Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERKINI!! Dr Suhaimi Lazim Calon BN Bagi Dun Sungai Limau!! #PrkSgLimau

Posted: 21 Oct 2013 03:24 AM PDT



Dr. Suhaimi Lazim berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau, anak tempatan, seorang profesional, merupakan seorang pensyarah Senior Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Sesuai untuk dijadikan Adun disebabkan peribadinya yang baik dan mesra dengan penduduk tempatan.

Anak tempatan yang selalu membantu masyarakat kampung dan dikenali ramai.


Dr Suhaimi berada diantara TPM dan Datuk Suhaimi.. berbaju putih.

TERKINI! Di majlis Pengumuman Calon BN Sungai Limau! #PrkSgLimau

Posted: 21 Oct 2013 02:39 AM PDT


Misteri siapakah calon BN untuk dun Sungai Limau, akan diumumkan sebentar saja lagi. Sekarang ni MB Kedah sedang memberi kata-kata aluan..


Mc akan update paling pantas siapakah calon BN lepas diumumkan nanti.

INFO! Kekalahan Mukhriz di rancang atau diramal? #PemilihanUMNO

Posted: 20 Oct 2013 09:12 PM PDT


Di Kedah masih lagi ramai perwakilan yang tak dapat menerima kekalahan Mukhriz Mahathir, malah ada yang menangis bila pengumuman keputusan Naib Presiden dibuat. Sedih.. cukup sedihh.. cuma kami Mc dan Team Media Kedah gembira, Mukhriz kalah bermaruah. Walaupun kempennya tak ALL OUT macam seorang Naib Presiden tu, tetapi beliau tetap mendapat 91 undi bahagian.

Cuma Mc lebih tertarik dengan komen Tun Dr Mahathir yang sudah menjangka kekalahan anaknya tu.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib
Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di Putrajaya hari ini.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah...

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya.

- Bernama

Semua orang UMNO tahu, apa yang terjadi sewaktu pemilihan. Kalau padang sama rata, kalau pertandingan tidak dicampuri kuasa, sudah tentu Mukhriz Mahathir sudah menjadi Naib Presiden. Malas nak komen panjang, kalau inilah jentera UMNO untuk PRU ke 14. Ada harapan jadi pembangkang la kita!

McTheory:
Menang sorak, kampung tergadai..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...