Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Nak Undi Pas? Wajib Tengok Video Ni Dulu!! #TolakPAS #PRU13

Posted: 19 Apr 2013 08:17 AM PDT



Bengong sungguh puak Pas. Bengong takdak dah. Macam ni pejuang Islam? Perosak Islam adalah!!


McTheory:
Bukan takbir, tapi takebeer!!

PANASS!! Hura-Hara Politik Kedah! Pilih Syiah, atau Islam? #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 19 Apr 2013 05:37 AM PDT

Tudiaa.. dahsyat..

Kisah selepas percalonan ni amatlah berlainan dari sebelum calon di putuskan. Biasala, ada yang suka dan ada yang duka. Di pihak BN, ada beberapa tempat yang Mc tak nafikan, membantah calon! Tapi bagi orang yang dah biasa dengan politik, ini perkara biasa. Alah bisa tegal biasa.

Kalau ikut gelombang protes calon BN, 2008 paling teruk dan paling dahsyat! Tahun ni cuma ada beberapa tempat, tu pun berapa kerat saja yang dok protes, berdemo sana, berdemo sini. Tengok yang dok demo tu, budak kanyaq lagi, undi pun tak boleh!

Disebabkan itu, bagi Mc, masalah protes kali ini, akan selesai dan dibawa angin lalu dalam masa beberapa hari saja. Biarkan mereka berduka, kita teruskan bekerja untuk parti. Tapi, kalau hangpa kacau kami buat kerja, nescaya Mc tak teragak untuk genggam penumbuk ni, hadiah ke muka. he he..

Jika BN ada yang berduka, Pas pun sama. Malah jauh lebih teruk. Pas ni dia jarang bising kot luaq, dia makan dalam. Untuk pengetahuan pembaca, calon Pas di Kedah menimbulkan pelbagai kontroversi. Ada Adun malas yang dipilih balik, ada ahli parlimen 'biskut' yang tetap dapat calon. Biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. he he..

Malah ada ahli parlimen luar yang di import, macam Mat Sabu dan Saifudin Nasution. Dua ekoq ahli parlimen lompat, sat Kedah, sat Kelantan. Pas Kelantan dah umum takkan menerima orang luar bertanding di Kelantan, sebab itu, ini dua ekor lari ke Kedah.

Pas Kedah pula terima, seolah-olah menerima sampah daripada luar. Apa Kedah ni tempat pembuangan sampah ka?

Malah calon Pakatan di Kedah ni, banyak diganggu oleh tangan-tangan hitam di Pusat. Berbeza dengan senarai asal yang Ustaz Azizan hantar mula-mula dulu. Malah di Pendang, Mat Sabu bawa masuk orangnya si Fadhil Bin Baharum. Syiah totok tuuu..

Kiranya, calon Pas di Kedah telah disusun oleh seseorang untuk memastikan kuasanya ketika jadi MB dan syiah akan berkembang.

Bukan Ustaz Azizan, Azizan bukan Syiah!

Ustaz Azizan takkan jadi MB kalau Pas menang Kedah. Malah jawatan itu akan diberikan kepada Phahrolrazi, bila Phahrolrazi naik, exco-exconya sudah tentu, Nasir Mustafa, Amiruddin, Fadil Baharom dan beberapa orang lagi syiah dalam Pas Kedah.

Malah Mat Sabu akan jadi 'tekong' di pusat, dan Phahrolrazi jadi boneka di Kedah.

Sebab tu kita kena betul-betul tolak Pas di Kedah ni. Sebabnya jika puak Syiah ni memerintah, habis la kita yang ahlul sunnah wal jamaah ni. Silap-silap, kita dipulaukan dan diwujudkan pulak masjid syiah.

Syiah ni musuh Islam, mereka bukan lagi dianggap Islam sebab mereka memusuhi golongan sunni. Mereka menghalalkan darah umat Islam yang lain, yang tidak menyokong syiah. Maknanya mereka menghalalkan darah kita!

Sekarang memanglah mereka diam dan tak buat apa-apa sebab, kumpulan mereka masih kecil, bila dah ramai nanti, barulah kita tengok perangai puak syiah ni yang sebenar.

Fathul Bari ada terangkan sikit pasal syiah, sama-samalah kita tengok video kat bawah ni,




Satu pesanan Mc, janganlah kita menyesal kemudian.

Kita harus Pilih BN kerana BN bukan Syiah, BN membenarkan kita beribadat kepada Allah, BN tidak menjual kalimah Allah, BN membina masjid untuk kita bersembahyang, BN buat negara kita menjadi negara Islam yang terkuat dan tercanggih kelengkapan perangnya.

Lagi satu pilih BN nescaya anak dan cucu kita selamat, kerana terbukti selama lebih 50 tahun, negara kita maju dan merdeka, kita hidup aman damai.

McTheory:
Jangan terfikir nak undi Pakatan, kerana ia merosakan!

PANASS!! Kisah Zul Noordin Hina Masyarakat India? #BNbaru #PRU13

Posted: 19 Apr 2013 02:17 AM PDT



Heboh isu Zul Nordin yang menghina masyarakat India diperkatakan selepas nama beliau diumumkan sebagai calon menentang Khalid Samad bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Bermula dengan sidang media sebuah NGO yang mendakwa mewakili majoriti masyarakat India.

Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC dilaporkan mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Saya cuba melihat apakah besar kesalahan yang dilakukan oleh Zul Nordin kepada masyarakat India?

Lalu terjumpa dengan video ceramahnya yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli parti ekstrem agama iaitu PAS. Umum sedia maklum bahawa PAS merupakan sebuah parti yang ekstrem agama akibat terpengaruh dengan amanat Hadi.


Petikan ucapan Zul Nordin :



Benar ia merupakan penghinaan kepada penganut agama Hindu, malah saya sendiri mengutuk sebarang perbuatan mengutuk dan mengeji kenyataan Zulkifli Nordin dalam video di atas.

Namun perlu diingat, kenyataan yang dirakam di atas adalah 10 tahun lalu - kenapa tidak siarkan sahaja apa kenyataan Anwar Ibrahim ke atas PAS semasa beliau bersama UMNO?

Zulkifli Nordin telah melakukan kesilapan, mempersendakan kepercayaan sahabat-sahabat saya berbangsa Hindu, namun sekurang-kurangnya beliau bertindak memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.

Pernahkah Anwar Ibrahim memohon maaf di atas penghinaannya ke atas PAS?

Setahu saya tidak pernah, namun lihatlah bagaimana Anwar Ibrahim dijilat oleh PAS sekarang, seolah-olah Anwar Ibrahim itu tidak pernah menghina mereka, kerana matlamat mereka adalah untuk jatuhkan BN.





Antara pengakuan Zul Nordin adalah pembangkang melatih penceramah untuk mainkan sentimen kebencian serta menghasut kepada kebencian agama. Kenyataan ini membuktikan segala tindakan ekstremis seperti peristiwa Memali berlaku kerana terpengaruh dengan sentimen dan hasutan yang dibuat oleh pembangkang.

Manakala penceramah yang hebat-hebat dalam PAS, berkongsi hasil kutipan jihad tabung PAS setiap kali ceramah. Malah mengaku dia terpengaruh, menjadi ekstremis selepas sertai PAS.

Zul Nordin tidak bersikap menuding jari kepada orang lain selepas melakukan kesalahan, mengambil contoh terbaik sikap PM yang sedia memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala kesilapan yang BN lakukan.

Wahai sahabat India dengar di minit 20:24 - di mana bekas pemimpin pembangkang ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dan tidak pernah berniat menghina agama Hindu dan secara terbuka memohon maaf di atas segala kesilapan yang mengguris hati perasaan kaum India.

Sekarang Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan PAS kena jawab desakan supaya pembangkang memohon maaf dan menghentikan perobohan kuil, di atas penghinaan menyamakan perayaan Thaipusam sebagai perhimpunan jalanan, memohon maaf kepada Gobalakrishnan kerana gelar bekas ahli parlimen Bagan Serai itu sebagai 'paria'.

Pembangkang wajib memohon maaf kepada kami umat Islam kerana memohon untuk menggunakan kalimah Allah, terhadap kenyataan melayu boleh murtad, serta memohon maaf di atas penggunaan 'mampos melayu' ketika peristiwa 13 Mei.

Tak kira Hindu ke Islam ke kita wajar mendesak pembangkang memohon maaf  di atas semua penghinaan mereka, bukan sahaja Hindu malah kami yang beragama Islam!

Bukan sahaja rakyat marah isu roboh kuil pemimpin India pembangkang turut bertelagah dengan Khalid Ibrahim, pendek kata bertelagah sesama sendiri :





Lupakah sahabat-sahabat saya terhadap tindakan biadap Khalid Ibrahim pada tahun 2012?

Bukan mahu membela Zul Nordin, namun pencalonannya di atas tiket BN untuk merebut kerusi bagi Parlimen BN Shah Alam yang disandang Khalid Samad sebenarnya telah memberikan BN banyak kelebihan.

MIC dan sahabat-sahabat India, satu movie untuk anda tonton :



Fikir-fikirlah, jangan sebab Zul Nordin lakukan kesilapan 10 tahun lepas, anda perlu menunggu lagi 5 tahun untuk mengubah kesilapan yang akan dilakukan pada PRU12 yang lepas..

Nukilan dari Double Y

McTheory:
Dulu Zul dia fahaman lain, sebab tu tersesat, kali ni dia BN, nescaya akan jadi terbaik..

PANASS!! Cerita Menarik Bila MKK Pas Menyokong BN!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 18 Apr 2013 11:37 PM PDT

Tu diaaaa Pak Tammmm..!!!

Pada PRU ke-12 yang lalu, lelaki ini pernah mengepalai jentera PAS. Masa tu, dia berjaya membawa masuk seramai 54 orang penduduk kampung untuk memeluk agama PAS di Namek Tua, Sik, Kedah. Dia memang totok habis pada PAS..!

Masa tu, rumah dia memang HIJAU. Rumah dia jadi markas PAS paling meriah di seluruh Sik. Puak-puak PAS memang sayang kat dia masa tu. Hasilnya, lelaki ini telah dilantik sebagai MKK oleh Kerajaan PAS Kedah.

Sebagai MKK, dia begitu menyerlah memperkuatkan kubu PAS di Kampung Namek Tua. Dia minta dua buah khemah untuk kegunaan kenduri-kendara orang kampung, PAS Kedah tunaikan. Dia memang "anak emas" PAS Kedah...

Tapi tak sampai setahun, dia dicantas PAS Sik. Ramai puak-puak PAS di Sik yang takut dengan perjuangan lelaki ini telah bertindak "mencantas"nya. Akibatnya, lelaki ini berpatah arang dan mengisytiharkan diri masuk UMNO.

Kini, dia pejuang UMNO yang tegar. Cuba ke rumahnya di Kampung Namek Tua dan anda akan terkejut dengan keadaan rumahnya yang dah jadi macam tapak "funfair". Siap ada pintu gerbang besar, bendera gergasi dan penuh dengan bendera-bendera BN..!!! Biru sebiru-birunya!

"Funfair" BN di rumah Pak Tam..!!!

Menyertai UMNO, dia telah berjaya membawa masuk ratusan orang kampung untuk bersama-sama menyokong dan memperjuangkan UMNO. Memang "hardcore" lelaki ni...

Lelaki ini dikenali sebagai Pak Tam. Sebut saja nama Pak Tam, rakyat di DUN Belantek akan kenal dia. Nak tahu bagaimana dia terpikat dengan UMNO?

Katanya, dia sudah serik dengan sikap pura-pura PAS. Masa dia berjuang sebelum jadi MKK lagi dia sudah terhidu bau busuk dalam PAS. Tapi dia buat tak tahu saja. Lepas jadi MKK, lebih teruk bau bangkai di dalam PAS yang dia dapat hidu. Tak boleh pekup hidung dahhhh..!!!

Kampung Namek Tua....

Masa dia dalam PAS, dia selalu dihampiri ADUN Belantik, Tajudin. Katanya Tajuddin ni tak pernah ajak dia join UMNO. Tajuddin hanya bertanya khabar saja dan tanya kalau-kalau ada masalah.

Ada sekali dua dia "sindir" Tajuddin, tapi ADUN Belantik tu tetap jugak datang tegur dan salam dengannya. Lama-lama dia terfikir, pasal apa dia tak suka kat Tajuddin sedangkan pemimpin UMNO tu selalu bersikap baik kat dia...?

Pemimpin PAS nak cantas Pak Tam, tapi pemimpin UMNO baik je dengan dia. Sedangkan dia PAS totok! Dia malu! Dia malu! Katanya, PAS tak mencerminkan Islam yang sebenar. Terus dia keluar dari PAS serta merta...


Aksi panas yang buat PAS tak tahan..!!!


Perghhhh..!!! PAS jeles gila kat Pak Tam wehhhh..!!!

Lepas masuk UMNO, ada beberapa orang PAS datang ke rumah Pak Tam untuk pujuk dia balik. Tapi dia reject. Wakil PAS tu kata nak bawak Tok Guru untuk tazkirah Pak Tam untuk masuk PAS balik. Tapi sampai sekarang tak datang.

Baru-baru ni ada puak PAS yang kata nak pacak bendera PAS depan rumah Pak Tam. Pak Tam tunggu dengan parang depan rumah dia sampai pukul 5 pagi. Tapi depa tak berani mai pun..!!! Heh! Cakap ja besaq...!!! Wakakaakakakakaaaa....!

Kalau berani mai la pacak bendera PAS depan rumah dia... Ada berani? Heh!

Bukan apa, Pak Tam dah sedia kitab untuk tazkirah Tok Guru tu! Heh!

Paling best, Pak Tam dan dua lagi rakannya sudah berniat, kalau diizinkan Allah SWT bahawa UMNO kembali menang di Kedah pada PRU ke-13 ini, mereka bertiga sepakat untuk membotakkan kepala masing-masing..!!! Heh!

Bantal BN...kreatif..!!!


Sumber Duke Of UMNO

TUDIAA!! Kehebatan Stopa Spender Cabar Orang Bersumpah? #StopaSpender

Posted: 18 Apr 2013 10:08 PM PDT


Caya la Stopa, bab cabar nak bersumpah memang hebat! Tapi sendiri nak bersumpah pun tak berani. Haprak ghopla jingga sungguh!


Nak lebih hebat klik SINI

HOT INFO! #IsuAirSgor!! Khalid MB Selangor yang Terbaik?

Posted: 18 Apr 2013 08:09 PM PDT



Siapa setuju dengan Mc dan percaya Khalid Gagap, bekas MB Selangor seorang tokoh politik yang sangat hebat? Kalaulah Mc boleh dengar jawapan dari pembaca dah tentu hampir 80% pembaca blog menyumpah saranah dengan soalan Mc tu.

Tentu pembaca pelik kenapa Mc tanya sedemikian, macam mana tak tanya, sebab ada seorang hamba Allah ni kata tiada calon UMNO/BN di Selangor boleh menandingi kredibiliti dan ketokohan Khalid Gagap selaku MB yang berjaya menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini.

Nak termuntah Mc dengar statement mamat tu, Mc rasa mamat PKR tu keluarkan statement tu diwaktu dia kurang waras, ataupun dia dibayar oleh seseorang untuk 'up' kan balik nama Khalid yang 'rosak' teruk akibat gagal mengurus tadbir Kerajaan Negeri Selangor dengan baik.

Contoh yang terbaik adalah isu air, apa yang Khalid buat untuk selesaikan masalah air? Hampir setengah penduduk Lembah Kelang mengalami masalah air. Dari air tak cukup untuk dibekalkan, hinggalah masalah paip pecah yang semakin menjadi-jadi akibat sabotaj Khalid terhadap Syabas.

Khalid juga gagal menyelesaikan masalah air percuma yang pernah dia janjikan kepada seluruh rakyat Selangor, Mc tak nafikan memang ada penduduk Selangor yang dapat air percuma, namun masih ramai yang tidak 'merasa' air percuma tu contohnya penghuni-penghuni rumah pangsa kos rendah, hampir kesemuanya tidak pernah mendapat air percuma, namun apa yang Khalid buat untuk selesaikan masalah tersebut? Tiada!!

Masalah janji air percuma ni, telah pun difailkan ke mahkamah untuk menuntut ganti rugi dan janji Khalid tu, apakah yang dikatakan urus tadbir yang terbaik? Kalau terbaik, dah tentu rakyat takkan saman Kerajaan Negeri!!

Kita sentuh pasal masalah air yang selalu melanda Selangor. Sudah terbukti, dibeberapa tempat mengalami masalah kekurangan air bersih. Namun sehingga kini tiada tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah tersebut, apakah itu juga tergolong dalam pentadbiran yang baik?

Masalah pembaziran air disebabkan infrastruktur (NRW), kononnya air di Selangor rugi sebab 33% air hilang disebabkan masalah tersebut. Apa yang Khalid buat untuk selesaikan masalah NRW ni?

Selagi Syabas tidak dapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor macam mana Syabas nak 'ganti' dan upgrade NRW yang dikatakan menyebabkan kerugian akibat pembaziran air?

Walaupun Kerajaan Negeri Selangor selalu menuding jari terhadap Syabas atas masalah tersebut. Tetapi Kerajaan Negeri Selangor, masih perlu bertanggung jawab atas masalah tersebut kerana Syabas masih dibawah Kerajaan Negeri.

Sebab tu Mc kata, Khalid ni tak layak untuk mentadbir Kerajaan Negeri, banyak masalah yang dia tak dapat selesaikan. Masalah air yang menjadi keperluan rakyat pun dia gagal untuk tangani, macam mana pula beliau nak tangani masalah lain?

Apa yang Khalid tahu buat, hanyalah bercakap dan berjanji, tu pun kadang kala dia cakap orang tak faham sebab gagap. Macam ni yang dikatakan seorang MB yang mempunyai ketokohan? Waras ke tidak?

Kepada Suhaimi si Raja Pasir yang keluarkan kenyataan bodoh tu, disini Mc nak beritahu, Khalid ni tak payah bandingkan dengan calon BN Selangor, dengan makcik indon 'cleaner' pun belum tentu Khalid ni layak dibandingkan. Sebab makcik indon cleaner ni, kalau dia janji nak mop lantai, dia akan mop. Kalau si Khalid yang janji, belum tentu dia akan tunaikan!!

Sebab tu, dia disepak oleh rakyat Bandar Tun Razak, hingga melarikan diri ke tempat lain. Kalau benar dia bagus, sudah tentu dia akan pertahankan kerusi parlimennya tu, Hanya ahli parlimen yang rekodnya buruk saja yang akan melarikan diri dari tempatnya tu!!


McTheory:
Orang buat salah mana berani duduk satu tempat!

EKSKLUSIF!! Pas Kedah Hanya Menawar, BN Kedah Dedah AkuJanji Jika Memerintah! #AkuJanjiBNKedah

Posted: 18 Apr 2013 06:31 PM PDT






"Aku Janji BN Kedah"



" Bersama Memacu Transformasi Kedah"



01) Hal Ehwal Agama



BN Sentiasa berpegang kepada SYIAR ISLAM dengan menjamin kebebasan beragama demi keharmonian Negara dalam mengekalkan sifat tolenrasi yang diamanahkan sebelum ini. Kami bertekad untuk mempertahankan kewujudan PUSAT PENGAJIAN PONDOK & TAHFIZ sambil memberi kemudahan yang bertaraf tinggi.



- Memertabatkan Pusat Pengajian Pondok dan Tahfiz.



- Menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab.



- Menjaminkan Kebebasan Beragama Bagi Yang Bukan Islam.



- Mengimarahkan Suasana Ilmu di Kedah.



- Memperkasakan Institusi dan Pengurusan Masjid dan Surau.



- Menaiktaraf Infrastruktur dan Kebajikan Kakitangan Maktab Mahmud.


02) Transformasi Ekonomi



Ekonomi Kedah akan melalui transformasi dengan :-



a) Memperbanyakkan peluang pekerjaan melalui peningkatan Pelaburan Asing dan Pelaburan Domestik Langsung khusus kepada sektor-sektor terpilih.



Membangunkan BANDARAYA GETAH ( RUBBER CITY ) Kota Putra di Padang Terap yang menawarkan 13,000 peluang pekerjaan berpendapatan sederhana dam tinggi.



b) Membangunkan Pusat Penyelidikan Pembuatan Produk Berasaskan Getah.



c) Membangunkan hab industri Kota Perdana & pembangunan bercampur termasuk pusat logistik di Bukit Kayu Hitam sebagai sebahagian daripada PROJEK STRATEGIK PEMBANGUNAN BERSAMA MALAYSIA - THAILAND.



d) Membangunkan Jerlun sebagai PUSAT INDUSTRI MINYAK & GAS dan Yan sebagai ZON INDUSTRI PETROLIAM YAN yang mengambil kesempatan perjanjian dua hala MALAYSIA - THAILAND.



e) BN akan memperhebatkan dan memperluaskan lagi aktiviti perindustrian di TAMAN TEKNOLOGI TINGGI KULIM (KHTP)


Pertanian Intensif Bernilai Tinggi


Industri Pertanian terus diberi FOKUS kerana potensinya AMAT TINGGI dan telah sekian lama menjadikan punca utama pendapatan Kedah. Perolehan hasil pertanian yang bertambah dengan keluasan tanah yang terhad akan diusahakan . Petani akan diberi peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan bantuan kerajaan BN melalui projek-projek infrastruktur, bantuan kewangan & pelbagai latihan penggunaan teknologi terkini secara berterusan.


a) Membaikpulih Infrastruktur Saliran Air



b) Memperluaskan Kawasan Projek Estet Padi di Kawasan MADA.



c) Meningkatkan Sara Hidup Petani, Penternak & Nelayan.



d) Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) mini di setiap daerah.



e) Menghapuskan Birokrasi Berkaitan Sijil Pertanian Siam.



f) Pertumbuhan Industri Hiliran Berteknologi Tinggi untuk pasaran eksport.



g) Mengurangkan Kos Pengeluaran Pertanian.



h) Meningkatkan kaedah pengerusan Estet Tanaman Padi di Luar Kawasan MADA.



i) Memudahkan Pemasarana Hasil Pertanian.



j) Membuka lebih banyak ladang satelit di tanah terbiar bagi penanaman bauh-buahan.



k) Memulakan projek naik taraf Sistem Pengairan Ban Merbok.



l) Meningkatkan kualiti hidup & kemudahan asas keluarga petani, penternak & nelayan melalui Penubuhan Yayasan Kebajikan Rakyat.


03) Transformasi Sosial.



Melalui Transformasi Sosial yang hendak digerakkan oleh BN, kepentingan Rakyat akan sentiasa diberi KEUTAMAAN


a) Fokus yang paling penting bagi BN ialah untuk menentuka setiap keluarga mempunyai rumahnya sendiri.



b) Tapak-tapak perumahan baru akan dibuka untuk dibangunkan oleh agensi-agensi Kerajaan supaya lebih banyak rumah mampu milik oleh Rakyat.



c) Dewan-dewan Serbaguna akan dibaik pulih.



d) Di bawah BN , sampah sarap akan dikutip dengan lebih efisyen agar kesihatan Rakyat tidak terancam.

Kesejahteraan Rakyat


a) Belia dan Sukan



b) Menyelesaikan Masalah Banjir



c) Kebajikan



d) Perumahan



e) Perkhidmatan Pada Rakyat



f) Bekalan Air Yang Sempurna



g) Pungutan Sampah



h) Wifi



i) Keselamatan



j) Kesihatan




Hal Ehwal Belia Akan Terus Dibela Oleh BN.


a) Memberikan Kursus Pra-Perkhawinan secara percuma kepada semua belia yang bermastautin di Kedah.



b) Memberi subsidi kepada pemohon lesen kali pertama B2.



c) Bantuan pentadbiran sebanyak RM2000 Setahun kepada setiap Pertubuhan/Persatuan Belia yang berdaftar.



d) Membina LITAR LUMBA untuk mempertingkatkan sukan bermotor.



e) Menebus kembali kegemilangan BOLA SEPAK KEDAH melalui pembangunan semua peringkat di seluruh Negeri.



f) Pembangunan Latihan & Persefahaman deng KELAB_BOLA SEPAK PROFESIONAL LUAR NEGARA bagi meningkatkan prestasi & mencungkil bakat.


Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan



a) BN meletakkan BIDANG PENDIDIKAN dan PEMBANGUNAN MODAL INSAN di tempat yang paling utama bagi kemajuan dan masa depan Kedah. Tumpuan kepada usaha memenuhi permintaan pasaran kerjaya.



b) BN amat komited terhadap PEMBANGUNAN PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI di Kedah. Disamping dapat memudahkan pelajaran agar tidak berjauhan daripada keluarga, ianya juga akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.



c) BN sentiasa berkerjasama & berusaha untuk terus memajukan Institusi-Institusi pengajian tinggi sedia ada di Negeri Kedah, sambil membuka lebih banyak cawangan Universiti termasuklah Universiti Teknologi MARA, Universiti Multi Media, LimKokWing Universitiy of Creative, Technology & UNIKL



d) BN Juga akan berusaha untuk membina sebuah Universiti Teknologi Tinggi dengan pembabitan Universiti Teknologi tersohor dunia .


Pelancongan


Industri  pelancongan adalah merupakan antara PEMACU UTAMA bagi penjanaan ekonomi negeri Kedah. BN akan memperbanyakkan PRODUK PELANCONGAN di Tanah Besar Kedah & Pulau Langkawi supaya dapat MENINGKATKAN BILANGAN KEMASUKAN PELANCONG ASING & TEMPATAN  menerusi promosi bersepadu dan kerjasama semua pemain industri pelancongan, BN meningkatkan bilangan ACARA BERTARAF ANTARABANGSA, MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF  kemudahan pelancongan sedia ada.


Pembangunan Lestari


BN bertekad TIDAK akan menjadikan pembalakan hutan sebagai sumber utama pendapatan negeri. Sebaliknya, usaha gigih akan dilaksanakan untuk PENANAMAN pokok getah ( KLON KAYU GETAH ) sebagai sumber kayu bagi memenuhi permintaan Industri Perkayuan. Ini akan tertumpu di kawasan-kawasan dimana kerja pembalakan rakus telah dilakukan sejak dua tahun lepas.


" Pokok yang dibalak mungkin memberi keuntungan setahun, tetapi pokok yang berdiri teguh mampu menguntungkan ribuan tahun"- Mukhriz Mahathir.


Pembangunan Prasarana Jalan Raya Dan Jambatan.


- Hab Industri Kota Perdana



- Changlun Hab Aero Angkasa



- Hab Minyak dan Gas, Jerlun.



- Bandaraya Getah, Kota Putra



- Alor Setar


a) Bandaraya Alor Setar akan mendapat perubahan wajah menjadikannya bandaraya metropolis yang menjadi tumpuan ilmuan melalui penubuhan Universiti R&D Teknologi Tinggi.



b) Alor Setar akan diperindahkan untuk dijadikan tumpuan peancongan sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk Rakyat.



c) Bukan sahaja Bandaraya Alor Setar, malah seluruh Negeri Kedah akan mendapat manfaat yang besar melalui projek tambatan banjir.



d) Mengatasi masalahah Sistem Penyuraian Trafik di Bandaraya Alor Setar


- Loji Jana Kuasa Pulau Bunting, Zon Industri Petroliam YAN.



- Sungai Petani



a) Membina jaringan lebuhraya dari Sungai Petani, Kuala Ketil, Padang Serai, Kulim, Serdang & Bandar Baharu dengan kerjasama sektor swasta.



b) Penyuraian Trafik di Sungai Petani, Membina Jambatan & Jalan Tuju, Sungai Muda dari Kampung Pantai Prai ke Terat Batu (Padang Serai)


- Membina & menaiktaraf 500km jalan-jalan kampung seluruh Kedah.



- Membaikpulih jalan Taman Perumahan.



- Memastikan Penyelenggaran & baikpulih Jalan Negeri mengikut jadual.



- Membina jalan baru dari Batu Lintang ke Pantai Merdeka sejauh 8km



- Mewujudkan lorong motorsikal di jalan-jalan raya utama.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...