BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! PEREMPUAN INI MENGHINA TUN MAHATHIR !!!

Posted: 19 Sep 2013 08:30 AM PDT


Inilah manusia yang tak sedar diri dan tak sedar dia untung,meraban tak tentu hala.Tak tahu pangkal hujung cerita,main ikut jerr apa yang puak-puak tak kenal keuntungan kita dapat sekarang.Menyalahkan Tun Mahathir pula diatas segala penyelewengan yang telah berlaku selama ni.Nasib baik saya di luar negara kat luar negara,di Washington DC dan bukan di belakang perempuan ini.kalau tidak...Orang luar negara pun pandai menghargai apa yang Tun rancang untuk pembangunan terbina sekarang ni.cuba pembaca Badut Rakyat lihat penjelasan orang luar negara berterima kasih pada mantan PM kita,sepatutnya perempuan ini dibuang dari Malaysia agar faham erti kesenangan kita kecapi la ni.saya minta kerajaan tolong buat satu undang-undang sekiranya perkara-perkara macam ni,boleh dibuang kerakyatan.

LIHAT GAMBAR DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! CEC DAP !!! ANTHONY LOKE GAGAL BUKTIKAN TANDATANGAN SURAT 500 PERWAKILAN DAP !!!

Posted: 19 Sep 2013 05:00 AM PDT


Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab.Setakat ini,Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari tuduhan manipulasi dan menipu undi.Guan Eng juga tidak mampu menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal. Usaha terdesak setiausaha organisasinya,Anthony Loke,untuk memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa '500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis,sebenarnya telah menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir', tidak dapat diterima langsung. Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut,kenapa pula mereka membuat aduan kepada ROS ???

jika benar surat itu wujud,kenapa Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat ???   Logiknya,jika surat tersebut dikemukakan,tentu DAP tidak perlu mengambil risiko dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan semula dan tidak ada sebab DAP sengaja menyembunyikan surat tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti itu cukup 'takut' jika terpaksa dibubarkan.Nampaknya,baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng,langsung tidak merasa bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan penipuan juga.Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin berang.Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan dan kemarahan ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan diktator.  Ia juga membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti milik Lim sekeluarga dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya.  

Sepatutnya,DAP turut mengambil tindakan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat tidak menghantar notis kepada perwakilan. Dengan membiarkan sahaja kemelut ini berterusan membuktikan bahawa semua kepimpinan tertinggi DAP turut terlibat. Memandangkan Anthony Loke yang mula-mula menyatakan kewujudan 500 surat dari perwakilan,maka sekurang-kurangnya DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap beliau kerana menipu.Ini kerana,jika benar beliau tidak menipu, maka tentu tiada masalah bagi beliau untuk mengemukakan salinan asal surat tersebut seperti desakan ramai.DAP wajib menunjukkan ketelusan dengan menghukum mereka yang bersalah.Tidak mungkin surat tersebut hilang begitu sahaja jika benar ia wujud seperti yang dikata.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KALAU LIM KIT SIANG BUKAN DALANG 13 MEI KENAPA DITAHAN ISA PADA 18 MEI 1969 ???

Posted: 19 Sep 2013 02:00 AM PDT


Kalau bukan dalang 13 Mei,kenapa Lim Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 itu ? Kit Siang ditahan pada 18 Mei 1969 yang ditempatkan di pusat tahanan Muar dan dibebaskan pada 1 Oktober 1970.Bermakna penahanannya selama satu tahun tiga bulan,satu jangka masa yang lama dan tidak adil jika Kit Siang ditahan tanpa ada kaitan dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei.Namun,hingga kini,selepas 44 tahun masa berlalu,Kit Siang tidak pernah menyaman kerajaan terhadap penahanannya itu,sekaligus mengesahkan penahanannya selepas enam hari tragedi berdarah itu adalah tepat dan tidak mampu disangkal lagi.Kit Siang sepatutnya membersihkan namanya terlebih dahulu dan bukannya menuntut perkara mustahil seperti mahu kerajaan laksanakan Suruhajaya Diraja untuk siasat 13 Mei kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta telah diwartakan dalam bentuk laporan kertas putih pada Oktober 1969.Ekoran tragedi berdarah itu, pada malam 16 Mei 1969,kerajaan telah mengisytiharkan darurat.Parlimen digantung.Negara diperintah oleh Yang DiPertuan Agong di bawah undang-undang tentera.Tunku Abdul Rahman telah menarik diri daripada mengetuai Mageran, tempat beliau digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tun Abdul Razak.Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang lagi. 

Antara tindakan yang diambil termasuk membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang Perlembagaan negara. Turut dilancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.Itu merupakan langkah-langkah yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan negara, jadi bagaimana pula dengan langkah Kit Siang untuk membersihkan namanya daripada terus dituduh sebagai pencetus insiden tersebut ? Tidak cukup sekadar berceramah kepada para penyokongnya atau menerbitkan buku-buku penafian melalui partinya kerana ia hanya satu sumber daripada individu yang dituduh itu sendiri. Bukan sekadar menepis dalam bentuk propaganda murahan, perlu dilakukan dengan langkah pantas maju ke hadapan yang lebih konkrit, membersihkan namanya di mahkamah, mendakwa penahanan terhadapnya pada 18 Mei 1969 adalah tidak sah, dia serta partinya bukan dalang ke arah tercetusnya tragedi berdarah itu. 

Mahu digelar jaguh rasis ? 

Ini merupakan pandangan pengikutnya,Steven Sim yang menobatkan Kit Siang adalah hero apabila ditahan ISA selepas 6 hari tragedi berdarah 13 Mei."Pada masa itu,Kit Siang umurnya hanya 28 tahun,partinya DAP hanya setahun jagung (DAP secara rasminya ditubuhkan pada 1966)."Pada 13 Mei 1969, Lim Kit Siang berada di Kota Kinabalu (KK), Sabah.Dia tiada di Kuala Lumpur tempat memuncaknya pergolakan. Komrad-komrad memberi amaran kepada Kit Siang bahawa jika dia pulang ke Kuala Lumpur, besar kemungkinan akan ditahan ataupun mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku ke atas dirinya."Tetapi Lim Kit Siang bukan penakut, dia bertegas untuk pulang ke Kuala Lumpur.Ketika itu,tiadalah penerbangan terus dari KK ke KL, maka Kit Siang terpaksa singgah di Singapura. Di Singapura, sekali lagi Kit Siang dinasihatkan supaya jangan pulang, nanti jadi mangsa kekejaman politik pemerintah.Pemerintah perlukan domba korban untuk peristiwa 13 Mei dan pembangkanglah target mudah mereka," tulis pengikutnya itu. 

Barangkali inilah yang dikehendaki Kit Siang, mahu anak muda sebangsa dengannya mengidolakan, taksub kepadanya dan mengangkatnya menjadi jaguh rasis memperjuangkan kaumnya sendiri. Mungkin juga dengan label jaguh rasis itu, Kit Siang mammpu meneruskan legasi memimpin DAP untuk anak dan cucunya. Steven Sim menulis catatan memuja mentornya di blognya, stevensim.wordpress.com pada 21 Februari 2011,ketika berjawatan Bendahari Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang. Menurutnya, Kit Siang adalah hero, berani bertanggungjawab, meskipun telah diberitahu oleh pengikut-pengikutnya yang dia bakal ditangkap selepas berlaku insiden 13 Mei 1969. Steven Sim turut membuat andaian,sekiranya Kit Siang tidak pulang ke Malaysia dan terus menetap di Singapura berkemungkinan dia sekarang menjadi salah seorang penting di negara itu.Namun,Kit Siang mengambil pendekatan sebaliknya dan ditahan di lapangan terbang Subang. "Lim Kit Siang telah pulang ke tanah air pada tahun 1969 dan terus ditahan "on the spot" di lapangan terbang Subang," tulisnya lagi.Pengikut Kit Siang yang bernama Steven Sim sekarang ini adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam,individu yang lantang menyokong tindakan A Samad Said dan Hishamuddin Rais mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini.

ANDA NAK LAGI CERITA SEBENAR ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP AKHIRNYA TERBONGKAR !!!

Posted: 18 Sep 2013 09:58 PM PDT


Seperti yang saya tuliskan semalam,hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP.Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan.Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan. 

i) Cawangan sijil A 
ii) Cawangan sijil B Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi. Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi,walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya. 

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa. Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan,Timbalan Pengerusi Kebangsaan,Naib Pengerusi Kebangsaan,Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain.Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi,Naib Pengerusi,Setiausaha Agung dan jawatan lain.Tidak ada undi sulit.Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim.Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye,Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012.Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu,kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

PANAS DAN SENSASI !!! AKHIRNYA MACAI PR TERJERAT DENGAN SPIN TUN RAZAK BAPA PM @NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Sep 2013 08:42 PM PDT


sebelum ini,blogger-blogger MACAI pembangkang bagai mendapat durian runtuh bila terjumpa gambar Tun Razak menjadi askar Jepun.lihat gambar diatas.saksikan kebenarannya

Bila jumpa gambar tu,masing-masing upload dalam blog dan menfitnah Perdana Menteri ke-2 sebagai tali barut Jepun.rakan blogger MyMassa menunggu gambar lain,ingatkan ada lagi gambar atau fakta-fakta lain yang hendak dihujahkan.Rupa-rupanya MACAI tetap MACAI.Mereka hanya pandai SPIN fakta mengikut telunjuk bos mereka.Kalau MACAI bagi satu gambar,macam mana pulak kalau saya balas dengan dua gambar ni !!!



Tu dia !!! Salah satu sebab kenapa tentera Jepun kalah kerana kejayaan FORCE 136/Wataniah melancarkan perang gerila terhadap Jepun. Antara pasukan FORCE 136 / Wataniah yang berjaya adalah kumpulan pimpinan Tun Razak di Pahang.Tak percaya ??? Cuba baca pendedahan blog malaysiaflyingherald

The fact is that some of Malay radicals known as Kesatuan Melayu Muda – KMM (Young Malay Union) that have been recruited and fooled by Japanese espionage network prior to the hostilities which has helped the Japanese. Furthermore, if the Malays were very much keen on kicking out the Brits, then why did they joined Force 136 and Askar Wataniah (in Pahang) as part of the guerrilla forces that wreck havoc to the Japanese in the next few years of Japanese Occupation of Malaya? Is this a systematic approach to deny the contribution of Malay in the fight against Imperial Japan? Baca seterusnya di sini : http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2013/07/03/setting-the-record-straight-malays-in-world-war-2/

Bukan macam blog MACAI yang baru jumpa gambar tu,blog malaysiaflyingherald telah dedahkan keperwiraan Tun Razak sejak bulan Julai lagi.Jadi kalau ada MACAI cakap saya cuba cipta fakta untuk backing bapa kepada DS Najib memang silap la.Fakta tu dah ada lebih awal.Cuma MACAI je buta mata hati dan cuba mencipta fitnah kepada NEGARAWAN.Satu fakta yang tidak dapat disangkal adalah dengan adanya pasukan Wataniahlah,Bintang Tiga atau MPAJA gagal merampas Tanah Melayu selepas Jepun.Tak percaya lagi ??? Inilah buktinya.



Sebab itulah penyokong KOMUNIS / Bintang Tiga seperti blogger MACAI marah dengan pahlawan Melayu seperti Allahyarham Tun Razak.saya harap fakta mengenai kewujudan FORCE 136 dan WATANIAH dapat disebarkan supaya rakyat tahu sejarah sebenar mengenai Tun Razak.

TOLONG SEBAR FAKTA INI !!!

MACAI  = Mengikut Apasaja Cakap Anwar Ibrahim

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA !!! MEMAHAMI PUNCA DAN PERLAKSAAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Sep 2013 07:00 PM PDT


saya harap pembaca Badut Rakyat baca dengan teliti semua maksud program ini.artikel ini panjang.ini adalah untuk kebaikan kaum melayu bumiputera itu sendiri.tolong baca sampai habis.Mengumumkan sesuatu program memanglah mudah.Membentangkan projek tersebut di atas kertas dan persembahan 'powerpoint' juga mudah.Membuat kira-kira mencari aggaran dan jangkaan tidaklah sesukar mana.Justeru,sesiapa sahaja dengan kebolehan berbahasa yang baik,pengetahuan mengenai ekonomi yang cukup serta keyakinan diri yang tinggi mampu membuat pengumuman yang cukup hebat didengar.Dalam kata lain,seorang eksekutif baru di mana-mana syarikat mahupun seorang graduan peringkat kepujian juga mampu mempersembahkan satu 'teori' yang hebat.Oleh itu,kita dapati,dalam era teknologi maklumat di mana rakyat semakin kritikal dan sinis,sebarang pengumuman tidak lagi mengujakan.Malah ia disambut dengan kritikal dan sinis juga.Mungkin ada yang bersorak gembira dengan pengumuman ini tetapi kumpulan ini amatlah terhad di kalangan mereka-mereka yang telah pun berada dalam lingkungan penerima hasil langsung dari program-program terdahulu. 

Mungkin tulisan ini bukanlah tulisan yang akan menggembirakan kepimpinan,namun inilah hakikat yang dapat disimpulkan setelah beberapa hari pengumuman mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera dibuat oleh YAB Perdana Menteri.Kesungguhan Perdana Menteri untuk mempertahankan bumiputera tidak perlulah dipertikaikan. pasti bahawa program tersebut dibuat kerana beliau benar-benar prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat.Sama ada ia dibuat bersempena Pemilihan UMNO,ia adalah cerita lain.Yang penting,program-program yang diumumkan cukup mantap dan bertepatan dengan kedudukan kewangan negara dan bukan sekadar janji manis ala Anwar Ibrahim.Namun,kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat yang semakin bijak meneliti,menganalisa dan mengkritik sebarang pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.Rakyat menjadi begini setelah melihat beberapa kelemahan dan kesilapan jelas lagi ketara dalam urustadbir negara sejak pemerintahan Tun Abdullah Badawi.Mungkin mengungkit kelemahan pentadbiran terdahulu bukanlah perkara yang baik.Namun,jika benar kerajaan ikhlas ingin melakukan perubahan yang bermakna,maka segala kesilapan dan kelemahan wajib diakui terlebih dahulu bagi membolehkan pembaikan dan pembetulan dilakukan.Malang sekali,apa yang dikhuatiri rakyat masih tidak dapat ditangani sepenuhnya melalui program pemerkasaan ini. 

Ini kerana,walaupun rakyat menghargai program baru yang cukup baik lagi hebat yang diumumkan kerajaan untuk bumiputera tetapi hakikatnya, rakyat bukan mendambakan program baru,tetapi lebih berminat untuk melihat pembaikan atau pembetulan ke atas program yang telah tersasar.Penting untuk difahami bahawa apa yang paling menggusarkan hati bumiputera ialah apabila melihat badan-badan yang bakal terlibat dalam perlaksanaan program-program baru ini,turut berhadapan dengan kontroversi.Antaranya,GLC-GLC termasuk Petronas yang mana kedudukan bumiputera di jawatan tinggi dan tertinggi kini menjadi persoalan.saya musykil dengan berita bagaimana personaliti-personaliti yang dikenali sebagai nasionalis yang telah berjaya mengangkat Petronas sehingga ke puncak,telah 'terbuang' atau terpinggir secara sistematik.Tempat mereka kemudian digantikan dengan liberalis dan bukan Melayu yang gemar memperlekehkan para nasionalis konon tidak cukup bijak.Apa yang berlaku dalam GLC-GLC ini kemudiannya semakin mencurigakan dan prestasi sebahagiannya juga semakin lembab selepas diambil-alih oleh kumpulan yang kononnya lebih 'bijak' dari para nasionalis tersebut.Di bawah pentadbiran mereka juga,vendor-vendor bumiputera semakin terpinggir secara perlahan-lahan.Justeru,rakyat melihat rancangan kerajaan untuk meletakkan pembangunan usahawan bumiputera di bawah sayap GLC-GLC ini, sebagai sesuatu yang sinis sekali. 

Dalam memperkatakan tentang ekuiti bumiputera juga,rakyat melihatnya dengan penuh curiga.Secara umumnya, inilah yang dipersoalkan rakyat : Ekuinas yang bertanggungjawab untuk membantu syarikat bumiputera tidak melakukannya secara terus,tetapi melantik syarikat CIMB Private Equity,KFH Asset Management,Navis Capital Partners,CMS Opus Private Equity Sdn Bhd,KAF Fund Management Sdn Bhd (KFM) dan RM Capital Partners Sdn Bhd sebagai pengurus dana.Dalam kata lain, 'meng-sub-kontrakkan' kerja mereka.Selaras dengan itu,bumiputera tertanya-tanya, berapa banyakkah syarikat bumiputera yang telah atau akan dibantu dengan menggunakan dana yang berbilion itu ??? Atau,mungkin lebih tepat lagi,ke manakah dana itu dilaburkan dan siapakah yang akan mendapat manfaat terbanyak dari pelaburan tersebut ??? Syarikat pengurus danakah, ekuinaskah atau atau syarikat-syarikat bumiputera yang seharusnya dibantu ??? Lebih menyesakkan dada ialah apabila terdedah bahawa antara pemilik syarikat pengurus dana yang dilantik mempunyai kaitan dengan Ethos Consultant iaitu syarikat yang sedia menjadi kontroversi berkenaan penglibatannya dengan kerajaan Malaysia sehingga membawa kepada kejatuhan Tun Abdullah Badawi.Selain ekuiti dan penglibatan bumiputera dalam GLC,rakyat turut 'cuak' apabila mendengar bahawa UDA Holdings bakal bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pemilikan hartanah di bandar bagi bumiputera. Ini kerana UDA Holdings baru-baru ini telah dipersoal oleh Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mengenai tindakannya memberi pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan bumiputera iaitu Central Market Management bagi menguruskan Central Market. 

Central Market Management merupakan anak syarikat Kha Seng Group.Secara automatik,apabila sesuatu itu jatuh ke tangan Cina,maka kaum lain pun akan dipinggirkan.Peniaga bumiputera di Central Market kini menghadapi masalah 'klasik' di mana pengurusan menaikkan sewa mendadak dan tidak memberi ruang untuk sebarang tolak ansur.Kita sedia maklum bahawa 'method' yang sama dilakukan oleh pengurusan KLCC,Alamanda,Subang Parade dan semua pusat perniagaan yang diterajui bukan Melayu untuk memberi tekanan kepada peniaga bumiputera termasuk yang berdaya maju,agar mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya 'gulung tikar'.Ini hanyalah masalah yang melanda sebahagian dari 'bakal' badan pemantau atau perlaksana program pemerkasaan ekonomi bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri, yang telah diketahui ramai.Tiada siapa tahu dengan pasti apa yang berlaku di dalam badan-badan yang lain-lainnya walaupun desas-desus mengenainya cukup membimbangkan. Harapan rakyat ialah agar semua badan-badan perlaksana dan pemantau ini dipulihkan terlebih dahulu sebelum kerajaan meletakkan nasib bumiputera di tangan mereka. 

Selain itu,keterdesakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah graduan di dalam negara bagi memperlihatkan kesungguhan dalam membantu bumiputera dari segi pendidikan diambil sebagai isyarat bahaya, bukan penyelesaian. Untuk pengetahuan kepimpinan, hampir semua rakyat setuju bahawa penambahan graduan bukanlah masalah sebenar, tetapi kualiti graduan. Dengan meletakkan matlamat untuk menambahkan kuantiti graduan, kursus dan juga kolej atau universiti maka ia dikhuatiri akan merendahkan lagi kualiti graduan yang telah sedia rendah pada masa ini.Ini tentunya akan menambahkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.Apa yang menggumam masyarakat hari ini ialah sikap para pendidik bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti. Ini termasuklah semua proses pembelajaran termasuk buku-buku teks yang tidak berkualiti. Suka atau tidak, kita tidak dapat menafikan bahawa guru-guru hari ini jarang sekali mempunyai pengetahuan am yang secukupnya. Majoritinya tidak terdedah pada pembacaan yang luas serta tidak mempunyai 'passion' terhadap ilmu. Ini menjadi punca kenapa anak-anak murid tidak mampu mengembangkan imaginasi mereka dan tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek.Ia kemudian menjadi satu kitaran yang berterusan di mana murid-murid tadi mungkin akan menerapkan pemikiran yang sama kepada generasi selepas mereka apabila dewasa.Jika kita masih tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak mampu melahirkan walaupun seorang pencipta,maka inilah puncanya iaitu anak-anak kita mempunyai imaginasi yang terhad dan tidak mampu melihat 'keseronokan' dalam ilmu itu sendiri. 

Secara dasarnya,rakyat Malaysia melihat dunia dalam konteks yang sempit dan Malaysia hari ini dipenuhi oleh anak-anak muda (dan dewasa) yang malas berfikir,ingin mencari wang mudah,sering terbawa-bawa dengan emosi serta tidak tahu ke mana hendak di arah bakat,minat dan kebolehan semulajadi mereka.Masyarakat kita terkongkong dalam dunia yang berkisar mengenai wang,politik,glamour,status,populariti dan agama semata-mata serta tidak mampu membayangkan dunia yang lebih luas di sebalik semua ini.Contohnya,jika seorang barat mempunyai wang yang banyak, beliau akan mengembara mencari ilmu dan meneroka sejarah,tetapi seorang Melayu yang punya banyak wang hanya memikirkan tentang membeli belah dan status.Itulah bezanya pandangan kita dengan barat mengenai 'dunia' dan 'kehidupan'.Sebenarnya,inilah punca kepada semua masalah bumiputera.Ia juga menjadi punca kenapa badan perlaksana,pemantau dan apa saja yang dirancang untuk membantu bumiputera,sukar untuk berfungsi dengan baik dan mencapai matlamatnya.

Justeru, jika kerajaan benar-benar ingin memperkasakan bumiputera, maka segala tenaga, peruntukan dan perhatian harus diberi kepada pembentukan minda yang bermula dari sekolah, atau lebih baik lagi dari maktab perguruan iaitu semua penuntut bidang pendidikan termasuklah tenaga pengajar kepada mereka. Daripada membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar anak-anak kita di sekolah,adalah lebih baik membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar bakal pengajar anak-anak kita,iaitu bakal-bakal guru.Bentukkan dahulu minda bakal-bakal guru agar mengagumi kehebatan ilmu dunia ciptaan Maha Esa.Hanya dengan cara itu,mereka dapat mengembangkan imaginasi dan daya fikir bakal anak-anak murid mereka.Apa yang dapat dilihat,perkara asas ini tidak pun dijadikan sebagai perkara utama dalam program pemerkasaan bumiputera.Sebaliknya program-program yang bersifat 'memberi' dan 'membantu secara langsung' diberi penekanan penuh.Maka,tidak hairanlah jika ramai yang sangsi dengan keseluruhan program ini kerana ia dilihat sebagai tidak mampu menyentuh perkara pokok, tetapi hanya membaja tumbuhan termasuk parasit dan lalang yang tidak lagi dimahukan.Lebih dari itu,bumiputera dan juga seluruh rakyat tertanya-tanya apakah projek atau program hebat yang bakal menjana kewangan negara bagi membolehkan segala program pemerkasaan ekonomi ini berjalan lancar ?? Jangan nanti,bumiputera tenggelam dalam keterbukaan pasaran atas alasan mencari wang untuk menampung program ini.Jika ini berlaku,bumiputera bukannya semakin perkasa tetapi berkemungkinan hilang di telan pasaran terbuka.

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PM @NAJIBRAZAK LAKAR PROGRAM MELAYU KUASAI EKONOMI NEGARA !!! ADAKAH IA MENJADI KENYATAAN ???

Posted: 18 Sep 2013 05:00 PM PDT


Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program untuk memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya Umum ke 13.Malah 34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009,Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara. Untuk mencapai hasrat murni ini,Datuk Seri Najib menggariskan lima teras tersebut iaitu,mendaya modal insan Bumiputera,memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan. 

Lima teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa dan cabaran yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.Apatah lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan,menyukarkan lagi golongan Melayu untuk bertapak kukuh menyaingi mereka.Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan.Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.Antara 34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta. Langkah ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang baru bertatih dalam perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan kecil-kecilan sedia ada.Lebih penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada usahawan daripada golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta kemampuan untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Ini seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil dan sederhana yang kukuh di masa depan. 

Rancangan untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10 bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan penabungan Bumiputera dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.Antara langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan kampus UiTM dengan sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada 250,000 menjelang 2020. Pendidikan pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam menjayakan agenda Bumiputera. Dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai jurusan pengajian, ini akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua lapangan pasaran pekerjaan dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum bukan Melayu.Keputusan bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mempunyai sasaran membantu Bumiputera adalah amat diperlukan.Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera. 

Dengan adanya pemikiran strategik yang baru ini,prestasi semua GLC dalam konteks meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu dipantau dengan lebih rapi dan ketat. Satu lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).Penubuhan UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati perasaan orang Melayu apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa tahun lalu. Kini disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada pengembelengan usaha bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan usahawan Bumiputera tercapai. Tidak ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera dianaktirikan kerana UPB akan memainkan peranan penting supaya mereka mendapat bersaing dengan lebih berdaya maju.Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020.Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...