BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! DAP KATA PAS TAK BOLEH DIPERCAYAI ???

Posted: 30 Apr 2013 12:00 PM PDT


Angin tiada ribut pun tidak,tiba-tiba sahaja Timbalan Pengerusi DAP Johor,Norman Fernandez tampil mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak memperjudikan nasib dengan mengundi PAS sambil menegaskan parti berlabel Islam itu tidak layak mendapat undinya.Menurut Norman, "orang bukan Islam mesti sedar bahawa PAS akan melaksanakan apa yang digariskan sekiranya mendapat kuasa.Persoalannya adalah samada orang bukan Islam bersedia mengambil risiko dengan PAS??? "

Dari kenyataannya itu jelas menggambarkan wujudnya keraguan mendalam di kalangan pemimpin DAP terhadap PAS.Kebimbangan yang disuarakan pemimpin DAP Johor itu dipercayai berkait rapat dengan ura-ura Timbalan Mursyidul Am PAS,Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PR memenangi PRU-13.Walau pun hakikatnya apa yang diperkatakan PAS itu hanyalah retorik politik menjelang pilihan raya,namun bagi DAP ia tetap dianggap satu ancaman kepada pengaruhnya di kalangan orang bukan Islam.Ia tidak mengejutkan kerana PAS dan DAP sedari dulu lagi memang tidak pernah serasi disebabkan masing-masing agak berbeza dasar dan arah haluan perjuangannya,ibarat air dan minyak yang tidak mungkin bercampur dan sebati hingga kiamat.Dari sudut lain,DAP mempunyai sebab untuk meragui kejujuran PAS memandangkan parti berlabel Islam itu sebelum ini tidak pernah tetap pendiriannya dan acap kali bila PAS merasakan dirinya lebih kuat,bila-bila masa sahaja mereka sanggup mengkhianati rakan sepakatan.Namun perkembangan terbaru ini tentunya bakal menambah lagi suhu kehangatan PRU-13,di masa yang sama senario ini secara langsung menonjolkan betapa rapuhnya kerjasama antara DAP, PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PENGUNDIAN AWAL !!! PENIPUAN PUAK PR DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Apr 2013 08:10 AM PDT


kantoi sudah,puak PR mengatakan dakwat kekal boleh hilang masa dicuci dan siap publish kat fb.last-last kantoi juga,kerana ada kesan lagi di jari.apa cerita ni ??? nak menipu pun agak-agaklah.apa yang dikatakan oleh zulkifli noordin dah berlaku,cuma angle lain.zulkifli sebelum ini mengatakan ada kejadian tumbuk menumbuk.yang ni dakwat kekal hilang.kalau hilang,apa cerita dengan gambar di atas ??? anda nak lagi ??? kita lihat gambar di bawah


HILANG 100 PERATUS ATAU TAK ???

NURUL IZZAH PULAK KANTOI MENIPU !!!

nak lagi ??? saya letak 1 lagi gambar


wife aku off duty hari ini pagi dia prgi mngundi lpas mngundi dia cuci baju sekolah ank2 dgn tangan bukan washing machine baju ank2 sekolah 8,7 thun tentu kotor sgt ...dia guna CLOROX n lpas tu VANISH nk hilangkan bau CLOROX pada baju anak2 stok 2hari ...smbil tu cuci jari yg ada dakwat kekal tu.....tgoklah sendiri shbt2 semua.....masih kekal lagi


UNTUK SELANJUTNYA 

KITA TUNGGU APA PULAK PENIPUAN 5HB INI !!!

DULU NAK SANGAT DAKWAT KEKAL !!!

SEKARANG MASIH NAK MENIPU LAGI !!!

KALAU SPR TAK TELUS DAN MENIPU !!!

MACAM MANA PR DAPAT TAWAN 4 NEGERI DAN NEGERI SEMENTARA IAITU PERAK ???

JANGAN TUNJUK BENGAP ANDA BOLEH TAK PUAK PR ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! DAP TUNJUK BELANG SEBENAR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 30 Apr 2013 07:48 AM PDT


Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamed.Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP,Lim Kit Siang sebagai perkauman.Ugutan oleh Pengerusi DAP,Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang,Johor mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS. 

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam,walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan,maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.Apa pun,ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #P125 !!! HUSAM MENGHINA KAKITANGAN KERAJAAN ??? ADAKAH INI PEMIMPIN NAK BELA RAKYAT ???

Posted: 30 Apr 2013 01:30 AM PDT


Kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya kaitkan kematian Timbalan Ketua Pengarah yang ditembak mati kerana rasuah adalah biadap dan tidak tahu menghormati kematian arwah.Husam dilihat tidak berhati-hati dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup menghina mangsa yang terkorban dengan mengaitkan dakwaan kerajaan korup dengan kematian yang berlaku beberapa hari lalu.Dia turut mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada beliau berhubung isu pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam seolah-olah ingin menutup maklumat mengenai kawalan keselamatan negara.Beliau berkata Hishamuddin perlu berhenti untuk hanya mengeluarkan kenyataan sebaliknya menumpukan usaha menangkap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Datuk Shaharuddin Ibrahim.Hishamuddin sebelum ini membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin disebabkan kerajaan korup.Tapi beliau menjawab bahawa ni bukan isunya,isu yang lebih besar,menurut beliau,sudah tiga hari kematian itu.Tapi penjenayah masih belum ditangkap.

Apa masalahnya dengan Husam ini,sibuk pula nak mengatur apa yang perlu dibuat,Ini mesti kes dekat Kelantan dulu dia tak buat kerja,lepas tu nak samakan menteri BN ni pun tak buat kerja.Sebab itu dia lari ke Putrajaya,sebab nak tunjukkan konon-kononnya kerajaan tak efisien,padahal kenapa tak tanya diri sendiri kenapa lari ke Putrajaya ??? Kenapa tak pertahankan sahaja kerusi di Kelantan tu ??? Berani juga dia ni cakap Datuk Hisham nak sembunyikan kawalan keselamatan negara lepas serang dia tak tentu pasal.Bukan pada awalnya dia ke yang sibuk tak tentu pasal.Kematian itu dia yang pakai buat modal untuk politik sebab nak bangkitkan kemarahan rakyat la tu agaknya.Siap bagi cadangan dekat Datuk Hishamuddin untuk fokus cari penjenayah tersebut.Cubalah cari sekali Husam ooiii,kan nak jadi wakil rakyat di Putrajaya,cubalah tunjuk hero sikit.Untung-untung dapat lah naikkan undi,itu pun kalau berjaya selesaikan lah kan. 

Allahyarham Shaharuddin,58,mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya,Jumaat lepas.Itu baru cerita Husam,cerita si Khalid gagap pun tak kurang hebatnya.dia berani perlekeh dasar gaji minima yang baru diumumkan kerajaan sambil mendakwa ia tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh.Malah dakwa Khalid,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib tidak mempunyai dasar yang jelas dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh lebih tujuh juta pekerja di negara ini.Namun penyandang Menteri Besar itu seolah-olah terlupa akan komitmen yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang di Selangor apabila segelintir penjawat awam negeri dinafikan hak untuk mendapat gaji minima RM1,500 yang ditawarkan.Inilah orang cakap,lupa daratan.Sibukkan hal orang,hal sendiri lupa nak siapkan.Banyak juga pembangkang ni buat taik.Sudah-sudahlah tu,tak usah sibuk nak memerintah kalau benda kecil pun tak boleh tertunai.

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #PRU13 !!! RED BEAN ARMY A.K.A DAP CYBERTROOPERS UGUT ROGOL DAN BUNUH ???

Posted: 29 Apr 2013 10:00 PM PDT


Siapa sangka mereka yang selama ini mengatakan sebagai pejuang kepada hak kebebasan bersuara,sebenarnya secara diam turut menguna pakai startegi komunis dan gestapo untuk menakut-nakutkan rakyat.Inilah realiti politik yang ada di dalam DAP apabila mengunakan politik paling kotor dan hina demi kepentingan politik perkauman yang sempit.Isu yang ingin dibincangkan adalah mengenai kumpulan cybertaroppers DAP yang dikenali sebagai 'Red Bean Army' yang berfungsi untuk menyerang,menghina,mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno.Ia bukanlah satu dakwaan semata-mata,kerana terdapat bukti yang jelas di samping pengakuan khusus dari bekas pemimpin DAPSY (Pemuda DAP) Shen Yee Aun.Beliau ketika ditemui menjelaskan kumpulan pencacai tersebut ditubuhkan khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan maysrakat kononnya pakatan diterima oleh majoriti rakyat.Ia adalah merupakan sesuatu yang serius,kerana mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan 'kejam' oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina. 


Gambaran yang cuba diberikan,kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional.Ia adalah satu trend yang berbahaya dan jika tidak ditangani dengan betul kumpulan cybertroopers ini akan menjadikan golongan awam sebagai mangsa serangan.Contohnya,Datuk Seri Michelle Yeoh seorang selebriti yang telah dijadikan sebagai mangsa dan sasaran dengan sumpah seranah dan cacian hanya kerana menyokong BN. Beliau yang pulang ke tanahair baru-baru ini,mengatakan bahawa dia benar-benar percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan merupakan orang yang terbaik untuk memimpin negara.Seterusnya seorang wanita yang merupakan ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan NGO telah dilemparkan dengan pelbagai bahasa kesat.Tidak cukup dengan itu wanita itu turut diugut untuk dirogol dan di bunuh hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan pendirian pakatan pembangkang.


Dan yang terbaru,artis popular tanahair Azhar Sulaiman turut menjadi mangsa tindakan rakus dari Red Bean Army.Facebook beliau yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan berikutan videonya yang mengutuk kepimpinan pakatan rakyat telah digodam oleh mereka yang tidak dikenali.Ia kerana Azhar secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib.telah memuat naik status di laman Twitternya,dengan menulis,

 "Facebook Saya Telah Di Hacked.Kurang Ajar!!!! Pakatan Rakyat Halang Hak Saya Untuk Bersuara-Ini Demokrasi dan Freedom Of Speech ??" Menurut Shen,beberapa minggu lalu beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.Sejurus selepas itu laporan juga telah dikemukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.Ia disebabkan kerana ugutan yang berterusan diterima oleh seorang pelajar dari Universiti Monash yang muncul dalam Youtube pro-kerajaan.Shen turut menjelaskan sebagai salah seorang mantan pimpinan DAPSY beliau menerima tekanan yang paling dasyat.Selain ugutan,mereka turut mencuri kenderaan yang dia gunakan setiap kali hadir ke program-program ceramah.Malah rakan-rakannya turut diugut dan diancam dengan kata-kata kesat. "Mungkin kerana tidak tahan dan takut, ada di antara mereka yang telah mula menjauhkan diri daripada saya. Mereka turut mengatakan saya sebagai Perkasa Cina" katanya ketika ditemui.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! DAP SONGLAP DUIT KERAJAAN NEGERI UNTUK TAJA RED BEAN ARMY ???

Posted: 29 Apr 2013 07:00 PM PDT


Red Bean Army iaitu sekumpulan 'tentera siber' yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas.Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook,twitter,email,komen, dll) iaitu sekitar 60,000.Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut 'menyambung' kerja mereka melalui media sosial.Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar,Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur.Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah : 

 · menyerang laman web pro-kerajaan, 
 · menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan, 
 · menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan, 
 · mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif, 
 · menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet, 
 · mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan, 
 · menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP 

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar,memanipulasi maklumat,menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin.Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan.Justeru,tidak hairan jika satu isu kecil,contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun,telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata.Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar.Jika kena isunya,maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat.Pendek kata,kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini.Lebih dahsyat,bagi mencapai objektif mereka,DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.  

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran,tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa.Artis Korea popular,Psy,adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu.Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen,Jackie Chan dan Datuk Michelle Yeoh.Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini.Malah tokoh Sami tersohor Buddha,Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Datuk Seri Najib.Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara 'maya' tetapi secara langsung juga. 

Sekiranya mangsa masih berdegil,maka ugutan dan ancaman ini akan 'dipanjangkan' kepada keluarga dan periuk nasi mangsa.Ini bermakna,mereka akan mengganggu keluarga mangsa,menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan 'tiada pilihan'.Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun,iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan.Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi 'milik' Anwar Ibrahim.Dari situ,beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam 'perang menentang kerajaan'.Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita,Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi.Namun,sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini. 

Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam.Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu.Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti.Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.Menurutnya,ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya.Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya.Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk 'membunuh orang'.Dengan apa yang dilalui Yee Aun,maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP.Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet.Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan 'spam' supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet.Malah,kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber.Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar,terutamanya. 

Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP,maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah 'dibeli' kerajaan.Namun,sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran,mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka.Tunku Abdul Aziz,bekas Pengerusi DAP,bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu,bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah bar-baru ini,Pengerusi DAP Johor,Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak. Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP,maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini ??? Tidak lain tidak bukan,wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini.Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat ??? Wang pembayar cukai ??? Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti ??? Di manakah cekap,amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP ??? Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup (KKK) ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! #TOLAKPR !!! UNDI SAYA BUKAN UNTUK PAS - DAP JOHOR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Apr 2013 05:00 PM PDT


Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong dan pengikut akar umbi Pas,akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR.Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.Sebelum ini Norman Fernandez,Timbalan Pengerusi DAP Johor,telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang.Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya."Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya.Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa.DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan.

DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini," katanya sebelum ini.Tidak cukup dengan itu,Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'.Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan 'Selamat Hari Krismas' kepada orang Kristian.Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan,turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam.Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama.Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu,sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.Kesimpulannya,walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku,namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman.Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...