House PK |
- PANAS BERAPI! BENARKAH SUDAH ADA GERAKAN MAHU MANDIKAN MUKHRIZ MAHATHIR? KENA BACA BEB
- CILI KASI TARUK! HAPUSKAN CTOS YANG MEROSAKKAN MASA DEPAN RAKYAT!
- PANAS BERKARI! KENAPA PERLU PILIH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO DARI NEGERI SAMA? WAJIB KENA BACA
PANAS BERAPI! BENARKAH SUDAH ADA GERAKAN MAHU MANDIKAN MUKHRIZ MAHATHIR? KENA BACA BEB Posted: 16 Oct 2013 09:00 PM PDT Sedih aku tegok nasib calon Naib Presiden bernama Mukhriz Mahathir ni, sejak kebelakangan ni banyak betul gerakan-gerakan jahat yang cuba nak jatuhkan dia hinggakan sudah ada gerakan nak mandikan calon no. 05 ni. Sedih dan amat memilukan hati bila aku baca artikel dari Kedahan69ers ni: Semua pencabar dan calon dari Kedah untuk jawatan dalam ketiga-tiga sayap UMNO, telah tewas. Norsabrina tewas. Akramsyah juga tewas. Suraya jugagagal menyaingi Azizah Dun. Beberapa nama lagi dari Kedah turut bertanding dalam jawatan-jawatan penting kepimpinan utama UMNO. Mengetuai adalah Mukhriz Mahathir sebagai salah seorang daripada calon Naib Presiden. Turut dibariskan dalam jawatan Ahli Majlis Tertinggi adalah antaranya Mahdzir Khaled dan Azeez Abdul Rahim. Sudah mula diperkatakan sekarang bahawa trend pemilihan berdasarkan pengekalan Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin pada jawatan yang mereka sandang sebelum ini, memberikan indikasi bahawa orang UMNO enggan mengubah status quo dari pemilihan lalu. Mereka lebih selesa dan lebih yakin, barisan kepimpinan sedia ada sudah cukup kuat untuk mengharungi pancaroba pra-PRU14 walaupun sepanjang 2008-2013, barisan kepimpinan sedia ada tenggelam punca dan lebih banyak menyembunyikan diri membiarkan pihak lain menjawab bagi pihak mereka. Dengan kata lain, barisan kepimpinan UMNO sebelum ini, terlalu mementingkan diri dan enggan bekerja keras sebagai satu pasukan. Lebih menarik lagi ialah apabila ada di kalangan mereka yang turut sama menghentam rakan-rakan sendiri demi mendapatkan pujian daripada Pakatan Rakyat dan penyokong mereka. Transformasi UMNO dan Meremajakan UMNO, nampak gayanya hanya tinggal jenama dan slogan semata-mata kerana kesukaran untuk berubah disebabkan kepercayaan bahawa dinosaur boleh terus menongkat UMNO biarpun sudah dilipat dan dimasukkan ke liang lahad. Sudah ada soksek-soksek yang menyatakan bahawa Mukhriz Mahathir di sebalik kemasyhuran dan kepopularannya, bakal dikorbankan dalam pemilihan kali ini. Apatah lagi, Mukhriz dilihat melanggar banyak orang dalam hierarki UMNO biarpun pada masa yang sama, di bawah kepimpinan Mukhriz, UMNO berjaya merebut Kedah dari tangan PAS dan Kedah turut menjadi penyumbang kepada Barisan Nasional untuk terus kekal sebagai KERAJAAN PERSEKUTUAN bukannya sebagai PEMBANGKANG. Adakah nasib para pemimpin dari Kedah yang sedang mengharapkan kekuatan dari UMNO Pusat untuk mengekalkan penguasaan di Kedah, akan dihampakan oleh sebilangan pemilih? Trend sudah menunjukkan ke arah itu. Para pemilih UMNO melihat Kedah tidak penting dan wajar dilepaskan semula kepada PAS. Bahkan di kalanganpemilih-pemilih UMNO di Kedah sendiri pun, mereka tidak berasa tergugat sekiranya beberapa orang pemimpin dari Kedah seperti Mukhriz, Mahdzir Khaled dan Azeez Rahim dicantas dan dikeluarkan daripada hierarki UMNO. Boleh jadi mereka tersangat selesa semasa pentadbiran PAS dahulu sehinggakan mereka mahu PAS kembali berkuasa di Kedah. Cuma kerana waktu itu, bimbang jikalau peruntukan tidak turun, maka masing-masing pakat tutup mulut dan berlagak seolah-olah mereka menyokong gerakan massa yang menentang dasar-dasar kerajaan PAS Kedah waktu itu. Mukhriz Mahathir merupakan antara yang termuda walaupun sebenarnya sudah tidak muda lagi. UMNO pada zaman awalnya, dibarisi oleh pemimpin-pemimpin berusia muda dan memimpin pergerakan sehinggalah UMNO mendapat tempat di hati masyarakat pada hari ini. Sekarang ini terbalik pulak dah… Dah ada cakap-cakap kononnya Mukhriz terlalu muda dan masih terlalu awal untuk menjadi pemimpin utama UMNO, walhal mereka sendiri terlupa bahawa Najib Abdul Razak, pemimpin nombor satu UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, bermula tersangat awal dalam politik iaitu pada usia 28 tahun sewaktu menjadi Menteri Besar Pahang dan jauh lebih muda berbanding Mukhriz sewaktu menjadi Ketua Pemuda dan Naib Presiden UMNO. Kalau inilah trend yang ditunjukkan oleh pemilih UMNO, dan kalaulah benar seperti teori yang sedang berlangsung dengan hebatnya sekarang ini termasuklah di kalangan orang PAS sendiri, bermakna Mukhriz Mahathir sebenarnya berada di ambang bahaya bersama-sama Tok Det dan Tok Azeez! Sekaligus membenarkan juga cakap-cakap yang dinyatakan selama ini bahawa UMNO di Kedah sebenarnya tidaklah berhajat sangat untuk jadi Kerajaan Negeri, sebaliknya mereka lebih pentingkan tembolok dan perut sendiri! Kenapa nak pertikai pasal umur Mukhriz? Dia sudah 49 tahun wei, dah lama dia berada dalam parti, kini dia adalah ketua bahagian Jerlun. Dia Menteri Besar Kedah dan apa salahnya dia jadi Naib Presiden? Kita semua mahu tengok UMNO berubah kan? So inilah masanya. Kesian Mukhriz, aku betul-betul simpati kat dia, kiri kanan orang nak cantas dia, tapi orang atas tak sedar ke dia ni disayangi oleh akar umbi? Kepada 100 ruibu perwakilan yang bakal mengundi, anda kena fikir masa depan parti. Kita perlukan kombinasi yang lama dan baru. Mukhriz mesti menang. So aku merayu kepada kengkawan bloggers, facebookers dan twitters supaya kita membantu calon underdog ni, amacam? Sekali ni aku nak tengok apa yang orang kata buruk pasal UMNO tak betul, duit bukan segalanya, orang UMNO memang mahukan perubahan, BOLEH KA? |
CILI KASI TARUK! HAPUSKAN CTOS YANG MEROSAKKAN MASA DEPAN RAKYAT! Posted: 16 Oct 2013 06:59 PM PDT Aku tak faham kenapa perlu pakai CTOS lagi dizaman yang begitu canggih dan moden sekarang ni? Bukan ke Bank Negara sudah ada CCRIS? Ianya sudah cukup lengkap tentang latar belakang kredit seseorang tu, apa perlunya CTOS? Jabatan Insolvensi kan dah ada? Kenapa bank-bank di negara ini masih mahu guna pakai CTOS yang bukannya dimiliki oleh kerajaan pun, adalah sangat bahaya bagi sebuah syarikat swasta untuk memegang rekod kredit rakyat Malaysia. So aku sokong Sohami Shahdan, hapuskan CTOS. Patutnya dah dihapuskan dari dulu lagi. Ayuh akar umbi UMNO sokong Sohaimi untuk pastikan dia menjadi ahli Majlis Tertinggi dan membawak isu ini ketengah, suka atau tidak kita semua memang pernah atau akan hadapi masalah dengan CTOS ni, kadang-kdang tu orang yang bayar semua pun masih lagi diblacklist oleh CTOS ni. Steady Sohaimi, aku support kau 100% untuk semua isu yang dibawak. Semoga Sohaimi beroleh kemenangan pada hari sabtu ni. |
PANAS BERKARI! KENAPA PERLU PILIH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO DARI NEGERI SAMA? WAJIB KENA BACA Posted: 16 Oct 2013 05:00 PM PDT Ini artikel pendek je, aku just nak bagi pandangan pasal pemilihan Naib Presiden akan datang. Aku tak mau sebut nama nanti ada yang kata bukan-bukan, so dikesempatan ini aku nak ambik semangat kenegerian seperti yang diamalkan oleh orang Kelantan selalunya untuk beri pandangan pasal pemilihan Naib Presiden. Macam ni, Presiden UMNO dari Pahang dan timbalan Presiden dari Johor kan? So apa kata untuk pemilihan Naib Presiden sabtu ni kita pilih pemipin dari Perak satu, Kedah satu, Sabah atau Melaka atau Negeri Sembilan satu la. Kalau ikutkan kepala sayap pun dah ada dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Melaka kan? Kenapa perlu ada dua pemimpin tertinggi dari negeri sama iaitu negeri Johor kan? Kan? Kan? At least kita tengok yang dari Perak tu kena bagi sebab berjaya pertahankan negeri Perak atau lebih tepat lagi berjaya rampas semula negeri tersebut dari tangan Pakatan harami, begitu jugak dengan Kedah yang berjaya dirampas semula dari PAS dengan begitu bergaya sekali kan? Lain-lain negeri terserah la, nak pilih Sabah ka, nak pilih Melaka ka, nak pilih Negeri Sembilan. At least kita pelbagaikan pemimpin dari merata negeri kan? Salah ke aku tulis macam ni? Apa tak betul ke apa tuliskan ni? Apa pandangan korang? Ce cite sikit...perlu ke dua pemimpin tertinggi dalam UMNO dari negeri sama? |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
Slightly off the mark bro, tp kalu ada parti alternatif/coalition untuk org Melayu (bukan pas/pkr), mungkin kita masih ada harapan untuk kekalkan kuasa politik dan surviva Melayu (semestinya Islam) dlm pru14 nanti. Kita tak mahu pemimpin "progresif" d "liberal" terhadap bangsa lain tetapi bersikap gunting dlm lipatan k p d bangsa sendiri. Kita pun sedia maklum siapa diorang tu.
ReplyDelete