaksa pelajar melakukan hubungan homoseksual untuk mendapatkan biasiswa.Young percaya bahawa perbuatannya adalah tepat bagi memelihara kesucian Islam.IIIT juga dikaitkan dengan CIA di mana ia dikatakan tempat untuk mengkaji pemikiran umat Islam untuk membantu pihak Neo-con memanipulasi dan melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri demi mencapai cita-cita untuk menakluk dunia.Apa yang menarik ialah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan AlFaruqi dan IIIT.Sehingga kini,Anwar terus rapat dengan personaliti utama IIIT seperti Abd. Hamid Sulaiman, Dr. Ahmad Totonji dan Dr. Jamal Al-Din.Justeru,tidak hairanlah Anwar memilih untuk menerima jemputan IIIT ke Georgetown University walaupun beliau sepatutnya hadir ke mahkamah pada hari yang sama.IIIT mungkin masih menyembunyikan skandal homoseksual dalam organisasi itu, tetapi tidak bagi Georgetown University. 

Pada 17 Mac lalu,University itu telah melantik Presiden Homoseksual Pertama bagi Persatuan Pelajar iaitu Nate Tisa.Anwar yang membentangkan kertaskerja dalam Seminar anjuran IIIT di Universiti itu dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Nate Tisa.Malah,khabar angin menyatakan bahawa Nate Tisa adalah agenda utama Anwar ke Washington dan Seminar adalah agenda Kedua.Nampaknya keterujaan Anwar untuk bertemu dengan Nate Tisa membuatkan beliau sanggup mengenepikan keperluan untuk membela diri di mahkamah dalam kes Liwat 2.Kesimpulannya,walaupun keadilan tidak semestinya tercapai,tetapi kebenaran adalah pasti dan tidak boleh diubahsuai.Dalam hal ini,keutamaan Anwar kepada Nate Tisa, Georgetown University dan juga IIIT dengan sendirinya memberitahu kita tentang kebenaran dalam kes Liwat 2.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BANJIR BESAR !!! #DAP BERMAIN POLITIK PULAKKK !!! APA CERITA NI ???

Posted: 17 Dec 2013 12:30 AM PST


Dalam Konvensyen DAP yang berlangsung Ahad lalu,Lim Guan Eng membuat ucapan yang membuatkan saya tersengih-sengih mendengarnya.Kata Guan Eng,beliau berjanji sekiranya PR dapat memenangi Putrajaya maka masalah banjir di Pahang akan diselesaikan dalam masa satu penggal sahaja.Mungkin reaksi paling tepat terhadap ucapan Guan Eng ialah dengan memberikan beliau gambar-gambar banjir di Pulau Pinang bersama dengan cermin.Masalah banjir di Pahang mungkin merupakan sesuatu yang biasa kita dengar walaupun tidak seburuk tahun ini.Tetapi,masalah banjir terburuk di Pulau Pinang yang berlaku pada 2011 dan berulang lagi pada 2013 bukanlah perkara biasa.Sedar atau tidak,negeri itu hanya mengalami banjir yang buruk sejak diperintah oleh DAP.Kita tidak perlu menjadi pakar dalam bidang geologi untuk memahami kenapa bencana ini terjadi di Pulau Pinang.  

Cukup dengan melihat dengan mata kasar kerakusan kerajaan DAP membuat pembangunan tanpa menghiraukan kesannya kepada alam sekitar.Apa yang menarik ialah Guan Eng hampir langsung tidak membuat kenyataan mengenai banjir di Pulau Pinang ketika masalah itu berlaku di sana.Malah,akhbar milik DAP,Roketkini juga bagai segan-segan untuk menyentuh mengenai masalah itu.Tidak salah dikatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang lebih 'selesa' membiarkan pihak lain untuk membantu mangsa-mangsa banjir.Justeru,tentulah jelek sekali apabila dengan tidak semena-mena,Guan Eng menyatakan 'minat' untuk menyelesaikan masalah banjir di negeri lain di kala beliau mengabaikan masalah di negeri sendiri.Sedangkan,di Pulau Pinang Guan Eng tidak perlu menunggu untuk mendapat kuasa untuk berbuat sesuatu kerana beliau telah pun berkuasa.Inikan pula untuk menunggu mendapat kuasa dahulu di Putrajaya untuk menangani masalah Pahang.Jelas,janji-janji DAP mengenai menyelesaikan masalah banjir  hanyalah satu lagi produk dalam siri  'Impian' parti itu.Sebelum ini,DAP telah menjual Impian Sabah dan juga Impian Sarawak.  

Bagaimanapun,saya percaya tidak ada sesiapa yang akan terpedaya dengan promosi mimpi DAP setelah melihat apa yang terjadi di Pulau Pinang.Jangankan DAP menyelesaikan apa-apa,tetapi DAP lah yang menjadi punca masalah banjir buruk di negeri itu.Sekiranya berkuasa,saya pasti DAP tidak akan membiarkan walau sekangkang kera tanah yang tidak dibangunkan di negara ini.Jika perlu dirampas secara paksa atau dibina bangunan secara haram juga DAP akan tetap membangunkan setiap inci tanah demi apa yang dipanggil mereka 'keuntungan'.Oleh itu,sekiranya DAP berjaya merampas Putrajaya,maka bersedialah kita semua untuk menghadapi banjir yang jauh lebih besar lagi di seluruh Malaysia.DAP pula akan menjaja bencana itu sebagai 'keuntungan negara'.Sesungguhnya,keuntungan bagi kerajaan DAP dan pemaju merupakan kerugian kepada rakyat marhaen dan juga alam sekitar.Bagaimanapun,memandangkan masalah CEC DAP masih belum selesai sepenuhnya,maka kita bolehlah menganggap yang ucapan Guan Eng itu dibuat dalam Konvensyen yang berlangsung dalam 'mimpi' nya sahaja.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! WAJAH SEBENAR SIAPA #REJIMENANARKI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 16 Dec 2013 09:12 PM PST


ini lah sebenarnya wajah rejimen anarki yang menghina Sultan Johor baru-baru ini.tentu ada pernah mendengar nama rejimen anarki ini.kalau sekiranya benar ahmad b abd. jalil ini adalah rejimen anarki,kepada pihak berkuasa tolong tangkap pengkhianat ini.


komrad Haizal juga adalah sebahagian dari rejimen anarki

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ADAKAH BENAR MENTERI KATA 'KALAU TAK NAK BAYAR TOL,GUNA JALAN BIASA' ???

Posted: 16 Dec 2013 06:30 PM PST


adakah benar dengan kenyataan menteri di atas ataupun sebaliknya ??? siapa yang buat kenyataan di atas ??? saksikan di bawah 

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah. 

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium. "Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal,mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini. 

Dalam pada itu,Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan. "Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.


UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT JAWAPAN SEBENAR DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...