CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Super WTF: video buat kekasih yang baru kenal selama seminggu

Posted: 09 Jul 2013 03:06 AM PDT



[TERKINI:CALON BN PRK KUALA BESUT] Tengku Zaihan bekas Jurutera JPS Besut

Posted: 09 Jul 2013 02:36 AM PDT

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
BESUT - BN hari ini mengumumkan, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon itu bagi mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 24 Julai ini.

Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya. Beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berumur 37 tahun.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut sebentar tadi.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

[PRK KUALA BESUT] PAS Cadang Calonkan MAT SABU, Nama Besar Kalah PRU13?

Posted: 09 Jul 2013 12:48 AM PDT


PETALING JAYA: PAS harus berfikir di luar kotak dan menurunkan nama-nama besar yang tewas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata untuk menang di kubu kuat Umno, calon PAS haruslah seseorang yang terkenal di peringkat kebangsaan berbanding hanya dikenali di peringkat akar umbi sahaja.

"Kedua-dua cara itu boleh digunakan. Pendekatan berprofil tinggi mungkin berkesan, ia menunjukkan parti itu melihat para pengundi dan pilihan raya itu dengan amat serius.

"Namun mereka juga boleh mendapat faedah dengan menurunkan calon yang dikenali penduduk di kawasan itu. Saingan pasti sengit kerana ia kubu kuat Barisan Nasional. Siapa yang mereka pilih, PAS perlu memberikan tentangan sengit ," katanya kepada The Star Online.

Penganalisis Politik, Khoo Kay Peng berkata ia mungkin memberi manfaat untuk menurunkan nama-nama besar seperti Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (yang tewas di kerusi DUN Nusajaya) atau Timbalan Presiden Mohamad Sabu (tewas di kerusi Parlimen Pendang).

"Ia ada pro dan kontra - ia akan kelihatan menarik. Namun jika nama-nama besar itu tewas, ia amat teruk untuk karier politik mereka. Di sebalik momentum kerana DAP di Johor, Salahuddin masih gagal menangi kerusi ditandinginya. Jika dia tewas buat kali kedua, ia akan kelihatan amat teruk," katanya.

Khoo berkata, seseorang yang rapat dengan penduduk di kawasan itu mempunyai peluang cerah memandangkan Kuala Besut merupakan kawasan luar bandar di mana penekanan lebih diberikan terhadap masyarakat di sana.

Perkara itu turut dipersetujui Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad yang berkata calon ideal harus menjadi penduduk kelahiran Kuala Besut.

"Kita tidak memerlukan calon berprofil tinggi, kita perlukan seseorang yang popular di peringkat akar umbi, seseorang pengundi yang tahu dia boleh berkhidmat kepada masyarakat di sana."

Mat Sabu turut bersetuju dengan berkata adalah lebih baik menurunkan calon penduduk setempat untuk bertanding pada PRK.

PAS akan mengumumkan calonnya di Kuala Besut yang mempunyai kira-kira 17,683 pengundi pada malam Selasa.

[HINA AGONG] Derhaka dan Biadap PR Mempertikai TITAH AGONG di Parlimen

Posted: 08 Jul 2013 11:52 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bercadang untuk membawa usul meminda titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan gesaan baginda supaya semua parti politik menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu dibuat berikutan kedua-dua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) dalam proses mengemukakan petisyen keputusan pilihan raya.

Justeru beliau berkata, adalah tidak wajar jika mengatakan semua pihak menerima keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu.

"Kita menyambut dan menjunjung kasih titah Tuanku, soal pilihan raya petisyen juga telah dikemukakan oleh kedua-dua Pakatan dan BN.

"Kita sedang mengkaji untuk kemuka pindaan kerana kita tidak fikir wajar usul titah diraja itu dimasukkan sokongan penuh terhadap keputusan PRU-13," katanya pada sidang media di Parlimen pada Selasa.

Tindakan PR ini dilihat satu penghinaan kepada Tuanku, sedangkan Titah Diraja adalah merupakan pandangan dan seruan Tuanku. Pakatan Rakyat boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Tuanku.

Pakatan Rakyat juga boleh mengundi untuk tidak menyokong titah Diraja itu. Jadi tiada isu untuk meminda Titah Diraja yang dikatakan bercanggah dengan petisyen Pilihanraya yang sedang berjalan.

Tindakan PR yang ingin membawa usul meminda Titah Diraja seolah-olah menidakkan kebebasan Tuanku bersuara menyampaikan hasrat  beliau.

Petikan Titah Diraja adalah seperti berikut:

"Beta menyeru semua pihak menerima dan menghormati keputusan
Pilihan Raya Umum Ketiga Belas yang telah diadakan mengikut lunas-
lunas sistem demokrasi dan seterusnya bekerjasama serta berganding
bahu bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai
matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020"


TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH


MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KETIGA BELAS 25 JUN 2013
Klik disini untuk Ucapan Penuh Titah Diraja

Naib Ketua Pemuda UMNO hanya 'budak hingusan',jangan lagak hero Melayu-Ibrahim Ali

Posted: 08 Jul 2013 07:15 PM PDT



Datuk Ibrahim Ali mencadangakan supaya Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim supaya berjumpa sahaja dengan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berikutan kenyataannya yang membidas Umno.

Menurut Presiden PERKASA, tiada sebab bagi dirinya bertemu dengan Razali kerana Naib Ketua Pemuda Umno belum dilahirkan semasa beliau berjuang dalam Umno.

"Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.

"Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA, sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker," perlinya.

Ibrahim turut menyangkal dakwaan bahawa beliau marah terhadap parti Melayu terbesar itu kerana dipinggirkan oleh Umno.

"Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah.

"Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap," katanya.

Rabu lalu, Ibrahim menempelak Umno kerana didakwa meminggirkan PERKASA. Katanya, Umno serta Barisan Nasional lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu.

Sehubungan itu, Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil langkah yang lebih drastik jika keadaan tidak berubah.

DUN Kuala Besut: PAS Patut Beri Kemenangan Percuma Kepada BN - Idris Jusoh

Posted: 08 Jul 2013 06:54 PM PDT


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan PAS menyerahkan sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada Barisan Nasional (BN) tanpa perlu melalui pilihan raya kecil.

Ini kerana katanya, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas.

"Pada saya, lebih baik PAS serah saja kerusi tersebut kepada BN kerana undi majoriti yang kita dapat pada PRU-13 adalah tinggi, bukan setakat 300 sahaja.

"Nak menang bukan senang untuk PAS. Mereka perlu lebih kurang 1,200 undi untuk capai undi majoriti yang BN dapat dan biasanya orang tak ubah fikiran mereka kerana PRU-13 baru saja berlalu dua bulan lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini Isnin.

Idris berkata, kemenangan percuma itu juga sebagai menghormati bulan Ramadan, memandangkan pilihan raya kecil tersebut dijalankan ketika umat Islam sedangmenjalani ibadah puasa.

"Pada saya, PAS kini mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai untukbertanding. Ini kawasan saya. Lebih baik serahkan saja kerusi tersebut kepada BNlagi pun masa tu bulan puasa, tak perlu bersusah payah nak berkempen," katanyaberseloroh.

Bagaimanapun katanya, BN menyasarkan untuk meningkatkan undi majoriti daripada 2,434 undi pada PRU-13 lepas kepada 4,000 pada pilihan raya kecil yang ditetapkan 24 Julai ini.

Mengenai laporan yang mendakwa guru diminta mengundi BN pada pilihan raya kecil itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, tidak ada pihak yang dipaksa mengundi mana-mana parti dan mereka bebas memilih untuk mengundi siapa sahaja.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada PRU-13, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,343 undi, mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai ini.

[DAP MAHU PINDA PERLEMBAGAAN - STATUS AGAMA ANAK] Syukur PAS Masih Sokong Islam, 'Warning' Karpal Singh

Posted: 08 Jul 2013 07:18 AM PDT

Datuk Takiyuddin Hassan
KOTA BHARU 7 Julai - Pas meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak memberi kata dua terhadap rakan parti dalam pakatan pembangkang, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyokong hasratnya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam 'senior', Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan perlembagaan yang telah lama dipertahankan.

"Sebagai satu pakatan tidak patut Karpal memberikan kata dua kepada rakan-rakannya. Sebagai salah satu rakan kongsi cara ini tidak betul.

"Kedua, Karpal seorang peguam kanan yang selalu mempertahankan perlembagaan. Tiba-tiba dia sendiri bangkitkan cadangan supaya peruntukan perlembagaan yang telah lama wujud dipinda, ini menunjukkan dia tidak menghormati perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Karpal masih tidak berpuas hati terhadap kerajaan berhubung isu tersebut biarpun pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 telah ditarik balik sambil menyifatkannya tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 adalah untuk mengelakkan 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut bukan perkara baru malah undang-undang yang sama telah diluluskan pada tahun 1993.

"Seksyen 95 dalam Akta Pentabdiran Agama Wilayah Persekutuan 1993 menyatakan dengan jelas orang bukan Islam yang berusia 18 tahun ke atas tidak perlu keizinan untuk masuk Islam, kalau kurang daripada 18 tahun boleh masuk Islam dengan keizinan bapa atau ibu atau penjaga, ia sama dengan rang undang-undang yang mahu dibentangkan itu.

"Perkara ini sudah lama dan telah ditafsirkan oleh mahkamah dalam beberapa kes sebelum ini, jadi kenapa sekarang baru hendak bising, saya minta Karpal terima undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen ini," katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Tambahnya, Karpal sewajarnya membincangkan perkara itu dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum mahu membawanya ke Parlimen.

[MENTERI KAFIR BERSORAK PUJI KERAJAAN] Tarik Balik 3 RUU berkaitan Islam

Posted: 08 Jul 2013 07:00 AM PDT


KUALA LUMPUR - Penarikan balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat sentimen pelbagai kaum di negara ini.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata keputusan itu juga dibuat setelah mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk pemimpin bukan Islam.
  
"Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu-isu yang memberi impak negatif kepada perpaduan negara pada masa yang akan datang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengemukakan usul menarik balik tiga rang undang-undang termasuk Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 yang dijadual untuk dibacakan kali kedua.   

Dua lagi ialah Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.
  
Kurup yang bertanggungjawab menguruskan perpaduan kaum dan integrasi nasional serta keharmonian agama pelbagai kaum, berkata keputusan itu juga membuktikan kerajaan telah menangani isu tersebut dengan baik.
  
Rang-Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang antara lain menyentuh cadangan membenarkan pengislaman kanak-kanak bawah umur dengan persetujuan hanya seorang ibu atau bapa sahaja, telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tidak adil dan perlu dikaji semula. - Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...