Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Anak Yatim Rakus Di Perhamba dan Di Permainkan!

Posted: 21 Sep 2013 08:37 AM PDT


Tragis betul bila Mc baca cerita kat bawah ni, manusia ka apa dorang ni? Haram jadah sungguh! Sanggup buat kat anak yatim sampai macam tu sekali. Terima la balasan dari Allah nanti!

Nak tau kenapa Mc hangin sangat? Baca cerita kat bawah ni,

Wang sumbangan termasuk duit raya yang didermakan orang ramai kepada penghuni rumah akan 'diambil' pengurusan dan anak-anak tidak diberi wang walau sesen pun dengan alasan mereka sudah menghuni rumah itu secara percuma.

Lebih menyedihkan anak-anak kecil yang melakukan persembahan di luar dari jam 7.30 pagi hingga kadang kala jam 10 malam dan diberi bayaran antara RM300 hingga RM400 oleh pihak tertentu juga tidak pernah dapat merasa wang itu.

"Apabila anak-anak berkenaan bertanyakan bahagian mereka, pihak pengurusan akan mengatakan wang berkenaan perlu disumbang ke dalam sebuah tabung.

"Pihak itu akan beritahu, duit disimpan dalam tabung adalah sebagai saham untuk pejuangan Islam," katanya.

Kepada anak-anak kecil pula kata Nur, pihak pengurusan akan memberitahu lebih banyak wang disimpan dalam tabung itu, lebih besar peluang mereka menunaikan haji dalam mimpi bersama seorang pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

"Bagi penghuni dewasa, pengurusan sering mengungkit isu mereka diberi peluang tinggal di situ secara percuma," ujarnya.

Nur berkata, dia pernah memegang duit mencecah RM1,000 hasil sumbangan orang ramai namun wang itu kemudian dijadikan modal untuk pertubuhan berkenaan membuka sebuah butik.

"Wang itu sepatutnya diagihkan untuk keperluan anak-anak, sayangnya mereka tergamak menggunakannya untuk tujuan lain dan tidak menggantikannya semula,"katanya.

Apabila ditanya mana wang itu, pihak pengurusan akan mendakwa mereka sudah bayar kepada anak-anak yatim sedangkan ia tidak berlaku.

Sekiranya didesak dan perkara itu dipertikaikan, pihak pengurusan sekali lagi minta supaya penghuni tidak berkira.

Kata Nur, pertubuhan kebajikan itu menerima pelbagai sumbangan setiap hari untuk keperluan penghuni, namun barang makanan diperoleh akan dijadikan modal perniagaan untuk kafe yang dibuka pihak pengurusan.

"Sakit hati apabila melihat mereka bertindak sedemikian, makanan sumbangan orang ramai, mereka jadikan barang jualan, kalau penghuni hendak minum kena bayar, siapa tiada duit kena hutang, bila dapat duit sumbangan kena bayar balik,"katanya.

Bukan sahaja makanan, pakaian hasil sumbangan orang ramai juga perlu dibayar penghuni kepada pihak pengurusan menggunakan wang bantuan diterima.

Paling dikesali Nur, barang makanan sumbangan orang ramai juga kadang kala dikumpul dan dihantar untuk kegunaan perniagaan restoran yang dijalankan pertubuhan itu di luar negara sedangkan penghuni sendiri langsung tidak diberi peluang menikmatinya.

Pernah menurut Nur, penyumbang menghantar ikan segar ke rumah pertubuhan berkenaan, namun tidak lama selepas itu akan datang sebuah van dan membawa semua bekalan lauk pergi.

"Anak-anak hanya dihidangkan sardin dan ikan masin sahaja sedangkan ada pelbagai jenis hidangan lazat dihantar mereka yang bersimpati dengan nasib anak yatim. Hanya ikan murah, sudah pecah perut dan kurang segar ditinggalkan untuk dimakan anak-anak yatim," katanya.

"Bila pihak atau syarikat luar buat program di situ sahaja anak-anak yatim boleh makan sedap," ujarnya lagi.

Jelas Nur, hakikatnya pertubuhan itu dianggap paling kaya dengan limpahan sumbangan pihak-pihak yang bermurah hati.

Setiap kali menjelang perayaan, pelbagai pihak akan datang memberi bantuan dan menjemput anak-anak membeli keperluan raya di luar.

Namun katanya, anak-anak yatim sebenar hanya meminjamkan tubuh badan mereka sahaja untuk pengukuran saiz sedangkan pakaian itu tidak sampai ke tangan mereka.

Sekiranya, dijemput membeli pakaian raya lebih 10 kali pun, sehelai baju pun anak-anak yatim tidak dibenarkan ambil.

"Pada malam raya apabila penghuni pulang ke rumah saudara-mara atau ibu yang masih ada, anak-anak jemaah sebuah pertubuhan akan datang ambil pakaian milik anak yatim itu," katanya.

Bagi anak-anak yatim peringkat sekolah menengah, mereka akan dapat peluang mengikut agensi atau syarikat penyumbang membeli pakaian raya tetapi sekali sahaja.

Yang lainnya akan diberi giliran kepada anak-anak jemaah sedangkan mereka mempunyai ibu dan bapa.

"Puluhan tong biskut raya yang diterima pusat kebajikan itu juga tidak diberi kepada anak-anak yatim untuk dibawa pulang ke rumah mereka," katanya.

Menyentuh hal beriadah di luar, Nur berkata pihak pengurusan pertubuhan kebajikan itu akan buat surat minta tajaan pihak luar.

Meskipun tajaan sudah diperoleh, anak-anak yatim tetap kena bayar menggunakan duit yang ada pada mereka termasuk bantuan kewangan diberikan oleh sekolah.

Orang luar ada juga yang mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkat, mereka perlu masukkan duit ke dalam tabung pengurusan bukan terus ke dalam akaun bank anak-anak sendiri.

Duit bulanan sebanyak RM300 juga tidak sampai kepada anak-anak menyebabkan baju sekolah tidak dibeli baru dan mereka dalam keadaan selekeh ke sekolah.

Bila ditanya ke mana duit anakanak yatim pemberian ibu bapa angkat mereka, pihak pengurusan kata tidak perlu bazir keluar duit beli baju sekolah anak-anak kerana boleh minta sumbangan daripada orang lain pula.

Apabila sudah dicarikan tajaan untuk keperluan anak-anak, duit itu diambil dan dibuat perkara lain.

Pernah satu ketika, Nur berkata, dia dimarahi kerana menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk mendaftarkan anak-anak tidak bersekolah ke tadika.

"Pihak pengurusan kata tidak boleh gunakan wang sumbangan hantar anak-anak ke sekolah sedangkan pada saya itu memang hak anak-anak tetapi saya dimarahi dan mereka katakan biar orang ramai lain bayarkan, jangan bayar nanti rugi," katanya.

Guna anak yatim raih simpati

Anak yatim diletakkan di hampir 100 pertubuhan kebajikan rumah amal di seluruh negara dikatakan hanya sebagai strategi pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai.

Kewujudan pendaftaran untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kampung yang miskin juga dikatakan menjadi salah satu taktik pusat kebajikan dinaungi pertubuhan di negara ini bagi mendapatkan lebih banyak sumbangan.

Nur mendakwa, bantuan yang diberikan kepada golongan itu hanya diberi sekali sekala untuk menutup mata awam mengenai aktiviti dilakukan pihak terbabit.

Pengurusan pertubuhan biasanya tidak memberi bantuan berterusan dan kadang kala mereka yang berdaftar dengan pertubuhan akan dilayan secara kasar sekiranya mahu meminta sumbangan walau sekampit beras.

"Ada warga emas atau orang miskin yang kadang-kadang terpaksa tunggu dari pagi sampai petang hanya untuk dapat sekampit beras sedangkan beras banyak di stor, kadangkadang mereka disuruh balik."Apabila saya tanya mengapa tidak beri beras sedangkan bekalan ada, jawab pihak pengurusan tidak perlu tolong orang miskin selalu dan perlu lebih mementingkan mereka yang berada di sekeliling pemimpin pertubuhan itu," katanya.

Sumbangan diberi orang ramai kepada pertubuhan adalah milik pemimpin dan hanya boleh diedar untuk rumah pemimpin sahaja. "Akibatnya, anak-anak yatim kecil dan dewasa hidup bagaikan pengemis duduk situ, ramai antara mereka yang sudah besar keluar, yang tinggal hanya anak jemaah," katanya.

Anak-anak kecil yang menghuni pertubuhan kebajikan di situ jelas Nur akan didoktrinkan untuk taksub kepada pemimpin dan mengamalkan ajarannya. Untuk mengetahui lebih terperinci 'ajaran' di rumah kebajikan itu, Nur mendakwa dia meletakkan anaknya sebagai penghuni untuk menyiasat perkara berkenaan.

Selepas media melaporkan mengenai kegiatan di rumah pertubuhan itu baru-baru ini, ramai anak yatim yang sudah keluar, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja,yang lain semua anak jemaah.

"Tidak tahu ke mana hala tuju anak-anak yatim ini bila mereka keluar dari rumah berkenaan kerana majoriti mereka tidak dipantau semasa di pertubuhan dan apabila keluar dari rumah.

"Bila polis hendak buat program, mereka akan pesan anak-anak sorok gambar pemimpin pertubuhan itu, jangan sebut namanya, kalau orang tanya kenal atau tidak, kata tidak kenal," katanya.

Amalan pelik selepas solat

Menurut Nur penghuni pertubuhan kebajikan akan solat mengikut waktu namun yang menghairankan wujud pertambahan bacaan. Jika ada tetamu datang berkunjung, penghuninya akan solat seperti biasa namun jika sebaliknya kesemua mereka wajib membaca zikir memuja pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

Apabila Hari Raya pula, mereka tidak solat di surau atau masjid tetapi di surau sendiri dan akan membaca khutbah mengenai pemimpin mereka yang kononnya memiliki seribu satu keajaiban. Kanak-kanak kecil dipesan supaya tidak melakukan amalan pelik itu di depan orang dan tidak menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Katanya, sesiapa yang tidak mahu mengamalkan 'pencak' dan zikir berkenaan akan dimarahi. Amalan ini turut disedari penjaga sehingga ada yang mengambil keputusan membawa anak-anak yatim keluar dari rumah itu.

"Bila ada orang meninggal, golongan jemaah akan kata mudahmudahan ditempatkan bersama pemimpin yang sudah meninggal itu," katanya. Bagi mereka beruntunglah sesiapa yang dapat duduk dengannya. Lepas Maghrib, kesemua jemaah dan anak-anak akan buat 'pencak tarik power' hingga Isyak.

Ketika aktiviti itu dilakukan, mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon bimbit dan tidak boleh merakam gambar.

Pengakuan anak yatim perempuan 10 tahun

'' Abah (bukan sebutan sebenar tetapi ganti panggilan kepada pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia) tolong selamatkan kami dari sihir... tolong beri kami program banyak... dapat makanan banyak...' itu antara zikir yang perlu dibaca anakanak yatim pertubuhan berkenaan. Menurut bekas penghuni rumah anak yatim itu, setiap hari selepas solat Subuh, mereka akan buat pencak kemudian berzikir menyebut nama pemimpin itu supaya menolong mereka... Abah tolong kami... sebanyak 50 hingga 100 kali.

Menyentuh soal makanan, meski sumbangan banyak, mereka tidak boleh tambah nasi dan lauk, sekiranya berdegil akan dipanggil 'anak setan'. "Orang sumbang macam-macam tetapi kami tidak dapat rasa, ayam seketul pun kena berkongsi," katanya.

Pengakuan anak yatim lelaki 10 tahun

Bagi bekas penghuni yang mahu dikenali sebagai Muhammad, dia sedar amalan-amalan diajar di rumah berkenaan pelik dan tidak masuk akal, namun setelah lama menghuni rumah tersebut, perkara itu menjadi kebiasaannya.

Biasanya penghuni akan disuruh menolak syaitan dengan kaedah berdiri sambil menolak dan menarik tangan ke depan ke belakang. "Benda ini kena buat secara bersembunyi, kalau ada tetamu datang kena solat biasa, belakang-belakang kena baca zikir itu," katanya. Kalau tidak buat, akan dipukul dengan batang bendera dan dicubit sehingga rasa macam nak terkencing.

"Mak yang keluarkan saya dari rumah itu bila nampak ada yang pelik," katanya. Sejak menghuni rumah itu Muhammad berkata, dia hanya memperoleh duit belanja sekolah 50 sen sehari, kadang-kadang tidak diberi meski pun tahu banyak sumbangan diperoleh rumah berkenaan.

Pengakuan anak yatim perempuan 17 tahun

"Langsung tiada baca doa memohon kepada ALLAH, kalau nak minta sesuatu mesti mohon daripada 'Abah'," kata bekas penghuni rumah berkenaan yang melarikan diri kerana tidak sanggup mengamalkan ajaran pelik di rumah anak yatim itu. Katanya, jemaah yang dewasa ada tasbih sendiri berbentuk seperti gelang dan dipakai di tangan.

"Bila orang tiada mereka akan berzikir menyebut 'Abah', saya tidak tahan duduk sana, duit sumbangan orang ramai diberi kepada kami diambil selepas itu kena pula amal ajaran bukan-bukan," katanya.

INFO! Mukhriz Confident Menang Jawatan Naib Presiden UMNO! #MM4VP #BeraniBerubah

Posted: 21 Sep 2013 06:12 AM PDT


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir merasakannya beliau mempunyai peluang untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno yang ditandinginya.

Berdasarkan perkiraannya, beliau mempunyai peluang 50-50 untuk menang.

"Secara teknikalnya ia 50-50 kerana ada enam calon.

"Saya rasa saya optimis dengan berhati-hati, tapi kena juga berkempen dan kena kenal seramai mungkin perwakilan dan terangkan kepada mereka kenapa saya buat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya petang tadi.

Menjawab soalan wartawan, walaupun tiga penyandang sekarang dilihat seperti satu pasukan apabila hadir bersama menyerahkan borang mereka, Mukhriz tetap optimis dengan peluangnya.

Menurutnya, beliau sebenanrnya hanya perlu merebut satu daripada tiga kerusi naib presiden dan bukannya menewaskan ketiga-tiga mereka.

"Bukan niat saya untuk kalahkan semua orang. Hasrat saya cuma untuk menjadi salah seorang daripada tiga (naib presiden), dengan gandingan untuk membantu presiden dan timbalan presiden," katanya.

Beliau turut menjelaskan yang laluannya dalam politik dilakar beliau sendiri dan bukan bergantung kepada ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Karier politik saya ada naik turun. Kalau orang kata saya proksi beliau, sudah tentu laluan politik saya mudah.

"Pertama kali saya tawar diri jadi ketua pemuda Umno Kubang Pasu yang beliau sendiri adalah ketua bahagian selama 35 tahun, saya kalah," katanya lagi.

Kedah juga turut menghantar 3 calon ke kerusi Majlis Tertinggi dan dua wakil bertanding Naib Ketua Wanita dan Puteri.

YB Sabrina calon Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Calon No 5

YB Suraya calon Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Jangan lupa untuk mengundi calon-calon dari Kedah yang akan membuat perubahan besar di dalam organisasi UMNO.

Taruhan terbaik dari Kedah untuk masa depan UMNO sendiri!

McTheory:
Bersedia untuk Berani Berubah?

HOT! Khas Untuk Peminat Tegar dan Penguna Internet Tahap Dewa!! @SabrinaAzizan #KJL1M

Posted: 21 Sep 2013 03:06 AM PDT



Khas untuk penguna tegar Jalur Lebar Kedah, Kerajaan negeri Kedah buat Karnival kat hangpa semua,

Jangan lupa Karnival Jalur Lebar. Rasanya kita yang dok FB ni semua penguna Jalur Lebar tegar. Ada pelbagai tawaran istimewa berkenaan LINE, SIMKAD, BROADBAND, malah BROADBAND 1 Malaysia yang dicari-cari tu pun ada kat sana. Malah dikatakan TM mahu meluaskan coverage UNIFI ke Alor Setar. Jangan lepaskan peluang..

Apa aktiviti menarik kat sana?


Lawatan MB Kedah ke tapak pameran siap duduk bermesra dengan pengiat media sosial dari seluruh negeri Kedah. Pada sesiapa yang berminat nak jumpa MB dan berbual dengan beliau. Mai awai-awai, kerana hanya 100 terawal saja yang dapat berpeluang bermesra dan berbicara dengan MB Kedah yang kita sayangi tu.

Karnival Jalur Lebar Negeri Kedah ni dibawakan oleh Exco ICT kita Datin YB Sabrina.

https://www.facebook.com/Sabrina4NKP3M

HOT! Kak Ijat Punca Azalina Tarik Diri? #PemilihanUMNO

Posted: 21 Sep 2013 02:07 AM PDT


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusannya menarik diri daripada merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno dibuat atas dasar sayang dan cinta kepada parti.

Beliau berkata ia dibuat selepas mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak dan yakin keputusan itu diterima baik semua pihak demi perpaduan dan keutuhan Umno.

"Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan Umno, apa yang penting bagi saya ialah untuk melihat Umno terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina turut memaklumkan beliau akan menawar diri untuk bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua Umno Bahagian Pengerang.

Beliau yakin mampu mencurahkan bakti dan khidmat kepada parti, bangsa, negara dan agama berdasarkan pengalaman dan kebolehannya sebagai anggota Parlimen selama tiga penggal dan pernah menjadi menteri kabinet serta menerajui Puteri Umno sebelum ini.

Azalina sebelum ini mengumumkan mahu bertanding jawatan Ketua Wanita yang disandang bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, namun mengubah fikiran atas alasan mahu mengelak perpecahan dalam parti.

Dalam kenyataan sama, Azalina mengucapkan terima kasih kepada Shahrizat dan Pergerakan Wanita yang telah berikrar memberi sokongan penuh kepada beliau dalam merebut jawatan MT pada pemilihan Umno bulan depan.

HOT! Mukhriz Mahathir Berganding Dengan Zahid Hamidi Untuk Kerusi Naib Presiden? #PemilihanUMNO #BeraniBerubah

Posted: 20 Sep 2013 08:43 PM PDT


Baru saja submit borang nak bertanding. Dah dengar desas-desus kehangatan perebutan kerusi Naib Presiden UMNO. Malah ada bloggers dan troopers seorang Naib Presiden sekarang ni dah meroyan dok menghentam Dato Mukhriz. Alamak bro.. rilek brader, jangan hentam-hentam nanti wa kasi 'sengat' kang, baru tau. he he..

Bukan itu yang Mc nak bagitau, bab hentam-hentam ni biasa la, lumrah bloggers. Hari ni kita hentam orang, esok orang hentam kita pulak. Alah bisa tegal biasa.

Cuma Mc diberitahu, ada perbincangan diantara Mukhriz dan Zahid untuk bergabung kekuatan dan berkempen bersama.

Sejauh mana kabar ini Mc pun tak pasti, tapi itulah yang Mc dengar cari sumber yang amat Mc percayai.

Jika Mukhiz dan Zahid bergabung, ada kebaikannya, dan ada juga keburukannya. Cuma yang pasti, kekuatan sokongan kedua-dua pihak akan bertambah.

Apa pun, selamat bertanding semua.. bertandinglah dengan berhemah dan utamakan parti.

McTheory:
Apa yang pasti, jangan lupa.. Berani Berubah!

PANASS!! Ketua Syiah Kedah Cabar Sultan?

Posted: 20 Sep 2013 06:17 PM PDT

Pak Lah ditengah pakai lebai, ketua syiah.
Tindakan Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lepas boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).

NONE"Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekaligus mereka mencabar kedudukan Sultan," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau dekat Yan hari ini.


Jamil Khir berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.

Katanya beliau akan bertemu dengan penguat kuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di ibu negara bagi membincangkan cara untuk menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka
menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.

Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku mengenai fahaman Syiah setebal 500 muka surat sekiranya dia atau pengikutnya ditahan pihak berkuasa, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk
menghalangnya.

Laporan polis terhadap Syeikh Baderudin yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram.

- Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...