BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG TAK NAK ANWAR IBRAHIM JADI PM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Apr 2013 08:30 AM PDT


Dalam siri kempen untuk Gelang Patah,calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM.Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Datuk Seri Najib,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang,yang mana disambut dengan "Hadi Awang" oleh penyokong-penyokong.Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim ???? Ini menimbulkan pelbagai persoalan.Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM.Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yangditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. 

Adakah permainan politik yang cuba dimainkan oleh DAP ??? Adakah DAP berfikir PAS lebih senang dimanipulasi berbanding PKR ??? Lim Kit Siang seharusnya berani tampilkan pendiriannya untuk umumkan Hadi sebagai calon pilihan DAP sebagai PM Malaysia sekiranya Pakatan menang PRU13.Mungkin jelak dengan permainan PKR menyebabkan Kit Siang beralih arah kepada Hadi Awang.PKR juga dilihat melebihi sudu dari kuah apabila sanggup bertelagah dengan parti yang lebih tua daripada mereka,iaitu PAS dan DAP dengan sesuka hati meletakkan calon mereka di kerusi yang diinginkan mereka sehingga menimbulkan pertelingkahan.Sedangkan DAP dan PAS adalah parti pembangkang yang terawal wujud di negara ini.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! 'PENGUNDI HANTU' !!! NURUL IZZAH BUAT HAL LAGI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 25 Apr 2013 05:00 AM PDT


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kini tersepit selepas gagal memainkan isu pengundi hantu di Lembah Pantai.50 orang "pengundi hantu" yang dicanang oleh Nurul Izzah tampil membuat kenyataan membidas beliau kerana menafikan hak mereka untuk mengundi dalam PRU13.Kejahilan Izzah tentang sejarah Lembah Pantai kini telah makan diri.Dulu banyak kawasan setinggan di Lembah Pantai dan "pengundi-pengundi hantu" ini yang duduk di situ telah menggunakan alamat lama untuk mendaftar mengundi.Hasil kerja keras kerajaan Barisan Nasional,Lembah Pantai kini telah pesat membangun dan tiada lagi pengundi yang duduk di setinggan.Mereka telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan yang lebih selesa.Mereka ini telah lama menetap,bekerja dan lahir di sini.Ada juga "pengundi hantu" yang sudah mengundi sebelum Izzah lahir lagi.Tindakan melabelkan mereka sebagai "pengundi hantu" ini adalah sebahagian taktik politik keji Izzah untuk managih simpati. 

Memandangkan Izzah cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi,4,637 orang pengundi di Parlimen Lembah Pantai akan pastikan Nurul Izzah tersungkur pada PRU kali ini.Sebelum itu permohonan Semakan Kehakiman Nurul Izzah untuk membatalkan 4,000 nama pengundi di Lembah Pantai telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.Setelah gagal dengan isu pengundi hantu,Nurul Izzah mula politik kotor dengan serang peribadi keluarga Raja Nong Chik.Politik sebegini tidak akan membantu Izzah untuk menang pilihan raya.Bagi penduduk Lembah Pantai yang miskin,Nong Chik adalah menteri mereka.Nong telah banyak membantu mereka dan sebagai Menteri Wilayah, terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan.Sebaik sahaja Ketua Wanita Umno,Datuk Seri Shahrizat Jalil kalah pada 2008,Nong Chik yang baru dilantik sebagai Menteri Wilayah ketika itu terus mengeluarkan surat tawaran kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan harga RM35000 seunit di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR). 

Itu baru bab rumah. Belum masuk lagi bab jalan yang ditar dan banyak lagi projek-projek pembangunan di Lembah Pantai.Mungkin Izzah adalah pendengar yang baik tetapi setakat mendengar,menjanjikan pelbagai perkara yang sekadar manis dibibir tidak akan mampu memberi sesuatu yang bermakna kepada rakyat.Dalam sibuk Izzah berkempen memburuk-burukkan kerajaan,Izzah terlupa isu kehidupan lebih penting kepada orang miskin daripada isu hak asasi manusia,kebebasan dan demokrasi yang penting bagi pengundi golongan pertengahan dan elit. Walaupun beliau hebat berkempen dimedia massa,hakikatnya pengundi tempatan sahaja yang mengetahui sama ada segala dakwaan Izzah itu betul atau tidak.Izzah juga buat kerja tapi tidak sebanyak Nong Chik.Izzah bekerja untuk pilihan raya tetapi Nong Chik bekerja sepanjang masa demi rakyat. Rumah PPR yang suatu ketika dulu,penduduk kena sewa dengan DBKL tapi kini tidak lagi.Usaha dan kerja keras Nong Chik membuahkan hasil apabila kementerian kewangan bersetuju untuk menjual rumah PPR yang disewa selama ini kepada golongan miskin yang memerlukan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS SEDIA TERAJANG DAP JIKA DAP HALANG UNTUK BUAT HUDUD ??? FUYOOOOO !!!

Posted: 25 Apr 2013 01:30 AM PDT


Timbalan Musyidul Am PAS,Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.Menurut Haron Din,kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.Begitu pun,kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas,Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP,sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. 

DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam,sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini.Malah pada 30 Julai 2012,Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya. Dari satu sudut,jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din,ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP,Senario ini nampak mustahil tapi logik.Andai benar sedemikian,saya boleh jangkakan PR tidak akan kekal lama sebaliknya haru-biru dan kecelaruan pula yang menimpa negara disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan yang tak sepakat.Yang pastinya,percanggahan ketara di antara PAS dan DAP hari ini hakikatnya membuktikan ketidaksepakatan PR,ia mungkin dianggap kecil tapi bagi khalayak bagaimana mungkin sebuah pakatan yang tidur sebantal mimpi lain-lain mampu membawa perubahan yang di war-warkan.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI SUDAH !!! #PRU13 !!! PECAH CERMIN VAN !!! SENDIRI YANG PECAHKAN ITUPUN TUDUH UMNO ???

Posted: 24 Apr 2013 10:00 PM PDT



Di dalam kerancakan berkempen,nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi. Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh,Bakri.Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri,Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.Melalui pandangan mata kasar,pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap.Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa,sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.Sebagai contoh,lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti 'ultra kiasu' tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.Namun ketika proses penamaan baru-baru ini,kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan 'air mata palsu' Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi,mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster,Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera,pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.Menurut sumber,kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan 'orang suruhan' DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut.Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri,sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PERMAINAN POLITIK YANG KOTOR OLEH PUAK PR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Apr 2013 07:00 PM PDT


Beberapa hari sebelum hari penamaan calon sempena PRU 13 berlangsung,PR khususnya PKR agak fokus dalam mencanang propaganda kononnya Mufti Perlis iaitu Dr Juanda Jaya bakal mewakili parti itu di Parlimen Kangar.Secara umumnya propaganda itu berjaya menarik perhatian umum malah turut menyemarakkan semula semangat penyokong PKR yang hampir longlai gara-gara diselubungi pelbagai isu terutama sekali perihal perebutan kerusi sesama PR.Tiba hari penamaan,akhirnya kebenaran terserlah apabila Dr Juanda tidak muncul sebaliknya calon PAS pula yang bertanding di Parlimen Kangar.Hancur luluh harapan penyokong PR untuk melihat seorang Mufti menjadi calon mereka. 

Rupa-rupanya sedari awal lagi Dr Juanda tidak pernah memberi kata putus,ini bermakna pengumuman PKR sebelum ini tidak hanya satu propaganda kosong tapi juga satu taktikal politik yang kotor,jijik dan jahat. Patutlah beberapa hari sebelum penamaan calon,Dr Juanda pernah melabelkan berita mengenai dirinya bakal menjadi calon PKR merupakan berita dari syaitan.Rupanya memang betul,kerana hanya syaitan saja yang gemar menggunakan taktik kotor disebabkan niatnya memang jahat sejak azali,Tapi nak pelik apa dengan taktik kotor yang diguna pakai oleh PR,sedangkan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu di Sabah boleh ditajanya,apa sangatlah setakat memperalatkan nama orang lain untuk kepentingan politik kepartian,Dr Juanda mungkin kritis pada BN tapi seperti mana beliau akui,walaupun bukan penyokong tegar BN tapi tiap kali pilihan raya umum berlangsung beliau sentiasa mengundi BN kerana hanya parti itu yang konsisten menegakkan Islam. 

Kenyataan Dr Juanda benar,jika tidak,masakan Imam Masjid Al-Nabawi,Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair juga mengiktiraf usaha Kerajaan BN dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.Baik kenyataan Dr Juanda mahu pun pujian yang diluahkan oleh Imam Masjid Al-Nabawi,Madinah itu,ia jelas menunjukkan BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia.Jika PR tidak sinonim dengan taktik kotor dan tidak bergelumang dengan liberalisme dan pluralisme,mungkin Dr Juanda memihak kepada PR dan Imam Madinah itu pula akan memuji PKR atau PAS,namun realiti hari ini menunjukkan orang yang bersih jiwa raganya selesa bersama BN.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ROBOH KUIL !!! KAUM INDIA TIDAK AKAN MAAFKAN PR ???

Posted: 24 Apr 2013 04:00 PM PDT


Kaum India di Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana mendapat 'pengajaran' awal mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan PR.Selama sepenggal kaum India berpeluang menonton sendiri bagaimana parti pembangkang itu langsung tidak menghormati kaum India.Jika di dalam BN,kaum India ada tempat khas dan kukuh untuk berdiri atau mengadu nasib tetapi di dalam PR,walaupun terdapat dua parti berbagai kaum iaitu PKR dan DAP namun tidak ada satupun yang meletakkan nasib kaum India sebagai keutamaan.anda melihat sendiri bagaimana DAP mengenepikan kaum India di Pulau Pinang,bukan sahaja dari segi jawatan mereka dipinggirkan tetapi nasib rakyat biasa keturunan India juga hanya dilihat dengan sebelah mata sahaja.Jika kaum Melayu dibenci,kaum India pula tidak dipeduli oleh DAP.Tanpa berfikir panjang DAP merobohkan kampung India dan Melayu bagi membolehkan pembangunan yang menguntungkan kaum Cina dilaksanakan.Kampung Buah Pala iaitu sebuah kampung India di Pulau Pinang akan tetap menjadi simbol kekejaman PR terhadap kaum India. 

Lebih malang bagi kaum India ialah,walaupun Selangor diterajui oleh PKR tetapi secara dasarnya,keseluruhan PR adalah diterajui oleh DAP yang hanya mengutamakan kaum Cina,manakala PKR pula tidak berminat untuk membela nasib sesiapa melainkan nasib Anwar Ibrahim anak beranak dan kroninya.Justeru,kaum India terus ditolak ke tepi dan ke belakang tanpa pembelaan yang sewajarnya dan yang bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak dalam kepimpinan PR. Bukti bahawa kaum India telah dianaktirikan boleh dilihat dalam tindakan PR merobohkan sehingga 7 kuil sepanjang penggal ini.Antara kuil tersebut,termasuklah yang dibina di dalam pekarangan rumah.Tiada alasan yang benar-benar kukuh bagi PR untuk memperlakukan kaum India sebegitu,terutama sekali apabila parti itu telah menabur berbagai janji bulan dan bintang untuk membantu kaum tersebut sekiranya mereka memerintah.Kini terbukti semua janji itu hanyalah janji palsu.Bagi kaum India,sepenggal di bawah PR sudah cukup untuk memberi pengajaran agar tidak lagi melakukan kesilapan dalam pilihanraya.Dari situlah kita menyaksikan satu demi satu kumpulan India meninggalkan PR menjelang PRU-13. 

Kebanyakan mereka dari parti DAP dan selebihnya dari PKR.Benar,di dalam PR,khasnya DAP,ada Karpal Singh yang sepatutnya mewakili kaum India.Tetapi,mungkin sebagai 'Singh' beliau tidak begitu dekat dengan sentimen masyarakat India kebanyakan.Lebih teruk,Karpal Singh juga sama saja seperti Anwar Ibrahim yang hanya mengutamakan anak beranaknya.Pendek kata,bagi PR,kaum India hanyalah diperlukan sebagai pengundi.Untuk tujuan itu,hati kaum India diambil dengan cara berpakaian ala India, malah menari dan menyanyi lagu India.Inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk menarik hati kaum itu. Namun,lebih dari itu,Anwar tidak berbuat apa-apa lagi untuk mereka. Berdasarkan hakikat ini,maka kaum India seharusnya sudah menyedari akan 'keindahan' parti Barisan Nasional. BN telah memandang ke hadapan dan telah menjangkakan perkara sebegini.Kerana itu,BN menyediakan platform khas untuk setiap kaum supaya tiada siapa yang terpinggir. Inilah bukti kebijaksanaan kepimpinan BN sejak dahulu lagi.Hari ini,kita telah melihat sendiri bagaimana 'parti berbagai kaum' sebenarnya adalah jauh lebih rasis dari 'parti satu kaum'.Semoga pengajaran yang didapati selama sepenggal ini akan membantu kaum India membuat pilihan yang tepat dalam PRU kali ini

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...