Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Mandi Mayat Secara Berdiri Amalan Syiah di Kuala Kedah?

Posted: 11 Aug 2013 06:12 AM PDT



Cerita mengenai syiah di Kedah ni semakin parah, ingat kat Pendang saja tersebar ajaran syiah, rupanya di Kuala Kedah pun dah ramai.

Mengikut blog Medan Tempur, disebalik laporan isu jenazah pengikut Syiah diuruskan mengikut fahaman Syiah baru baru ini, rupa rupanya ada cerita yang tersembunyi dibelakang isu itu..

Baru baru ini, aku dapat maklumat bahawa pengikut Syiah yang meninggal dunia itu adalah ahli Pas dan pernah menjawat jawatan dalam Pas Kuala Kedah..

Menurut sumber, si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada ketua Syiah Kedah dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian (kebumikan mengikut fahaman Syiah) ketika sedang sakit di sebuah hospital.

Selepas si mati meninggal dunia, jenazah beliau dibawa balik ke Kuala Kedah dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah mengikut wasiat yang ditulis si mati.. Orang orang kampung tidak dibenarkan untuk melihat urusan mandi mayat kerana kumpulan Syiah yang didatangkan khas dari Pendang melakukan semua proses ini..

Menurut sumber lagi, si mati dimandikan dengan cara menegak dan dikafankan dengan kain yang ditulis doa doa didatangkan khas dari Iran..

Di fahamkan semua pimpinan Pas Kedah datang ziarah arwah dan beberapa pemimpin Pas pusat juga datang tetapi mereka tidak menegur langsung upacara tersebut..

Yang peliknya pemimpin Pas seperti menghalalkan ajaran Syiah dalam parti mereka dengan membiarkan hal ini berlaku tanpa ada sebarang suara untuk menyekat ajaran ini.

Ini bermakna pimpinan tertinggi Pas tahu bahawa ada dikalangan ahli mereka menganut syiah. Malah ada diantara pimpinan tertinggi Pas juga 'mesra' syiah, cuma masih belum berani 'istihar' diri syiah sepenuhnya.

Mc harap, penguatkuasa dan jabatan agama kena benteras syiah secara serius, kalau tak ianya akan terus menular dalam masyarakat.

Harap serius teliti setiap laporan mengenai syiah sebab ianya laporan dari masyarakat. Kalau ianya tak teruk, masyarakat takkan bertindak.


McTheory:
Takkan nak tunggu teruk baru nak bertindak?

TUDIAA!! Saingan Sengit Wanita UMNO, Azalina Ucap Tahniah Pada Suraya Yaacob!

Posted: 11 Aug 2013 01:12 AM PDT



Terbaru Mc dapat maklumat Ketua Wanita Umno bahagian Pendang, Suraya Yaacob antara nama yang bakal merebut jawatan tertinggi Umno yang akan dipertandingkan September ini.

Nama Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.

"Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia," tulisnya.

Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno.

Azalina sebelum ini disaran menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang masih kosong, daripada mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tapi rasanya Azalina akan terus mencabar Sharizat kerana ada sokongan akar umbi yang mahu beliau membuat demikian.

Kita tunggu siapa lagi yang akan mencabar Sharizat?


PANASS!! Cerita Sebenar Di Sebalik Buku 'Pak Lah' yang Patut Anda Tahu!!

Posted: 10 Aug 2013 10:12 PM PDT


Pelancaran rasmi buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia' telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pempolitikan dalam laporan media baru-baru ini, kata Prof James UH Chin.

James, yang menyunting buku itu bersama dengan rakan penganalisis politik Prof Bridget Welsh berkata kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan pada 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan.

"Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai "Buku Pak Lah". Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

James dan Welsh berkata sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada "bahagian sensasi buku", terutamanya temubual yang mereka jalankan dengan Abdullah.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya.

"Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional," kata kenyataan itu.

James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian.

Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik.

"Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka, sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana membenarkan wawancara eksklusif walaupun mengetahui buku itu akan mengandungi pandangan kritikal mengenai dirinya.


PAK LAH HANYA DIWAWANCARA TAPI TAK TULIS BUKU


Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam menegaskan buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebaliknya ia hanyalah hasil tulisan dua ahli akademik, Bridget Welsh dan James UH Chin dalam satu temu bual.

Lokman turut mendedahkan, penyebaran mesej berantai yang mengaitkan Pak Lah menjemput Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melancarkan buku tersebut adalah tidak benar.

"Jemputan itu datangnya daripada penerbit dan pemilik buku terbabit yang terkenal dengan penulisan yang lebih condong untuk memburuk-burukkan kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN.

"Malah buku tersebut bukan buku yang ditulis Pak Lah sebaliknya ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

"Memang Pak Lah subjek penulisan buku tersebut, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

"Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit," katanya yang dipetik daripada kenyataan ringkas beliau, hari ini.

Sementara itu, status buku kontroversi terbabit turut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam sebagai bukan tulisan Pak Lah sebaliknya ia adalah koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Nik Nazmi yang juga merupakan salah seorang penyumbang artikel di dalam buku tersebut berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

"Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemu bual sendiri beliau.

"Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana," katanya.

Ha ha ha.. takdak pasai cari pasai, kalau betul takdak kena mengenai, Pak Lah boleh saman sapa yang bawa keluar buku tu. Apa macam, berani ka saman?

sumber Mc ambil dari SINI

HOT INFO! Kes Tembak Di Bukit Kayu Hitam!

Posted: 10 Aug 2013 07:21 PM PDT



Semalam satu lagi kes tembak berlaku, namun kes ini mungkin ada berkaitan dengan penyeludupan.

Lokasi kes,
Maklum kejadian seorang anggota tentera ditembak di N9 Sempadan Bkt Kayu Hitam Kedah

1) Bkt Kayu Hitam Rpt
1291/13
I.O insp. Rozifah

2) Ringkasan kes:
Pada 10/8/2013 jam lbh kurang 0430 hrs, semasa mangsa keluar membuat rundaan pencegahan penyeludupan dkawasan sempadan Bkt Kayu Hitam Kedah bersama dgn seorang rakan yg beruniform tentera dan menunggang mtosikal tentera, ketika sampai diN9 dapati pagar telah dikopak dan mangsa tlh turun dari motosikal dan memperbaiki pagar, ketika sedang membaiki ada ternampak lampu suluh dari thailand , apabila selesai membaiki pagar mangsa telah berjalan ke motosikal dan ketika itu tlh terdengar letupan dan terkena mangsa, mangsa cuba utk melarikan diri tetapi terjatuh.
Mangsa tlh dibawa ke hospital Kangar dgn kenderaan tentera dan Doktor tlh memaklumkan pada balai Kangar jam 0730 hrs.

3) Mangsa
A) Azamruddin bin Azizan
Kpt: T/1152130 (Anggota RAMD 2 Sg Ara P
Pinang)
Umur : 26

4) Kecederaan
Mangsa terkena tembakan di bahagian paha kanan 2 kesan, paha kiri 1 kesan dan bahagian belakang 3 kesan.

Rakan mangsa tidak mengalami kecederaan.
Siasatan lanjut masih diteruskan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...