BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PROKSI SOROS BAKAL MENJADI PERDANA MENTERI MESIR ??? BIAR BETUL ???

Posted: 09 Jul 2013 08:30 AM PDT


Proksi penyangak matawang Yahudi,George Soros bakal menjadi Perdana Menteri Mesir selepas Presiden Mohammed Mursi mewakili kumpulan Islamis Ikhwan Muslimin berjaya digulingkan melalui rampasan tentera minggu lalu.Proksi Soros yang dimaksudkan itu adalah Mohamed ElBaradei,pemimpin pembangkang berfahaman liberal dari parti The National Salvation Front yang mengetuai kumpulan Tamarod (kumpulan pemberontakan) menentang Presiden Morsi.Pemberontakan kumpulan liberal ElBaradei dua minggu lalu adalah pemberontakan terbesar selepas revolusi pertama yang turut digerakkannya untuk menumbangkan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011.Selepas Mubarak ditumbangkan,ElBaradei pada mulanya bersetuju untuk memasuki pertandingan Presiden Mesir,namun membatalkan pencalonan saat-saat akhir dan membiarkan dua tokoh bertanding iaitu Ahmed Shafik mewakili kumpulan regim Mubarak melawan Morsi mewakili kumpulan Islamis Ikwan Muslimin yang menggunakan parti Freedom and Justice Party (FJP). Pada 24 Jun 2012,Suruhanjaya Pilihan Raya Tertinggi Presiden Mesir,yang diketuai oleh Farouk Sultan,mengumumkan kekalahan tipis Shafik kepada Morsi.Shafik mendapat undi popular 48.27% undi berbanding dengan Morsi 51,73%.

AFP yang memetik sumber berita Mesir,MENA semalam melaporkan sumber di kalangan tentera bersetuju untuk melantik ElBaradei sebagai Perdana Menteri. ElBaradei dilaporkan sedang mengadakan rundingan dengan Presiden sementara yang dilantik tentera,Adly Mansour, namun setakat ini tiada pelantikan rasmi dibuat.Jurucakap Presiden,Ahmed al-Muslimani berkata, ElBaradei juga 'merupakan pilihan logik' untuk memegang jawatan itu. Penyelidik Barat,Tonny Cartalucci menamakan ElBaradei sebagai proksi Soros kerana dilantik sebagai salah seorang Ahli Pemegang Amanah International Crisis Group (ICG). Fakta Cartalucci turut disokong oleh Maidhc Ó Cathail, penulis dasar luar Amerika Syarikat di Timur Tengah.ICG merupakan badan badan perisikan antarabangsa yang ditaja Soros melalui yayasannya,Open Society Institute (OSI).Menurut sourcewatch.org,Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang anggota yang turut dilantik menyertai badan perisikan antarabangsa itu.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #BLACK505 #BLACKOUT505 !!! ISU KEAHLIAN PARTI !!! SIAPA YANG SEBENARNYA LEBIH TERBUKA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Jul 2013 05:00 AM PDT


Parti DAP dan PKR mendakwa mereka merupakan sebuah parti politik pelbagai kaum hanya kerana membuka keahlian kepada pelbagai bangsa.Mereka menyembunyikan realiti bahawa tiada bezanya antara Pas dengan UMNO,MCA atau MIC di mana keahlian Pas hanya kepada mereka yang beragama Islam dan 99 peratus ahli mereka adalah orang Melayu.Sehubungan itu,DAP pula lebih daripada 99 peratus ahlinya terdiri daripada kaum Cina.Sekiranya kita hendak mengambil teori undi popular Datuk Seri Anwar Ibrahim maka DAP adalah sesebuah parti berasaskan kepada kaum Cina.Isu yang paling penting bukan keahlian sesebuah parti politik itu yang membuktikan sesebuah parti pelbagai kaum atau tidak.Sebaliknya,indikator yang menentukan sesebuah parti politik itu pelbagai kaum adalah corak perjuangannya.Perjuangan Barisan Nasional (BN) walaupun UMNO untuk Melayu,MCA untuk Cina dan MIC untuk India tetapi dalam setiap pilihan raya banyak kawasan majoriti Melayu ditandingi oleh MCA dan MIC.Jika mengikut sistem merit UMNO yang sepatutnya bertanding di setiap kawasan majoriti Melayu. Namun sistem perkongsian kuasa dan perpaduan dalam BN begitu unik sehingga ia memberi ruang kepada parti bukan kaum Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu.Berbanding pakatan pembangkang, kawasan majoriti Melayu ditandingi oleh Pas dan kawasan majoriti Cina pula ditandingi oleh DAP. Ia membuktikan keahlian tidak menandakan perjuangan pelbagai kaum pakatan tersebut. Keahlian mereka adalah pelbagai kaum tetapi perjuangan mereka berasaskan rasisme. 

 Sistem keahlian pelbagai kaum,pembangkang juga wujud dalam BN 

Sekiranya benar keahlian sepatutnya menjadi indikator kepada perlambangan pelbagai kaum maka dalam BN,parti seperti Gerakan,PPP dan IPF juga membuka keahlian mereka kepada semua kaum.Dalam isu ini,apakah perbezaan antara Gerakan,PPP dan IPF berbanding dengan DAP dan PKR ??? Oleh itu,kebebasan demokrasi dalam BN jauh lebih luas untuk memberi pilihan kepada rakyat memilih sama ada mereka mahu menyertai parti politik satu bangsa atau pelbagai bangsa dalam BN.Sebaliknya dalam pakatan pembangkang tiada pilihan melainkan hanya dapat memilih parti yang hanya memiliki satu sistem keahlian yang sama.Sistem perpaduan BN dapat disimpulkan dengan tujuh warna pelangi yang berbeza digabungkan menjadi sebuah pelangi (BN) yang Indah berbanding dengan sistem perpaduan pakatan pembangkang yang berlandaskan kepada tujuh warna pelangi yang berbeza kesemuanya diserapkan menjadi satu warna iaitu Blackout. 

Etnik dan kaum minoriti akan ketinggalan dalam sistem pembangkang 

Kita harus menyedari hakikat bahawa kaum Melayu merupakan kaum majoriti dengan menguasai lebih daripada 60 peratus komposisi kaum di negara ini.Kaum Cina pula kedua tertinggi dengan komposisi 26 peratus. Kita perlu ingat sekiranya kita hendak berbicara tentang pelbagai kaum maka kesemua suku kaum etnik di Malaysia juga perlu kita pertahankan.Dalam sistem politik pakatan pembangkang suku etnik minoriti tidak mempunyai suara.Oleh itu,hanya seorang atau orang India yang berjaya menembusi organisasi pusat dan negeri DAP dan PKR serta tiada seorang wakil daripada suku etnik Sabah dan Sarawak yang berjaya mendapat sebarang tempat sama ada di dalam PKR,Pas mahupun DAP.Adakah mungkin disebabkan faktor ini pakatan pembangkang tidak berani menampilkan Kabinet bayangan mereka ??? Oleh itu,hanya menerusi sistem politik dan sistem parti pelbagai kaum dalam BN yang dapat menjamin setiap kaum dan etnik ada wakil dalam kerajaan.Walaupun kali ini lebih daripada 90 peratus masyarakat Cina yang terpengaruh dengan politik jijik,licik dan zalim Anwar,DAP dan Red Bean Army untuk mengundi pembangkang tetapi BN masih memilih dua wakil masyarakat Cina dalam Kabinet.Keadaan ini agak berbeza dengan DAP apabila Selangor menang dengan lebih daripada 50 peratus pengundi India tetapi pada awalnya Teresa Kok meminta kuota kerusi Exco DAP yang 100 peratus perlu diberikan kepada wakil Cina DAP. 

UMNO lebih sudi berkongsi kuasa dengan bukan Melayu 

Statistik dan kajian menunjukkan pengundi Melayu sudah beralih kembali kepada BN apabila Lim Guan Eng cuba membangkitkan isu Kalimah Allah demi mendapat undi dan sokongan Kristian tetapi BN juga akhirnya atas semangat perkongsian kuasa meletakan 14 calon bukan Melayu berbanding dengan pakatan pembangkang.Bagaimana pula dengan pembangkang ??? DAP meletakkan dua calon mereka untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.Sebagai contohnya Parlimen Raub dan Pas pula meletakkan calon Kelab Penyokong PAS mereka untuk menentang calon Cina MCA iaitu Datuk Wee Ka Siong di Johor.Oleh itu, perjuangan pelbagai kaum DAP, Pas dan PKR hanya sandiwara semata-mata. 

Kaum bukan Melayu ditipu (terutamanya Cina) 

Dalam BN semasa pemerintahan Datuk Seri Najib setiap sekolah vernakular mendapat RM100 juta setiap tahun berbanding dengan manifesto pakatan pembangkang yang menjanjikan RM220 juta kepada empat jenis sekolah dan keadaan ini bermakna setiap sekolah hanya akan mendapat RM55 juta setahun.Selepas pakatan pembangkang memerintah di Kedah kuota perumahan bumiputera meningkat daripada 30 peratus kepada 70 peratus.Dahulu bila BN memerintah hanya 30 peratus,mereka kata UMNO membuli orang Cina tetapi kini apabila pakatan pembangkang memerintah dan menetapkan kadar kadar 70 peratus mereka pula beranggapan pembangkang adalah parti pelbagai kaum ??? Tiada juga sebarang geran tanah (land title) diberikan kepada tanah perkuburan Cina,India dan juga kuil Hindu mahupun Tokong Buddha di keempat-empat buah negeri yang pakatan pembangkang menang pada PRU-12 (Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan ) berbanding pula dengan rakyat bukan Melayu boleh memperolehinya daripada kerajaan BN.Oleh sebab itu fakta dan persepsi politik rasisme adalah dua perkara yang amat berbeza sekali. Kita bandingkan sahaja antara manifesto BN dan pembangkang.Dalam manifesto BN ada peruntukan untuk sebuah rumah ibadat tetapi dalam manifesto pembangkang hanya untuk satu agama sahaja.

Masa depan masyarakat Cina gelap angkara DAP

Pada pendapat peribadi saya,DAP bukanlah pejuang Cina seperti yang dipercayai umum. Bagi saya, DAP sebenarnya pengkhianat Cina yang sebenar. Mereka menipu dan memperdaya masyarakat Cina seolah-olah mereka boleh menang. Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar masyarakat Cina memperjudikan masa depan mereka untuk mengundi DAP secara beramai - ramai sehingga pertama kalinya dalam sejarah Malaysia,masyarakat Cina hilang pengaruh dalam kerajaan.Dalam sejarah politik Malaysia masyarakat Cina merupakan suara kedua terbesar dalam kerajaan selepas kaum Melayu.Permainan zalim dan licik Red Bean Army akhirnya menyebabkan pertama kalinya komposisi Cina dalam kerajaan adalah paling kurang sekali dalam sejarah negara selepas wakil daripada Sabah dan Sarawak dan juga kaum India.

Mungkin ada dalam kalangan masyarakat Cina yang menyesal terperangkap dengan politik kotor Anwar,DAP,pembangkang dan Red Bean Army.Lanjutan itu pada perhimpunan 505 yang terbaharu kurang daripada 10 peratus masyarakat Cina menyertainya.Diharapkan 80 peratus Melayu yang menyertai perhimpunan tersebut juga seharusnya membuka mata dan kembali ke pangkal jalan.Pemimpin yang baik dan sayangkan anda tidak akan sesekali menyuruh kalian untuk berani mati di jalanan hanya demi membantu mereka mencapai hasrat politik mereka. Jika pada PRU-12 lebih daripada 80 peratus masyarakat India menghukum BN dan kurang daripada lima tahun kini 60 peratus kembali menyokong BN maka baik orang Melayu,Cina dan pelbagai lagi suku kaum rakyat Malaysia yang lain tidak seharusnya terperangkap dengan propaganda dan persepsi palsu yang dicipta oleh pembangkang.Demi perpaduan dan semangat kepelbagaian kaum yang sebenar,maka BN masih lagi harus menjadi pilihan.Ia berdasarkan kepada fakta dan statistik bagaimana golongan minoriti lain mempunyai wakil dalam BN berbanding pembangkang yang akan melesapkan suara-suara tersebut. 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! JIKA VAPORISER BERBAHAYA !!! ROKOK MACAM MANA PULAK ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Jul 2013 10:00 PM PDT


Terdapat ura-ura untuk mengharamkan penggunaan vaporiser atau e-cig.Kementerian Kesihatan melalui jawatankuasa teknikal sedang mengumpulkan data (klik di sini) dan kemudian akan membuat keputusan samada mengharamkan vaporiser atau tidak.Seperti diketahui ramai,vaporiser tidak dicukai oleh kerajaan dan tentunya penggunaan alat itu tidak mendatangkan keuntungan kepada negara berbanding rokok.Apapun,perhatikan catatan dipaparkan di kotak rokok di bawah.


Amat pelik,rokok mengandungi LEBIH 4,000 bahan DISAHKAN berbahaya kepada kesihatan tetapi tidak pula diharamkan penjualannya.Justeru jika kajian jawatankuasa terbabit mendapati sisha dan vaporiser memudaratkan kesihatan,terlebih dahulu haramkan penjualan rokok di Malaysia secara total.Biar paru-paru setiap perokok tidak terus dicemari dan mereka di sekeliling menjadi secondary smokers selama ini berasa lebih lega.Pada masa sama,tiada puntung rokok bersepah dan baju juga tidak berlubang akibat terbakar.Pihak berkuasa harus memastikan pelbagai jenama rokok diseludup dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia tidak terus dilambakkan di Malaysia. Jika inginkan BUKTI,saya tidak keberatan merakamkan gambar penjual dan rokok terbabit.Saya percaya,ramai pembaca blog ini sudi menghulurkan kerjasama.Gajah berdiri di depan mata,kuman di celah kangkang pula menjadi bicara utama.Apa daaaaaa ...


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #BLACK505 #BLACKOUT505 !!! AGENDA 'MALAYSIA SPRING' DIDEDAHKAN !!!

Posted: 08 Jul 2013 07:00 PM PDT


PENGKHIANAT muncul dalam pelbagai wajah dan punya sejarah yang panjang sejak zaman lampau.Raja Ali Haji dibunuh Belanda juga gara-gara khianat bangsa Melayu sendiri.Sejak zaman kolonial,Inggeris menggunakan kelemahan mengenai kesetiaan orang Melayu sebagai alat mencetuskan suasana tidak stabil dan seterusnya memerangkap Tanah Melayu.Hari ini,pengkhianat muncul tidak lagi dengan wajah baruah Inggeris atau Barat dalam konteks peperangan. Pengkhianat negara bangsa yang merdeka ini,kini muncul dengan wajah kepimpinan politik.Sejak 1998,kita melihat pengkhianatan orang Melayu di jalanan terhadap nilai kemerdekaan tanah air sendiri.Kemudian diperkudakan pula anak-anak muda Melayu untuk berarak dengan sikap dan sifat pengganas,merusuh di jalan-jalan sekitar ibu kota.Sekali lagi,permainan politik ini adalah agenda tangan-tangan asing yang mempunyai agenda dan tentunya menyedari orang Melayu mudah berkhianat,maka diupah dan disogok orang tertentu untuk menguasai negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam temu bual program Bicara TV Hijrah tidak lama dahulu pernah mengulas perkembangan semasa, terutama munculnya Gerakan Black 505 yang berusaha untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melalui agenda jalan raya.Dalam satu soalan,adakah benar akan wujudnya Malaysia Spring atau hanyalah satu propaganda semata-mata,Ahmad Zahid melihat, peristiwa yang dinamakan blackout 505 adalah sempena tarikh 5 Mei 2013 iaitu tarikh pilihan raya umum. "Apabila berlaku cubaan memboikot proses demokrasi negara dengan menganjurkan bantahan ala Arab Spring yang dipanggil (Malaysia Spring), rakan-rakan saya di luar negara terutamanya di negara jiran, mereka tidak nampak ia seakan-akan ke arah itu.Lebih digelar sebagai Anwar Spring kerana Anwar Ibrahim yang merupakan pemain utama dalam "drama politik" ini dengan menyatakan ketidak puasan hati terhadap kewujudan kerajaan yang ada sekarang ini.Tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan memberikan beberapa gambaran yang agak berbeza tentang proses pilihan raya serta punya matlamat tertentu bagi menentang demokrasi sedia ada. Apa yang jelas ia tidak berjaya dan kurang mendapat perhatian," kata beliau.

Kalau ada usaha untuk menyamakan politik di Mesir dengan Malaysia,kata Ahmad Zahid : "Apa yang berlaku dalam landskap politik di Malaysia dan di timur tengah amatlah berbeza. Kita lihat pemimpin-pemimpin di negara berkenaan merupakan pemimpin berada di tampuk kepimpinan dalam tempoh yang begitu lama.Mantan Presiden Mubarak umpamanya,El Ali Zainal Abidin di Tunisia dan beberapa tokoh yang lain. Individu itu memegang tampuk pemerintahan lebih 20 tahun sehinggakan mencapai 30 tahun. Berbeza dengan apa yang berlaku Malaysia,biar pun kita di perintah oleh parti yang sama yang pada mulanya diterajui oleh Perikatan dan kini Barisan Nasional (BN).Kita mempunyai enam Perdana Menteri yang berbeza, wadah kita tetap sama tetapi fikrah dan pendekatannya berbeza dan kita lihat keterbukaannya juga berbeza.Apa yang kita lihat dalam rancangan transformasi politik memperlihatkan pendekatan keterbukaan kerana manhajnya yang berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh yang terdahulu kerana kepimpinan itu berada dalam situasi yang berbeza dan tentulah Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut kesesuaian dengan situasi politik yang ada sekarang.Untuk menyamakan apa yang berlaku di antara kedua-dua situasi ini,amatlah tidak relevan," kata beliau.

Berhubung dengan masalah tangan ghaib di luar negara dalam mencampuri urusan politik negara, Ahmad Zahid menjawab, "Kita harus melihat singkapan sejarah apabila Syeikh Muhammad Abduh dari Mesir mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Malaysia.Dan kita lihat beberapa pengaruh daripada luar apabila Pak Sako juga meminjam semangat nasionalisme dan kebangkitan Islam ketika itu. Ini perkara luar.Tetapi yang tidak digambarkan dalam pengaruh luar ialah kita mengikut telunjuk asing. Kita memasang lilin sebagai tanda protes. Itu bukan budaya kita. Mereka mengadakan demonstrasi jalanan yang tidak bersesuaian dengan budaya kita.Mereka mengadakan pergaduhan antara demonstran dengan pihak polis walaupun pihak polis sering dituduh pihak yang mulakan provokasi.Tetapi saya fikir kalau kita mengikut garis panduan yang telah ditentukan dalam Akta Perhimpunan Aman sebagaimana yang telah mereka lakukan sekarang,tidak akan ada berlaku sebarang masalah.Dan pada saya apa pun kita mesti jadi pemimpin yang rasional sama ada kita di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang.

PENULIS ialah Pengurus Besar Penerbitan TV Al Hijrah.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...