Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! SIDANG MEDIA! Ustaz Kazim Terima MT Syarat Perlu jumpa PM!

Posted: 30 Nov 2013 07:13 AM PST

Tak payah tulis panjang.. Mc dah screen shot. Boleh baca sumber dari Utusan tu.

INFO! Komen Abang Ustaz Kazim Tentang perlantikan Adiknya Ke MT UMNO!

Posted: 30 Nov 2013 04:39 AM PST

IPOH – “Secara peribadi saya tidak bersetuju beliau terlibat secara keseluruhan dalam parti,” luah Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berhubung pelantikan adiknya, Mohammad Kazim  sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohd Najmuddin berkata, sebagai ahli keluarga, beliau melihat situasi pelantikan itu hanya akan menguntungkan sebelah pihak berbanding tugas pendakwah bebas yang boleh menyebar ilmu kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Menurutnya, sekiranya benar perdana menteri mahu menempatkan Ustaz Kazim dalam kerajaan, satu jawatan yang lebih sesuai boleh diberikan agar tugas sebagai pendakwah masih boleh dijalankan tanpa perlu ada ‘double standard’.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan, penerimaan jawatan itu kelak akan mengganggu perjalanan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang selama ini di bawah tanggungjawab Ustaz Kazim.

“Buat masa ini, saya tidak mendapat penjelasan dari mana-mana pihak mengenai perkara ini. Saya juga tidak tahu di sebalik perlantikan tersebut.

“Sebagai abang saya tidak bersetuju, kecuali perdana menteri menyediakan satu jawatan yang lebih sesuai agar dia boleh terus berdakwah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Khas Hal Ehwal Islam Menteri Besar memaklumkan akan mengadakan satu sidang media khas bersama seorang lagi adiknya yang juga Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah setelah mendapat penjelasan daripada Ibu Pejabat Umno mengenai pelantikan itu.

Mengulas mengenai keahlian Pas, Mohd Najmuddin tidak menafikan Ustaz Kazim pernah menjadi ahli parti itu 15 tahun lepas, bagaimanapun sudah mengisytiharkan diri keluar parti.

“Setahu saya memang (Ustaz) Kazim pernah jadi ahli Pas, tapi dah lama keluar dan sejak itu dia jadi pendakwah bebas,” katanya.

HOT! Setpol Khalid Gelarkan Azmin Ali 'Badut Sarkas'?

Posted: 29 Nov 2013 10:10 PM PST



Nampaknya perselisihan faham diantara Khalid dan Azmin masih lagi berterusan. Dari tegur-menegur hinggalah sindir menyindir. Khalid mempertahankan keputusannya untuk mengekalkan kenaikkan gaji yang diluluskan dun Selangor. Berbeza dengan Azmin yang dilihat lebih cenderung mengikut kata bosnya yang mahu membantah keputusan kenaikkan gaji di negeri Selangor.

Disebabkan sikap Azmin yang seolah membodek bosnya Anwar, Faekah Setpol Khalid telah mengelarkan Azmin sebagai main sarkas.


Ulasan dari blog pembangkang,


FAEKAH Husin, Setiausaha Politik MB Selangor tidak perlu bersikap kurang ajar bila menggelar YB Azmin, Timbalan Presiden PKR sebagai sarkas di dalam twitter beliau. Walaupun beliau mahu menunjukkan setia tidak berbelah bahagi kepada TS Khalid, tetapi beliau harus membela bosnya dengan hujah bukan menghina.

Di dalam isu kenaikan gaji mendadak dan terlalu tinggi yang diluluskan oleh Dun Selangor, bukan sedikit yang tidak bersetuju malah aku jamin jika diadakan pungutan suara pasti ramai yang tidak bersetuju. Kita bukan tidak bersetuju kesemua Adun dan Speaker itu dinaikkan gaji tetapi biarlah munasabah dengan situasi semasa rakyat kini. Jika Azmin menentang kenaikan gaji tersebut dan mohon ditangguhkan, kita mahu persoal Azmin mengapa beliau tidak menentang sewaktu Rang Undang-Undang tersebut dibaca dan dibahaskan di dalam Dun? Aku bersetuju dengan saranan Azmin tetapi tidak bersetuju dengan sikap beliau yang menunggu DS Anwar berbunyi dahulu baru beliau mahu berbunyi.

Aku tidak nampak mengapa begitu tergesa dan begitu tinggi kenaikan gaji itu di dalam keadaan tidak semua masalah rakyat di Selangor berjaya diatasi. Sekali lagi, aku bersetuju gaji mereka dinaikkan tetapi bukan setinggi itu. Paling memalukan, alasan kenaikan ini adakah kononnya untuk mengelakkan Adun memakan rasuah. Wajarkah kita memberi "rasuah" untuk mengelak mereka dari melakukan rasuah? Perbuatan rasuah adakah berkaitan dengan jati diri atau iman bagi mereja yang berugama Islam. Wang ringgit tidak akan dapat selesaikan masalah rasuah. Memang benar, Sarawak lagi jauh tinggi gaji Wakil Rakyat mereka tetapi itu bukan alasan untuk kita mengambil kesempatan sehingga rakyat terfikir apakah benar kita melaksanakan kesederhanaan dan berkebajikan?

Aku bukan penyokong Azmin, bahkan sebelum Anwar atau Azmin keluarkan kenyataan menegur MB Selangor itu, ramai di antara kita termasuk aku telah mengkritiknya kerana ianya tidak masuk akal dan tidak bijak untuk jangkamasa panjang politik PR di Selangor. Apa pun alasannya tindakan itu tidak mencerminkan kita mendepani permasalahan rakyat.

Tidak perlu salahkan TS Khalid seorang dan tidak perlu Faekah meroyan membela bosnya. Ini tanggungjawab semua ahli Dun termasuk Azmin yang menyokong atau tidak membantah usul ini. Aku hairan, majoriti di dalam Dun Selangor itu golongan ugama di kalangan orang Melayu tetapi mereka boleh alpa perkara ini. Jika alasan untuk membantu Adun yang dikatakan tidak cukup duit untuk membangunkan kawasan masing-masing, mengapa tidak ditambah saja peruntukan untuk Wakil-Wakil Rakyat?

Di dalam isu ini MB Selangor harus mendengar nasihat bos beliau, DS Anwar. Beliau harus faham beliau naik melalui politik dan berfikirlah cara orang politik. Azmin pula, jangan sentiasa menunggu bos bersuara baru mahu bersuara sedangkan waktu ada peluang bersuara kamu diam. Faekah Husin, kerja kamu bukan menghina orang politik kerana kamu harus sedar kamu bekerja dengan orang politik bukan dengan orang korporat.


P/s: Sebenarnya ulasan ini Mc petik dari blog pembangkang.. tapi malas nak bagi link. Sebab puak ni copy kita punya pun bukan nak bagi link. he he he..


McTheory:

Dok nampak, Khalid, Azmin, Anwar dan Faekah ni.. macam sandiwara terkini puak PKR Selangor.. heh..

HOT! Komen Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO!

Posted: 29 Nov 2013 07:30 PM PST



Komen Ustaz Kazim tentang perlantikan beliau ke Majlis Tertinggi UMNO. Sesungguhnya memang ramailah pencacai Pakatan yang menyerang beliau. 

baca apa komen Ustaz Kazim tentang perlantikan beliau,



Abaikanlah mereka Ustaz sesungguhnya mereka yang mengutuk Ustaz tu dengki dan iris hati.. Tak usah dilayan, kalau dilayan bertambah menjadi la puak laknattulah tu.


INFO! Komen Mufti Perak tentang Dr Asri, Kenapa Mereka Selalu Bergaduh?

Posted: 29 Nov 2013 05:23 PM PST



Mari kita sama-sama dengar ulasan yang pernah dibuat oleh Dato' Mufti Perak berkenaan Dr Asri yang bangga dengan gelaran yang disandangnya sehinggakan memperlekehkan Mufti-Mufti yang lain.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...