Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Bertuahnya Rakyat Sanglang Calon Macam Ustaz Fathul Bari.. #TahanPerlis

Posted: 25 Apr 2013 08:17 AM PDT


Serius Mc cakap, bertuahnya badan rakyat Sanglang dapat calon YB macam Ustaz Fathul Bari ni. Ternyata beliau cukup bagus dan sempurna untuk dijadikan wakil rakyat malah jika diizinkan Allah, beliau layak dijadikan exco Kerajaan Negeri Perlis.

Rugi la kalau rakyat Sanglang tolak Ustaz Fathul Bari ni. Seorang ilmuan muda hebat, dan disegani. Mc percaya beliau mampu membawa perubahan Sanglang kearah lebih baik.

Jom kita tengok video Ustaz Fathul Bari berkempen politik..


McTheory:
He he he.. tak macam ceramah politik pun..

PANASS!! Cerita Calon Pas Memalukan Diri Sendiri!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 25 Apr 2013 05:37 AM PDT

Atas ni cuma hiasan semata-mata..

Ada cerita yang agak memalukan mengenai seorang calon ahli parlimen Pas. Mc agaklah, muka ahli parlimen tu tebal macam jalan tar kot.

Nak tau cerita, baca kat bawah ni,

ICU sebuah agensi khas di bawah Jabatan Perdana Menteri mengadakan satu program "Lawan Suara Burung".. bukan program "lawan burung" tau.. program "lawan burung" tu selalunya Anwar yang jadi juara...heh!

Program tu diadakan di Padang Terap dan dianjurkan bersama sebuah lagi agensi kerajaan, KEDA. Nak tahu apa jadi?

Di akhir program, maka tiba la masa untuk majlis penyampaian hadiah untuk pemenang. Jeng! Jeng! Jeng! Heh!

Patutnya, hadiah-hadiah di program tu disampaikan oleh Pengarah ICU, Datuk Azmi Lateh. Tapi tiba-tiba dengan muka tak tau malu, calon PAS ni datang merayu-rayu macam budak kecik nak susu meminta supaya dia diberi peluang untuk sampaikan hadiah..!

Pergghhhh..!!! Memang muka tembok betul laaa..!!! Dah la program tu dianjurkan Kerajaan BN, tapi dia ada hati nak tumpang glemer! Kononnya dia la VIP program dan tokoh paling penting untuk sampaikan hadiah! Puiiii..!!! Orang macam ni pun ada ka dalam PAS...???

Kesian punya pasal, ICU pun kasi la kebenaran kat calon PAS tu untuk beri hadiah. Tapi hina sungguh la...dia hanya diberi peluang bagi hadiah pemenang yang belakang-belakang saja. Pemenang-pemenang hadiah utama disampaikan oleh Datuk Azmi sendiri...heh!

Siap suruh macai PAS upload kat Facebook..! Heh! Muka tak tau malu betoiii..!!!

Teruk betul la perangai calon PAS ni. Orang macam ni pun PAS letak jadi calon ke? Takde muka lain yang lebih ada maruah ke? Kutuk BN, tapi merayu pulak kat BN.. poyo betul!

Paling tak boleh tahan, calon PAS tu suruh pulak macai dia ambik gambar dan upload kat Facebook! Kononnya dia anjurkan program bersama rakyat dan dapat sokongan padu la tuuu...heh! Pembohong besarrrr..!!!


McTheory:
Muka tak malu betui... he he..

GEMPAR!! Peguam Wan Azizah 'Cabut Lari' Kendali Kes Saman #Felda #FGV Terhadap PKR...#TolakFitnah

Posted: 25 Apr 2013 04:50 AM PDT


Baru-baru ini peguam Kak Wan si Presiden PKR telah menarik diri daripada terus mengendali kes saman Felda terhadap PKR yang telah secara jelas memfitnah FELDA akan Bankrap!...

FELDA diwakili peguam Datuk Fairuz Hussein Jamaluddin manakala Wan Azizah diwakili peguam Mohd Afiq Mohd Noor telah menarik diri tanpa sebab...masakan mungkin tiada sebab tapi bertindak menarik diri...

Mudahnya alasan nak lepaskan diri...tarik diri tanpa sebab...yelah..kita ni tidur tanpa sebab...makan dan minum semua tanpa sebabkan...hehe


Dalam kes saman ini,FELDA telah memfailkan saman RM 200 juta mendakwa artikel pertama bertajuk 'Felda Bangkrap' dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Inilah padahnya asik dengan fitnah...Dalam kes ini juga, selain Kak Wan, turut dinamakan FELDA sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.

Berat benar kes ini...sampai peguam pun tarik diri..dahulu pun kalau korang masih ingat, Surendren pernah berkata bahawa Felda tak boleh saman pembangkang kerana melanggar hak asasi...



Di bawah ini petikan ayat Surendren :


"Jika perkara itu dibenarkan (Felda Saman Pihak lain), maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat,"

Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang".

Betapa sialnya si surendran ni...Felda juga mempunyai hak untuk dijaga..kalau ikut kepala si bengong ni..pembangkang bolehlah sesuka hati tabur fitnah untuk memburuk-burukkan Felda...kata ingin menegakkan keadilan..tapi time depa balun FELDA bukan main seronok lagi..bila FELDA nak saman depa kata tak boleh saman..

McTheory:
sory tadi ada masalah teknikal sikit.. harap maaf..

TUDIAA!! Haron Din dan Karpal Singh Bergaduh Lagi!! #TolakPR

Posted: 24 Apr 2013 11:16 PM PDT


PILIHAN RAYA Umum ke-13 akan berlangsung beberapa hari lagi, tetapi nampaknya hubungan 'dua sahabat' iaitu Pas dan DAP mula menampakkan keretakan yang cukup serius.

Semalam Pas bertegas untuk melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang berjaya pada PRU-13 walaupun DAP menentangnya.

" Ada yang mengatakan pemimpin pakatan pembangkang terutama DAP tidak mahu melaksanakannya. Namun, itu sudah beberapa tahun berlalu dan ia bukan lagi ketetapan terbaru pakatan pembangkang, " kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Haron yang juga calon Pas bagi kerusi Parlimen Arau, yakin perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang membuktikan DAP semakin bersetuju dengan dasar yang dikemukakan Pas berhubung isu hudud.

" Lihat apa yang berlaku ketika DAP mahu menggunakan logo Pas dalam PRU-13 selepas mereka mempunyai masalah tentang penggunaan logo mereka. Kita tiada masalah dan boleh bersetuju dengan itu.

" Jika mereka (DAP) sanggup menggunakan logo Pas untuk calon mereka, sudah pasti mereka akan menyokong dasar kita termasuk dalam soal hudud. Soal bila dan bagaimana hudud akan dilaksanakan, itu bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan kemudian.

" Kadang-kadang ada masa kita mengalah dan ada juga masa kita memberi. Dalam hal ini mereka patut menerima perkara yang termaktub sebagai dasar Pas. Sebagai contoh, DAP perlu menghormati keputusan Pas mengenai isu kalimah Allah apabila dasar serta ketetapan yang dibuat Pas bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke bahasa lain, katanya.

Namun seperti yang diduga, DAP membidas kenyataan tersebut!

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada PRU-13 tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas di negara ini.

Kebenaran yang diberikan oleh Pas itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.

Karpal sekali lagi menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988.

"Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk," ujarnya.

Menurut Karpal lagi, walaupun Pas telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.

Malah Karpal turut mengingatkan Pas yang Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara Islam.

"Jika sekali pun Pas mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya," ujarnya lagi.

Kesimpulannya, apa yang digambarkan oleh para pemimpin Pas dan DAP selama ini di depan rakyat dan para penyokongnya adalah sandiwara semata-mata.

Mereka berpeluk, berpegang tangan bersama sampai ke peringkat menyambut hari jadi dan memotong kek bersama, namun semua itu adalah DRAMA paling hebat yang dilakonkan mereka.

Malangnya ramai penyokong kedua-dua parti tertipu dengan apa yang berlaku.

Mereka ingat apa yang berlaku BENAR-BENAR TERJADI, hakikatnya ia semua penipuan tahap dewa demi untuk meraih undi.

Sebab itu kita nak muntah apabila tengok orang Cina kibar bendera Pas, kita rasa meluat bila tengok orang Pas kibar bendera DAP.

Kita nak muntah dan kita rasa meluat kerana kita tahu apa yang berlaku itu adalah sebuah cerita dongeng moden.

Kita cukup kesian kerana para penyokong tegar kedua-dua parti tidak dapat membezakan antara intan dan permata.

Sokongan mereka membuta tuli tanpa mengkaji senario sebenar yang tercetus di antara kedua-dua parti tersebut.

Akhirnya bagaikan luncai, kedua-dua puak terpaksa terjun dengan labu-labunya.

Kesian, cukup kesian!

-MynewsHub

PANASS!! Cerita Menarik Mengenai Pengakuan Dr Juanda Tentang Politik!! #TolakPR

Posted: 24 Apr 2013 08:35 PM PDT


Maaf la..tak berniat nak sakitkan hati penyokong-penyokong Pakatan Haram. Cuma nak penyokong-penyokong Pakatan Haram tahu bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang di katakan akan jadi calon sebelum ini.. sebenarnya merupakan pengundi BN sejak dulu lagi dan sekarang ini tetap akan mengundi BN..

Kalau tak percaya cuba penyokong-penyokong Pakatan Haram lihat dan dengar dengan teliti video di bawah ini...


Penyokong-penyokong Pakatan Haram harus sedar bahawa sekarang ni kebanyakkan Ulama-Ulama dan Tok Guru begitu yakin, BN merupakan parti yang sebenarnya memperjuangkan Islam.. Bukannya PAS yang kini lebih di lihat sebagai alat kegunaan DAP untuk memecah belahkan Umat Islam Malaysia.

Ulamak yang sokong Pas kebanyakan terpaksa dan gila kuasa saja!!

McTheory:
Orang mulia macam Juanda mana layak masuk PKR!!

TUDIAA!! Karpal Singh Jatuh Di Sebabkan Sabotaj Dalam Dap? #SavePenang

Posted: 24 Apr 2013 05:36 PM PDT



Lihatlah betapa teruknya parti DAP ni. Karpal Singh sendiri teraniaya angkara jentera bodoh DAP apabila tersembam jatuh semasa ceramah DAP di Taman Jajar, Jalan Medan York, Pulau Pinang.


Dengan pentas yang agak tidak mesra OKU, Karpal Singh terpaksa diangkat dengan kerusi beroda beliau ke atas pentas. Walaupun dengan mengunakan tenaga 4 orang yang cuba mengangkat beliau keatas pentas secara manual, Karpal tersembam jatuh.

Tidak pasti sama ada wujud unsur khianat atau sabotaj untuk mencederakan Karpal Singh oleh jentera DAP tetapi yang jelas, DAP tidak mesra OKU dan seolah-olah sengaja mencipta skrip Karpal Singh supaya tersembam tergolek di atas pentas.

Apa tidaknya. Jika kita lihat rakaman video eksklusif di bawah, tiada orang yang menyambut kerusi beroda Karpal Singh di atas pentas, satu perbuatan yang tidak cerdik jentera parti DAP. Adakah perbuatan ini disengajakan?


Lebih malang lagi ialah sambutan ceramah DAP itu tidak menggalakkan dengan kehadiran hayan 200 orang dan kebanyakan daripada mereka adalah orang luar kawasan tersebut.

Walaupun ahli-ahli politik DAP yang hadir selain daripada Karpal Singh, Jagdeep Singh, Lim Siew Khim, Jeff Ooi , Rayers dan Dr Ariffin Omar Ajk DAP hadir tetapi kehadiran mereka masih tidak mampu untuk tarik hadirin.

Mc difahamkan oleh sumber dalaman DAP, bahawa Karpal Singh tidak mengalami kecederaan tetapi jentera DAP ditegur keras kerana bertindak bodoh dan memalukan Pengerusi DAP itu.

Tetapi, janganlah pula Lim Guan Eng DAP dan kepimpinan DAP yang lain menunding jari menyalahkan BN dan UMNO ke atas insiden yang memalukan Karpal Singh kerana mereka memang terkenal menyalahkan parti lawan ke atas apa sahaja walaupun isu itu sebenarnya salah mereka sendiri!

McTheory:
Tak sangka jentera Dap ni bodoh-bodoh belaka!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...