Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Hasmawi Hassan Permata Bola Sepak Malaysia yang dilupakan!! #HanyaDiKedah

Posted: 01 Jul 2013 08:12 AM PDT


Hasmawi Hassan (lahir 4 Ogos 1980) adalah pemain yang sanggat berbakat,beliau bermain di bahagian penyerang walaupun badannya agak berisi beliau juga mempunyai menyeludah yang sanggat baik sehingga digeruni pihak lawan .Beliau dikenali sebagai "Mawi" dikalangan rakan sepasukan dan juga digelarkan sebagai Michael Owen Pulau Pinang.Sekarang beliau berusia 31 tahun dan masih lagi giat dalam dunia bolasepak tanah air.

Penyerang kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah satu pemain terbaik di Pulau Pinang sejak pasukan senior di musim 1998.Dia mendapat beberapa panggilan untuk latihan dengan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 2002.Beliau tertah berbakti kepada bandar kelahirannya itu selama 6 tahun sejak 1998 hingga 2003.Antara pencapaian Hasmawi Hassan dengan Pulua Pinang ialah :

- Juara Liga Perdana Tahun 1998
- Juara Liga Perdana Tahun  2001
- Juara Piala Fa Tahun 2002
- Juara Piala Sumbangsih Tahun 2003

 

Selepas beberapa musim bermain dengan pasukan negerinya itu, Hasmawi Hassan melebarkan kareirnya dengan menandatangani kontrak dengan pasukan Kedah sejak tahun 2004.Beliau menjadi pemain tunjang kekuatan untuk pasukan kedah ketika itu,sehinggalah munculnya pemain muda kelahiran kedah iaitu Mohd Khyril Muhymeen yang mengambil alih tempatnya.

Pada tahun 2006-2007 hasmawi digandingkan dengan Marlon Alex James sebagai penyerang,gandingan ini amat berkesan sehinggan pada tahun 2007,Hasmawi membantu pasukan Kedah menjuarai piala malaysia tahun 2007 dan menjuarai piala FA tahun 2007. Selepas 4 musim bersama kedah dia dibebaskan oleh Persatuan Kedah selepas tamat musim 2008.Antara pencapaian Hsmawi Hassan dengan Kedah ialah :

- Juara Liga Perdana 2006
- Juara Piala Malaysia Tahun 2007
- Juara Piala FA Tahun 2007
- Juara Liga Super 2007
- Juara Piala Malaysia Tahun 2008
- Juara Piala FA Tahun 2008
 Juara Liga Super 2008

 

Untuk musim 2009, selepas beliau dibebaskan oleh pasukan Kedah,beliau kemudian menandatangani kontrak dengan,Felda United FC yang dibimbing oleh E. Elavarasan,ketika musim itu Felda united beraksi di liga perdana,Hasmawi jarang diturunkan sebagai pemain utama dan beliau kerap menjadi pemanas dibangku simpanan sahaja,Hasmawi Hassan bermain bersama pasukan Felda United selama 2 musim.

Pada tahun 2010 selepas mengharungi 21 perlawanan, Felda United unggul  mendahului carta teratas liga dengan mengumpul 49 mata bagi meninggalkan pencabar terdekat mereka, PKNS Selangor dengan 45 mata.Munir Amran muncul wira Felda United  apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-64 selepas lontaran jauh Abdul Ghani  Rahman ditepis dengan menggunakan tangan oleh pertahanan  Harimau Muda, Amer Saidin. Antara pencapaian Hasmawi Hassan dengan Felda United ialah :

- Juara Liga Perdana Tahun 2010

 

Tamat musim 2010 Hasmawi Hassan kembali untuk berbakti kepada Pulau Pinang pada musim 2011,beliau datang dalam pemilihan pemain Pulau Pinang untuk tahun 2011,ketika dalam pemilihan Hasmawi mengalami kecederaan,Pulau Pinang terpaksa melupakan hajat untuk memilik Michael Owen ini kembali

Musim 2011,Negeri Sembilan dibawah kendalian Azrai Khor Abdullah buntu untuk mengatur strategik kerana beberapa pemain utama masih dibelenggu kecederaan dan penggantungan, termasuk Hairuddin Omar, Mohd Shaffik Abd Rahman dan S Kunalan (tengah) manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang mengelami kecedera.Azrai yang pernah menjadi jurulatih pasukan Kedah masih lagi berminat dengan corak Hasmawi hassan lalu Azrai mengambil keputusan untuk mengambil Hasmawi Hassan menyertai pasukan negeri Sembilan.

Tapi sayang sepanjang Hasmawi di Negeri Sembilan Hasmawi cuma diberikan beberapa peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan ketika saingan piala malaysia Negeri Sembilan bertemu Terengganu dan beberapa di perlawanan Liga Super kemungkin ini adalah disebabkan kecederaan yang di alami Hasmawi amat serius.Antara pencapaian Hasmawi Hassan dengan Negeri Sembilan ialah :

- Juara piala Malaysia tahun 2011.

Tamat habis musim 2011,kini Hasmawi kembali untuk membantu Pulau Pinang .Hasmawi datang pemilihan dan dia berjaya menambat hati jurulatih pasukan Pulau Pinang.Sekarang Hasmawi ibarat sirih pulang ke gagang kerana sudah kembali dengan pasukan kelahirannya itu.Kami mengharapkan agar Hasmawi Hassan dapat membantu pasukan Pulau Pinang untuk menjuarai Liga FAM sekali gus dapat melayakkan pasukan  kelahirannya itu ke Liga Perdana dan seterusnya ke Liga Super.

Sumber cerita pasal Hasmawi ni Mc ambil kat Blog BM. Mc nak sambung sikit lagi kisah Hasmawi, selepas Pulau Pinang, beliau ditawarkan untuk kembali membantu Kedah.

Namun selepas datang ke Kedah, beliau menjalani pemilihan dan beliau terpilih. Tetapi akibat politik dalam pengurusan dan ada orang yang tak suka Hasmawi kembali ke Kedah. Akhirnya Hasmawi dibuang tanpa sebab dan tindakan KFA terhadap Hasmawi merupakan tindakan zalim dan tidak perikemanusiaan.

Hero bola sepak Kedah yang pernah membantu Kedah juara tiga piala selama 2 tahun berturut-turut kini tinggal di Taman PKNK dan berniaga Pasar Larut Malam di Stadium Darulaman. Bukan kehendak beliau untuk mencari makan begitu, namun politik bola sepak yang memaksanya.

Mc agak rapat dengan Hasmawi, cerita politik dalam bola sepak ni kadang-kadang merimaskan. Bola sepak Malaysia ni sekangkang kera saja pun. Tu pun ada mangkuk yang berpolitik cari makan dalam bidang ni.

Kalau ramai orang yang berpolitik cari makan dalam bola sepak, macam mana bola sepak kita nak maju?

Berbalik pada kisah Hasmawi Hassan, apakah tiada tempat pada untuk beliau masuk dalam bidang bola sepak semula?

Jika bukan sebagai pemain, berikan peluang untuk beliau melatih!

McTheory:
Biar Jasa Jadi Kenangan.. betul ka?

PANASS! Phahrolrazi dah Atur Plan Untuk Gulingkan Mahfuz Omar! #HanyaDiKedah

Posted: 01 Jul 2013 05:37 AM PDT


Dok kata dah, puak Phahrolrazi dan Dr Ismail takkan dok diam bila Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Mula-mula memang depa diam, hanya protes tak puas hati, letak jawatan dan merajuk.

Kemudian depa jolok blogger pro UMNO macam kami ni hentam Mahfuz dengan mainkan isu akademik. Kami sedar, sebab tu kami tak layan sangat, bagi kami Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah pun dah macam bonus.

Kemudian bila semua dah ikut plan, depa buat pula himpunan Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil Noor. Kononnya nak bincang hala tuju Pas, mengikut pemikiran Ustaz Fadhil. Sapa yang taktau, ingat niat depa tu betul la sangat. Rupanya ada udang disebalik batu, niat nak jadi Pesuruhjaya Pas Kedah tak pernah terpadam.

Kalau ikut pemikiran Ustaz Fadhil, sudah tentu kepimpinan Ulamak yang dibawa. Pas zaman lani, mana ada kepimpinan Ulamak lagi, Hadi Awang pun dah jadi Alamak dari Ulamak. Dewan Ulamak Pas pun dah tak dipandang, pimpinan Pas lebih patuh pada Dap dari Dewan Ulamak.

Jadi Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil tu, menjadi medan untuk menghentam Mahfuz yang baru saja naik jadi Pesuruhjaya, kononnya Mahfuz tu bukan Ulamak, jadi tak layak untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah.

Nampak tak permainan yang cuba dibawa oleh Phahrol dan orangnya.

Sebab tu Mc kata si Phahrol ni otaknya bijak, jahat dan licik. Kalau dia naik jadi Pesuruhjaya memang susah sikit kami nak lawan, tapi kalau Mahfuz, bola tanggung banyak, dia senyum pun kami boleh tibai!

Kalau ada orang kata perbalahan dalaman Pas Kedah dah selesai bila Pas kalah, nampak sangat orang tu taktau apa sebenarnya yang terjadi dalam Pas Kedah lani. Semua perbalahan hanya boleh selesai bila Phahrol naik jadi Pesuruhjaya dan Dr Ismail jadi Timbalan. Tu pun kalau orang Ustaz Azizan nak biar la.

Kalau tak biar, nampaknya perbalahan ni akan kekal sampailah PRU ke 14.

Kalau kekal sampai PRU ke 14 lagi bagus, senang sikit kerja kami! he he he..

McTheory:
Lanie kita tengok drama yang depa mainkan dulu..

INFO! Ada Ini Calon BN Bagi PRK Kuala Besut?

Posted: 01 Jul 2013 02:17 AM PDT


Sedang Pas sibuk memujuk Azhar Idrus supaya bertanding di Kuala Besut, BN pula lebih rilek dan mendiamkan diri dalam memilih calon.

Dengar khabar Dato Dr Abdullah yang akan mengalas peranan tersebut, siapa Dr Abdullah ni?

Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.

Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.

Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .

Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.

Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.

Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.

Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.

Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi.

Tahun 2004 bertanding kali pertama di Parlimen Besut beliau menang dan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Kemudian pada tahun 2008, waktu tsunami politik pun beliau menang. Tapi pada tahun 2013 beliau tidak dicalonkan.. jangan tanya kenapa, sebab Mc pun tak tahu.

Mungkin Allah dah atur beliau akan menjadi calon pada kali ini. Siapa tahu..

McTheory:
Ada hikmah disebalik semua kejadian..

PANASS!! Kerajaan Kedah Berlaku Kejam Terhadap Staff Insaniah Holding? #HanyaDiKedah

Posted: 30 Jun 2013 11:17 PM PDT




Pagi kelmarin dengaq kata staf staf anak syarikat insaniah holding nak buat demo kononnya nak tuntut gaji tertunggak dari kerajaan negeri..

Bagi siapa yang tak tau isu KUIN dan Insaniah mesti depa kata Kerajaan Negeri Zalim sebab tak bayaq gaji..

Untuk pengetahuan semua Insaniah holding serta anak syarikat seperti Insan Medik, Insan Maya, Insan sistem, insan hospitality dan Insan Bestari sendirian berhad ditubuhkan oleh jamil hanya untuk meletakkan kroni kroninya..

Semua Syarikat dibawah Insaniah Holding ini langsung tidak membawa keuntungan kepada syarikat sebaliknya antara penyebab utama KUIN menghadapi krisis kewangan.. Anak syarikat patut berniaga dan cari duit untuk KUIN, bukan KUIN yang cari duit untuk anak syarikat..




Insaniah holding tidak menjana pendapatan sendiri seperti syarikat sendirian berhad yang lain, sebaliknya " Menyamun" wang milik KUIN sebanyak 1.4juta sebulan dari 15juta setahun peruntukkan kerajaan negeri hanya untuk membayar gaji staf Insaniah Holding Sdn Bhd kalau tak silap ada seramai 309 orang.. Tak ke gila namaanya..Kerja untuk orang lain, tapi orang lain kena bayar gaji..

Gaji CEO anak anak syarikat Insaniah holding ini pula mencecah 50ribu sebulan.. Bayangkan 5 anak syarikat kecil mempunyai 5 CEO makan gaji buta..

Gaji pokok untuk jawatan Ceo belum termasuk elaun+gaji Pensyarah
Apa guna kakitangan anak syarikat Insaniah Holding berdemo nak tuntut gaji tertunggak dari kerajaan sedangkan anak syarikat Insaniah Holding tak ada kaitan dengan Kerajaan..Suruhlah Ust Azizan bayar gaji sebab dia masih lagi pengerusi Insaniah Holding..

Mudah betul Pas nak menkayakan kroni kroni.. Buka syarikat SDN BHD yang tak jana pendapatan. Lepastu ambil pekerja ikut suka hati, Tiap Tiap bulan hantar claim suruh kerajaan bayar gaji.. Banyak cantik muka hangpa..

Sebab tu lepas BN ambil alih kerajaan, Jamil selaku rektor KUIN dah berambus sebab dia tahu segala tembelangnya akan dibongkarkan .. Itu baru sikit.. Dengaq kata ada beribu lagi kerja jahat yang Jamil buat akan didedahkan..

Medan Tempur Kedah

PANASS! Mat Sabu Bersama Pemimpin Syiah Hina Nabi?

Posted: 30 Jun 2013 08:24 PM PDT




Khomeini- Az-Zindiq berkata:

فكل نبي من الأنبياء إنما جاء لإقامة العدل وكان هدفه هو تطبيقه في العالم لكنه لم ينجح، وحتى خاتم الأنبياء صلى الله عليه وآله وسلم الذي كان قد جاء لإصلاح البشر وتهذيبهم وتطبيق العدالة فإنه هو أيضاً لم يوفَّق، وإن من سينجح بكل معنى الكلمة ويطبق العدالة في جميع أرجاء العالم هو المهدي المنتظر "

Maka setiap Nabi dari nabi-nabi yang ada, sesungguhnya datang untuk menegakkan keadilan, dan tujuannya adalah menerapkannya di seluruh dunia. AKAN TETAPI MEREKA TIDAK BERHASIL, BAHKAN SAMPAI PENUTUP PARA NABI (yakni Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam) yang datang untuk memperbaiki keadaan manusia dan membimbing mereka serta menerapkan keadilan juga TIDAK DIBERIKAN TAUFIQ. Dan sesungguhnya orang yang akan berhasil dengan segala makna kalimat dan menerapkan keadilan diseluruh penjuru dunia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar" [Mukhtarat Min Ahadits Wa Khithabat Al-Imam Al-Khomeini 2/42]

Khomeini Berkata :

نحن أسود السنة لكشف حقائق الشيعة:

Para Nabi عليهم الصلاة والسلام Telah Gagal !!

Inilah orang yang Mat Sabu kagum


Mat Sabu dikatakan masih cuba menafikan ... bertaqiyah pada Nik Aziz bila ditanya akan pemahaman syiahhnya. Kali ini tak terselindung lagi apabila Mat Sabu menyokong orang syiah bunuh orang sunni di Syria. Dia boleh terima Islam bunuh Islam atau dia anggap sunni bukan Islam?


Syiah sesat dan Mat Sabu bukan berjuang untuk Islam


The Unspinners

HOT INFO! @RazlanRafii GLC Kaut Untung, Syarikat Melayu Bungkus!!

Posted: 30 Jun 2013 06:12 PM PDT




Mc tertarik dengan komen Ketua Pemuda Seputeh Razlan Rafii, tentang GLC yang tak bantu orang melayu pun. Dok kayakan poket sendiri saja, buat apa.

TM sebuah syarikat GLC, bawah MOF! Banyak anak anak syarikat TM bersaing dengan syarikat biasa! Adakah ini satu yang sihat ?

GLC gagal membantu Bumiputera apabila membina anak syarikat mereka sendiri berniaga, seharusnya khazanah fikir lebih jauh

Nada ini juga sudah dinyanyikan terlalu lama. Kita harus pandai rancang dan berani dalam bentuk Bumiputera untuk berjaya

Kembalikan peluang berniaga yg dimiliki oleh GLC kepada syarikat Bumiputera, Bukan jadi pesaing dengan dana Rakyat

Bumiputera menjadi mata sepanjang sepenggal ini .. Kalau tak berubah lagi .. Susahlah kita nanti.

Sedangkan Kerajaan hari ini terbentuk daripada undi melayu. Kalau tak dah lama tersungkur!

Ada orang sedar akan semua ini? Sampai bila nak biar syarikat melayu bersaing dengan anak syarikat GLC?

McTheory:
Kerajaan kena sedar diri laa.. kalau tak dah lama bungkus..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...