BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !!! NIK ABDUH DAN HASSAN TANTAWI ADALAH BANGKAI PR ???

Posted: 01 Jul 2013 07:30 AM PDT


'Bangkai' dan 'c*ba*',itulah kata-kata makian yang dilemparkan oleh CheguBard dalam laman sosialnya. Kata-kata itu difahamkan ditujukan kepada dua pemimpin PAS iaiatu Hassan Tantawi dan Nik Abduh sejurus selepas mereka muncul di TV3 membuat kenyataan menerima keputusan PRU-13.Ada dua perkara yang boleh diperbahaskan di sini,iaitu pertamanya bukti kesepakatan yang goyah antara parti-parti sekutu PR Dan keduanya,sifat hodoh mereka yang digelar pemimpin dalam PR.Manusia dinilai dari akhlaknya.Antara cerminan akhlak ialah percakapan harian.Sebagai seorang yang bertamadun, apatah lagi yang mengaku sebagai Muslim,kita meletak nilai seorang yang sering mengungkap perkataan-perkataan kotor,lucah dan suka memaki hamun serta mencarutkan orang lain, sebagai manusia tidak berakhlak. Dalam kata lain, 'tak ada kelas' atau hina.Dalam keluarga saya,jika terjumpa orang sebegitu,maka kami akan tertanya-tanya "dari keturunan manakah mereka ini ???" Dan pantas akan mengelak serta melarang anak-anak dari berkawan dengan manusia yang sebegini. 

Melihat dari trend hari ini di mana kata-kata kotor,lucah,mencarut dan memaki hamun sudah merupakan perkara biasa dalam masyarakat,maka tidak salah jika dikatakan bahawa Meloyakini dipenuhi dengan manusia yang 'tak ada kelas'.Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah manusia tak ada kelas ini boleh terlantik atau terpilih menjadi pemimpin.Mungkinkah ini yang dinamakan yang terbaik di kalangan yang terburuk ??? CheguBard bukan satu-satunya pemimpin PR yang dengan santai mencarut dan menghamun orang di laman sosial,tetapi sebelum ini Nizar dan beberapa pemimpin lain PR turut berbuat yang sama.Perkataan 's**t' merupakan antara yang paling digemari mereka – mungkin mengambil 'berkat' tajuk buku carutan Shahnon Ahmad yang dihalalkan oleh Nik Aziz atas alasan Tuhan juga mencarut. (Astaghfirullahaladzim) Ironi sekali apabila makian dan carutan Chegubard ditujukan kepada pemimpin dari parti sekutunya di mana salah seorangnya adalah anak kepada Nik Aziz.Tindakan Chegubard membuktikan bahawa tiadanya perasaan hormat-menghormati di kalangan pemimpin PR sesama sendiri,selain menyerlahkan hakikat bahawa mereka tidak pernah sepakat. Apa yang dapat dilihat ialah tenaga,jentera dan pengaruh PAS diguna ketika perlu,tetapi dicarut habis-habisan sekiranya tidak bersetuju dengan PR,langsung tiada diplomasi,tiada teguran secara professional atau kecaman rasmi. 

Hanya hamburan kata-kata kesat secara terbuka bagaikan Mat Rempit atau Mat Dadah yang mencari gaduh di tepi jalan.Tidak mustahil juga yang PAS atau Nik Abduh dan Hassan Tantawi sendiri tidak terasa apa-apa. Tidak mustahil yang mereka menerima makian dan carutan Chegubard sebagai perkara biasa. Maklumlah, mencarut dan memaki adalah budaya di dalam PR.Ceramah-ceramah mereka juga penuh dengan kata-kata kesat. Malah, Naib Presiden PAS,Mat Sabu sendiri terkenal dengan ceramah yang penuh dengan kata-kata kesat dan lucah. Justeru, apa yang nak dihairankan lagi ??? Dengan sifat pemimpin PR yang begitu buruk,saya hairan kenapa rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam masih terasa sukar memilih antara intan dan permata.Pernahkah anda mendengar Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin mengungkap kata-kata kesat ??? Atau Tun Mahathir ??? Jelas,mereka ini dididik dengan baik,beradab sopan dan berakhlak mulia. Inilah jenis manusia yang boleh dilantik dan dipilih menjadi pemimpin.Pemimpin mesti 'ada kelas' bagi membolehkan mereka membawa rakyat ke arah masyarakat kelas pertama, yang bermaruah lagi disegani dunia. Jika pemimpin sendiri sudah begitu 'low class', maka itulah terjadinya rakyat dilembukan sehingga berkhemah,terlompat-lompat dan berguling-guling di dalam jerebu semata-mata untuk mendapat sedikit upah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #BLACK505 #PDGMERBOK GAGAL !!! AKHIRNYA CINA MENIPU ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 01 Jul 2013 01:30 AM PDT


Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya.Pada ceramah-ceramah,jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.Maka politik angka menjadi amat penting unbtuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan.Begitu juga parti politik mempunyai keahlian mencecah jutaan orang sudah tentu tidak sama keperkasaannya dengan parti yang hanya disokong oleh jumlah anggota yang lebih kecil. Makna besar itu dilihat lebih kuat, lebih popular dan lebih hebat dan jumlah yanbg kecil dalam konteks politik dilihat sebagai pinggiran bukan berada di dalam arus perdana atau 'mainstream'.Anwar Ibrahim mahu dilihat sebagai pemimpin hebat dan berwibawa di kalangan pengikut-pengikutnya.

Setiap kali beliau menghadiri ceramah politik dipastikan kapasiti lokasi mesti mampu menampung sekurang-kurangnya 2,000 para hadirin.Begitulah purata jumlah kehadirin penyokong Anwar setiap kali beliau muncul di khalayak ramai.Jika jumlah itu kurang daripada itu Anwar akan menarik muka dan tempias kemarahannya akan terpalit kepada pegawai-pegawai peribadinya.Seringkali setiausaha politik yang sering mengikuti bontot Anwar pada setiap program yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berpeluh jantan jika didapati jumlah penyokong yang hadir tidak sampai angka yang diharapkan.Setiausaha politik kelam kabut dibuatnya membuat panggilan sana dan sini untuk mengarahkan pimpinan peringkat ranting/cawangan dan cabang/bahagian untuk mengerahkan ahli-ahli mereka pada majlis yang akan dihadiri Anwar. 

Ada kalanya Anwar sahaja meninggalkan majlis apabila jumlah yang hadir amat mengecewakan.Kadangkala beliau akan menghantar pasukan peninjau untuk memantau sesuatu program itu samada ia mendapat sambutan atau tidak.Jika sambutannya hanya beberapa kerat,pasti Anwar akan membatalkan kedatangannya walaupun sudah dua atau tiga minggu kain rentang dipasang di sekeliling tempat ceramah untuk mengkhabarkan kedatangan beliau.Kehadiran Anwar juga membawa rahmat kepada peniaga-peniaga makanan dan minuman serta mereka yang menjual CD ceramah,buku,poster dan bermacam-macam anika aksesori yang berkaitan dengan parti pembangkang.Jika Anwar tidak datang maka hanguslah modal yang dilaburkan untuk membuat makanan dan minuman yang hanya terbuang begitu sahaja kerana kekurangan pelanggan. Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok baru sahaja selesai Sabtu lalu.Pembangkang mensasarkan lebih setengah juta atau 500,000 penyokong akan turun ke jalanan untuk menuntut supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya serta timbalannya meletak jawatan.Ini antara desakan pembangkang yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Barisan Nasional.Jika keputusan itu tidak memberi sebarang implikasi politik kepada Anwa sudah tentu tidak akan ada siri jelajah Black 505 yang bermula seminggu selepas berakhirnya PRU13. 

Malang bagi Anwar kekalahan pembangkang juga bermakna impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hancur berkecai kerana itulah penutup kepada kerjaya politiknya selama ini. Sementara pemimpin-pemimpin pembangkang lain dari Pas dan Dap akut dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi PM,Anwar pula bertindak macam orang gila.Sudah tentu angka kurang daripada 10,000 yang hadir pada penutup atau 'finale' Black 505 di Padang Merbok amat mengecewakan Anwar.Beliau menjangka 'habis busuk' sekurang-kurangnya 100,000 akan turun untuk menyertai beliau menentang untuk menumbangkan kerajaan BN.Akhirnya jumlah penyokong yang sanggup mengharungi cuaca panas dan meredah jerebu yang menyesakkan nafas tidak sampai 10 peratus daripada angka yang disasarkan,malah 5 peratus pun tidak sampai.Hanya datang mewakili hanya antara 2 hingga 3 peratus sahaja sasaran asalnya.

Sebagai pemimpin agung pembangkang jumlah kehadiran tersebut sudah tentu amat menghampakan seolah-olah beliau terkena satu tamparan maha hebat daripada pengikut-pengikutnya.Mungkin selepas perhimpunan itu pemimpin pembangkang akan berhimpun daan bermesyuarat untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Black 505. Alasan mudah untuk menyelamatkan diri para penganjur akan meletakkan kesalahan atas faktor cuaca yang berjerebu.Tetapi dalam keadaan pihak keselamatan memberi kerjasama dan ruang secukupnya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, menjadikan jerebu sebagai punca kegagalan sudah tentu akan ditertawakan rakyat.Hakikatnya penutup kepada kempen jalanan pembangkang untuk membantah keputusan PRU13 juga menandakan berlabuhkany tirai ke atas karier politik Anwar.Anwar gagal segagalnya untuk terus mengheret rakyat bersekongkol dengannya untuk terus menghambat satu impian yang hanya memberi kepentingan kepada diri seorang individu sahaja. Angka menaikkan Anwar dan angka juga akhirnya menamatkan riwayat politiknya.alasan yang paling dangkal yang anwar berikan kenapa kurang sambutan adalah jerebu.apa kena mengena dengan jerebu ??? adakah anwar tidak menerima Qada dan Qadar Allah ??? ini adalah takdir,terima sahaja lah.kalau dah kalah,kalahlah !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! JENICE LEE MENGAKU DAP SAMSENG !!!

Posted: 30 Jun 2013 10:00 PM PDT


Jenice Lee yang lantang mengkritik DAP sekali lagi mengulangi kritikannya di Facebook miliknya.Beliau bertanya,"jika sebuah organisasi tidak mengikut undang-undang ia adalah sebuah kumpulan samseng.Bagaimana sebuah kumpulan samseng boleh memimpin masyarakat? Anda tidak boleh mengharapkan semua orang bersetuju dengan anda.Dan ia adalah salah untuk mengsabotaj usaha orang lain hanya kerana orang itu tidak bersetuju dengan anda. Sila baca perlembagaan untuk memastikan permainan yang adil.Bukahkah itu yang kita perjuangkan sepanjang 40 tahun ini?" Status Jenice mendapat sokongan rakan-rakan Facebooknya yang turut bersetuju bahawa DAP bersikap samseng. 

Krisis antara Jenice Lee yang merupakan bekas ADUN Teratai semakin buruk selepas PRU-13.kelmarin lepas,Jenice yang muncul tanpa di undang di Mesyuarat Agong DAP Pandan telah membawa bersamanya 11 lagi ahli yang telah dipecat dari DAP.Mereka kemudiannya dihalang oleh pihak penganjur dari menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan di sebuah Restoran Makanan Laut.Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 500 orang yang turut berada di situ telah bersorak memberi sokongan kepada Jenice sambil mengejek Pengerusi DAP Selangor,Teresa Kok dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.Turut dikecam oleh orang ramai ialah ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ADUN Teratai yang baru iaitu Tiew Wey Keng.Jenice telah dipecat oleh DAP dalam satu pertikaian yang menyaksikan tuduh menuduh mengenai wang dana yang dikatakan tidak menepati jumlah sepatutnya. 

Jenice menepis tuduhan tersebut serta mencabar DAP membuktikannya.Bagaimanapun,DAP mengambil sikap tidak mempedulikan cabaran Jenice yang mana mengukuhkan persepsi ramai bahawa DAP telah bersikap tidak adil terhadap Jenice.Sebelum ini Jenice merupakan antara yang paling lantang mengkritik DAP termasuk dalam soal sikap tidak professional parti itu yang gemar membuat keputusan berat sebelah atau pilih kasih.Sebagai pemerhati,saya puji semangat Jenice untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan juga keberaniannya mengkritik parti yang menjadi tonggak semangat Cina itu.Namun,segala apa yang dilakukan Jenice tetap menimbulkan tandatanya kerana beliau nampaknya masih berharap untuk terus bersama DAP.Jenice terus mencabar pemecatannya sebagai tidak sah dan bertegas bahawa beliau layak hadir ke mesyuarat DAP.saya tidak faham apakah alasan Jenice untuk memperjuangkan keahliannya dalam parti yang diakuinya diteraju oleh para samseng yang korup lagi tidak adil itu.Kenapakah Jenice masih ingin membantu sekumpulan samseng untuk merebut pemerintahan negara ??? Nampaknya Jenice lebih rela negara diterajui sekumpulan samseng daripada sebuah kerajaan BN yang lebih adil dan bertimbangrasa.Soalnya kenapa ??? Adakah kerana Jenice lebih rela diperintah oleh kumpulan samseng asalkan mereka berbangsa Cina ??? jawapannya di tangan jenice sendiri 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KALAU BUKAN YDP AGONG SIAPA LAGI ANWAR IBRAHIM NAK HORMAT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Jun 2013 07:00 PM PDT


Reaksi Ketua Pembangkang mempertikai titah Yang diPertuan Agong yang menyeru semua pihak agar menerima keputusan PRU-13 bukanlah mengejutkan.Ini kerana pembangkang tidak pernah bersetuju dengan seruan ke arah sesuatu yang baik.Sebolehnya,pembangkang ingin negara sentiasa berada dalam keadaan tegang, huru-hara dan berpecah-belah.Ini bukan pertama kali pembangkang memperlekeh dan mempersoal titah Raja-raja.Lagipun,kita sedia maklum bahawa perjuangan pembangkang itu adalah untuk menghapuskan Institusi Raja-raja.Kalau ada pun yang belum maklum mengenainya,hanyalah orang-orang PAS yang selamanya tidak tahu apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu. 

Bagi seorang Ketua Pembangkang menuduh Yang Dipertuan Agong sebagai hanya membaca teks disediakan Barisan Nasional, secara tidak langsung telah melucutkan hak Anwar untuk menyimpan cita-cita menjadi Perdana Menteri negara ini.Anwar seharusnya tahu bahawa Institusi Agong juga mempunyai pasukan pemantau dan pentadbir sendiri yang bertanggungjawab ke atas urusan Yang diPertuan Agong. Oleh itu, tidak timbul soal teks ucapan disediakan oleh BN kerana teks berkenaan harus mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong.Ertinya,Yang DiPertuan Agong punya hak untuk menolak teks ucapan yang tidak menepati pendapat baginda serta menambah atau menitahkan apa-apa perubahan dilakukan ke atasnya. Jelas, Ketua Pembangkang Malaysia adalah seorang yang biadap dan derhaka terhadap Yang diPertuan Agong dengan menganggap baginda sebagai menurut perintah kerajaan dan tidak berhak atau tidak tahu apa-apa.Nampaknya,Anwar membawa strategi yang sama dengan DAP iaitu cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa Institusi DiRaja itu adalah tidak berguna dan tidak perlu. 

Tanpa Anwar sedari,strategi inilah yang menyebabkan rakyat menolak PR dalam PRU yang lalu.Majoriti rakyat Malaysia menjunjung tinggi Institusi Raja-raja dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghapuskan institusi itu. Ia merupakan tonggak jatidiri rakyat negara ini dan sesiapa yang tidak menghormati institusi ini tidak layak mengaku diri sebagai warganegara Malaysia.Memandangkan Anwar tidak menghormati Yang DiPertuan Agong,maka secara dasarnya beliau tidak layak mengaku sebagai rakyat Malaysia apatah lagi menjadi pemimpin negara ini.Yang DiPertuan Agong merupakan institusi yang tertinggi,jika tidak menghormati institusi itu,siapa lagi yang Anwar hormati ??? Anwar sanggup menyembah Amerika dan Yahudi tetapi tidak mengiktiraf Ketua Negara sendiri ???  Entah bila pembangkang akan memahami bahawa mereka wajib terlebih dahulu mengukuhkan jati diri sebagai warganegara sebelum menyimpan cita-cita untuk memerintah Malaysia.Mungkin kita perlu sarankan agar ahli-ahli parlimen pembangkang melalui kursus Bina Negara bagi mengukuhkan dulu semangat nasionalisme sebelum layak digelar wakil atau pemimpin kepada rakyat Malaysia.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...