BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! CEC DAP !!! SEKALI LAGI LIM GUAN ENG SALAHKAN UMNO !!! APA CERITA NI ??? TAKUT KER ???

Posted: 24 Oct 2013 08:30 AM PDT


Sebelum Lim Guan Eng tergopoh-gopoh menyalahkan UMNO,ROS,mahupun komputer atau pun cuaca sekali pun atas kontroversi yang melanda pemilihan CEC,eloklah beliau meneliti sejenak fakta isu ini agar tidak perlu menutup malu dengan cara yang memalukan juga.Secara dasarnya,pemilihan CEC telah berlaku 3 kali.Iaitu kali pertama di mana keputusan dikatakan telah tersalah kira kerana kesilapan komputer.Kali kedua adalah sebenarnya 'kiraan semula' undi yang berakhir dengan keanehan di mana kiraan undi untuk beberapa perwakilan menyaksikan perbezaan yang tinggi,sedangkan perwakilan lain tidak pula banyak bezanya.Kiraan ini didapati tidak menepati masalah matematik yang kononnya berpunca dari komputer.Kemudian,terdapat juga aduan kepada ROS bahawa 753 perwakilan telah tidak menerima notis mesyuarat sekali gus dinafikan hak mengundi. 

Kali ketiga merupakan pemilihan semula pada September lalu yang menyaksikan senarai pemenang yang sama.Pun begitu,ia tetap penuh dengan kontroversi apabila lebih ramai perwakilan yang 'hilang' berbanding sebelumnya.Turut didapati begitu ramai calon menarik diri saat akhir selain kes pengundi hantu di mana mereka yang dipecat juga telah mengundi.Antaranya ialah Jenice Lee dan juga David Dass.Pemecatan mereka berdua ini pula bukannya kerana melanggar disiplin parti tetapi kerana mempersoalkan tindakan kepimpinan sahaja.Jelas sekali,bahawa kepimpinan DAP tidak boleh dipersoal dan jauh sekali ditegur. Jika sebarang kesilapan atau kesalahan mereka didedah, maka pecatlah jawabnya.Untuk itu,David Dass mendedahkan bahawa beliau telah dipecat serta merta pada 2 Julai lalu kerana mempersoalkan tindakan kepimpinan dalam isu pemilihan CEC tetapi telah turut membuang undi pada 29 September lalu bagi memilih senarai CEC.Beliau juga menunjukkan surat pemecatan beliau yang bertarikh 7 Oktober 2013 yang diterimanya pada 10 Oktober 2013. 

saya tidak faham kenapa begitu sukar untuk DAP mengadakan pemilihan dengan teratur ??? Susah sangatkah untuk menghantar notis dan memastikan kehadiran mahupun memecat mana-mana ahli mengikut prosedur ??? Apakah DAP benar-benar begitu bodoh sekali ??? Bayangkan,hampir setahun,iaitu sejak Disember tahun lalu sehingga Oktober tahun ini,DAP masih belum dapat menyelesaikan isu undi yang hanya melibatkan 2000 lebih perwakilan.Inikah yang dikatakan 'cekap' ??? Kes perwakilan tidak menerima notis tidak terjawab, dan kemudian kes perwakilan 'hilang' juga tidak terjawab.Inikah yang dikatakan 'telus' ??? Begitu juga apabila aduan dibuat,pemimpin DAP langsung tidak menyiasat malah enggan mengaku salah pula.Inikah yang dikatakan 'amanah' ??? 

Lim Guan Eng sering menafikan tuduhan bahawa beliau adalah penipu,kuku besi,korup dan rasis.Tetapi,beliau tidak mampu pula membentangkan hujah untuk menjawab semua persoalan mudah di atas.Satu-satunya hujah yang beliau tahu adalah menyalahkan UMNO,ROS dan segala-galanya yang berkaitan kerajaan atau Melayu dan satu-satunya tindakan yang beliau mampu lakukan untuk menangani kesilapannya ialah dengan memecat orang yang mengkritiknya.Inikah yang dikatakan sebagai 'bijak' dalam konteks DAP ??? Memandangkan pemilihan semula CEC juga penuh dengan persoalan yang tidak berjawab,mungkinkah DAP perlu membuat pemilihan semula sekali lagi ??? Jika tidak,maka integriti DAP akan selama-lamanya dipersoal serta barisan kepimpinan CEC tidak akan dihormati oleh lawan,mahupun ahli-ahli sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! NIK AZIZ TAK RESTU CALON PAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Oct 2013 05:19 AM PDT


Seperti ada yang tidak kena,suasana kempen pilihan raya kecil Sungai Limau tidak berjalan seperti kebiasaannya.Ini kerana sejak kelmarin,Pas telah mula menurunkan jentera kempennya dan memasang bendera dan poster di kawasan-kawasan yang dianggap strategik untuk menarik perhatian pengundi.Namun sehingga ke pagi tadi,tiada satu pun gambar mahupun poster Mursyidul Am Pas,Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di sepanjang kawasan Sungai Limau.Tidak seperti kempen pilihanraya sebelum ini,jentera Pas sentiasa menjadikan Nik Aziz sebagai umpan untuk memancing pengundi.Contohnya poster yang paling popular,Nik Aziz Menangis yang sering dijaja bagi menagih simpati pengundi.Tidak cukup dengan itu,DAP yang terkenal dengan sikap anti-Islam dan chauvinist,turut menggunakan Nik Aziz sebagai model pilihan raya.

Inilah pendekatan pembangkang yang dinamakan 'matlamat menghalalkan cara'.Pada mereka di dalam politik tidak ada istilah haram yang mutlak kerana jika haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah packaging(bungkusan),jenama atau label.Untuk lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun kandungannya haram.Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarung,kulit atau jersi parti Islam janji menang pilihan raya,apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang belulang.Berbalik kepada isu tadi, yang paling menarik,ada pihak di dalam kem pembangkang mengatakan ini adalah merupakan satu konspirasi terancang antara Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar dengan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob untuk menyingkirkan Nik Aziz. 

Ini kerana mereka dikatakan mula tidak selesa dengan pendekatan Nik Aziz yang sering campur tangan dalam urusan parti dan kerajaan.Malah walaupun tidak lagi menjawat jawatan MB,Nik Aziz dikatakan masih cukup berkuasa berbanding Ahmad Yakob.Atas sebab itu,satu gerakan terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut.Paling memeranjatkan Nik Aziz juga dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calon yang diturunkan untuk mewakili parti itu di dalam PRK kali ini.Ini kerana calon yang diketengahkan bukan dari kumpulan ulamak dan yang paling penting dia dikatakan turut menganuti fahaman sesat Syiah.Sebagai tanda protes,Nik Aziz dikatakan enggan hadir di sepanjang tempoh berkempen ini sebagai salah cara untuk beliau menzahirkan rasa tidak puas atas kerakusan mereka mengejar kuasa.Malah tindakan Pas Jerai untuk tidak menggunakan gambar poster Nik Aziz,juga dikatakan sebagai tindak balas atas sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantan itu. 

Tidak cukup dengan itu,mereka juga dikatakan mula menyebarkan cerita,kononnya mantan MB Kelantan itu sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.Mereka turut mengatakan Nik Aziz juga sudah mula 'dipakaikan pampers' bagi menunjukkan kononnya Nik Aziz sedang benar-benar uzur.Nampaknya gayanya,semakin hari politik Pas semakin kotor dan menjijikkan.Tahniah kepada puak Endorgan Pas, 

ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN KOMUNIS.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BAJET PR 2014 !!! TIADA SEMANGAT NASIONALISME DAN PATRIOTISME !!! APA CERITA NI ???

Posted: 24 Oct 2013 01:30 AM PDT


Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh pembangkang kelmarin menyerlahkan sikap perkauman yang mendalam dan usaha yang giat untuk menjarakkan lagi jurang antara kaum di negara ini.Ini berdasarkan cadangan mereka agar kerajaan memperuntukkan sejumlah RM220 juta lagi kepada 1,854 sekolah vernakular dalam Bajet tahun hadapan.Peruntukan itu dicadangkan merangkumi sumbangan RM300 bagi setiap seorang pelajar SRJK bagi menambah baik mutu dan kualiti pembelajaran serta bangunan.Selain itu,pembangkang juga komited untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas alasan ia gagal mencapai matlamat dan bermasalah di mana sehingga kini telah menyebabkan 22 kematian.PLKN membawa objektif penerapan semangat cintakan negara serta perpaduan.Hakikatnya,Sekolah Vernakular telah dikenalpasti sebagai punca utama masalah perkauman di negara ini manakala,PLKN pula adalah antara usaha kerajaan untukmengatasi masalah itu.Sungguhpun demikian,pembangkang tegar mencadangkan peruntukan bagi 'memperkasakan lagi punca masalah' dan di masa yang sama menolak sebarang usaha ke arah 'penyelesaian masalah' itu. 

Ini membuktikan bahawa pembangkang dengan sengaja ingin agar rakyat negara ini terus berpecah belah serta tidak punya semangat patriotisme atau nasionalisme.saya percaya,idea-idea ini datangnya dari parti chauvinis DAP tetapi telah diterima baik oleh PKR dan PAS kerana terlalu mendambakan undi dari kaum Cina.Malang sekali,biar setelah habis segalanya digadai pun,kaum Cina masih tidak mengundi PAS dan hanya apabila terpaksa sahaja akan mengundi PKR.Justeru,pengorbanan PAS menggadaikan maruah sehingga tiada apa lagi yang tinggal bukan sahaja sia-sia,tetapi rugi besar kerana PAS semakin kehilangan undi orang-orang Melayu.Hari ini,DAP terus mengasak agenda ini melalui Bajet Alternatif sementara PAS dan PKR tidak mampu menolak atau mengimbanginya.Malah, kedua parti yang diterajui Melayu itu turut mengasak bersama dengan DAP untuk memusnahkan keharmonian antara kaum di negara ini. Sekiranya pembangkang punya sedikit rasa tanggungjawab,maka mereka seharusnya mencadangkan penyelesaian alternatif ke atas masalah perkauman dan bukannya menambahkannya.Bukankah lebih baik jika pembangkang mencadangkan peruntukan ke atas sekolah kebangsaan ditambahkan bagi memastikan ia benar-benar mencapai tahap yang diinginkan bagi semua kaum ???

Bukankah lebih baik jika semua parti-parti politik dari semua kaum turut terlibat memberi cadangan dan mendesak ke arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti guru-guru,pembelajaran dan juga bangunan persekolahan di sekolah kebangsaan agar anak-anak kita boleh belajar bersama-sama ??? Jika ini dapat dilakukan,maka kita mungkin tidak perlukan PLKN lagi.Namun,tentu sekali perkara yang baik dan murni akan ditolak mentah-mentah oleh DAP kerana ia bermakna mereka tidak akan dapat membawa agenda mereka yang ingin menindas dan menjajah negara ini.Sehingga ke hari ini,DAP tidak pernah menerima hakikat yang mereka berkongsi negara ini dengan orang-orang Melayu.DAP juga nekad untuk memisahkan masyarakat Cina dari aspirasi negara.Kerana itu,mereka memerlukan sekolah vernakular untuk mengajar anak-anak Cina agar membenci Melayu, prejudis terhadap kerajaan serta menolak sejarah.Matlamat akhir mereka ialah untuk menukar landskap sosial dan ekonomi negara ini agar mengutamakan Cina serta mengabaikan bangsa-bangsa lain. 

Apa yang pasti,cita-cita DAP ini bukan sahaja akan menyebabkan bangsa lain tertindas dan terpinggir tetapi, lambat laun akan membawa kehancuran kepada bangsa Cina juga.Jika DAP punya sedikit kebijaksanaan, mereka pasti tahu bahawa menyusahkan orang-orang di sekeliling mereka tidak akan membuat mereka senang. Sudah menjadi hukum yang tidak tertulis bahawa apabila orang-orang di sekeliling kita senang, kita akan turut senang kerana mereka tidak mengganggu kita malah mungkin boleh membantu atau bekerjasama untuk meningkatkan kesenangan itu.Tragedi 13 Mei adalah pengajaran yang paling jelas,namun DAP memilih untuk menidakkan sejarah serta menafikan kesilapan sendiri. Untuk itu, kita ingin berpesan kepada DAP bahawa manusia yang lupa sejarah, akan dihukum untuk mengulanginya berkali-kali.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PAS PENDOKONG KUAT AMALAN PULAU MEMULAU !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Oct 2013 10:25 PM PDT


Takut kena 'pulau',itulah antara ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti yang bertanding.Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai calon Pas,Azam Samad yang juga merupakan bekas guru.Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik,kerana Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam,sering kali dilihat cuba memperbodohkan para pengundi dengan pelbagai cerita 'penglipur lara' di setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Berbanding Barisan Nasional (BN) / Umno,yang meletakkan calon dari golongan profesional Dr. Ahmad Sohaimi Lazim seorang bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Yang peliknya rata-rata penduduk di kawasan Kampung Sungai Daun dan Kabu Sepuloh menegaskan mereka takut untuk memberikan sebarang komen berhubung calon dari BN/Umno.Ini kerana menurut mereka,tindakan tersebut bakal menyebabkan mereka dipulaukan oleh para penyokong Pas di kawasan.Menurutnya,mungkin ada yang akan merasa pelik atau tidak mempercayainya,namun bagi penduduk kampung itulah realitinya yang berlaku.Walaupun tidak selesa dengan pendekatan jumud dan fanatik penyokong Pas itu,namun menurut mereka hubungan kekeluargaan antara penduduk kampung telah menyebabkan perkara itu merosakkan hubungan dan keharmonian. 

"Mereka bukan setakat memulaukan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, tapi ada kalanya ia boleh menjadi semakin teruk.Ramai juga di kalangan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan pendirian pemimpin atasan,semuanya terpaksa memendam rasa.Kerana bukan setakat penyokong Umno akan dipulaukan, mereka yang tidak bersetuju dengan parti juga akan turut menerima nasib yang serupa" katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.Menurut beliau,isu pulau-memulaukan ini bermula semenjak Amanat Hadi Awangdimainkan.Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku,saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah,poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu,terutama setiap kali pilihan raya umum. 

Sebagaimana pembaca Badut Rakyat ketahui,akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka,bersembahyang dua imam dalam satu masjid,dua masjid dalam satu mukim,pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985.Betapa sedihnya saya kerana ia berlaku di depan mata,melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab,harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian. Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir,benci-membenci, berpecah-belah.Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...