BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! LAPORAN AUDIT YANG MENUNJUKKAN KETIRISAN NEGERI DI BAWAH PR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 10 Oct 2013 08:30 AM PDT


Laporan Audit Negara yang baru dibentangkan menerima reaksi yang kurang menyenangkan dari semua pihak.Ketirisan yang masih berlaku amatlah dikesalkan.Benar,ia merupakan kes-kes terpencil yang melibatkan individu secara berasingan tetapi jumlah yang mencecah billion bukanlah kecil,terutama dalam keadaan ekonomi yang begitu menguji.Walaubagaimanapun,pendedahan terbuka yang dibuat oleh Ketua Audit Negara menunjukkan yang kerajaan Malaysia adalah telus dan professional dalam menangani soal kewangan negara.Dari sudut lain,ia juga membuktikan yang kerajaan PR pimpinan Anwar Ibrahim adalah tidak telus dan tidak professional.Ini berikutan ketirisan yang berlaku bukan hanya melibatkan negeri BN tetapi juga negeri PR,namun Anwar telah memilih untuk menghentam kerajaan pusat seolah-olah negeri-negeri yang diperintah PR membentangkan audit yang sempurna dan tiada cacat cela.

Hakikatnya,beberapa laporan ketirisan audit di negeri PR memperlihatkan penglibatan di peringkat tinggi dan keseluruhan jabatan atau organisasi.Malah,ketirisan yang berlaku dalam audit tahun lalu juga masih belum ditangani oleh PR.Antara ketirisan audit di Selangor sahaja,iaitu negeri yang berada di bawah 'nasihat' Anwar ialah : 

1. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang memperlihatkan seolah-olah ada 'cubaan rampas' oleh kerajaan negeri untuk dijadikan pusat budaya Cina. 
2. Isu Talam 
3. Isu KHSB 
4. Kutipan premium tanah yang tidak seimbang 
5. Pembinaan kilang secara haram 
6. Penggunaan tanah tanpa kebenaran 
7. Memberi bonus tiga hingga empat bulan bagi kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor selama tiga tahun berturut-turut yang berjumlah RM887,620 dengna menggunakan lebihan perutukan kerajaan. 8. 'Program hadiah anak masuk universiti' yang merekodkan pengurusan yang lemah di mana seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai yang menerimanya lewat sehingga lebih tiga tahun dan RM8.23 juta lagi masih terhutang kepada anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti.Selain Selangor,Kelantan juga merekodkan penemuan audit yang mengejutkan antaranya : 

1. Anak syarikat kerajaan Kelantan,Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang menerima konsesi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011. Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan. 
2. Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu. 
3.Pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK),Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011 sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian Ini hanya beberapa ketirisan dari dua negeri yang diperintah PR. 

Hakikatnya,banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini.Justeru,bukankah lebih baik Anwar menumpukan kepada siasatan terhadap apa yang terjadi kepada kewangan negeri-negeri PR sebelum membuat bising mengenai ketirisan yang melibatkan kerajaan BN ??? Jika 4 negeri sahaja tidak mampu 'dibersihkan',bagaimana Anwar boleh berangan ingin membersihkan seluruh Malaysia sekiranya PR memerintah ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! DS @ZAHID_HAMIDI WAJAR SAMAN PORTAL PEMBELIT MELOYAKINI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Oct 2013 05:00 AM PDT


saya tertanya-tanya,apakah satu laporan berbahasa Inggeris di Meloyakini baru-baru ini yang bertajuk 'With Criminals,We Shoot First,Admits Home Minister' (Dengan Penjenayah,Kita Tembak Dahulu,Akui Menteri Dalam Negeri) merupakan satu deklarasi perang oleh portal berita itu terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi.Antara kandungan laporan tersebut menyebut 'Zahid Hamidi indicated in a speech that it was best to shoot first and ask questions later' (Zahid Hamidi menyatakan dalam ucapannya bahawa adalah wajar untuk tembak dahulu dan soal kemudian) Bagi menguatkan ceritanya,Meloyakini turut menyertakan pautan video rakaman kenyataan tersebut oleh Zahid Hamidi.Apa yang pelik ialah video tersebut tidak dapat dilayari.Lebih pelik lagi,apabila transkrip kenyataan Zahid di dalam portal berita yang sama melaporkan Menteri itu sebagai berkata "kita dapat bukti,kita tembak dulu." (if we get the evidence,we shoot first). 

Kenyataan ini juga dijadikan tajuk bagi laporan yang sama dalam versi Bahasa Malaysia.Nampaknya,Meloyakini memang sengaja ingin mengajak Zahid bermain tembak-tembak.Sebenarnya,'Permainan kotor' Meloyakini bukanlah sesuatu yang asing bagi kita.Kenapa portal ini harus meletakkan tajuk yang berbeza bagi terjemahan laporan yang sama,sebenarnya tidak sukar untuk difahami.Majoriti pembaca bagi artikel berbahasa Inggeris adalah masyarakat bukan Melayu yang mana menjadi sasaran mudah pembangkang untuk dihasut agar membenci kerajaan.Manakala,laporan berbahasa Melayu adalah untuk masyarakat Melayu dan harus kelihatan lebih 'lembut' dalam memperkatakan perihal kerja-kerja polis yang mana majoritinya Melayu juga.Namun,itu bukan soalnya.Soal yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah hakikat bahawa mesej yang disampaikan melalui laporan itu adalah berniat jahat dan berunsur menghasut, kalaupun tidak jatuh sebagai fitnah.Ini kerana Ayat 

1. 'kita tembak dulu,soal kemudian' dengan 
2. 'kita dapat bukti,kita tembak dulu' amatlah berbeza dari segi maksudnya. 

Ayat pertama yang digunakan oleh Meloyakini untuk mengulas kenyataan Zahid,memperlihatkan bagaimana portal itu cuba membentuk imej Zahid sebagai Menteri yang kejam dan tidak mengikut undang-undang.Sedangkan,ayat kedua yang mana merupakan transkrip kenyataan Zahid yang sebenar,membuktikan sebaliknya,di mana beliau menegaskan bahawa sebarang tindakan polis haruslah berasaskan bukti.Hakikatnya,Zahid bukan Menteri yang samseng,tetapi tegas.Yang samseng itu adalah mereka yang membela penjenayah seperti Meloyakini dan ketegasan Zahid lah yang membuatkan Malaysikini tidak keruan.Hanya kerana Zahid telah menegur sikap wartawan portal itu yang gemar memutarbelit, maka portal itu ingin membalas dendam dengan terus memutarbelit kenyataan Zahid lagi serta cuba memburukkan imej beliau. 

Bagaimanapun,yang mungkin terhasut dan sakit hati dengan Zahid setelah membaca laporan putarbelit Meloyakini hanyalah para penjenayah,samseng,gangster dan kongsi gelap sahaja.sedangkan rakyat keseluruhannya bertepuk sorak meraikan ketegasan Menteri itu.Memandangkan Meloyakini masih tidak serik-serik memutarbelit kenyataan Zahid,maka kita sarankan agar Zahid saman sahaja portal berita itu.Apa yang dapat dilihat ialah wartawan Meloyakini ini sama saja perangainya dengan DAP iaitu mereka tidak malu menipu dan terus menipu walaupun telah terkantoi dan terus terkantoi.Justeru,bagi memastikan mereka mendapat pengajaran yang setimpal,eloklah mereka disaman saja atas tuduhan berniat jahat dan menghasut orang ramai agar bersangka buruk terhadap Menteri dan kerajaan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SAH !!! EKONOMI MALAYSIA CEMERLANG DI BAWAH PENTADBIRAN PM @NAJIBRAZAK !!!

Posted: 10 Oct 2013 01:30 AM PDT


Menjelang pembentangan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober depan,bermacam-macam analisis negatif dan komen yang tidak berasaskan fakta telah disebarkan oleh pihak pembangkang di dalam media maya.Dengan menggunakan saluran media baru seperti blog,twitter,facebook dan sebagainya,pembangkang mereka-reka cerita bahawa Malaysia sedang mengalami masalah kewangan yang tenat dan mungkin juga bankrap.Mereka menggunakan isu penarafan negatif oleh agensi penarafan antarabangsa Fitch berhubung isu jumlah hutang negara sebagai asas kepada hujah mereka.Mereka juga membesar-besar amaran agensi penarafan antarabangsa lain seperti Standard & Poor's serta Moody Investor Service untuk membuat rumusan negatif berkenaan perbelanjaan dan pengurusan kewangan negara.Jika diikutkan kepada banyak laporan negatif oleh agensi-agensi penarafan seperti ini sejak puluhan tahun lalu di mana mereka lebih kritikal daripada sekarang,Malaysia sepatutnya sudah lama bankrap dan rakyat hidup menderita akibat ekonomi negara yang merudum. 

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku,ekonomi negara terus kukuh dan rakyat hidup makmur sejahtera.Kerajaan pula sentiasa mengambil pendekatan pro-aktif dan berpandukan kepada kepentingan negara dan rakyat.Umpamanya ketika ekonomi negara rantau Asia Tenggara di serang penyangak matawang George Soros pada 1997,kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar sderta pendekatan bagi menyelamatkan ekonomi negara.Antaranya melaksanakan mekanisme kawalan terhadap Ringgit dengan menetapkan kadar pertukaran matawang sebanak RM3.50 pada setiap Dolar Amerika.Ini bagi mengawal pengaliran keluar masuk Ringgit di pasaran matawang antarabangsa serta membanteras aktiviti spekulasi matawang negara.Bagi menyelamatkan sektor perbankan yang terjejas teruk kerajaan mewujudkan Danamodal bagi menyuntik modal baru bagi bank-bank tempatan supaya mereka berfungsi menggerakkan ekonomi negara.Kerajaan juga menubuhkan agensi Danaharta bagi menyelamat dan memantapkan syarikat-syarikat di Bursa Malaysia terutamana yang berada di dalam sektor kritikal seperti pembinaan,petroleum,pembuatan dan sebagainya. 

 Jika mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membiarkan menteri kewangan ketika itu Anwar Ibrahim,sudah tentu Malaysia sudah bankrap malah dijajah oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.Kerajaan Malaysia ketika itu mengambil langkah drastik termasuk mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berjaya melindungi ekonomi Malaysia daripada badai kelemut ekonomi rantai tanpa melutut kepada mana-mana bantuan asing.Begitu juga apabila Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara,beliau telah melancarkan program transformasi ekonomi serta pentadbiran bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2015 dalam kerangka besar Wawasan 2020 yang mana negara dijangka menjadi sebuah negara maju.Dalam pentadbiran negara yang bersilih ganti sejak merdeka,setiap perdana menteri yang telah diberi amanah oleh rakyat,sentiasa meletakkan pembangunan fizikal dan modal insan sebagai tunjang transformasi ekonomi negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri dan seterus ekonomi berasaskan teknologi tinggi.Di samping itu kerajaan terus memnberi penekanan kepada modal insan melalui pendidikan dan program sosial yang mantap.Beratus ribu graduan dihasilkan dalam pelbagai bidang dengan dibangunkan banyak institusi dan kolej pengajian tinggi samada awan atau swasta.Ekonomi negara pula berkembang dengan pesat hasil pulangan pendapatan eksport barangan Malaysia yang berkualiti tinggi serta mendapat keyakinan dunia.Pelabur asing pula berlumba-lumba datasng ke Malaysia untuk mendirikan kilang serta melabur dalam sektor baru seperti teknologi maklumat. 

Kerajaan pula sentiasa mengamalkan dasar mesra pelabur bagi meningkatkan lagi aliran pelaburan asing ke dalam ekonomi negara.Pada masa yang sama syarikat-syarikat Malaysia sudah besar dan berjaya menjadi konglomerat pula mengembangkan aktiviti perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa dengan membuat peklaburan luar.Ini juga membawa hasil positif kepada Malayia kerana keuntungan yang mereka perolehi daripada pelaburan luar di bawa pulang ke negara untuk terus memajukan ekonomi serta menjadi lebih besar dan kuat.Jika dilihat dalam konteks keseluruhan pembangunan negara dan perubahan drastik hasil daripada kemajuan yang dicapai sejak hampir 60 tahun lalu,maka tidak timbul langsung isu hutang negara yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.Hutang adalah perlu untuk bangunkan ekonomi sesebuah negara tetapi apa yang perlu difikirkan adalah pengurusan kewangan yang mantap termasuk bebanan hutang.Selama ini dasar kerajaan telah berjaya mengurus sistem kewangan dunia dengan cemerlang sekali tanpa meletakan negara dalam situasi bahaya.Propaganda negara bankrap dan sebagainya hanyalah tipu helah dan politik murahan pembangkang yang sudah bankrap idea dan modal untuk meraih sokongan rakyat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUKU TULISAN PENGERUSI SUARAM PERJUANGKAN HAK LGBT DIDEDAHKAN !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 09 Oct 2013 10:00 PM PDT



Ketika penulis ke kedai buku Kinokuniya KLCC beberapa minggu yang lepas,penulis terserempak dengan sebuah buku yang ditulis oleh Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),Kua Kia Soong.Buku yang berjudul 'The Patriot Game : Writing On The Malaysian Wall' tidak lebih sebagai 'bible kecil' bagi mensucikan perjuangan LGBT atas nama 'Hak Asasi Manusia'.Ternyata inilah perjuangan SUARAM.Perjuangan Gay,Lesbian,Biseks dan Transeksual.Jadi kita tahulah kenapa Pakatan dapat undi popular dalam PRU13.Kerana sebahagian kecil rakyat Malaysia pengamal LGBT ini telah memberikan undi mereka kepada Pakatan.Inilah 'kepopularan Pakatan' yang sebenarnya :) 

Oleh Jebat

LIHAT GAMBAR DIBAWAH




APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! DINASTI LIM DAN DINASTI SINGH BERKERJA KERAS UNTUK HARAMKAN DAP ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Oct 2013 07:00 PM PDT


Hari ini mungkin ada yang beranggapan penulisan saya tidak penting atau saya membawa cerita bohong.Saya yakin apa yang diisi dalam blog ini akan menjadi satu rujukan penting satu hari nanti.Pemilihan semula CEC hujung minggu lepas membuatkan Dinasti Lim dan Dinasti Singh semakin pening kepala.Semuanya kerana kehadiran Jenice Lee sebagai perwakilan dan turut membuang undi.Rakyat Malaysia telah mengetahui Jenice Lee dipecat daripada DAP semasa GE 13,April 2013.Tiba-tiba Jenice hadir membuang undi untuk memilih CEC minggu lepas.Gambar-gambar kehadiran Jenice termasuk gambar Jenice sedang memasukkan kertas undi CEC ke dalam kotak disebarkan dengan meluas di internet.Penyebaran gambar-gambar itu membuatkan orang ramai yakin bahawa pemilihan CEC tidak dilakukan dengan betul dan tindakan ROS selama ini betul.Warga internet mempersoalkan bagaimana orang yang telah dipecat boleh hadir sebagai perwakilan ??? 

Dinasti Lim dan Dinasti Singh mengeluarkan arahan kepada semua ahli CEC supaya jangan mengulas perkara itu jika ditanya oleh pemberita atau sesiapa sahaja.Ini bagi mengelakkan bahana besar melanda DAP.Kehadiran Jenice sebagai perwakilan adalah mengikut peraturan kerana pemecatannya sebelum ini tidak sah akibat CEC yang ada pada waktu itu tidak diiktiraf.Sebab itu beliau masih kekal sebagai perwakilan.Jika ada mana-mana ahli CEC yang menjelaskan sebab kehadiran Jenice sebagai perwakilan ianya akan mengesahkan CEC sebelum ini tidak diiktiraf.Itu akan menyusahkan Dinasti Lim.Mereka mengambil tindakan mendiamkan perkara itu sebaliknya mengalihkan isu dengan menyerang ROS untuk menunjukkan mereka tidak bersalah dan mengelirukan rakyat. 

Sebab itu dalam tempoh seminggu ini Lim Guan Eng,Tony Pua dan Karpal Singh terus menyerang ROS.Rakyat Malaysia sekarang patut tahu bahawa bapak pembohong dan pembelit.Dalam masa yang sama mereka juga sedang susah hati kerana kredibiliti mereka teruk tercalar di kalangan golongan intelek dan ahli perniagaan cina.Kecelaruan pemilihan CEC turut dirasai oleh Kerajaan Penang kerana ahli perniagaan mula berkira-kira untuk melabur modal di sana akibat dari kedudukan Lim Guan Eng yang tidak stabil.Apa yang saya beritahu di bawah ini mungkin sukar untuk anda semua percayai.Namun saya boleh mempercayainya dengan mudah kerana saya telah lama bergaul dengan golongan ini.Cakap di depan lain dan lain perbuatan di belakang adalah perkara lumrah dalam DAP.Mereka bercakap pasal rasuah dan intergriti di depan rakyat namun di belakang ramai yang tidak tahu bahawa DAP sebuah parti yang kuat rasuah.Tahukah anda bahawa kini DAP sedang berusaha untuk mengharamkan parti mereka sendiri ???  Sukar untuk percaya kan ???


NAK TAHU JAWAPANNYA ???


DAN 


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! DAP CUBA RASUAH ROS UNTUK BATALKAN PARTI ??? APA CERITA NI ???

Posted: 09 Oct 2013 05:00 PM PDT


Pemilihan CEC DAP berlangsung dengan penuh manipulasi telah mendedahkan betapa buruk dan jahatnya pemimpin-pemimpin DAP itu.Biarpun manipulasi DAP telah terdedah tetapi DAP tidak mahu mengaku salah dan cuba menipu dengan berbagai cara bagi melepaskan diri.DAP sebolehnya enggan disiasat kerana bimbang segala perbuatan mereka menipu ahli akan terbongkar.Maka saya tidak terkejut apabila sebuah blog,DAP Insider http://thedapinsider.blogspot.com/ mendedahkan sesuatu yang sebenarnya telah lama disyaki oleh ramai iaitu DAP cuba merasuah ROS bagi menyelesaikan isu pemilihan CEC.Untuk itu,DAP mengharapkan ROS agar membatalkan sahaja parti itu supaya tiada siasatan boleh dilakukan.Difahamkan Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya juga benar-benar takut sekiranya mereka tidak dapat mengekalkan jawatan andai diadakan pemilihan semula.Lalu,mereka berbincang dengan Karpal Singh dengan kehadiran RSN Rayer untuk mencari penyelesaian.RSN Rayer kemudiannya dijadikan orang suruhan untuk 'berbincang' dengan ROS. Dengan tawaran rasuah sejumlah RM500,000, ROS diminta agar membatalkan sahaja parti DAP tanpa sebarang siasatan dilakukan. 

Cara ini juga akan membolehkan DAP mendaftar semula parti mereka dengan mengubah perlembagaan di mana jawatan Setiausaha Agung adalah kekal.Beberapa perkara lain akan turut dikaji semula bagi memastikan Dinasti Lim kekal di tampuk kepimpinan tertinggi.Selain itu,laman DAP Insider juga turut mendedahkan bagaimana DAP dengan sengaja melanggar beberapa peraturan dalam proses mengadakan pemilihan semula agar rancangan mereka untuk membatalkan penubuhan parti berjaya. Jika ini benar, maka tidak hairanlah DAP begitu 'bengang' dengan ROS walaupun segala masalah mereka bukannya berpunca dari ROS.Masalah DAP sebenarnya berpunca dari ahli-ahli parti itu sendiri yang telah membuka mata dan bangkit mempertahankan hak mereka.Malangnya,'kebangkitan' mereka hanyalah separuh jalan.

Seperti yang pembaca Badut Rakyat tahu,jika sebelum ini hanya 753 yang dinafikan hak mengundi,tetapi dalam pemilihan semula pada 29 September lalu,seramai 851 orang perwakilan pula dilaporkan 'hilang' dan tidak hadir untuk mengundi.Ini bermakna lebih ramailah yang 'terlepas' hak untuk memilih pemimpin di dalam DAP.Sehingga ke hari ini saya tidak tahu apa yang terjadi dengan kesemua 851 orang itu kerana tiada di antara mereka yang tampil membuat penjelasan atau aduan kepada ROS.Pemimpin DAP juga tidak dapat menjelaskan perihal 'kehilangan' mereka-mereka ini.Hairan sekali,jika mereka sanggup bersusah payah membuat aduan kerana tidak dapat mengundi dalam pemilihan awal,kenapa mereka tetap tidak hadir apabila pengundian diadakan semula ??? Mungkinkah bajet RM500,000 yang diperuntukkan untuk rasuah ROS itu telah digunakan untuk memastikan 851 perwakilan itu hilang dan menutup mulut ??? Ini tidak mustahil kerana dari apa yang saya dengar,DAP menyelesaikan masalah dengan dua cara sahaja iaitu sama ada rasuah ataupun ugut.Tak tahulah sama ada apa yang kita dengar itu benar,tetapi yang pasti tiada apa yang buruk yang tidak mustahil bagi DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...