Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


PROTES KOMUNIS - PAS KOTA DAMANSARA AKUI LANCAR KEMPEN TOLAK CALON PKR.

Posted: 29 Apr 2013 10:38 PM PDT




Laman portal Pro Pakatan Malaysiakini melaporkan Jentera PAS Kota Damansara tetap meneruskan berkempen bagi memenangkan calon PAS.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR berkata, perkara itu harus diselesaikan segera kerana hari pengundian sudah hampir.

Arahan sudah diberi oleh kepimpinan tertinggi (PAS) bahawa PKR akan bertanding di kerusi ini dan PAS harus menyokongnya.

"Tetapi ada kumpulan di sini yang melanggar arahan, saya tidak tahu mengapa," kata Nasir ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau sudah berhubung dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali melalui SMS dan beliau sudah mengambil maklum akan perkara itu.

"Saya harap mereka selesaikan perkara ini segera kerana masa sudah suntuk," kata Nasir.






Walaupun perkara itu sudah diselesaikan di peringkat atasan kelmarin, kedua-dua logo PKR dan PAS akan tetap dicetak di kertas undi.

Sabtu lalu, PAS bersetuju menyerahkan Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR - keputusan yang dicapai selepas hampir seminggu berunding dengan PKR dan PSM.

Mustafa berkata, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan.

Masalah itu bermula apabila Nasir sebagai penyandang kerusi tersebut bersetuju bertanding bawah tiket PKR, sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.

HINA KARPAL SINGH - MAHATHIR BAKAL TERIMA WARAN TANGKAP..!!?

Posted: 29 Apr 2013 07:38 PM PDT




"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat.

MUSA HASSAN ISYTIHAR SOKONG PAKATAN RAKYAT?

Posted: 29 Apr 2013 06:21 AM PDT



Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat.

Walau bagaimanapun jelasnya, beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan akan membuat perkara sama jika dijemput oleh Barisan Nasional (BN).

Musa menegaskan keputusan dibuat atas dasar kebimbangan beliau terhadap keganasan politik menjelang pilihan raya umum, 5 Mei nanti.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik...Saya datang hari ini kerana saya mengambil urusan keselamatan rakyat dengan serius," kata Musa.

Sidang media itu juga disertai bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bharu.

"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim.

Musa sebelum ini dikaitkan dengan pembangkang apabila mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan dalam urusan polis sekali gus mengganggu urusan pihak berkuasa.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar," kata beliau.

Namun apabila ditanya sama ada beliau mahu menyertai politik, Musa berkata beliau tidak berminat.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...