Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Sahlan Nasution Ada Lagu Khas Untuk Anwar Ibrahim! Video Wajib Tengok! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 16 Apr 2013 06:48 AM PDT


Anwar dok canang lagu 'Sabah nak hilang' ni dia Tok Sahlan balas balik lagu untuk PKR! Cabuutt Anwar.. cabuutt.. ha ha ha..

EKSKLUSIF!! Apa Jawapan @MukhrizMahathir Bila Di Pindah Dari Parlimen Ke DUN!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 16 Apr 2013 03:40 AM PDT


Tentu ramai yang menanti jawapan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato Mukhriz Mahathir, mengenai pemindahan beliau dari Parlimen ke Dewan Undangan Negeri. Apakah ini satu petanda? Sama-sama kita tengok jawapan dari beliau!!


McTheory:
Apa macam? OK? he he..

HOT INFO! UMNO Jerai Pecah Belah Hancur Lebur? #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 16 Apr 2013 02:17 AM PDT


Jangan Terkejut!! Artikel ni sebenarnya nak Tabik Hormat Pada Tok Suhaimi dan Tahniah pada Jamil Khir!

Dalam banyak-banyak peristiwa yang berlaku dalam dewan serbaguna di Anak Bukit, Mc teruja melihat Datuk Suhaimi, Ketua UMNO Bahagian Jerai, walaupun beliau tidak dicalonkan di Jerai dan Dun, namun beliau tetap memberi sokongan yang kuat pada calon parlimen Jerai Dato Jamil Khir.

Malah ketika Pengerusi perhubungan UMNO Negeri Kedah mengumumkan calon Parlimen Jerai, beliau dengan penuh hormat bangkit mengangkat tangan Jamil Khir untuk menunjukan tanda sokongannya. Mc tak sempat untuk berjumpa beliau tadi, namun Mc harap Tok Mie terus membantu Jamil Khir memenangi Parlimen Jerai, disamping Tok Jamil jugak perlu bekerjasama dengan Tok Mie untuk memastikan UMNO Jerai tetap utuh dan membantu merampas Kedah dari tangan rejim Pas Kedah.

Mc minta jentera-jentera pemimpin yang dipilih bertenang dan bersabar, kalau tak terpilih jangan merajuk, jangan pernah fikir untuk sabotaj parti. Undi BN pangkah BN, calon adalah perantara diantara kepimpinan Presiden parti Najib Razak dengan rakyat. Jika kita menang dan mengekalkan kuasa di Malaysia, insyallah kehidupan kita pada kemudian hari akan senang.

Kenanglah pengorbanan Presiden parti Najib Razak yang bertungkus lumus bekerja membantu rakyat. Sanggupkan kita menderhaka kepada beliau? Selama 4 tahun Najib membantu rakyat dan meringankan beban kita, dan macam-macam beliau buat untuk kuatkan UMNO/BN, kini bukannya masa untuk bergaduh dan bertengkar, kini masa untuk memikir perancangan masa depan. Sama ada kita sengsara dan merana di bawah pemerintahan Pengkhianat negara, atau kita bangun bersama Najib Razak membina Malaysia yang berjaya.

Bersatu Bersedia Berkhidmat!

P/s: Najib pilih calon tak betul? Kiranya saudara semua lebih bijak dari Najib Razak? Ada betui ka?

McTheory:
Kebenaran amat pahit untuk kita telan..

HOT INFO! #IsuAirSgor Khalid Gagap 'DiSepak' Oleh Rakyatnya Sendiri!

Posted: 16 Apr 2013 12:36 AM PDT



Nampaknya masalah air di Selangor tidak berkesudahan, terbaru 10,000 penduduk pangsapuri Sri Penara di Parlimen Bandar Tun Razak, parlimen dibawah jagaan Menteri Besar Selangor sendiri mengalami gangguan air hampir seminggu yang lalu.

Gangguan air tersebut disebabkan punca bekalan air tidak cukup untuk dibekalkan akibat kesan paip pecah di Batu Caves. Sudah la penduduk di pangsapuri tersebut mengalami gangguan air, nasib mereka langsung tidak dipedulikan oleh Khalid sendiri sebagai ahli parlimen dikawasan tersebut.

Selama mereka ditimpa musibah dengan gangguan bekalan air, tidak pernah wakil parti Kerajaan Negeri atau wakil Menteri Besar datang menjenguk bertanyakan khabar tentang nasib mereka.

Bagi mereka kejadian seperti ini merupakan kali kedua ianya berlaku. Disebabkan itu, mereka berasa sangat marah kepada Kerajaan Negeri Selangor dan juga Khalid Gagap kerana tidak berjaya untuk selesaikan masalah air.

Bagi mereka apa yang mereka nampak, Kerajaan Negeri Selangor tidak serius untuk selesaikan masalah air. Kerajaan Negeri Selangor lebih banyak berpolitik dari berusaha untuk selesaikan masalah.

Patutla baru-baru ini PKR telah 'tendang' Khalid untuk dicalonkan dikawasan lain, kerana Khalid sudah dibenci oleh rakyatnya di Parlimen Bandar Tun Razak. Sekiranya, jika Khalid bertanding lagi di Parlimen Bandar Tun Razak, kemungkinan untuk Khalid kalah amatlah besar.

Dari kalah yang memalukan, baik PKR hantar Khalid kekawasan lain.

Permainan politik air ini tidak terhenti disini, malah kenyataan dari Bendahari Agung PKR, William Leong, yang menghentam Syabas kononnya semua punca air berlaku disebab kecuaian Syabas amatlah menyedihkan.

Apakah William tidak tahu menahu mengenai sabotaj Kerajaan Negeri Selangor terhadap Syabas? Tentang sekatan capex Syabas yang sepatutnya diberikan untuk Syabas beroperasi dengan lebih baik telah lama disekat.

Malah Kerajaan Negeri Selangor juga tidak membayar hutangnya terhadap Syabas yang terkumpul lebih RM 2billion ringgit. Sudah la tidak memberikan pinjaman Capex terhadap Syabas, hutang pun taknak bayar. Apakah ini tidak ada unsur sabotaj terhadap Syabas?

Disebabkan kejadian tersebut, pelbagai masalah telah berlaku. Pam untuk rumah tangki dan paip-paip yang dah uzur dan hampir rosak tidak dapat digantikan. Masalah NRW yang disebabkan kebocoran air juga gagal Syabas selesaikan disebabkan Kerajaan Negeri Selangor tidak membantu dari segi kewangan walaupun sudah banyak kali Syabas cuma memohonnya.

Jadi pada siapa yang perlu kita salahkan? Pada Syabas yang disabotaj oleh Kerajaan Negeri Selangor? Atau Kerajaan Negeri Selangor yang menganggap masalah air ini sebagai isu politik?

Jikalau William kata isu air ini tidak wujud dan hanya permainan politik BN, Mc minta William tolong jelaskan perkara ini kepada rakyat yang sedang menderita mengangkut air di Pangsapuri tu. Apakah mereka dapat menerima alasan tersebut?

Wiliiam perlu sedar siapa yang memerintah Selangor sekarang ni? BN atau PR? Kalau Syabas bermasalah Kerajaan Negeri Selangor patut membantu, bukan menekan Syabas dengan isu yang mengarut seperti Penstrukturan air.

Apa yang Mc nampak sekarang ni, Kerajaan Negeri Selangor hanya bercakap untuk selesaikan itu, untuk selesaikan ini. Akhirnya mereka hanya bercakap saja untuk selesaikan. Bercakap untuk selesaikan, tidak akan selesaikan masalah!

Bila jadi masalah, mulalah Kerajaan Negeri Selangor mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan kambing hitam. Sudah tentu Syabas mangsanya. Sedangkan pada hakikatnya, kuasa ditangan mereka. Mereka penentu segala di Selangor. Kalau isu air pun mereka tak dapat selesaikan, apakah Kerajaan sebegini harus dikekalkan lagi?

Mc harap rakyat Selangor boleh berfikir dengan bijak, sama ada layak atau tidak Khalid Gagap dan Kerajaannya memerintah Selangor, atau simpan mereka ini dalam lipatan sejarah saja.

McTheory:
Masa untuk berubah, pilih Kerajaan yang dahulukan rakyat!

PANASS!! Nasihat Dan Doa Ayahanda Tun Dr Mahathir Terhadap Mahfuz Omar! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 15 Apr 2013 11:16 PM PDT


Nasihat dan doa Tun Dr Mahathir kepada Mahfuz Omar!! Iskk.. Mahfuz yang SRP pun tak lulus ni, faham ka? he he..

Terkini! Senarai Rasmi Calon BN Kedah!

Posted: 15 Apr 2013 08:28 PM PDT

Senarai Rasmi Calon BN Kedah diumum sebentar tadi!

Langkawi - Nawawi Ahmad
Ayaq Hangat - Mohd Rawi
Kuah - Nor Saidi

Jerlun - Othman Aziz
Kota Seputih - Abu Hassan Sharif
Ayaq Hitam - Mukhriz Mahathir

Kubang Pasu - Johari Baharom
Bkt Kayu Hitam - Zaini Jaafar
Jitra - Amiruddin Omar

Padang Terap - Mahadir Khalid
Kuala Nerang - Badrul Hisham
Pedu - Pn Kama Noriah

Pokok Sena - Sahlan Ismail
Bukit Lada - Lebai Sudin
Derga - Cheah Soon Hai
Bukit Pinang - Mokhtar Noor

Alor Setar - Chua Che Heong
Bakar Bata - Ahmad Bashah
Kota Darulaman - Loo Gim Hui
Alor Mengkudu - Sharifah Maznah

Kuala Kedah - Dr Zaki
Anak Bukit - Hashim Jahaya
Kubang Rotan - Latt Shariman
Pngkalan Kundur - Pn Nor Hashitah

Pendang - Othman Abdul
Tokai - Najmudin Darus
Sg. Tiang - Suraya Yaakub

Jerai - Jamil Khir Baharom
Sg Limau - Fadzilah Mohd Ali
Guaq Chempedak - Ku Rahman
Gurun - Dr Leong

Sik - Mansur Abd Rahman
Belantik - Tajudin Abdullah
Jeneri - Mahadir Abd Hamid

Merbok - Ismail Daud
Bkit Selambau - Maran Muthaya
Tnjung Dawai - Tajol Urus

Sg Petani - Shamsul Anuar
Pantai Merdeka - Ali Yahaya
Bakar Arang - Lee yuan yuang
Sidam - Pee Siong Heng

Baling - Azeez Rahim
Bayu - Azmi Che Husin
Kupang - Harun Abd Aziz
Kuala Ketil - Khairul Azhar

Padang Serai - Heng Sai Kee
Merbau Pulas - Marlia Abd Latif
Lunas - Ananthan Sumasunderam

Kulim Bdr Bharu - Aziz Shiekh Fadhil
Kulim - Chua Teong Kee
Bdr Baharu - Sabrina Mohd Noor

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANASS!! Kes Video Stopa Spender, Harakahdaily Di Saman, Stopa Wajib Pohon Maaf Kepada UMNO! #TolakPAS

Posted: 15 Apr 2013 08:17 PM PDT



Hambek habuan Harakah Daily baru ada akai apabila UMNO telah mefailkan writ saman ke atas suara rasmi PAS itu di atas penerbitan artikel yang bertajuk " Mustafa Ceramah Di Dungun Dakwa UMNO Terlibat " pada tarikh 13 April 2013 yang lepas.

Yang bestnya bila dah kena saman lepas tu cabar pulak UMNO saman BERNAMA yang memetik laporan dari mereka.. Hey !!! hampa yang bawa keluar laporan pasai apa pulak nak di salahkan pihak lain ??

Anwar Ibrahim boleh la buat macam tu seperti mana isu dakwaan penglibatannya dalam pencerobohan di Lahad Datu... Media Filipina yang membuat laporan mengatakan dia terbabit dalam pencerobohan Lahad Datu , dia tak berani nak saman. Pihak media Malaysia yang memetik laporan tersebut pulak di saman..

KUALA LUMPUR: Umno hari ini menghantar surat tuntutan melalui peguamnya mendakwa Harakahdaily membuat fitnah kepadanya ekoran penyebaran video lucah. 
Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu (gambar kiri) mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'. 
Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita itu mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini. 
"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anakguam kami bertarikh 13 April 2013 adalah seperti berikut: 
"Dungun: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi. 
"Dalam ceramah itu, beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup memlemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air. 
"Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media. 
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah...saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Selepas UMNO failkan saman terhadap Mustafa Ali, peguam UMNO telah mendesak Mustafa Ali atau yang lebih glamor dikenali sebagai Stopa Spender untuk meminta maaf dalam masa 24 jam.


McTheory:
Kesian si Stopa Spender, dah la kena aniaya dengan PKR, nak kena saman pulak tu.. nasib-nasib

Terkini! Di Dewan Anak Bukit Pengumuman Calon BN Kedah!

Posted: 15 Apr 2013 08:06 PM PDT

Gambar diatas pentas adalah gambar Ketua Bahagian dan calon Barisan Nasional Kedah. Berdebar menunggu senarai calon secara rasmi!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

HOT INFO! Ikrar Team Media Kedah Menyokong Sesiapa Jua Calon PM @NajibRazak!! #PRU13

Posted: 15 Apr 2013 05:37 PM PDT


Mc mewakili sahabat-sahabat dalam Team Media Kedah sudah berikrar akan menyokong sesiapa jua calon Barisan Nasional di Kedah, hatta di seluruh Malaysia. Kami setia pada parti, kami orang parti dan bukan orang pada mana-mana pemimpin. Kami tak peduli siapa calon yang dipilih oleh DS Najib Razak, kami akan berikan sokongan 1000%  dan berjanji akan memenangkan beliau.

Sokongan kami kepada parti tidak berbelah bagi, ikrar kami pada Ulul Amri pimpinan parti tidak pernah kami ingkar dan persiakan. Malah kami berjanji akan membongkarkan parasit parti yang cuba untuk sabotaj calon BN yang telah dipilih oleh pimpinan parti.

Kita telah berjuang selama 4 tahun di alam maya, menepis fitnah dan menyerang pembangkang. Tiba masa untuk peperangan sebenar, tunjukan kekuatan, tunjukan segala senjata yang kita ada.

Kami juga berharap rakan blogger dan troopers Kedah yang lain akan mengikut jejak langkah kami ini. Perlu diingat PRU 13 kali ini bukan perkara mudah dan main-main, ia menentukan nasib rakyat Malaysia samaada kita hancur ditangan pengkhianat negara, atau kita terus maju kehadapan.

Nasib Islam dan bangsa Melayu juga bergantung pada PRU kali ini, andaikata kita kalau kalah!.. Nauzubillah, nescaya Islam dan Melayu akan tergadai ditangan-tangan pengkhianat negara. Berdoalah supaya kita diberi kekuatan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Kami Team Media Kedah melapor diri untuk Bersatu, Bersedia, Berkhidmat!



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...