BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! KONSPIRASI,DISKRIMINASI DAN NASIB LIMA HARIMAU DALAM DAP DIDEDAHKAN !!!

Posted: 20 Sep 2013 08:30 AM PDT


satu lagi cerita didedahkan oleh Peter Chan,ahli DAP johor didedahkan.anda nak tahu siapa lima harimau DAP yang dimaksudkan ??? ikuti kisah ini

Hari ini adalah hari ketiga saya berblog.Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia.Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan.Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya.Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat.Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP,Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini.Seperti yang dijanjikan,hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau.Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng.Walaupun mereka kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu menerkam Lim Guan Eng. Mereka ialah ; 

Teng Chang Kim – Selangor 
Chow Kon Yeow – Pulau Pinang 
Boo Cheng Hau – Johor 
Nga Kor Ming – Perak 
Ngeh Koo Ham – Perak

Kesemua lima diatas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu dibunuh oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP.Teng Chang Kim adalah satu-satunya Adun DAP yang paling senior di Selangor.Beliau menang sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk di bawah pemerintahan BN.Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008,Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP.Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan,Ean Yong Hian Wah.Juga melantik Ronnie Liu sebagai exco.Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya.Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. 

Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram.Perkara itu memang benar.Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012.Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam pilihanraya umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru hara pasti akan timbul. Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. 

Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka.Chow Kon Yeow pula sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP Berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008.Bagaimanapun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri. Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam pilihanraya umum ke 13.Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.Dua sepupu dari Perak,Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran. Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas. Rancangan yang sedang dilakukan oleh Dinasti Lim umpama satu batu yang berjaya bunuh tiga ekor burung. 

ANDA NAK TAHU SIAPA TIGA EKOR BURUNG ITU ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! LIM GUAN ENG NAK CINA MENGAMBIL ALIH TAMPUK KEPIMPINAN MELAYU DI MALAYSIA ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 20 Sep 2013 05:00 AM PDT


tu diaa,satu lagi cerita dah keluar setelah di korek.adakah ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti ??? ini telah dinyatakan oleh lim guan eng sendiri di laman web beliau.ini ker yang dikatakan kononnya malaysian malaysia ??? itu dia punya cogankata kononnya nak jaga hati melayu.anda lihat apa dah jadi.anda nak satu lagi gambar kukuh bahawa kaum melayu menderita di pulau pinang ??? lihat gambar di bawah


lihat pula video di bawah.dalam CEC pun anda nampak sendiri kan.video di bawah pula menceritakan siapa lim kit siang dan lim guan eng yang sebenar



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSLUSIF !!! SIKAP POLITIK KIASU DAP DIDEDAHKAN !!!

Posted: 20 Sep 2013 02:00 AM PDT


ENTAH kenapa apabila disebut perkataan 'kiasu',kita terus merujuk kepada sikap dan budaya politik orang Singapura.Penulis punya ramai teman dari Singapura sewaktu menuntut dahulu,namun tidak seorang pun yang dirasakan membawa imej dan sikap kiasu.Kebanyakan mereka adalah warga Singapura yang sangat mesra dan mudah didekati.Merujuk kepada khidmat bantuan bahasa yang ditawarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) secara dalam talian,'kiasu' tidak mempunyai makna.Tetapi jika dirujuk kepada kamus Bahasa Inggeris,kiasu merujuk kepada sikap penting diri (a grasping,selfish attitude).Menurut kamus Bahasa Inggeris lagi,asal usul perkataan kiasu ini adalah daripada budaya Cina yang membawa aura scared to lose,takut kepada kekalahan.Sebagai sebuah parti di dalam ikatan politik longgar pembangkang,DAP sudah mencatat keuntungan yang luar biasa besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Lonjakan sokongan kepada DAP sangat jelas dan nyata.Kemenangan 38 daripada 51 kerusi Parlimen yang ditandingi adalah bukti yang sangat nyata. Secara keseluruhan, DAP mencatatkan peratusan kemenangan yang sangat besar - 70 peratus (%) daripada kerusi yang mereka tandingi. 

Mungkin di atas keseronokan kemenangan itulah,DAP tidak mahu menoleh ke belakang lagi.Model politik pakatan,walaupun longgar dan penuh kecurigaan,boleh dijadikan asas kepada DAP untuk menampilkan parti tersebut sebagai jagoan dalam ikatan politik tersebut.Mempunyai hampir 43% kepentingan dalam saham politik pakatan membawa makna yang besar.Sebanyak 43% saham politik belum cukup untuk melonjak kedudukan politik DAP.Disebabkan itu,menggunakan alas politik 'Impian Sarawak' - DAP mahu membuat perhitungan politik lebih bersungguh di kawasan luar bandar di negeri tersebut. Dalam tempoh lima tahun,DAP menginginkan ekuiti lebih besar dalam ikatan politik pakatan pembangkang. 

Walaupun menggunakan penjenamaan 'Impian Sarawak',apa yang mahu disorokkan adalah niat politik ultrakiasu, pentingkan diri yang berterusan.DAP kecewa dengan kelemahan rakan politik mereka yang gagal menarik sokongan lebih besar di kawasan luar bandar. Pas yang diberikan lesen mutlak 'tahaluf siyasi' tidak mampu menarik minat pengundi luar bandar.DAP wajar bergerak sendirian pada masa akan datang. Daripada sudut politik, sikap kiasu politik DAP bertempat.Gegak gempita kemenangan majoriti puluhan ribu DAP di Kepong, Seputeh, Tanjung, Petaling Jaya Utara,Cheras,Bukit Mertajam,Bukit Gelugor dan Bagan - tidak akan mampu melonjak ekuiti sebenar DAP dalam formula politik pakatan. 

Berasaskan semangat politik kiasu,DAP mahu sesuatu yang lebih daripada itu.Kita boleh mengagak dan membuat kesimpulan awal, sikap politik kiasu DAP akan membawa retak yang jelas dalam ikatan politik mereka sedikit masa lagi.Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,Mansor Othman punya pengalaman peribadi yang jelas mengenai isu ini. Rasa kecewa dengan sikap kiasu ala pendewaan politik di Pulau Pinang, diperjelas dalam minit mesyuarat yang akhirnya menjadi bualan umum. Apa yang berlaku, walaupun mungkin mencalar imej Ketua Menteri,namun tidak mengurangkan undi kepada DAP di negeri tersebut. 

Mungkin,di atas sebab sikap kiasu politik jugalah menyebabkan pakatan pembangkang melambat-lambatkan pengumuman Kabinet bayangan yang menjadi isu mutakhir ini.Jika benar 'berpakat',tidak ada sebab untuk melewatkan pengumuman Kabinet bayangan. Pembangkang wajar menggunakan sesi Parlimen berikutnya sebagai medan menamakan Kabinet yang mahu ditampilkan.Penulis mengucapkan tahniah kepada sebuah artikel bertajuk Changing face of Malaysia - in Lee Kuan Yew's eyes yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini.Sekurang-kurangnya,penulis artikel tersebut berani membicarakan 'realiti politik' Malaysia yang perlu difahami jelas oleh mereka yang terlalu yakin dan ultrakiasu.Ini diperkukuh dengan fakta hanya 45 kerusi Parlimen majoriti pengundi Cina daripada 222 keseluruhan kawasan Parlimen di Malaysia. Penulis artikel yang sama turut menyatakan jika semua pengundi Cina tidak mengundi BN sekalipun - kerajaan tidak akan tumbang. 

Kita tidak perlu meletakkan suasana politik sedemikian ekstrem.Yang nyata,sejarah membuktikan,pendulum sokongan pengundi Cina boleh berubah mengikut musim dan suasana politik.Ada ketikanya, BN akan menikmati sokongan yang baik.Dengan strategi yang betul,diikuti dengan penjernihan imej yang berkesinambungan, BN boleh melakukan sesuatu yang lebih baik. DAP tidak pernah mengubah strategi politik.Semuanya masih bersandarkan kepada jalur rasisme kental dan semangat perkauman.Semangat meritokrasi,ideal transparensi dan akauntabiliti hanyalah saduran. 

Di dalam jiwa dan semangat politik,DAP masih lagi punya semangat yang sama. Kita boleh lihat bagaimana pemimpin DAP seperti Kit Siang yang menggunakan pengumuman Agenda Bumiputera minggu lalu sebagai senjata ampuh untuk menyerang tindakan kerajaan.Beberapa artikel yang jelas menonjol semangat perkauman seperti 'Di Mana Kerajaan Saya?' (http:// blog.limkitsiang.com/2013/09/17/where-is-my- government/#comments) dan http://blog. limkitsiang.com/2013/09/16/has-najib-finally- abandoned-the-new-economic-model-nem/ sangat bersesuaian dengan semangat kiasu mereka.BN perlu membuat analisis politik lengkap lagi jujur dalam mendepani cabaran politik yang dibawa DAP.Kaedah gerakan mereka nampak sangat tertumpu dan mempunyai sasaran jelas.Tidak dapat tidak, pendekatan politik drastik mesti diambil dalam memastikan UMNO dan BN tidak terus bermasalah mendapat sokongan di bandar. Kaedah politik lama,menyediakan makan malam dengan hadiah cabutan bertuah mungkin sudah lapuk dan ketinggalan zaman.

Wajah politik perlu dijernihkan. 2,040 pusat daerah mengundi (PDM) bermajoriti pengundi Cina termasuk lebih 940 daripadanya mempunyai majoriti lebih 70% pengundi Cina memerlukan model politik baharu.Jika perlu,mungkin sudah tiba masanya BN melantik Sekretariat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (SKRBN) di kawasan Parlimen yang strategik dan boleh dimenangi.Pilih orang muda yang bersih dan berintegriti untuk memberi khidmat kepada rakyat.Hierarki kepartian yang melembabkan dan melemahkan transformasi politik mesti diubah. Kalangan yang tidak benar-benar menjiwai semangat BN wajar diketepikan terus.BN perlu tegas dengan disiplin politik untuk mendapat hormat dan penghargaan rakyat. Selagi mana mereka yang mensabotaj BN, mampu terus mendekati rakyat, selagi itulah BN akan kehilangan maruah dan integriti.

PENULIS ialah penganalisis politik dan sosial.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! AKAUN BANK !!! KENAPA ANWAR IBRAHIM SAMPAI SEKARANG TAK JAWAB ??? TAKUT KER ???

Posted: 19 Sep 2013 11:00 PM PDT


sebelum saya meneruskan cerita akaun bank ni,cuba anda lihat kelainan muka anwar ibrahim ni.macam pakai botox jer ??? nak kelihatan lebih muda ker ??? kesian kak jijah.apa lah nasib,muahahaha.ok,saya sambung balik cerita akaun bank anwar ibrahim.kepada pembaca Badut Rakyat,suruh pengikut anwar ibrahim baca artikel ini.Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang masa.Kononnya,kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat. Kononnya,ia semua adalah pembohongan bagi memburukkan nama Anwar semata-mata. Benar,mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah tidak relevan.Tetapi,anda harus ingat wahai puak pembangkang bahawa Anwar bukan 'seseorang'  tetapi beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah. Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika menghadiri acara besar.Dengan itu,penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan 'makan duit rakyat'.Namun,kepada penyokong-penyokong Anwar,anda semua lupa untuk bertanya,dari mana datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya dalam semua kes mahkamahnya selama ini ???  Tambahan pula,salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula.  

Bayangkan,berapa juta yang diperlukan untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu ???  Setakat apa yang terdedah,bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja adalah RM50 juta.Bukan sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan saya.Semua orang tahu bagaimana Anwar keluar masuk negara,tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit.Beliau juga mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi.Itu belum termasuk pemandu dan pembantu untuk dirinya dan keluarga.Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu.Beliau juga bukan Ketua Negara yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah tanggungan kerajaan. Justeru,desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah adalah wajar.  

JMM tidak mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun beliau. Malangnya,Anwar membisu seribu bahasa.Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak mendengar apa-apa.Mungkin bagi penyokong Anwar,hanya pemimpin BN yang perlu dipantau,tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber,tiada salahnya.Jika wang Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine,Iraq,Afghanistan pun mereka tidak peduli. Kerana itu,Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya bodoh macam lembu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! WAHAI KAUM CINA !!! BANTUAN UNTUK BUMIPUTERA TAK BERCANGGAH DENGAN 1MALAYSIA !!! ADA FAHAM KA ???

Posted: 19 Sep 2013 06:52 PM PDT


Seperti yang dijangka,masyarakat Cina pasti akan mengkritik Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.Sebelum itu,perlu diingatkan bahawa pada hari ini,MCA sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun 'berasimilasi' dengan DAP.Justeru,apabila kita menyebut masyarakat Cina,ia turut membawa makna pembangkang,iaitu DAP.Secara dasarnya,masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera.Bagi mereka,ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja.Lebih dari itu,mereka menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja mereka. 

Pendek kata,mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek mereka untuk diberi kepada bumiputera.Tanpa mereka sedar,mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya seperti peluang dan projek untuk berkembang.Malah kek tersebut juga mungkin telah habis dimakan tanpa bumiputera yang mewakili daya beli terbesar.Bumiputera pula telah memberikan sebahagian dari dapur mereka untuk masyarakat Cina duduk dan makan,maka seharusnya masyarakat Cina duduk dan makan sahajalah kek mereka tanpa membuat bising.Dengan mengumumkan program pemerkasaan ekonomi bumiputera, kerajaan bukannya menyuruh masyarakat Cina keluar dari dapur dan kerajaan juga tidak mengambil bahagian kek dari dulang masyarakat Cina.Sebaliknya,kerajaan menyediakan bahan-bahan lain untuk bumiputera dan menyuruh bumiputera membuat kek sendiri. 

Setelah berkongsi dapur dan mempunyai kek masing-masing,maka kerajaan mengharapkan agar masyarakat Cina dan bumiputera dapat duduk dan makan bersama-sama bagi menepati semangat 1Malaysia.Hakikat ekonomi itu adalah ia saling bergantungan.ada faham ka kaum cina ??? Kerana itu,semua negara termasuk negara-negara maju turut mengamalkan dasar diskriminasi positif dalam keadaan tertentu.Amerika Syarikat,misalnya,memberi kemudahan dan kelonggaran tertentu kepada warga kulit hitam bagi meningkatkan ekonomi mereka.Dasar seperti ini penting bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting tanpa diselubungi masalah sosial di dalam masyarakat yang terhasil dari kemunduran sesuatu kumpulan.Justeru,kaum Cina tidak boleh mengambil sikap bongkak kononnya merekalah yang membawa kemajuan di negara ini dan menjadi pembayar cukai tertinggi bagi menjana ekonomi negara.Kaum Cina tidak boleh melihat kaum bumiputera sebagai penghalang kepada cita-cita mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada.Sikap angkuh dan pentingkan diri ini tidak menguntungkan sesiapa kerana kita saling bergantung sesama sendiri.Walau apapun,kaum Cina tetap memerlukan daya beli dan tenaga kerja dari bumiputera untuk menjadi lebih kaya.Kaum Cina tidak akan menjadi lebih kaya dengan memijak bumiputera. Sekiranya bumiputera semakin ketinggalan dalam ekonomi,ia akan turut menjejaskan kitaran ekonomi negara. Ia juga akan menyumbang kepada lebih banyak masalah sosial yang timbul dari kemiskinan.

Lebih buruk lagi,ia turut mampu menyumbang kepada ketidakstabilan dan seterusnya kemusnahan.13 Mei adalah sejarah yang paling berharga untuk kita semua. Namun, malang sekali, orang-orang Cina enggan belajar darinya, malah menidakkannya.Bukan sahaja 13 Mei,tetapi Reformasi Indonesia juga berpunca dari masalah yang sama iaitu kaum pribumi yang semakin lama semakin terpinggir akibat ketiadaan usaha yang berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi.Benar,bahawa Hak Istimewa Bumiputera yang tercipta dari DEB banyak turut membawa berbagai masalah sampingan. Namun,selagi ada usaha,selagi itu ada harapan yang matlamatnya akan tercapai. Sekiranya tiada langsung polisi yang seumpamanya, maka jurang ekonomi akan semakin meluas dan mendedahkan negara kepada berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 

Justeru,pengumuman Model Ekonomi Bumiputera (MEB) di bawah program memperkasa ekonomi bumiputera ini seharusnya diterima secara positif oleh masyarakat Cina kerana ia mencerminkan kesedaran kerajaan terhadap masalah yang timbul dalam DEB serta azam untuk terus memperbaikinya.Kritikan masyarakat Cina kononnya ia bakal menjauhkan lagi masyarakat Cina dari BN menggambarkan pemikiran yang cetek kalaupun tidak rasis atau tamak haloba.Sebenarnya,semakin mantap ekonomi bumiputera,semakin mantaplah juga ekonomi masyarakat Cina.Lebih dari itu,keseimbangan ekonomi akan membantu menurunkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara ini sekali gus membentuk kehidupan yang lebih baik untuk semua. Masyarakat Cina wajar belajar berfikir lebih jauh dari sekadar untung rugi sahaja.Ingatlah kata-kata pepatah, "orang tamak,selalunya rugi".

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! CEC DAP !!! BEKAS NAIB PENGERUSI KEBANGSAAN MEMBELASAH LIM GUAN ENG KAW-KAW !!!

Posted: 19 Sep 2013 05:00 PM PDT


Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kepimpinan parti itu melihat penyertaan orang Melayu dalam DAP sebagai "anggota 50 sen" yang tidak membawa kepentingan.Katanya perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas, apabila semua calon Melayu kalah. "Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP sebuah parti berbilang bangsa, tiga atau empat anggota Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar satu pembohongan," katanya dalam sidang media, di sini Khamis. 


Katanya bagi menguji dakwaan itu,beliau akan sekali lagi bertanding pada pemilihan semula CEC yang dijadualkan 29 Sept ini.Saya ingin melihat ketelusan perwakilan dalam menterjemah ideologi 'Malaysian Malaysia' semasa pemilihan itu kelak,katanya.Zulkifli yang kalah dalam pemilihan yang diadakan Disember,berkata beliau juga akan berkempen dalam pemilihan kali ini. "Selama 26 tahun dalam parti, saya tidak pernah sekalipun berkempen untuk sebarang pemilihan, tetapi kali ini saya akan berkempen demi menguji ketelusan parti dalam memperjuangkan ideologi itu," katanya.Beliau juga mendakwa berdasarkan perjumpaannya dengan anggota DAP di beberapa kawasan di Kedah dan Perak,mereka mahu Lim Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan tidak bertanding pada pemilihan semula CEC. "Bagi mereka Lim gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengemudi proses pemilihan pada Disember lepas hingga melibatkan campur tangan ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan hampir-hampir DAP dibatalkan," katanya – Bernama

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...