PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
| KE MANA HALA TUJU PENGERUSI DAP PAHANG??? Kih Kih Kih!! Posted: 17 Apr 2013 12:14 AM PDT Kih Kih Kih!! Itu persoalan yang timbul tatkala penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Ke mana hala tuju Pengerusi DAP Pahang ini? Sedangkan yang calon lain semua dah ambil tempat, tinggal dia sahaja yang belum membuat keputusan mengenai kerusi mana dia nak bertanding. Bagi sesiapa yang tidak kenal dengan dia, mari kita perkenalkan sikit. Namanya Leong Nga Nga, Pengerusi DAP Pahang atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah. Sejak sekian lama, Pak Ngah menjadi pembangkang dalam Kerajaan Negeri Pahang apabila mula bertanding di kerusi DUN Triang. Sejak itu, Triang menjadi kubu kuat DAP. Sebelum ini, terdengar desas desus dari kem DAP mengatakan bahawa Pak Ngah mahu bersara dari Politik dan tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang. Namun, desas desus itu tidak dapat dipastikan lagi kerana nama Pak Ngah masih lagi disebut - sebut sebagai calon dalam Pilihan Raya kali ini. Walaubagaimana pun, Pak Ngah dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Triang dan akan memberikan laluan kepada Pembantu Peribadinya bertanding disitu. Khabar angin yang diterima sebelum ini menyebut bahawa Pak Ngah mahu bertanding di kerusi Parlimen Bentong untuk berhadapan dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Nama Pak Ngah disebut - sebut di Bentong ekoran isu panas yang dicetuskan oleh YAB Menteri Besar Pahang yang disifatkan oleh DAP sebagai satu cabaran. Tetapi, khabar angin itu kemudiannya pudar apabila DAP Pusat mengumumkan nama Pengerusi Himpunan 'Kahak' Hijau, Wong Tack untuk bertanding dikawasan tersebut. Kemudian, nama Pak Ngah disebut pula akan bertanding di kerusi DUN Ketari yang juga merupakan kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Bentong. Dan ianya hampir menjadi kenyataan apabila beberapa pimpinan DAP menyifatkan bahawa mereka akan turun dengan semua jentera bagi merampas kawasan Bentong. Namun, berita yang diterima semalam mendakwa bahawa Pak Ngah telah mengubah hasratnya untuk bertanding di Ketari dan akan berpindah pula ke Tanah Rata. Persoalannya, kenapa sampai hari ini Pak Ngah masih tidak mampu membuat sebarang keputusan berkaitan dengan dirinya sendiri? Di mana dia akan bertanding? Kenapa pula disaat - saat akhir menjelang hari penamaan calon, Pak Ngah boleh tiba - tiba berubah fikiran dan tidak mahu bertanding di kawasan Bentong? Ada yang mengatakan bahawa Pak Ngah berubah hati setelah mendapat khabar bahawa kerusi DUN Ketari akan ditandingi oleh calon MCA. Adakah Pak Ngah takut dengan MCA? Tidak kurang juga ada pihak yang menyebut, perubahan itu disebabkan Menteri Besar Pahang sendiri. Bagi mereka yang tak tahu, Pak Ngah memang baik dengan MB. Mungkin Pak Ngah takut nak bertanding di Bentong sebab segan nak bersalaman dengan MB Pahang yang juga merupakan ADUN kawasan Pelangai pada hari penamaan calon nanti? Apa pun, kita tunggu pengumuman penuh calon Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang yang dijadual akan diadakan lewat malam ini. Kita tengok, berani atau tidak Pak Ngah nak bertanding di Bentong. Jangan dia berkubur terus sudah la!!! |
| ALAMAK LAGI PENYELEWENGAN KERAJAAN SELANGOR PAKATAN DIDEDAH KAN!! RAKYAT SELANGOR SILA BACA!! Posted: 16 Apr 2013 01:56 AM PDT Kih Kih Kih!! Siapa Cakap Tak Pandai urus Negeri!! Kih Kih Kih!! Tiada Penyelewengan!! Sprm Masuk!! Kih Kih Kih!! Selain daripada menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13. Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding Kedah dan Kelantan. Di Selangor selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat. Untuk menghalalkan kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk apa. Tahun 2012 sebuah syarikat, Rozz Niaga Enterprise telah menghantar satu kertas kerja projek yang bertajuk REMAJA UNGGUL NEGERI SELANGOR. Motif projek berkenaan adalah melatih remaja-remaja negeri Selangor mengenali potensi diri dan memantapkan mereka agar dapat bersaing dalam arus cabaran masa kini. Selain daripada itu program berkenaan dirangka khusus untuk melengkapkan dan menggerakkan penyertaan remaja untuk menilai kemampuan diri serta menetapkan hala tuju masing-masing bagi melahirkan insan yang berkualiti. Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan, projek ini didapati cuba menerapkan idealogi pembangkang kepada pelajar sekolah. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar tingkatan 3-5 seluruh Selangor dengan kapasiti 80 pelajar bagi setiap siri. Projek berkenaan dijalankan secara usahasama antara syarikat berkenaan dengan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor. Projek berkenaan diadakan di setiap Dun di negeri Selangor yang berjumlah 56 Dun. Setiap Dun diberi peruntukkan RM 60,400.00 untuk program berkenaan. Untuk 56 Dun jumlah projek ini bernilai RM 3'382'400.00. Projek berkenaan sepatutnya bermula pada Mei 2012. Malangnya walaupun telah hampir setahun berlalu sehingga kini projek berkenaan belum berjalan, tetapi wang peruntukkannya telah dikeluarkan. Mengikut maklumat yang kami terima wang berkenaan telah disalurkan kepada pihak-pihak tertentu untuk dana pilihan raya mereka. Inilah kaedah mencairkan wang yang dilakukan Khalid Ibrahim untuk menghalalkan wang tersebut melalui projek yang hanya on paper sahaja tetapi tidak dilaksanakan. Itulah sebabnya Geran Selangorku dikawal sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar tanpa membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Supaya senang untuk mereka melakukan kerja-kerja menyebat. |
| You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:
Post a Comment