BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PM @NAJIBRAZAK DI SAMBUT MERIAH DI SELANGOR !!! BUKTI RAKYAT INGIN PERUBAHAN !!!

Posted: 24 Apr 2013 12:00 PM PDT


Seperti semua maklum,hari penamaan calon telah berlangsung pada 20 April yang lalu dan dengan itu rasminya tempoh berkempen bermula.Tempoh berkempen diberikan SPR adalah selama dua minggu sehinggalah hari mengundi yang telah ditetapkan pada 5 Meiakan datang.Jadi,BN sendiri tidak melepaskan peluang untuk turun ke padang lebih dari biasa untuk memberikan sokongan dan menyebarkan maklumat kepada rakyat.Ini bagi memastikan legasi kepimpinan BN tidak tamat dan negara tidak musnah jika ditadbir PR.Selangor walaupun berada di bawah pentadbiran pembangkang,BN tidak memandang sebelah mata akan negeri yang satu ini.Selangor dilihat harus kembali ke tangan BN bagi memastikan hak dan keperluan rakyat terjaga dan menghentikan penganiayaan PR kepada rakyat selama lima tahun sudah. 

Sejurus itu,kempen Barisan Nasional dilihat mendapat sambutan luar biasa di Selangor yang diketuai PM sendiri.Kemuncaknya adalah apabila kehadiran 60,000 rakyat dalam majlis ramah mesra bersama PM di Westport,Klang beberapa hari yang lalu.Dengan sambutan yang memberangsangkan dari rakyat,PM memulakan siri kempen di Sabah hari ini.Ini adalah salah satu usaha untuk memperkuatkan semangat penyokong BN di sana sebelum mereka tertipu dengan dakyah pembangkang.Isu Pencerobohan Pengganas Sulu dijangka akan menjadi antara isu hangat.Ekoran itu PM telah mengajak rakyat Sabah agar "menghukum" PR dalam PRU13 ini.Kebiadapan pemimpin-pemimpin PR membidas pencerobohan Sulu sebagai rancangan UMNO membangkitkan kemarahan rakyat khususnya di Sabah.PM bakal umum beberapa lagi langkah tambahan khusus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat Sabah.Lihatlah pengorbanan yang dilakukan PM bagi memastikan rakyat tetap berada di belakangnya.Pemimpin PR pula sibuk bertelagah sesama sendiri bagi merebut kerusi dan sibuk juga meletak calon parti mereka untuk jadi PM.Diharap,setiap pengorbanan yang dilaksanakan PM mendapat sokongan penuh dan padu daripada rakyat supaya Malaysia boleh kekal maju dan aman.Dengan transformasi yang dilakukan PM,maka Malaysia dilihat boleh mencapai matlamat 2020 dalam beberapa tahun lagi

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! MAT TAIB SETARAF BOB LOKMAN DAN ABBY ABADI ???

Posted: 24 Apr 2013 08:30 AM PDT


Rasanya tidak perlulah kita korek dan ulang lagi siapa Mat Taib atau Muhammad Muhammad Taib atau nama 'glamournya',Mike Tyson.Beliaulah bekas Menteri Besar Selangor yang terkantoi bawa wang sebanyak RM3.8 juta ke Australia.Memandangkan UMNO bukanlah seperti PAS yang sentiasa memejamkan mata mengenai kesalahan pemimpin mereka,maka pada April 1997,Mat Taib telah diarahkan meletakkan jawatannya.Sebelum kejadian tersebut,Mat Taib telah lama memeningkan kepala UMNO kerana berkahwin lari di Thailand dengan Tengku Puteri Zaharia iaitu puteri kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Justeru,perletakan jawatan beliau atas kes itu sebenarnya merupakan satu 'kelegaan' buat UMNO.Walaubagaimanapun,beliau kembali mengganggu UMNO pada 2006 apabila Tun Abdullah Badawi,melantik Mat Taib ke Dewan Negara.Perlantikan itu bagaimanapun hanya sekejap sahaja kerana sejurus selepas Datuk Seri Najib mengambil-alih tampuk pemerintahan,khidmat Mat Taib di Dewan Negara pun ditamatkan.Apa yang berlaku membuktikan betapa kepimpinan benar-benar ingin membersihkan parti ini dari mereka-mereka yang bermasalah dan tidak mampu berkhidmat dengan baik.Dalam kata lain,mereka yang tidak mampu menyumbang dan sebaliknya hanya menambahkan masalah kepada parti. 

Hari ini,terbuktilah bahawa sikap 'dingin' UMNO terhadap Mat Taib selama ini adalah berasas.Mat Taib jelas tidak layak duduk di dalam parti keramat ini apabila bertindak keluar parti dan menyertai PAS hanya kerana menantunya,Ahmad Affandi Hamzah,Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya telah tidak tercalon di DUN Seri Setia.Ini menunjukkan yang Mat Taib sebenarnya masih tidak dapat menerima 'kejatuhannya' serta masih mengharapkan 'pujukan' dari kepimpinan dengan cara 'memberi muka' kepada kaum kerabatnya.Mat Taib lupa bahawa pilihanraya bukanlah soal dirinya,tetapi soal agama, bangsa dan negara.Sebagai ahli politik,tentulah Mat Taib tidak mengaku bahawa keputusan masuk PAS itu adalah kerana menantunya tidak tercalon.Sebaliknya,Mat Taib memberi alasan bahawa pengacara TV di Malaysia ada yang tidak bertudung sekali gus menunjukkan yang kepimpinan tidak cukup Islam.Oleh itu,beliau memilih PAS kerana PAS menekankan soal tudung maka PAS lebih Islam dari UMNO.

untuk mat taib,saya nak pesan sikit,tidak usahlah anda memberi alasan 'agama' apabila memilih untuk menyertai PAS kerana parti PAS itulah yang melacurkan agama Islam di negara ini sehinggakan segala yang haram dihalalkan,segala yang halal diharamkan,bukti yang nyata dinafikan,segala yang salah ditutup asalkan memberi keuntungan politik kepada parti mereka.Kita telah pun menerima hakikat bahawa Mat Taib bukanlah seorang yang hebat sangat,tetapi sungguh kita tak sangka yang beliau rupanya hanya setaraf Bob Lokman atau Abby Abadi yang menyangka PAS itu Islam dan Islam itu PAS.Apakah bagi Mat Taib,setelah para wanita bertudung,maka segala maksiat,skandal dan salahlaku sesiapa sahaja termasuk pemimpin akan automatik menjadi halal ??? Tetapi kenapa Mustafa Ali memilih wanita tidak bertudung sebagai 'teman seperjuangan' di atas katil ??? Mungkinkah sekiranya wanita itu bertudung maka automatik penzinaan mereka menjadi halal ??? Atau ia sememangnya halal kerana yang melakukannya adalah pemimpin PAS ??? 

Apapun,terpulanglah kepada Mat Taib untuk menjustifikasikan kepada dirinya sendiri berkenaan pemergiannya ke PAS.Untuk pengetahuan Mat Taib,ia adalah satu pemergian yang diraikan,sama seperti pemergian Kadir Sheikh Fadzir juga yang terkenal korup dan kotor dan walaupun rajin turun padang tetapi tidak pernah menunaikan janji.Orang begini tidak layak berada di dalam UMNO,mereka hanya layak dibakulsampahkan ke dalam PAS atau PKR atau DAP sahaja.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Mat Taib kerana meninggalkan UMNO.saya minta maaf,artikel ini bukan untuk menghina tetapi kenyataan

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ISU PIL KUDA !!! HADI AWANG WAJIB LAPOR POLIS !!! ADA BERANI ???

Posted: 24 Apr 2013 05:00 AM PDT


Pendedahan yang menggemparkan oleh Presiden PAS,Abdul Hadi Awang mengenai kewujudan aktiviti pengedaran pil kuda membabitkan calon PKR adalah satu dakwaan yang cukup serius dan tidak boleh dipandang ringan sama sekali.Dakwa Presiden PAS itu, "ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda.Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut.Orang Keadilan pun tak terima." 

Hadi tentu ada asas kukuh bila membuat dakwaan tersebut apatah lagi beliau menegaskan itulah puncanya yang menyebabkan PAS sengaja menghantar calon-calonnya bertanding di beberapa kawasan yang dikhususkan kepada PKR.Begitu pun tetap wujud persoalannya,kenapa hanya ketika penamaan calon baru PAS bertindak ??? Sedangkan PAS mempunyai masa berhari-hari lamanya untuk mendesak pucuk pimpinan PKR menghalusi semula calon mereka seterusnya diganti dengan calon baru.Tapi tidak dilakukan,pelik bukan ???  Menariknya sehari selepas Hadi membuat pendedahan itu,PKR kemudiannya mengarahkan tiga orang calonnya yang bertindih dengan PAS di DUN Bukit Besi,Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu menarik diri dari bertanding dalam PRU-13.Sukar untuk dipastikan sama ada ketiga-tiga calon PKR itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Hadi,namun melihat pada reaksi segera oleh pucuk pimpinan PKR mengarahkan calon-calonnya menarik diri seakan mengiakan dakwaan Presiden PAS.

Namun demikian,keadilan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada cakap-cakap mulut atau setakat dakwaan umum semata-mata,kepastian hakiki perlu diusahakan bagi merungkai kebenaran sama betul atau tidak dakwaan yang dibuat. Justeru itu wajar siasatan terperinci dilakukan.Untuk itu,Hadi perlu tampil membuat laporan polis untuk membolehkan satu siasatan menyeluruh dilaksanakan. Sebagai individu yang bertanggungjawab mendedahkan perkara tersebut tentunya Presiden PAS itu mempunyai maklumat yang diperlukan,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ???

EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! KANTOI !!! KISAH ANGAN-ANGAN MAT JENIN ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Apr 2013 01:30 AM PDT


"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi,jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.Lepas (angkat sumpah) itu,TV3 dan RTM datang,beratur nak temu ramah.Saya kata pergi belakang dulu,kasi ajar sikit." 

Kenyataan di atas bukannya rekaan sesiapa tetapi itulah imaginasi Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang diluahkan sendiri dalam satu kempen politiknya di hadapan kira-kira 1,500 orang penyokong PR di Parit,Perak kelmarin.Imaginasinya itu menggambarkan dirinya adalah Perdana Menteri selepas PRU-13 meskipun realitinya kempen pilihan raya baru sahaja masuk hari kedua.Pakatan pembangkang sedang tunggang terbalik bercakaran sesama sendiri,dia sempat lagi berfantasi.Begitu tinggi sekali angan-angan Anwar, melayang-layang mencecah awan tapi itulah hakikatnya yang menggambarkan betapa kemaruk sekali suami kepada Presiden PKR itu mahu menggapai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Tatkala BN sibuk menabur bakti menggandakan kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara, Anwar pula tak habis-habis dengan angan-angannya sambil menabur janji dicapati dari manifesto bukan janji. Lain tak ada kerana kerusi empuk PM itu juga yang dia nak kejar dan asyik terbayang dalam kepalanya. 

Dia punya kemaruk mengalahkan Mat Jenin punya angan-angan,sampaikan terbawa-bawa ke alam fantasi.Tapi tak kisahlah,sama ada Anwar nak jadi Mat Jenin dan berfantasi siang dan malam,namun Ketua Umum PKR yang kemaruk nak menjadi PM itu perlu sedar,medan pilihan raya bukannya pentas untuk mencapai kepentingan peribadi.Umum tahu Anwar sebenarnya terdesak untuk mencapai angan-angan Mat Jeninnya,dah tak terdaya untuk menanggung kekecewaan berulang kali termasuklah kegagalan paling mengaibkan dalam projek lompat 16 September 2008 yang sampai sekarang masih menjadi gelak tawa orang ramai.Lagi pun Anwar tahu senario semasa sudah tidak memihak padanya, malah PAS yang dulunya kuat menyokongnya sekarang pun semakin was-was dan meragui kelayakan Anwar untuk menjadi PM. Mahu tak mahu,terpaksalah Anwar mencanangkan imaginasinya untuk menghiburkan hati.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM MINTA DERMA RM222 DARIPADA 1000 ORANG ??? MANA DUIT MEMALI ???

Posted: 23 Apr 2013 09:54 PM PDT


Tak habis-habis pembangkang minta derma,belum lagi dijawab ke mana pergi duit tabung derma ceramah pembangkang, sekali lagi PR PR mengeluarkan arahan kepada pengikutnya untuk menderma kepada "perjuangan" parti.Pada hari Sabtu 20 April 2013 jam 12:25tengahari,beberapa orang telah menerima emel dari info@anwaribrahim.com yang meminta derma berjumlah RM222.Pada hari yang sama jam 10:26 malam,satu lagi emel dari sumber yang sama menyatakan bahawa "Projek 222" telah berjaya.Dengan mengandaikan Anwar Ibrahim telah meminta derma RM222 dari seribu orang,bermakna tidak sampai sehari beliau telah berjaya mengumpul sejumlah RM222,000.Walaupun meminta derma dari warga internet bukan satu kesalahan,namun Anwar harus menjelaskan kepada setiap orang yang menerima emel tersebut.Akaun siapakah yang digunakan untuk mengutip derma tersebut dan berapa ramai pula yang telah menderma ??? 

Anwar harus menyenaraikan kesemua penderma dan berapa jumlah yang dikumpul untuk menunjukkan ketelusan.Selain dari emel yang dibalas,adakah Anwar akan mengeluarkan kenyataan umum tentang jumlah derma yang dikumpulkan ??? Paling penting sekali,untuk tujuan apakah derma ini dikumpulkan ??? Anwar Ibrahim harus menjawab kesemua persoalan ini.Ini kerana tiada kenyataan khusus mengenai aliran tabung derma dalam ceramah mereka ekoran ianya tidak diaudit.Adakah ia digunakan untuk tujuan yang betul ataupun untuk mengenyangkan pemimpin parti ??? Janganlah mengambil kesempatan terhadap ahli parti yang begitu setia memberi sumbangan.Anwar perlu mengeluarkan kenyataan dengan jelas ke mana perbelanjaan wang itu disalurkan,kerana derma adalah amanah daripada orang ramai.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...