KUALA LUMPUR 17 April - Akhbar dalam talian, Utusan Online memaklumkan berlaku penyebaran cetakan skrin palsu memaparkan muka depan laman webnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hari ini.Penyebaran cetakan skrin Utusan Online palsu itu memaparkan logo sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) pada siaran berita mengenai kejadian letupan tong gas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Cetakan skrin palsu itu dikesan tersebar sejak pagi ini menerusi laman-laman sosial dan pelbagai aplikasi lain termasuk WhatsApp.
Pihak Utusan Online menafikan sekeras-kerasnya penerbitan berita sedemikian dan percaya ia didalangi pihak-pihak tertentu yang cuba menjatuhkan reputasi laman berita milik Utusan Melayu (M) Berhad menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment