Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Pas Menang disebabkan pengundi hantu?

Posted: 06 Nov 2013 09:34 PM PST


Pelbagai analisis dikeluarkan oleh pelbagai pihak dan agensi. Malah tak kurang ada yang masih menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini.

Disini Mc nak tunjukan analisis yang tidak semua orang tahu. Iaitu pengundi luar kawasan yang membantu memberi kemenangan kepada Pas di Sungai Limau.

Pengundi ini, tinggal kawasan lain, mengundi pula dikawasan lain. Mereka merupakan senjata rahsia Pas di Sungai Limau, kerana kita tidak mempunyai alamat mereka secara tetap, tetapi orangnya wujud dan mengundi pada setiap PRU dan PRK.

Apakah ini yang dipanggil pengundi hantu?

Boleh dipanggil pengundi hantu, tetapi tidak menjadi kesalahan kerana ianya tidak menyalahi undang-undang. Umpama pengundi luar yang kerja diluar, tetapi masih mengundi dikampung halaman.

Berbezanya mereka ini adalah, mereka tinggal disempadan Sungai Limau, malah ada yang sudah lama tinggal ditempat lain, namun data dan alamat masih mengunakan tempat yang asal, walaupun kawasan tersebut sudah tidak lagi wujud.

Pengundi sebegini bahaya, kerana kita tidak dapat kesan mereka dan jentera juga tidak akan sampai kepada mereka. Sudah tentu kita tidak akan dapat menagih undi mereka dan acap kali pilihanraya, undi mereka tetap kepada Pas.

Apa yang Mc nak terangkan disini ialah, kebanyakan kawasan kuat Pas mempunyai pengundi seperti ini. Jika kita mahu menang, kita perlu berdepan dengan pengundi hantu yang menjadi kekuatan Pas.

Di Sungai Limau sekurang-kurangnya ada lebih 2000 pengundi sebegini. Bagaimana kita perlu atasinya? Atau kita juga perlu guna strategi sebegini?

Mc harap pakar-pakar strategi kita tak makan gaji buta! He he..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...