BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! BANJIR BESAR !!! #HARAKAH KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 16 Dec 2013 07:30 AM PST


tak habis-habis harakah menipu rakyat malaysia kononnya rakyat tak terima lagi bantuan.tak rasa berdosa kerr menipu rakyat ??? ada bukti kerr mereka tak terima bantuan ??? dah ramai rakyat diseluruh pahang telah menerima bantuan dari kerajaan.kalau benar 5 keluarga ini tak terima bantuan sila tunjuk bukti,jangan tunjuk gambar jerr !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! TENGKU KAMARUL AZLI MENGHINA MALAIKAT !!!

Posted: 16 Dec 2013 04:00 AM PST


apa dah jadi dengan tengku kamarul azli ni ??? adakah beliau sedar apa yang diucapkan ??? mana ada soalan macam tu di kubur nanti.baik bertaubat sebelum anda meninggal dunia nanti.ini adalah 1 penghinaan kepada malaikat yang akan menyoal kamu di kubur

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! KERANA MARAH TAN SRI HARUSSANI !!! PATUNG BERHALA DI BINA DI LUMUT !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 16 Dec 2013 12:30 AM PST


1 patung berhala telah dibina di lumut bagi menghina orang islam di lumut,perak.apa cerita ni ??? adakah ini yang anda mahukan wahai rakyat malaysia sekiranya kaum lain perintah malaysia ??? ikuti jawapan tan sri harussani berkenaan dengan patung berhala ini


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! JET PERIBADI !!! DS #ROSMAHMANSOR MEMBELASAH PAKATAN KAW-KAW !!!

Posted: 15 Dec 2013 09:00 PM PST


Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor tenang ketika ditanya kontroversi penggunaan jet ke Qatar.Beliau menghuraikan satu persatu jadual kerjanya dan mengapa beliau berada di Qatar,Dubai,Sri Lanka dan akhir sekali Bangladesh.Semuanya kerana kerja bukan untuk suka-suka.Semuanya dilakukan mengikut prosedur.Dari Langkawi Rosmah terbang ke Qatar bagi memenuhi undangan untuk menyertai Qatar International Businesswomen Forum yang keempat.Beliau dijemput menerusi kedutaan Qatar di Malaysia yang kemudian dipanjangkan ke Wisma Putra dan dirujuk ke Kabinet.Di Qatar,isteri Perdana Menteri diberi penghormatan menyampaikan ucaptama bertajuk The Empowerment of Malaysia Women dan juga dikurniakan anugerah."Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua.Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," katanya.

Sementelah diberi penghormatan berada di pentas forum itu,Rosmah mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar,Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani.Kunjungannya itu turut menerima kritikan. " Sebagai tetamu adakah salah saya memohon mengunjungi Perdana Menteri sebagai menghormati tuan rumah.Jika isteri Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia,mereka akan melakukan perkara yang sama," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di kediamannya baru-baru ini.Jadual Rosmah di Qatar sememangnya padat.Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar.Kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri,Sheikha Alanoud juga dilaksanakan.Ditanya dakwaan kononnya beliau menggunakan jet kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen,Rosmah memberitahu,pertunjukan fesyen itu anjuran rakyat Malaysia dan beliau dijemput kerana kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi.Katanya,isteri Perdana Menteri Qatar telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis anjuran rakyat Malaysia di situ,salahkah beliau sebagai isteri pemimpin negara yang kebetulan ada di situ dan dijemput 

"Saya bukan ke Qatar kerana pertunjukan fesyen.Saya berada di Qatar atas jemputan rasmi dan menonton pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia kerana dijemput.Saya juga mahu menyokong usaha rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada" katanya.Isteri Perdana Menteri kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya. Di Dubai berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ merealisasikan impian mahu melaksanakan program seperti PERMATA.Satu majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan UKM dan Alliance International Investment berlangsung semasa Rosmah berada di Dubai."Satu lagi kebanggaan apabila Malaysia menjadi rujukan malah program Permata menjadi model ikutan beberapa negara termasuk UAE," kata Rosmah.Di Dubai,Rosmah turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Princess Haya dan Sheikha Fatma Mubarak iaitu Mother of The Nation UAE Beliau turut dijemput mengadakan lawatan ke Dubai Humanitarian City dan Dubai Healthcare City yang menempatkan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta badan-badan kemanusian antarabangsa .

Perbincangan antara delegasi Malaysia dan UAE turut berkisar kepada tawaran hasrat mereka mahu membuka cawangan di Malaysia sebagai hub di rantau ini.Mereka turut bertukar pandangan mengenai penyelidikan autisme."Kita explore pelbagai kemungkinan dan membina persahabatan untuk menarik perhatian mereka tentang peluang yang ada di Malaysia dan Alhamdulillah mereka menerima kita secara positif malah mahu membuka cawangan di negara kita sebaga wakil mereka di rantau ini," katanya.Ditanya mengapa tidak menggunakan pesawat komersial,Rosmah tersenyum.Katanya,isu itu tidak pernah timbul sebelum ini kerana setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan. Kabinet,katanya,mengambil kira pelbagai faktor terutamanya keselamatan dan masa

``Kita bergerak mengikut jadual,apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah,kita mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan itu telah ada sejak sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.Menurut Rosmah jadualnya padat tidak memungkinkan beliau menaiki pesawat komersial dan beliau bukannya bersenang lenang apabila berada di satu-satu negara sebaliknya akan memastikan setiap masa terisi dengan program berfaedah dan tidak semua negara menyediakan penerbangan ke satu-satu negara secara kerap,malah adakalanya hanya satu penerbangan untuk satu destinasi setiap hari.Misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo,begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti mana juga Dubai - Colombo dan Dubai ke Dhaka. Dari Dubai,Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo lewat malam dan seawal pagi menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM dan selesai CHOGM mereka ke Bangladesh untuk lawatan negara.Di Bangladesh,Malaysia turut menghulurkan bantuan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.Bukan mengungkit,tetapi hubungan erat Rosmah dengan isteri-isteri pemimpin luar negara ada masanya memberi kelebihan bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat Malaysia.Kes penghantaran pulang kira-kira 8,000 pelajar Malaysia di Mesir ketika negara itu bergolak misalnya berjaya diselesaikan apabila beliau menghubungi keluarga diraja Arab Saudi sehingga akhirnya mereka dibenarkan mendarat di Jeddah dan diberi visa sebelum dihantar pulang ke Malaysia.Begitu juga apabila seorang pelajar Malaysia,Ibrahim Mohd Azmi hampir dipenjarakan di Rafah kerana disangkakan spy sedangkan penuntut berkenaan menyertai konvoi anggota kemanusiaan Viva Palestina untuk mengambil gambar sepanjang perjalanan konvoi itu ke Gaza.

"Saya menghubungi Suzzane Mubarak memberitahu pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan,ibu bapanya bimbang dan pelbagai alasan lagi.Ketika itu fokus saya adalah untuk membebaskan pelajar berkenaan dan akhirnya dia dibebaskan dapat dapat kembali meneruskan pengajian," katanya.Bapa kepada pelajar berkenaan Dr Azmi Mohd Ghazali turut mengucapkan terima kasih kepada Rosmah Azmi berkata,beliau sekeluarga amat berterima kasih kepada usaha isteri Perdana Menteri dan Kedutaan Malaysia di Mesir yang berjaya membebaskan anaknya itu. "Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain atau menjaga tepi kain orang lain dan jangan mengada-adakan cerita,berdosa besar.Saya tak mengata orang,tak memburukkan pembangkang," katanya. 

Menurut Rosmah,apa yang dilakukan adalah sumbangannya untuk kesejahteraan negara dan beliau percaya mana-mana isteri pemimpin jika dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang kejayaan negara mereka akan berbuat demikian dan adalah pemandangan biasa isteri-isteri pemimpin dunia menggunakan jet kerajaan masing-masing kerana pelbagai faktor waima negara seperti Bangladesh,Vietnam,Thailand,Laos,Kemboja dan Sri Lanka pun berbuat demikian. "Apa yang saya lakukan kerana Allah,yang lain-lain saya tak fikir.Biarlah mereka memfitnah,menuduh dan memburuk-burukkan saya," katanya. -- Malaysia Gazett

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PAU2013 !!! NOTA KHAS DARI AHLI UMNO !!! PRESIDEN UMNO @NAJIBRAZAK TOLONG BACA NOTA INI !!!

Posted: 15 Dec 2013 06:25 PM PST


Assalamualaikum Pak Syed,

terima kasih diucapkan sekiranya nota ini dikeluarkan di blog Badut Rakyat,

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim,agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua.Hidup ini ringkas,singkat.Saya bimbang jika saya bertangguh,tidak sempat maka saya akan gagal menjawab di makamah Allah Rabbuljalil.Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah menjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun (Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka.Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.Setelah sekian lama,baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya.Jauh terbenam.Bergelora dan bercampur baur.Sayu,bimbang,kasih,marah saling kait mengait.Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung.Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya,berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.

Saya ini orang UMNO,dulu,kini dan insyaallah selamanya.Ini amanah datuk nenek saya.Saya genggam erat amanah ini.Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO,beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti,bahkan tidak bersekolah tinggi.masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek.Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan 'merasa denyut nadi rakyat'.Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO,bercakap tentang hasrat dan cita cita parti.Arahala negara ke mana hendak dibawa.Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya,pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO ??? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar,tidak pernah.Maka sayapun mula rasa keliru,adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata.UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu.UMNO mesra rakyat,UMNO pejuang masa depan melayu,UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO.Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.

Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama.Percayalah.Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan.Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan.Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan.Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan,Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.Di tempat saya,Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima.Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat,Ceramah dan bengkel.Tiada peruntukan,itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian.Atas nama perjuangan,segala tanggungjawab dilaksanakan.Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu,Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit.Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel,menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program.Maaf,saya kedengaran seperti cemburu,tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India. Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat,Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.Di waktu PRU 13 makin hampir,kami di cawangan semakin tertekan.Program semakin banyak,peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan.Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat,air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India) Merokok adalah amalan tidak sihat,tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok.Kata mereka rokok OK ini,nyamukpun pengsan kerana asapnya.Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini.

Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.UMNO menunggu dan menunggu.Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini.Sehingga kini tiada apa sebenarnya,tiada.yng diumumkan kenaikan harga minyak.Yang diumumkan kenaikan harga gula.yang diumumkan kenaikan harga rokok dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik.Kami terkedu,malu.Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13,kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.kami telah gagal mengotakan janji.Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri,saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung.Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan.Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa. Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.Ada orang memberitahu saya,Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara.Apa agaknya yang patut saya nyatakan.Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara'.Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan.

Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan.Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.nak anak kami celik maklumat.Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri.Diam bermakna benar.Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya,ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO.Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.Saya cuba berlapang dada.Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara,saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ??? saya tidak fikir,saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah,anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru.Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung.Saya sudah dapat bayangkan,ucapan bersemangat Presiden Parti,disusuli sorak sorai perwakilan.Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.Perbahasan selepas itu,akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka.Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu. Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan.Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ??? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa.

Bahkan sebaliknya saya mula berasa,DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.Saya amat bimbang,jika dalam PRU 13,orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO,pada PRU 14,orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama. Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib,saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan.Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia.DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini.DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong.Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.Percaya saya,ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara.Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia,jagala !!! 

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini,baru kami sedar,kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali" 

PK

APA KATA ANDA ??? 

 RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...