BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! PEMBANGKANG BAKAL BERPECAH !!!

Posted: 20 Oct 2013 08:30 AM PDT


Isu kalimah Allah bakal menjadi faktor penentu sama ada pakatan pembangkang akan terus sebagai satu kerjasama politik di antara Pas,Dap dan PKR atau sebaliknya penyebabkan kepada kemusnahannya.Ini kerana kini terdapat jurang perbezaan yang amat luas di antara ketiga-tiga parti berhubung isu ini.Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan untuk menolak rayuan gereja katolik berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan kristian,Herald telah membuka satu ruang perdebatan yang hebat di dalam pakatan pembangkang.Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Haron Taib menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahankan kesucian agama Islam dalam isu ini.Beliau berkata umat Islam tanpa mengira fahaman politik haruslah merapatkan saf ukhwah agar musuh tidak mudah untuk mengertak atau mempersendakan akidah serta syiar agama.Pendapat beliau sudah tentu dilihat sebagai satu penyimpangan yang jauh tersasar daripada pendirian rasmi kumpulan pembangkang.PKR,Dap dan Pas dahulunya menyokong kalimah Allahn digunakan oleh penganut agama lain. 

Namun kenyataan terbaru Haron jelas memperlihatkan sikap Pas yang berbeza terutamanya setelah selesai Pilihan Raya Umum ke 13.Pas sedar bahawa parti itu telah dijadikan tunggangan politik oleh Dap dan PKR sehingga kedua-dua parti menang besar dalam pilihan raya yang lalu.Pas juga sedar pendiriannya yang menyokong agenda politik Dap dan PKR telah menyebabkan pengundi Melayu beralih kembali kepad UMNO dan Barisan Nasional.Ini menjadi faktor mengapa ramai pemimpin dan tokoh Pas membuat kenyataan terbuka agar pendekatan tahalus siyyasah atau kerjasama politik antara parti itu dan Dap serta PKR di kaji semula.Pada pendapat Pas jika ia masih terus dalam pakatan pembangkang dua perkara akan berlaku.Satu sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu akan terus terhakis.Kedua imej Pas sebagai keldai tunggangan Dap dan juga PKR akan terus menjadi liabiliti politik yang sukar di atasi menjelang PRU14 nanti.Malah sudah terdapat suara-suara daripada pelbagai lapisan dalam parti itu supaya Pas keluar daripada gabungan pembangkang kerana matlamat perjuangan sudah berlainan.Dap menjadi bertambah bongkak dan sombong dengan sikap rasis kecinaannya setelah berjaya meraih majoriti undi kaum itu pada pilihan raya lalu. PKR pula masih dalam dilema sama ada mahu terus menjadi parti berbilang kaum atau bersuara sebagai parti yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu di negara ini.Keadaan ini meletakkan Pas dalam keadaan serba salah kerana setelah mengorbankan prinsip perjuangan untuk menegakkan Negara Islam,dua rakan sekutunya itu nampaknayn tidak langsung dilihat mempertahankan Islam dalam isu kalimah Allah. 

Pas seolah-olahnya keseorangan dalam menyatakan pendirian menyokong keputusan mahkamah manakala Anwar Ibrahim dari PKR terus membisu.Dap pula terus menonjolkan sikap permusuhan tebalnya terhadap Islam di negara ini selari dengan prinsip perjuangannya untuk menghapuskan ketuanan Melayu.Tidak ada gunanya bagi Pas untuk terus tidur sebantal dengan PKR dan Dap kerana lambat laun, parti itu akan dilayan seperti anak tiri atau merasa dirinya seperti melukut di tepi gantang.Sikap Pas mahu isu kalimah Allah dipertahankan habis-habisan haruslah dipuji di atas keberanian parti itu melawan arus perdana di dalam pakatan pembangkang.Pas akan terus dihormati sebagai sebuah parti memperjuangkan prinsip serta nilai Islam sejagat jika ia juga berani mempersoalkan sikap Dap dan PKR yang dingin terhadap hak-hak orang Islam di negara ini.Pakatan pembangkang dijangka tidak dapat bertahan lama untuk kekal sebagai kuasa oposisi yang kental di persada politik negara disebabkan sikapnya yang anti-Melayu dan anti-Islam.Adalah lebih baik Pas keluar segera daripada tahalus siyyasah bersama-sama puak yang menyokong kemungkaran ini. Jika tidak Pas sendiri akan membayar harga politik yang mahal kerana menyokong satu gagasan politik yang merugikan agama,bangsa dan negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BEKAS PENGANUT KRISTIAN INDONESIA GESA PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 20 Oct 2013 05:00 AM PDT


pakar pengkaji agama yang juga bekas penganut agama Kristian Katolik Indonesia menggesa umat Islam di negara ini terus mempertahan kalimah Allah daripada digunakan penganut agama lain.bekas Ketua Rahib Legio Maria,Atmajaya di Jakarta,Irena Handono turut mengingatkan kalimah Allah harus dilindungi demi menjaga kesucian Islam pada masa depan.Menurut Insan beliau bimbang ancaman itu yang disebarkan menerusi dakwah agama Kristian menggunakan media cetak mampu mengikis keimanan generasi muda Islam seterusnya mengajak mereka keluar daripada agama tersebut.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT VIDEO DI BAWAH



 







lihatlah apabila Kalimah Allah disalahgunakan oleh Kristian



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PERWAKILAN EGM MCA SEPAKAT TOLAK JAWATAN KABINET !!! ADAKAH PERWAKILAN MERAJUK ATAU SEBALIKNYA ???

Posted: 20 Oct 2013 01:24 AM PDT



Delegasi MCA yang menghadiri EGM hari ini sepakat menolak apa-apa jawatan kabinet dalam kerajaan.Dengan itu jawatan Menteri Pengangkutan yang sekarang dipangku oleh DS Hishammuddin sah bukan lagi milik MCA.Kalau dah dibagi tetap tak nak terima,bagi saja pada yang sudi terima.Biar lah DS Hishamuddin dapat tumpukan sepenuh perhatian beliau dalam portfolio Menteri Pertahanan.Bagi penulis,cukup cukuplah tempoh 'merajuk' MCA itu.Mula kan kerja dari sekarang untuk kembalikan sokongan kaum Cina dengan kaedah anda sendiri.Cuma jangan nak pancing sokongan dengan bagi janji2 yang usik hak-hak orang Melayu dan bumiputera.

Orang UMNO sekarang dah sedar,kalau x dapat sokongan Cina pun mereka masih boleh pegang kerajaan.Kalau dapat itu adalah bonus! Maka sekarang ni masa kerajaan BN balas budi orang melayu dan bumi yang menangkan mereka.Nak menangkan BN lagi untuk PRU akan datang,orang2 Melayu dan Bumi mesti terus dibantu.Tak dapat 2/3 pun tak apa sebab ramai di kalangan orang Melayu dah tak percaya pengundi Cina.Bukan racist tapi realiti.

NAK TAHU KENAPA REALITI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! TRANSKRIP PENUH WAWANCARA DENGAN BEKAS PRESIDEN INDONESIA JUSUF KALLA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 19 Oct 2013 10:00 PM PDT



terbongkar sudah semua cerita Jusuf kalla.namun ramai yang tak percaya.kali ini anda lihat semua sekali kenyataan jusuf kalla.anwar ibrahim yang putar belit kata kononnya ini semua fitnah,kalau fitnah apa kata saman merdeka online.jom kita lihat temubual antara Merdeka Online dan Jusuf Kalla.saya takkan edit semua ni.kalau kurang percaya sila klik link yang saya beri

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini.Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia.Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan. 

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online [MO],sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat "a sense of belonging".Baru-baru ini,pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla,di Jakarta,Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah.Alhamdulillah,bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla,tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia.Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla. 

MO : Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya. 
JK : Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh.Terima kasih. 

MO : Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini.Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini? 
JK : Sebetulnya,saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali.Pertamanya pada bulan Mac,2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari.Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.Saya lihat,pada ketika itu,Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia,kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib,karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima.Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia,saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO : Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari? 
JK : Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib.Pertamanya,Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu.Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.Jadi,saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar,mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu. 

MO : Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib? 
JK : Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis.Anwar yang membuatnya,jadi semasa Anwar datang ke rumah saya,Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.Anwar sangat konfiden akan menang.Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri.Jadi,saya kata kepada Anwar ok,kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu.Anwar bersetuju,jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur,saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib,saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu,tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan.

Saya tidak bisa memaksa.Jadi saya balik semula kepada Anwar,saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman). Inilah gentleman's agreement antara saya dengan bapak Najib.Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya. Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya,Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri.Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited.Asean Wall Street Journal menghubungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted.Saya beritahu mereka ya,benar Anwar memang tidak komited.Saya tidak akan hubungi Anwar,biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya. 

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA 

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited? 
JK: Anwar menuduh berlaku penipuan,antaranya soal dakwat kekal.Jadi saya marah Anwar,saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal,itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh.Saya bilang sama Anwar,tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan,bahasa,budaya dan gaya orang Bangladesh.Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi.Ini tidak masuk akal.Tapi,Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya. 

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib? 
JK: Saya beritahu Anwar,kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia.Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia.Tapi di Malaysia sistemnya lain,kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral,yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.Malangnya Anwar ini ego,imaginasinya sangat melampau-lampau,dia tetap mahu jadi Perdana Menteri.Saya bilang kepada Anwar, "Kamu sudah gila?" mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133.Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga.Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah.Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya. 

HIMPUNAN BLACK OUT 505 

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini? 

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki,Washington,Filipina dan mungkin juga di negara Thai dan China,itu kamu kena selidiki.Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu.Saya sendiri bertanya kepada Anwar,apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas,ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.Makanya,saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja,melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON 

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari "Polis Washington" supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya.Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri.Ini bermakna,saya sangat yakin,bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia.Anda perlu terus menyiasat perkara ini. 

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU 

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu,saya juga tahu bahawa ada campur tangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia,di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut. 

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini.Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak. 
JK: Terima kasih. Jakarta, Indonesia, 

1 Jun 2013.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! ZAID IBRAHIM PERTIKAI IBADAH KORBAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 19 Oct 2013 07:19 PM PDT


Zaid Ibrahim ni faham tak Ibadah korban tu untuk apa sebenarnya ??? bodoh orang tua ni,dia ingat ibadah korban ni ciptaan manusia kot.Nabi Ibrahim pun tak pertikai suruhan Allah.Dia pula nak pertikai ??? - Siemens melayu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...