BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PENSYARAH VS GURU TADIKA !!! MANA LAGI HEBAT ??? WAJIB BACA !!!
- KURANG AJAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! NIK AZIZ KATA UMNO DENGAN KOMUNIS SAMA ???
- EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! FAKTOR BN MAHUKAN SUNGAI LIMAU DIDEDAHKAN !!!
- BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! DULU BENCI,KINI ARWAH AZIZAN DIJADIKAN KEMPEN !!!
- BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KENAPA ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH JAUHKAN DIRI DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KEBOLEHAN PEMIMPIN UMNO JADI SANDARAN !!!
EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PENSYARAH VS GURU TADIKA !!! MANA LAGI HEBAT ??? WAJIB BACA !!! Posted: 26 Oct 2013 08:30 AM PDT Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.Kedua-dua calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.Mari kita lihat biografi kedua-dua calon ini,pertama kita selak latar belakang calon PAS.Ketua Pemuda PAS Jerai,Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah.Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang anak.Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.Dalam bidang politik,selain ketua pemuda PAS Jerai,beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Kedah. Calon BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan,Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu,Guar Chempedak.Jadi sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini,perbandingan antara Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.Antara mereka berdua,nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang pensyarah.Tinggi mana pun belajar,pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir. Berdasarkan umum calon BN yang sudah 52 tahun,rasanya beliau lebih banyak makan garam berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.Pertaruhan PAS nampaknya kurang menggigit,tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi.Cuma kalau pengundi bijak,mereka pasti tahu bagaimana untuk menilai dan memilih wakil rakyat mereka.Apa yang pasti,penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.memang betul dan saya akui Agama penting,bagaimana pula dengan pembangunan ??? adakah itu juga dituntut dalam Islam ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KURANG AJAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! NIK AZIZ KATA UMNO DENGAN KOMUNIS SAMA ??? Posted: 26 Oct 2013 05:00 AM PDT Agak mengejutkan apabila Nik Aziz menyamakan UMNO dengan Komunis dalam usahanya untuk memburukkan UMNO.Alasan Nik Aziz,UMNO membuat pembangunan dan pemerintahan komunis juga membuat pembangunan untuk rakyatnya.Oleh itu,beliau mengakui ada perkara baik yang dibuat oleh UMNO tetapi,selagi masih ada lagi perkara yang tidak baik yang dilakukan UMNO maka samalah saja dengan komunis.saya bukan terkejut dengan hujah merapu Nik Aziz itu,saya cuma terkejut kerana beliau meletakkan perbandingan UMNO dengan komunis bagi menunjukkan keburukan UMNO.Walhal,parti PAS turut membela komunis melalui Naib Presidennya Mat Sabu.Siapa yang dapat melupakan bagaimana bersungguh-sungguhnya Mat Sabu membela Mat Indera.Tatkala Mat Sabu membela komunis,Nik Aziz tidak pula membantah maka tidak salah jika dikatakan bahawa Nik Aziz tidak punya masalah dengan cara pemerintahan komunis. Nik Aziz juga mungkin perlu berhati-hati bila bercakap tentang komunis kerana ia mampu menyinggung DAP. Sokongan hatta sanjungan DAP terhadap komunis bukan rahsia malah ia merupakan satu perjuangan yang tiada penghujungnya.Begitu hebat sanjungan DAP terhadap komunis sehinggakan mereka sanggup mencuba sedaya upaya untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia untuk diberi penghormatan taraf wira.Bukan Nik Aziz tidak tahu bahawa dalam DAP membela komunis,terdapat penyokon-penyokong PAS yang turut serta.Di laman-laman sosial mereka bertanya,kenapa harus marah kepada komunis yang hanya 'memerintah' selama 2 minggu tetapi tidak menunjukkan tahap kemarahan yang sama pada British atau Jepun yang menjajah bertahun-tahun ??? Untuk pengetahuan penyokong PAS,kami marah kepada komunis sehingga ke hari ini kerana mereka cuba mengubah sejarah manakala British,Jepun,Portugis mahupun Belanda yang pernah menjajah negara ini tidak mengambil sikap biadap dan hipokrit untuk menutup atau menafikan kekejaman dan ketamakan nenek moyang mereka dahulu.kami marah kepada komunis kerana mereka masih lagi cuba menjajah Malaysia,secara kurang ajar,mencabar dan memperlekeh orang-orang Melayu dengan menggunakan nama DAP.Mereka sanggup membawa sejarah palsu ke layar filem semata-mata untuk membasuh minda generasi muda.Tindakan ini bukan sahaja biadap,tetapi merbahaya.Namun,jelas sekali,orang-orang PAS tidak marah pada komunis kerana komunis menentang kerajaan.Bagi PAS,komunis itu adalah sahabat yang sama-sama berjuang untuk merampas Putrajaya.Justeru,jika komunis begitu baik,kenapa pula Nik Aziz memandang komunis sebagai 'sama jahat dengan UMNO' ??? Jika sama-sama jahat,kenapa PAS boleh berpakat-pakat dengan komunis,tetapi tidak dengan UMNO ??? Harap Nik Aziz jangan cuba berdalih konon DAP itu bukan komunis.DAP tidak pernah menafikan yang mereka menyokong dan menyanjung komunis.Begitu juga dengan Naib Presiden PAS.Oleh itu,mungkin Nik Aziz wajar mengadap Lim Kit Siang dan menerangkan pendiriannya iaitu apakah komunis itu jahat seperti UMNO atau wira yang perlu disanjung ??? Selain itu,saya juga ingin bertanya Nik Aziz,jika kerajaan yang membuat pembangunan tetapi tidak baik seratus-peratus perlu ditentang,maka bagaimana pula kerajaan yang tidak membuat pembangunan langsung seperti kerajaan PAS Kelantan ??? Apakah ia perlu disokong ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! FAKTOR BN MAHUKAN SUNGAI LIMAU DIDEDAHKAN !!! Posted: 26 Oct 2013 01:30 AM PDT Di atas kertas,ramai yang meramalkan Barisan Nasional (BN) tidak akan berpeluang untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sungai Limau yang berada dalam genggaman Pas.Kerusi DUN itu dianggap kubu kedua terkuat Pas di Kedah selepas DUN Tokai yang berada dalam Parlimen Pendang.DUN Sungai Limau atau dahulunya dikenali DUN Sala seolah-olah begitu kebal untuk ditembusi oleh BN apatah lagi ia dikuasai oleh Tan Sri Azizan Abdul Razak.Allahyarham dianggap tokoh yang memungkinkan Sungai Limau berada di tahap itu dan Allahyarham jugalah yang memungkinkan melalui kepimpinan di dalam Pas bukan kata Sungai Limau berada dalam genggaman Pas malah dalam pilihan raya umum 2008, parti itu berjaya menawan Kedah.Bagaimanapun Azizan tetap menjadi idola penduduk-penduduk Sungai Limau,ketabahan Allahyarham menghadapi asakan demi asakan dalam parti sendiri telah memungkinkan Allahyarham terus berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau,biar pun Pas kehilangan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kedah. Namun pada 26 September lalu,Allahyarham kembali menemui Ilahi sehingga memungkinkan kerusi DUN Sungai Limau kosong bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.Allahyarham Azizan bukan seperti pemimpin Pas lain,Allahyarham tidak pernah melihat pemimpin-pemimpin atau penyokong BN sebagai musuh,Allahyarham bersahabat dengan sesiapa sahaja,faktor inilah yang membolehkan Allahyarham terus menjadi pemimpin Pas yang dihormati oleh kawan dan lawan."Peluang BN untuk menang tetap ada kerana Pas menghadapi masalah untuk mencari pengganti seperti Azizan,dia kawan dengan semua orang tak kira parti," kata seorang penduduk Sungai Limau kepada penulis.Kini Pas tidak boleh lagi bergantung kepada Allahyarham untuk mempertahankan DUN Sungai Limau.Tanpa mahu memperkecilkan kewibawaan calon Pas,Mohd. Azam Abdul Samat dalam pilihan raya kecil kawasan itu 4 November ini,BN perlu diperingatkan supaya tidak terlalu gentar dengan cabaran Pas.Kita menghormati latar belakang pendidikan Mohd. Azam seorang yang bertaraf ustaz dan ia dilihat sesuai oleh Pas kerana masyarakat Sungai Limau dianggap kelompok Islamik. Tetapi UMNO tidak ada kurangnya biar pun calon mereka,Dr. Ahmad Sohaimi Lazim adalah bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).Biar pun tidak berlatar belakang agama tetapi Dr.Ahmad Suhaimi mempunyai akhlak yang baik dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang berkesan sebagai wakil rakyat jika dipilih.Sememangnya kita mengakui,seorang ustaz amat diperlukan dalam masyarakat tetapi dalam masa sama,sebagai orang Islam kita juga diseru untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.Dan sudah pastilah dalam soal ini,kita perlu mencari pemimpin daripada golongan yang boleh memimpin kita mencari kebahagiaan akhirat tanpa meninggalkan kebahagiaan dunia.Pas mungkin boleh mendabik dada dengan calon mereka tetapi fikirkan apakah Pas mampu membawa kesejahteraan kepada penduduk-penduduk Sungai Limau melalui pembangunan? Walaupun tidak berlatar belakang agama tetapi Dr. Ahmad Suhaimi boleh dibantu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang kini sudah menjadi Ahli Parlimen Jerai dan Ketua UMNO Bahagian Jerai.Dr. Ahmad Suhaimi boleh menumpukan program-program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat bersama Jamil Khir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga boleh mengatur pelbagai program-program berunsur keagamaan. Gabungan kedua-dua pemimpin ini akan diperkukuhkan pula dengan kerjasama padu yang akan diberikan oleh Menteri Besar,Datuk Mukhriz Mahathir yang sudah pastinya mempunyai perancangan tersendiri dengan sokongan kerajaan pusat bagaimana hendak memajukan kehidupan penduduk Sungai Limau bagi membolehkan mereka mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.Pengundi-pengundi Sungai Limau tidak harus lagi terus terpegun dengan laungan perjuangan Islam oleh Pas atau pelbagai slogan yang pastinya akan berkumandang lagi sepanjang kempen dalam pilihan raya kecil tersebut. Sebaliknya, mereka perlu memberi ruang dan peluang kepada BN untuk menduduki semula kerusi Sungai Limau – dulu BN pernah menguasai kawasan ini dan biarlah sejarah tersebut berulang.Memang benar,apa pun keputusan ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri atau kedudukan Pas dalam Dewan Undangan Negeri,tetapi BN bertanding bukan semata-mata kerana mahu merebut kerusi Sungai Limau tetapi parti itu ikhlas mahu menawarkan khidmat bakti kepada penduduk Sungai Limau.Kalau BN memikirkan soal kerusi semata-mata sudah pasti parti itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ia tidak mengubah apa-apa tetapi ini soal tanggungjawab kepada rakyat. BN mahu DUN Sungai Limau membangun seperti kawasan-kawasan lain yang berada di bawah penguasaannya. Justeru penduduk Sungai Limau tidak harus terus bernostalgia dengan politik Pas.Berilah peluang kepada BN untuk membuktikan keupayaannya dan kita yakin sebagai kawasan kubu kuat parti lawan yang berjaya diranapkan dalam pilihan raya kecil kali ini,kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Mukhriz pasti akan benar-benar menghargai kepercayaan yang diberikan.Oleh itu,fikirkanlah dengan semasak-masaknya tawaran yang dibuat oleh BN dalam pilihan raya kecil kali ini, bak kata Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Shafie Apdal,teruslah menjadi ahli Pas tetapi undilah BN untuk kesejahteraan hidup mereka.Mungkin seruan ini nampak ganjil tetapi faktanya kita menyokong sesebuah parti itu adalah untuk memastikan kehidupan kita terbela tetapi Pas sudah terbukti tidak mampu berbuat demikian,oleh itu kalau mahu terus mengekalkan semangat Pas kerana masih berpegang kepada perjuangan Islam parti itu,teruskanlah,tetapi mengundilah BN kerana parti itu berupaya menjadikan sebuah perjuangan itu bukan sekadar slogan tetapi realiti dalam usaha kita mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. - UM APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! DULU BENCI,KINI ARWAH AZIZAN DIJADIKAN KEMPEN !!! Posted: 25 Oct 2013 10:00 PM PDT Selesai sudah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Limau dan sekarang adalah masa untuk berkempen bagi kedua-dua calon Barisan Nasional dan PR.Namun, apa yang mengecewakan,tindakan PAS yang menggunakan bekas Menteri Besar Kedah,Arwah Tan Sri Azizan sebagai modal untuk berkempen.Sedangkan umum tahu konflik yang terjadi di Kedah sewaktu di bawah pentadbiran arwah yang kerap menjadi kecaman PR kerana mengamalkan dasar sama rata kepada semua pihak.Dahulu,Pharolrazi kerap menyelar segala tindak tanduk arwah sehingga melancarkan perang saraf bagi menentang tokoh politik yang berjiwa besar itu.Apa yang terjadi sekarang,seumpama tidak mempunyai perasaan,arwah dijadikan modal kempen walaupun masa hidup beliau dipenuh dengan tentangan dari ahli parti sendiri termasuk parti komponen PR itu.Terdesak sehingga menggunakan kebaikan arwah untuk mendahului hati pengundi di kawasan Sungai Limau kerana penduduk di situ merupakan penyokong kepada Ustaz Azizan.Kalau dahulu,apa sahaja cara digunakan untuk mencantas bekas Menteri Besar itu sehingga satu masa,beliau dikatakan merajuk dengan mereka. Masa hidup,tidak dikenang.Tetapi apabila beliau sudah lagi tiada,segala kebaikan dibawa naik untuk disampaikan bagi pihak parti untuk mempertahankan kerusi di Sungai Limau itu.Orang yang bijak akan dapat menilai kebodohan PAS terutamanya dalam hal ini, mereka dilihat terlalu bermuka-muka dan menngunakan kesempatan dalam kesempitan.Terlalu taksub untuk mempertahankan kerusi yang selama ini milik PAS sehingga tidak memikirkan secara waras dan matang berkenaan tindakan mereka.Tidak teringatkah dahulu mereka yang kerap mengecam dan menindas arwah,tapi sekarang cuba untuk menjaja nama beliau bagi kepentingan politik.Sah-sah sudah jauh menyimpang dengan dasar perjuangan PAS yang membawa agama Islam sebagai asas perjuangan dalam parti kalau menghormati arwah juga tidak pernah tejadi ketika beliau masih bernyawa.Rakyat sudah pasti tidak bodoh untuk menilai situasi ini,bukan untuk berkempen,tetapi memikirkan dasar kemanusiaan dan sikap mereka yang tidak berperasaan ini membuatkan orang bertambah jengkel dan meluat dengan PR. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KENAPA ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH JAUHKAN DIRI DIDEDAHKAN !!! Posted: 25 Oct 2013 07:00 PM PDT Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razak,tetapi bagi orang-orang PAS,waktu berkabung telah tamat.Malah,saya tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhi Allahyarham.Sebelum arwah meninggal juga,terdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan berita beliau jatuh sakit.Apabila beliau tenat,mereka mempersendakan pula dan membuat tuduhan yang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yang berbaik-baik dengan UMNO.Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO.Malah,dalam PRU yang lalu arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO.Namun,hubungan UMNO-PAS di Kedah di bawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umat Islam.Malangnya,sikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yang menganggap beliau sebagai 'pembelot' kepada parti. Arwah terkenal dengan pendirian yang tegas dan sering bertentangan pendapat dengan kepimpinan PAS Pusat apalagi kepimpinan PR.Siapa yang tidak tahu bahawa Tan Sri Azizan menolak Buku Jingga.Beliau juga menolak Syiah dan sebarang bentuk ektremisme.Beliau menentang budaya demonstrasi yang dibawa oleh BERSIH.Beliau tidak memberi muka kepada DAP dan cukup keras menentang sebarang pengaruh DAP atau Anwar Ibrahim di dalam PAS Kedah.Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim tidak kelihatan di mana-mana ketika PAS sedang sibuk berkempen di Sungai Limau.Wan Azizah juga langsung tidak menjenguk muka.Umum tahu bahawa keluarga Anwar tidak menghadiri atau menghantar wakil menziarah jenazah Tan Sri Azizan,jauh sekali hadir di majlis pengebumian.Begitu juga pemimpin PR dari DAP,tiada siapa yang melawat keluarga arwah sehingga ke hari ini walaupun sekadar syarat untuk mengucap takziah.Sekiranya Tan Sri Azizan masih hidup,beliau pastinya tidak akan bersetuju dengan Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah. Memandangkan isu ini sedang hangat kini,menghadiri kempen Sungai Limau bukanlah satu tindakan yang bijak bagi Anwar Ibrahim dan isteri.Anwar sendiri nampaknya menyedari bahawa kehadirannya tidak akan disambut malah akan dianggap sebagai liabiliti bagi PAS Kedah.Anwar juga bimbang sekiranya apa yang berlaku di Besut berulang lagi Dalam PRK Besut,kehadiran Anwar tidak mendapat sambutan langsung.Malah,mana-mana kuncunya di dalam PAS juga turut terkena tempiasnya.Jelas,rata-rata akar umbi PAS menolak Anwar dan kumpulan Anwarinas.Namun,sedar atau tidak,kumpulan Anwarinas tetap menguasai PAS biarpun akar umbi PAS menolak mereka.Justeru,sekiranya PAS menang lagi di Sungai Limau,ia akan dianggap sebagai penerimaan akar umbi PAS terhadap kepimpinan kumpulan Anwarinas ini.Pengundi-pengundi Sungai Limau wajar mengambil maklum akan perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat pada 4 November nanti. Fahamilah apa yang Tan Sri Azizan lalui dan perjuangkan ketika di dalam parti.Bayangkan cabaran yang dihadapinya dalam memastikan Kedah bersih dari sebarang agenda kafir harbi mahupun golongan penyokong LGBT.Ketidakhadiran Anwar di Sungai Limau bukan bermakna PAS bebas dari cengkamannya.Kini,Allahyarham telah tiada untuk membataskan pengaruh Anwar.Percayalah,dengan meletakkan Azam Samat,iaitu proksi Mahfuz sebagai calon,akan membuka peluang bagi pengaruh Anwar bertapak di sini.Dengan mengambilkira hakikat ini,kini terpulanglah kepada pengundi Sungai Limau dalam menghayati dan mentafsirkan perjuangan Allahyarham Tan Sri Azizan dan menterjemahkannya di kertas undi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! KEBOLEHAN PEMIMPIN UMNO JADI SANDARAN !!! Posted: 25 Oct 2013 04:56 PM PDT KHEMAH yang menempatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Dewan Datuk Madi,Yan,Kedah kelmarin menjadi tumpuan.Ini memandangkan ia menjadi lokasi pertama bagi sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding dalam pemilihan Sabtu lalu berkumpul.Sudah pastilah tumpuan diberikan kepada Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Mahathir yang bersaing sengit dalam pemilihan tersebut.Namun,bukanlah soal kemesraan antara kedua-dua anak kepada dua bekas Perdana Menteri ini yang mahu diperkatakan tetapi bagaimana semangat ahli-ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik turun ke Sungai Limau.Lebih menarik ada antara mereka yang tewas seperti Menteri Besar Perlis,Azlan Man dan Datuk Azman Shah Omar Shah. Sama ada kalah atau menang dalam pemilihan lalu ia tidak lagi menjadi perhitungan,apa yang pasti ketika berbual-bual dengan mereka,kesemuanya bertekad untuk turun habis-habisan bagi memastikan kemenangan BN di kubu kuat Pas tersebut.Masing-masing mempunyai kemampuan dan kebolehan tersendiri serta sudah pasti masing-masing ada kumpulan pengundi yang harus diberikan tumpuan.Ketua Wanita,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri,Mas Ermieyati Samsuddin sudah bersedia untuk ke gelanggang.Tetapi seperti mana kata ketiga-tiga mereka,kempen akan dijalankan secara berhemah dan tertib,tidak boleh redah sahaja memandangkan Sungai Limau adalah kawasan luar bandar. Sementara itu,Hishammuddin sudah pun memulakan langkah dengan bertemu veteran UMNO di DUN tersebut dan dijangka turun lagi pada saat-saat akhir kempen,seorang lagi Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Shafie Apdal turut mengatur langkah bertemu pengundi kerana kementerian beliau banyak berjasa di Sungai Limau.Kebolehan dalam bidang agama termasuk menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis akan membolehkan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi sandaran untuk mematahkan hujah-hujah Pas yang pastinya akan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis bagi meraih sokongan.Sebenarnya,UMNO mempunyai pasukan pemimpin yang lengkap sama ada dalam soal dunia mahupun akhirat.Tetapi acap kali kelebihan ini tidak diketengahkan dalam kempen-kempen semasa pilihan raya kecil.Oleh itu Sungai Limau adalah lokasi terbaik untuk barisan MT dan sayap-sayap UMNO berpadu tenaga bagi meranapkan kubu Pas di DUN tersebut.Berbanding UMNO,Pas hanya bergantung kepada golongan agama untuk meraih undi tetapi UMNO mempunyai semua golongan malah terdiri daripada pentadbir yang baik dalam membangunkan negara. Justeru,saya mengharapkan semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini akan berterusan sehingga hari pengundian 4 November.Percayalah,dengan kekuatan dan kebolehan yang ada dan atas niat ingin berbakti demi kesejahteraan,insya-Allah,misi menawan DUN Sungai Limau bukan satu misi mustahil.Apa yang penting ialah keazaman dan membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO adalah pasukan politik paling lengkap,berwibawa dan jauh berkemampuan berbanding Pas yang hanya bijak berceramah,menabur janji dan mengukir ilusi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment