Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah Sebab Tekanan Politik?

Posted: 07 Jul 2013 08:12 AM PDT


Betul ke Ustaz Kazim berhenti ceramah sebab tekanan politik? Mc saja kata, nak tau sebab apa tengok la sendiri kat bawah ni..

PANASS!! Tahniah! Kerajaan Negeri Selangor Haramkan Pasar Ramadhan!

Posted: 07 Jul 2013 07:59 AM PDT


MIMPI ngeri bagi umat Islam semasa dalam bulan penuh barakah akan datang akhirnya menjadi nyata. Majlis Perbandaran Kajang di bawah kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh pakatan haram dan bertuankan DAP MENOLAK permohonan Persatuan Penduduk Taman Langat Jaya untuk membuka bazar ramadhan sempena bulan puasa akan datang ini.

Tak lain dan tak bukan ini adalah salah satu cara pemimpin DAP yang begitu terkilan dengan tindakan Ketua Menteri Melaka baru-baru ini yang telah membuka semula jalan Jonker Walk untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan bakal mengakibatkan peniaga-peniaga dari kaum Cinabeng ini rugi. 

Tony Pua, Ahli Parlimen PJU yang juga salah seorang orang belakang tabir pentadbiran Khalid Gagap juga sudah berniat untuk menutup bazar ramadhan di Penang, namun sungguh tak disangka DAP mengambil langkah drastik dengan menolak permohonan bazar ramadhan pula di Selangor.

Inilah perkara yang amat ditakuti oleh umat Islam. Rezeki bulan puasa mereka disekat. Puak DAP tidak senang dengan perniagaan orang Islam di Malaysia lalu sanggup melakukan apa sahaja yang penting umat Islam tidak dapat memonopoli perniagaan di Malaysia. Mana suara umat Islam dari PAS??

Sedih apabila tanah yang dipijak memang milik bangsa Cinabeng ini. Malaysia seperti sudah bukan lagi milik Tanah Melayu. Negara ini umpama Tanah Besar China yang mana pendatang sebenar adalah Melayu itu sendiri yang terlalu bermurah hati memberi kerakyataan kepada bangsa yang lupa diri ini.

Namun segala-galanya telah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Pentadbiran Khalid Gagap yang konon menjaga hak kepentingan orang Melayu hanya sekadar wayang yang digembar-gemburkan. Manakala dibelakang dan yang merencanakan segala strategi untuk menjatuhkan umat Islam adalah Cinabeng dari puak DAP. Mereka memang sakit hati apabila Melayu itu maju.-  sumber

McTheory:
Umat Islam, Pas dan PKR pasti berasa bangga!

TUDIAA!! Kisah Menarik Bang Mat, Batu dan Budak! #HanyaDiKedah

Posted: 06 Jul 2013 09:15 PM PDT



Dalam satu ceramah Pas bertempat di Pendang Kedah. Kiranya situasi ini pada waktu berkempen semasa PRU ke 13 yang lepas. Seorang penceramah Pas turun dari pentas ceramah secara tergesa-gesa, kemudian berjalan laju meninggalkan kawasan ceramah menuju ke arah keretanya.

Kemudian tiba-tiba ada seorang budak lelaki berlari laju kearahnya sambil membawa batu.

Dialog bermula di sini..

Budak: Pakcik! Pakcik! Barang pakcik jatuh!

Bang Mat: Barang apa nak?

Budak: Tadi masa pakcik turun pentas, kelam kabut, jatuh dari poket pakcik barang ni. Saya datang nak bagi balik!

Bang Mat: Barang apa?

Budak: Barang ni la, pakcik punya kan?

Bang Mat pun teliti barang ditangan budak tuu.. ohh rupanya seketul batu! Lalu Bang Mat pun berkata.

Bang Mat: Itu bukan barang pakcik nak, bukan tu.

Budak: Tapi nampak tadi jatuh dari poket pakcik!

Bang Mat: Bukann.. bukann..

Budak: Betul saya nampak, jatuh tadi.

Bang Mat: Itu bukan batunya..itu bukan batu pakcik nak..

Budak: Habis tu, ni batu sapa?? Bukan pakcik punya?

Bang Mat: Bukan, pakcik punya bukan macam tu..ada dalam poket ni.

Budak: Betul batu ni bukan pakcik punya?

Bang Mat: ehh.. budak ni, betul la, lagi pun batu pakcik bukan macam ni nak..

Budak: Batu pakcik macam mana?

Bang Mat: Nak tengok? Sat..

Sambil kelam kabut Bang Mat keluarkan batu 'hikmat' dari poket seluarnya..

Bang Mat: Nah! Inilah batu karballah yang sebenar, bulat licin, bukan macam batu yang anak bawak tuu... pakcik ambik kat Iran tau ni..

Budak: OOooo... macam ni ka bentuk dia..

Bang Mat: Oklah pakcik sibuk, lepas ni nak ceramah kat Sungai Tiang pulak.. jom pi sana..

Budak: Takpa la pakcik, pi la dulu..satgie saya pi..

Bang Mat pun melangkah laju menuju ke kereta. Budak tadi tersengih kerang kerana misinya telah berjaya. Tidak disangka, memang ada 'batu' dalam poket seluar Bang Mat!

Nampaknya, Bang Mat sudah 'kantoi' besar tanpa disedari!

End of this story, pada sesiapa yang taktau pasal batu tu. Batu karballah ialah batu sembahyang oleh puak syiah. Bagi depa itu batu keramat, nak sembahyang, kalau ada batu tu, lagi afdal! Macam gambar dibawah ni,


Moral cerita ni, fikir-fikir la sendiri.. siapa Bang Mat dan kenapa ada batu dalam poketnya tu ya. he he he..

McTheory:
Bahaya Syiah boleh baca kat SINI

PANASS!! Blogger Pas Buka Pekung Pas Kalah Di Kedah! #HanyaDiKedah

Posted: 06 Jul 2013 06:12 PM PDT


Bila ada masa terluang, Mc suka baca blog sebelah pro pembangkang, tapi tengok jugalah blog yang macam mana. Kalau penuh dengan fitnah dan cerita mengarut tu, rasanya Mc baca dua-tiga baris pun boleh 'klik' pangkah.

Baru-baru ni, Mc ada terbaca blog 'Ketua Unit Penerangan Negeri Kedah' yang dulu, iaitu Zulkifli Yahaya, atau yang kami budak-budak TMK ni panggil dia Zul Ya.

Tak dinafikan kami seteru di alam maya, namun Mc menghormati Zul Ya sebagai orang lama dalam politik, dan sudah tentu penilaian yang beliau buat lebih 'waras' berbanding cybertroopers Pas yang lain.

Itu pun kalau beliau 'waras' la, sebab ada juga tulisannya yang lebih bersifat propa dari kebenaran.

Namun cerita kat bawah ni, adalah 'luahan rasa' sebenar mengenai keadaan Pas Kedah semasa PRU.

Baca kat bawah,

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi menggambarkan PAS Kawasan Kuala Kedah sebagai kubu kuat PAS, dilihat dari petunjuk PRU13 di mana PAS menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi. PAS menang di Anak Bukit, Pengkalan Kundor dan Kubang Rotan, manakala KeADILan menang kerusi Parlimen.

Ada pihak menganggap PAS Selangor jauh lebih kuat dari PAS Kedah kerana mampu memenangi 15 kerusi DUN berbanding hanya 9 dimenangi PAS Kedah.

Sekian lama ukuran kekuatan PAS ialah keputusan pilihanraya. PAS dianggap kuat jika menang banyak kerusi dan lemah jika keputusan adalah sebaliknya.

Sebelum PRU12 (2008) PAS dianggap kuat di kawasan majoriti Melayu. Secara realiti memang PAS bertapak dan berpengaruh di Kelantan, Kedah dan Terengganu di mana majoriti Melayunya tinggi. Sehingga kini ketiga-tiga negeri tersebut pernah diperintah dengan kekuatan PAS. Walaupun Menteri Besar dari PAS pernah memimpin kerajaan negeri Perak namun ia di atas sebab-sebab khusus yang bukan kerana kelebihan kekuatan PAS.

Benarkah keputusan pilihanraya adalah adalah gambaran atau ukuran kekuatan PAS? Saya ingin merujuk situasi di Kedah untuk menjelaskannya. PAS menang di Anak Bukit (10.56 % pengundi Cina), Pengkalan Kundor (22.82 %), Kubang Rotan (27.3 %), Alor Mengkudu (23.96 %), Kuala Ketil (6.75%, I: 10.58 %) dan Merbau Pulas (13.35 %, I: 18.80 %). Jika tanpa undi Cina PAS atau bukan Melayu adakah PAS mampu memenangi kerusi tersebut? Kecuali Anak Bukit, selainnya hampir pasti PAS kalah.

Hanya tiga kerusi yang mampu dimenangi PAS tanpa bantuan undi Cina iaitu Tokai (Melayu 90.88 %), Bukit Pinang (M 93.04 %) dan Sungai Limau (M 93.19 %). Jika dicampur dengan Anak Bukit, bermakna hanya empat kerusi mampu dimenangi PAS, tanpa bantuan Cina. Kedudukannya lebih buruk dari PRU 2004 di mana PAS mampu menang 5 kerusi DUN. Jadi tidak tepat untuk mengukur kekuatan PAS berdasarkan keputusan pilihanraya.

Dalam analisis yang lebih mikro, kita mendapati banyak 'pengalaman baru' diteroka ahli-ahli PAS di semua peringkat yang dahulunya tidak pernah berlaku. Dahulu, sehebat mana perbezaan dalaman ia tidak pernah ditonjolkan dengan menggunakan media takibarut BN untuk menunjukkan kepada dunia bahawa 'kami sedang berkrisis'. Kini, ada.

Dahulu calon ditentukan sepenuhnya oleh pihak atasan. Petugas akar umbi cuma menerima keputusan dan bekerja sepenuh hati untuk memenangkan parti. Kini, ada protes dan ugutan. Tidak terhenti setakat itu ada aktiviti menutup markaz dan lebih buruk lagi bersekongkol dengan pihak lawan untuk mengalahkan calon parti sendiri.
Ada kelompok yang mengadakan solat hajat memohon si anu si anu tidak tercalon mewakili PAS. Ada yang mengadakan kenduri kesyukuran kerana calon PAS yang tidak disukainya kalah sekalipun dia sedar calon yang menang ialah BN. Cerita ini tak masuk akal untuk PAS sedekad lalu, kini ia benar-benar berlaku di kalangan ahli.

Secara peribadi saya berjumpa dengan ramai aktivis PAS yang hidup mati bersama jamaah, ada memegang jawatan ahli Majlis Ketua Kampung tetapi tidak mengundi calon PAS tertentu di Jerlun. Mereka ada hujah mengapa calon itu 'wajib' dikalahkan. Di Pendang, calon Parlimen Haji Mohamad Sabu hilang banyak undi berbanding perolehan undi DUN. Antara yang tidak mengundi ialah ahli PAS yang membuat pengakuan terbuka "Ana tak undi Mat Sabu kerana Syiah."

Pengerusi Tetap PAS Dato' Abu Kasim Abdullah mengembalikan nostalgia zaman pemudanya. "Kami pimpinan negeri boleh bertanding di mana-mana kawasan, tiada siapa yang akan pertikai keputusan parti, " ujarnya. Zaman itu sudah berlalu. Pengalaman PRU13 menunjukkan bahawa PAS mampu kalah jika keputusan dibuat tanpa mengambilkira pandangan akar umbi.

Mungkin fenomena itu hanya di Kedah. Kerana Pesuruhjayanya tidak dihormati. "Keputusan yang dibuat oleh Mursyidul Am pun boleh bawa kekalahan kerana tidak disetujui aktivis akar umbi," ujar seorang rakan parti yang banyak mengkaji isu dalaman. Dia sebut Mursyidul Am, adakah maksudnya Kelantan juga begitu? "Iyalah calon pilihan tok guru kalah tipis di Selising kerana bantahan akar umbi walaupun PRU12 dulu menang," hujahnya. Entahlah, tidak pasti hujahnya berasaskan fakta atau emosi. Namun realitinya, tetap wujud masalah dalaman di mana sekalipun.

Dahulu, ketidakpuasan hati secara dalaman jika tidak dapat diselesaikan mungkin hanya berlegar di kalangan sekelompok manusia. Kini, bukan lagi berupa bisikan perang saraf atau surat layang tetapi edaran secara elektronik di media sosial. Sekali papan kekunci komputer diketuk, ribuan manusia dapat mengikutinya. Dari Presiden hingga pemimpin bawahan, tiada siapa terkecuali dari kecaman dan kutukan. Bahasa yang digunakan kadangkala bukan bahasa orang beriman, sekalipun mereka yang mengutuk itu juga orang PAS.

Sesekali kita termangu lalu bertanya, adakah sekarang PAS semakin kuat atau semakin lemah? Jika kita mengukur kekuatan parti sebagai perolehan jumlah kerusi maka hakikatnya kita sedang tertipu.

Kekuatan seharusnya diukur dari aspek penghasilan ahli-ahli berkualiti seramai mungkin, memahami tanzim dan disiplin jamaah serta yang penting ialah mampu membuat keputusan terbaik berdasarkan ilmu dan realiti semasa. Bukan ahli bawahan saja, pemimpin pun kena begitu. - Zul Ya

Selalunya Mc jarang nak bagi kredit atau 'back link' kepada blogger Pas ni, sebab depa pun kalau petik artikel dari Mc atau budak-budak TMK, tak pernah nak bagi 'backlink' pada kami pun. Mungkin depa takut pembaca blog Pas Kedah, akan ke blog pro BN dan baca pembongkaran yang kami buat selama ini.

Nampak sangat penakut!

Dalam tulisan Zul Ya tu, akhirnya mengakui semua pendedahan kami selama ini. Tentang pepecahan dalaman Pas, markas Pas tutup, ahli Pas taknak undi Pas, Pas Pendang tolak Mat Sabu, Dr Mail di tolak orang Pas Jerlun, ugutan untuk jatuhkan calon Pas, tak hormati Pesuruhjaya Pas, semua itu pernah kami tulis dan pernah blogger Pas Kedah nafikan, dengan menuduh kami fitnah.

Namun selepas baca tulisan di atas, pembaca sendiri boleh agak, siapa sebenarnya pembohong, diantara blogger Pas dan blogger pro BN.

Allah tu maha kuasa, dok tuduh kami kaki fitnah, akhirnya beliau sendiri bukak pekung.

Alhamdullilah, akhirnya semua dengan izin Allah SWT.


McTheory:
UMNO Kedah pun jangan dok rasa kuat sangat, kalau bukan sebab masalah dalaman Pas, susah juga kita nak menang.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...