Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Sakan Sinar Haruan Hentam Kerajaan Kedah, Ada Apa-Apa Ka? @SinarOnline #HanyaDiKedah

Posted: 09 Jul 2013 06:12 AM PDT



Baru-baru ini Mc perhatikan, banyak betul isu rakyat yang Sinar Haruan Utara ni kemukakan. Kiranya wartawan Sinar Haruan ni menjadi semakin agressif selepas Pas kalah di Kedah. Boleh dikatakan, Sinar Haruan Utara menjadi 'sumber' baru untuk blogger Pas Kedah menghentam Kerajaan Baru Kedah.

Pelbagai masalah masyarakat Sinar Haruan bawa keluar, sehinggakan masalah parking tepi jalan pun, Sinar Haruan ni kutip buat story. Bagus bila masalah rakyat diberikan fokus utama. Tapi cara story tu keluar, bukan untuk tarik perhatian Kerajaan negeri, tetapi lebih menyalahkan Kerajaan negeri pulak.

Masalah air, boleh fokus pada SADA kot, masalah parking boleh tanya PBT kan? Masalah penduduk miskin ada JKM, kalau dah teruk sangat baru cari YB atau Exco, akhir sekali baru MB. Kalau tak guna carta organisasi, baik Kerajaan negeri ni ada Adun, Exco dan MB saja untuk bekerja, jabatan lain boleh bubar!

Patut la Kerajaan negeri Pas dulu serabut nak mampus, sebab depa tak reti nak bahagikan kerja. Tak turun padang bukan bermakna tak buat kerja, tapi perlu ada pantauan. Dulu Pas tak turun padang, tapi turun ke Padang Golf. Padang Golf bukan kat Taman Golf tuu.. tapi kat Australia sana nuu.. macam mana nak buat pantauan.

Itu Kerajaan Pas dulu. Kerajaan BN Kedah sekarang ni sibuk cari duit, sibuk bawa masuk pelabur, sibuk perbetulkan kembali kerosakan yang Pas Kedah buat dulu. Dalam masa 2 bulan ni, rasanya dah banyak perubahan yang Kerajaan negeri baru lakukan, tapi akhbar Sinar haruan bukan nak tulis, sibuk tulis benda buruk dari benda baik.

Sebab tu Mc rasa, wartawan Sinar Haruan ni dah kena beli dengan Pas. Tak pun mangkuk-mangkuk Pas dalam unit penerangan dulu dah keluar kerja dengan Sinar, sebab tu hari-hari Sinar hentam Kerajaan negeri Kedah yang baru ni.

Saranan Mc pada pembaca, lepas ni kita tak payah beli akhbar Sinar haruan lagi.. dah jadi macam Harakah dah. Ingat Sinar haruan ni neutral, rupanya berat sebelah. Biasa laa.. taukeh dia pun 'ulaq ayaq' kerja kaut untung saja. PR huloq duit lebih sikit, pulun la dia tulis kutuk BN.

Taukeh Sinar ni, jenis manusia takdak pendirian. Tak kenai taukeh Sinar Haruan? nanti kita bawa-bawa kenai noo..

McTheory:
depa nak main dengan kita, mai kita sama-sama main..

PANASS!! Dap dah Berani Sentuh Bab Islam, Pas Baru Nak Mengelupoq Ka? #TolakPR

Posted: 09 Jul 2013 01:16 AM PDT


Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam.

Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut.

"Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama.

"Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah,"

Kemarin , Karpal dilihat seperti mengugut  Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun atau Dap akan menggunakan kesemua anggota Parlimennya yang paling besar dari Pas dan Dap untuk menyokong usul terbabit. 


Kenyataan itu dilihat seperti mempekecilkan Pas dan Pkr kerana seolah jika tiada Pas dan Pkr, Dap mampu melakukan apa saja bagi membuat keputusan. 

Dah kata dah, inilah sifat sebenar Dap, Pas dan Pkr sepatutnya malu dengan kenyataan tersebut yang dilihat menghina kekuatan Pas dan Pkr. 

Karpal yang dilihat selalu mempertikaikan perkara berkenaan agama Islam di Malaysia semakin melampau dan bongkak apabila parti Dap menang besar dalam PRU13. Segala keputusan yang diambil oleh Dap, wajib bagi Pas dan Pkr mendengar dan menurut segala arahan.

Itu baru menang besar, belum lagi jadi kerajaan. Kalau dah jadi Kerajaan, habis la Islam, lingkuplah Melayu. Mungkin itu yang puak PR mahu kot?

McTheory:
Macam mana la ada orang bodoh boleh percaya dengan Dap?

PANASS!! Pas Gunakan Azhar Idrus Untuk Menang PRK Kuala Besut, BN Guna Apa? #KualaBesut

Posted: 08 Jul 2013 10:14 PM PDT


Ustaz Mcd Ferrari Secret weapon Pas!

Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.

"Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI)."Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini," katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar."Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas," katanya.

Jikalau Pas gunakan segala jentera yang dia ada bagi membantu memenangi PRK ni. BN pula bertindak kebelakang dengan masih mengabaikan jentera dan dilamun mimpi indah atas kemenangan tipis pada PRU ke 13.

Pas sedar mereka makin tertekan dengan kekurangan kerusi diparlimen dan DUN. Namun BN pula masih merasa diri kuat, walaupun disetiap negeri, BN hanya menang di saluran 1 dan 2, saluran 3 kebawah, semua lingkup!

Takpa.. kita masih kuat.. hmm..

McTheory:
Beri peluang pada orang yang mampu bekerja, bukan pada yang dok saja!

PANASS!! BN Kedah Bertindak Zalim Terhadap Rakyat? #HanyaDiKedah

Posted: 08 Jul 2013 07:12 PM PDT


Terkejut bila sahabat aku yang juga kakitangan KUIN bagitau kerajaan negeri sekali lagi bertindak "zalim" terhadap mereka.. Kalau anda ingat lagi, semasa Pas menjadi kerajaan, skuad Bersih KUIN ditubuhkan sebagai pendesak kepada kerajaan negeri dalam tuntutan kebajikan pekerja dan isu isu penyelewengan dalaman KUIN..

Namun, selepas BN mengambil alih tampuk pemerintahan Alhamdulillah banyak tuntutan mereka di selesaikan oleh YAB MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir..

 Antaranya:


1) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 (13%)

2) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013 (Gaji Minimum)

3) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2012 (COLA RM 50)

4) Menggunapakai PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013 (1+1)

5) Yang paling istimewa ialah KUIN kini diumumkan sebagai BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI. (tiada lagi swasta swasta lepas ni sepertimana Pas lakukan terhadap mereka)

Jadi kepada rakan rakan Skuad Bersih KUIN yang selama ini memperjuangkan hak mereka yang teraniaya sebelum ni bolehlah balas jasa YAB MB dengan berkerja bersungguh-sungguh dan kembali memartabatkan KUIN selari dengan hasrat Kerajaan Negeri memartabatkan PENGAJIAN ISLAM. - Medan Tempur 
 
McTheory:
Budi baik, dibalas baik..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...