tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] PR latih penceramah hina orang Hindu? @ZulkifliNoordin #tolakPR #PRU13

Posted: 18 Apr 2013 05:31 PM PDT


Fakta menarik

1. Penceramah dilatih untuk main politik benci, fitnah, jumud, sentimen cauvinis, perkauman dan keagamaan

2. Penceramah yang kuat menipu dan bantai orang lain akan disanjung sebagai crowd puller dan share percentage dari Tabung Jihad

3. Video lama diputar semula tapi diedit dan dimanipulasi untuk fitnah Perkasa

4. Rakaman dibuat semasa program ceramah Pas 

5. Waktu itu Zulkifli merupakan ahli dan AJK Pas

6. Selepas sedar fahaman politik melampau pembangkang ini salah, sebaik keluar daripada PR, Zulkifli buat ucapan di Dewan Rakyat akui kesilapan dan memohon maaf

7. PR serang Zulkifli tapi cuba sembunyikan tindakan kerajaan PR Selangor merobohkan kuil dalam negeri Selangor

8. Zulkifli mohon maaf sekali lagi kerana tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan berharap penganut agama Hindu boleh maafkan beliau dan move forward di bawah Gagasan 1Malaysia 

9. Mengajak semua penganut agama Hindu dan rakyat Malaysia untuk menolak amalan politik cauvinis, rasis, ektremis dan jumud; serta jangan terpedaya dengan politik kotor mereka dan menolak mereka dalam PRU13


#ManifestoBN Selangor vs #ManifestoBukanJanji PR #tolakPR #undiBN #ubahSelangor #PRU13

Posted: 18 Apr 2013 11:00 AM PDT









 







LIHAT JANJI-JANJI PR YANG TAK DITEPATI





Ambiga membisu tentang pemilihan tidak #bersih DAP #tolakPR #PRU13

Posted: 18 Apr 2013 08:00 AM PDT



Pemilihan tidak bersih DAP - benarkah pemilihan Bar Council juga menggunakan helah sebegini? Kenapa Ambiga senyap? 

baca kisah seterusnya di blog di bawah

Husam Pantalon gagal tunai janji di Kelantan? #tolakHusam #undiBN #PRU13

Posted: 18 Apr 2013 06:00 AM PDT

@AnwarIbrahim tak berani sahut dialog dengan Dr Mazlan ajuran Dr Asri @realMAZA ? #PRU13

Posted: 18 Apr 2013 03:06 AM PDT




Dr Maza Cadang Debat Anwar vs Dr Mazlan

Ketika ini, debat adalah merupakan modal baru ceramah Anwar Ibrahim untuk siri jelajah kempennya yang digunakan bagi memancing undi rakyat. Motifnya untuk mengambarkan kononnya pimpinan Barisan Nasional (BN) takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu.

Namun rakyat bukan bodoh, kerana mereka sudah mampu menilai sendiri kredibiliti kerajaan BN melalui segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan dan bukan melalui perdebatan di antara pemimpin.

Apa yang paling penting ketika ini ialah, memastikan rakyat terus faham dan menerima segala pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi

Tapi sebelum bicara soal debat dengan lebih jauh, ada baiknya Anwar selaku pemimpin 'Anugerah Tuhan' yang banyak terpalit dengan segala macam isu moral menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya yang juga merupakan rakannya bermain tenis.

Yang di maksudkan adalah Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan yang sebelum ini secara terbuka telah mencabar Anwar untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Umum PKR itu.

Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan telah ditarik kembali.

"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.

"Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya sebelum ini.

Terbaru, mantan mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah mempelawa Anwar untuk berdebat secara terbuka dengan pencabarnya di kerusi Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Menurut tweet Dr Asri cabaran debat tersebut bagi membicarakan mengenai isu di kawasan yang dikatakan kubu kuat Anwar itu. Namun malangnya sehingga kini masih tiada jawapan yang diberikan oleh Anwar walaupun menurut Dr Maza wakil BN, Dr Mazlan telahpun menyatakan kesudiannya untuk berdebat.

Persoalannya beranikah Anwar menyahut cabaran tersebut atau seperti kebiasaannya memberikan seribu satu alasan sebagi helah melepaskan diri.

beruang biru

Sudah di pasaran - Buku `Tinggal Anwar dapat pahala, sokong Anwar dapat dosa' #tolakPR #undiBN #PRU13

Posted: 18 Apr 2013 12:00 AM PDT



Koleksi mantap kenapa anda dan rakyat Malaysia sepatutnya sudah lama tinggalkan Anwar




ARENA politik negara sememangnya berubah sejak September 1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Sejak detik itu, negara tidak pernah aman, demonstrasi jalanan diadakan hampir setiap minggu atas alasan memperjuangkan nasib Anwar yang kononnya teraniaya.

Anwar mempunyai ramai orang kanan yang dianggap hebat dan berpengaruh, mereka ini boleh disifatkan sanggup mati demi beliau.

Bagaimana kebenaran tetap kebenaran, ia tidak boleh ditutupi dengan kepalsuan apatah lagi kebatilan, wajah sebenar Anwar semakin terdedah sama ada dari segi perjuangan politik mahupun peribadi.

Berikutan itu, dari semasa ke semasa semakin ramai orang-orang kanan beliau meninggalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana kepentingan politik, jauh sekali kerana kepentingan peribadi, sebaliknya atas dasar kebenaran dan tidak mahu bersekongkol dengan seorang individu yang mereka sifatkan mempunyai masalah dalam segala segi.

Buku Mengapa Kami Tinggalkan Anwar – Pengakuan Bekas Sahabat & Pemimpin PKR boleh dianggap bahan terbaik kepada orang ramai untuk mengetahui kisah di sebalik kenapa Anwar ditinggalkan.

Buku setebal 110 muka surat ini, memaparkan satu demi satu pendedahan dan pengakuan bekas-bekas orang yang pernah rapat dengan Anwar.

Antara bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin, Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr.Chandra Muzaffar, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd.Noor dan ramai lagi.

Membaca satu persatu pendedahan mereka, pembaca akan dapat menilai dengan fikiran yang waras kenapa Anwar sememangnya patut ditinggalkan.

Contohnya, Dr.Chandra berkata, beliau meninggalkan perjuangan bersama PKR, bukan sahaja kerana masalah moral atau peribadi tetapi juga kerana hubungan Anwar dengan pihak luar yang cukup meresahkan beliau.

Ruslan Kassim pula yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR membuat keputusan untuk 'angkat kaki' selepas melihat parti itu semakin hilang arah.

Ezam pula selain mendedahkan kewujudan surat yang tulis oleh Anwar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada September 1998, turut menjelaskan kepada beliau terpaksa meninggalkan Anwar.

Jelas Ezam, beliau meninggalkan Anwar dan PKR pada Ogos 2010 bukan kerana mengejar pangkat dan wang ringgit, tetapi kerana mempertahankan prinsip Islam dan sebab masalah moral yang dihidapi Anwar.

Hakikatnya, banyak lagi pendedahan menarik dalam buku tersebut tentang Anwar yang patut diketahui oleh orang ramai.

Oleh itu, ketika rakyat Malaysia berada di ambang untuk keputusan penting bagi masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, adalah wajar jika buku dibaca bagi membolehkan mereka mengetahui siapakah Anwar sebenar.

Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat penilaian adalah wajar seorang pemimpin seperti Anwar yang diragui peribadinya oleh bekas orang-orang kanan dan rapat dengan beliau dipilih menerajui negara ini.

Mungkin akan ada pihak menganggap ini satu lagi gerakan untuk memfitnah Anwar, tetapi kebenaran bukanlah satu fakta yang boleh direka, sebaliknya kepalsuan yang tidak mampu bertahan lama, inilah yang memungkinkan buku ini terhasil.

@KhairyKJ - 36% atau 116 calon daripada segmen orang muda dan Pemuda BN #BNbaru #undiBN @NajibRazak

Posted: 17 Apr 2013 10:05 PM PDT


"Pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan" - KJ



KENYATAAN SAUDARA KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BARISAN NASIONAL

Sebagai wadah politik dan entiti yang sentiasa memperjuangkan kepentingan suara dan perwakilan orang muda, Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13. 
Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.
Bagi Pemuda BN, langkah ini sangat bertepatan memandangkan bukan sahaja lanskap politik negara telah berubah bahkan demografinya juga berbeza. Di Malaysia, orang muda mewakili lebih 40 peratus dari jumlah penduduk dan hampir 42 peratus dari 13.3 juta pengundi masa kini. 
Lantaran itu, pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya. 

Dalam pada itu, Pemuda BN juga ingin mengajak kesemua pihak di dalam BN untuk mengukuhkan kekuatan dan berpadu tenaga bekerja keras bagi memenangkan setiap calon yang dinamakan tanpa ada keluh kesah mahupun kecewa. 

Pemuda BN menyeru rakyat untuk terus bersama BN bagi membina masa depan yang cemerlang berasaskan prestasi ampuh yang teruji dan perancangan jangkauan jauh yang memenuhi harapan rakyat serta cabaran masa hadapan.

Tarikh:             18 April 2013 / 7 Jamadilakhir 1434


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...