BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ARIFF SABRI BAKAL TERKUBUR DI RAUB !!!

Posted: 16 Apr 2013 12:00 PM PDT


Parlimen Raub yang mempunyai 49.12% pengundi Melayu,43.51% pengundi Cina,India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008 dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya,Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAP.Kawasan itu umumnya dianggap oleh DAP sebagai satu kerusi yang berpotensi dimenanginya dalam PRU 13,justeru itu untuk merealisasikannya DAP menaruh besar kepada calon kitar semula Ariff Sabri Abdul Aziz bagi merampas Parlimen Raub dari genggaman BN.Ia mungkin satu kebanggaan bagi Ariff Sabri kerana tindakannya keluar dari UMNO pada Januari 2012 semata-mata untuk mengintai peluang menjadi calon DAP akhirnya berbaloi dengan pengesahannya sebagai pembawa panji DAP bagi Parlimen Raub.Namun harapannya untuk menang hakikatnya terlalu menggunung tinggi dan langsung tak terdaya dipikul oleh Ariff Sabri,apatah lagi bekas ADUN Pulau Manis (2004-2008) itu bukanlah seorang yang berpengaruh malah hubungannya dengan rakyat Pahang juga terlalu besar jurangnya. 

Sewaktu Ariff Sabri menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal pun jasa baktinya tak terasa dek rakyat setempat dalam DUN Pulau Manis,inikan pula mahu menyumbang bakti untuk penduduk yang jauh lebih besar dalam Parlimen Raub.Lawannya di Parlimen Raub iaitu EXCO Kerajaan Negeri,Datuk Hoh Khai Mun bukannya kecil anak,sebaliknya merupakan pemimpin MCA yang cukup berkaliber dan cukup dihormati ramai kerana kerja buatnya yang bermanfaat untuk rakyat tanpa mengira kaum.Hoh Khai Mun yang juga merupakan bekas ADUN Bilut dan kini adalah Ketua MCA Bahagian Bentong dijangkakan tidak berhadapan laluan sukar untuk mengekalkan Parlimen Raub dengan majoriti yang lebih besar pada PRU kali ini.Berdasarkan trend sokongan semasa,BN berpeluang mengekalkan penguasaannya di dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Raub dengan undi yang lebih selesa selain memberi tentangan sengit kepada DAP di kerusi DUN N7 Tras serta berpeluang mengurangkan majoriti kemenangan DAP di situ.Dengan rekod perkhidmatan Hoh Khai Mun,trend sokongan umum yang semakin memihak kepada BN di seluruh negara termasuk di Parlimen Raub,tidak syak lagi ia merupakan mimpi ngeri untuk DAP dan Ariff Sabri pastinya akan terkubur di Raub sekaligus menjadi noktah akhir hayat politiknya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NIK AZIZ MEMPERLEKEH SULTAN JOHOR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 16 Apr 2013 05:00 AM PDT


Beberapa hari lepas,pakatan pembangkang melancarkan manifesto khusus untuk negeri Johor yang bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" di Hotel New York di Johor Bharu.Antara intipati utamanya ialah jawatan Menteri Besar hanya dipegang selama dua penggal sahaja.

"Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja.macam presiden Amerika.Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt'," demikian kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis tersebut. 

Menariknya pelancaran manifesto serba unik ini dijayakan dan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 5 penggal berturut-turut.Kehadiran Nik Aziz bererti MB Kelantan itu bersetuju dengan intipati manifesto PR Johor,ia juga seakan bermaksud Nik Aziz mahu mengajar rakyat Johor cara berpolitik.Tambah unik lagi,majlis pelancaran manifesto ini turut disertai Penasihat DAP,Lim Kit Siang yang sudah berpuluh tahun menguasai parti itu seumpama mengemudi sebuah syarikat hak milik keluarga.Memang menarik,unik dan pelik,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Tapi ia tidak begitu mengejutkan,kerana sudah tabii semula jadi pemimpin PR untuk berjanji dan bercakap tanpa melihat kelemahan yang mereka sendiri miliki.Tapi tak mustahil,hakikat sebenarnya PR Johor khususnya pemimpin DAP negeri itu sengaja menekankan isu MB dua penggal sekadar untuk menyindir Nik Aziz sambil sinis menempelak Lim Kit Siang.Apa pun,sama ada BN atau PR,hakikatnya hak mutlak penentuan siapa yang akan mengisi jawatan itu hanya akan diputuskan oleh DYMM Sultan Johor. 

Parti yang menang hanya berhak membawa nama calon tapi yang akan mengisi jawatan itu kelak tetap di tangan DYMM Sultan Johor.Demikian juga berapa penggal seseorang itu menjadi MB,ia tetap memerlukan perkenan DYMM Sultan Johor. Baginda tahu berapa lama seseorang itu wajar menjadi MB di negeri yang di perintah oleh Baginda.Nik Aziz yang sudah berpenggal-penggal menjadi MB di Kelantan sepatutnya tidak perlu campur tangan di negeri orang dengan melancarkan manifesto PR yang menetapkan berapa lama seseorang itu boleh menjadi MB di negeri Johor.Ia seperti satu penghinaan terhadap rakyat Johor dan sengaja mahu memperlekehkan kuasa DYMM Sultan Johor. Serahkan saja soal pemerintahan negeri kepada rakyatnya.Siapa Nik Aziz untuk menentukan itu dan ini ??? Lagi pun nampak sangat canggungnya seperti ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus apabila Nik Aziz yang sudah lima penggal menjadi MB tiba-tiba mahu memaksa rakyat Johor menerima idea seseorang MB hanya berhak memegang jawatan itu selama dua penggal sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAMAN WEB SUARA PR MILIK AZMIN ALI ???

Posted: 16 Apr 2013 01:32 AM PDT


Sebuah Laman web pro-PR iaitu Suara Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan kontroversi apabila mengeluarkan artikel-artikel yang bertentangan dengan arus pemikiran masyarakat malah langsung tidak mengambilkira sensitiviti agama mahupun kaum dalam membentangkan hujah.Beberapa kali laman tersebut membangkitkan kemarahan golongan-golongan tertentu antaranya,suku kaum di Sabah Sarawak malah menghina wira negara,Kanang Anak Langkau,memperlekehkan Ulama tersohor Malaysia,Allahyarham Dr. Uthman AlMuhammady,menyokong LGBT dan lain-lain lagi.Akibatnya,pihak PR berusaha menafikan bahawa laman tersebut milik mereka dan beberapa kali membuat kenyataan rasmi serta memberi amaran kepada penyokong mereka agar menjauhi laman tersebut.Namun,yang peliknya,apabila saja berlaku kontroversi dan pemimpin mereka membuat kenyataan akan menarik balik artikel tertentu,maka artikel tersebut pun ditarik balik oleh admin laman tersebut.Ini membuktikan wujudnya saluran terus antara admin laman itu dengan pemimpin atasan PR.Sehingga kini,tiada yang tampil mengakui bahawa laman kontroversi itu adalah miliknya manakala penyokong-penyokong PR pula memilih untuk menuduh laman tersebut sebagai sebahagian dari propaganda UMNO. 

Tuduhan tersebut jelas menunjukkan yang penyokong-penyokong PR kebanyakannya berada dalam keadaan penafian terhadap hakikat sebenar parti yang dijulang mereka iaitu menyokong LGBT,liberalisme serta pluralisme.Sedangkan perjuangan ini adalah perjuangan azali Anwar Ibrahim.Dari maklumat paling dalam dan 'paling halus',saya mendapat tahu bahawa laman ini adalah milik Azmin Ali dan digunakan sebagai pencetus cara pemikiran baru masyarakat Malaysia yang berlandaskan kebebasan tanpa had.Melalui laman ini juga,pihak Azmin atau Anwar,memantau penerimaan masyarakat terhadap cara pemikiran baru ini.Harapan mereka,suatu hari nanti,masyarakat Malaysia tidak lagi akan 'fobia' terhadap kebebasan dan kelainan dalam berbahasa,tingkahlaku atau budaya.Ini disokong oleh kenyataan Anwar di Australia baru-baru ini yang menuduh rakyat Malaysia mengalami sindrom 'xenophobia' iaitu takut kepada dunia luar atau apa yang asing dengan budaya kita.Adalah mustahil bagi Anwar untuk menerapkan cara pemikiran baru ini melalui kenyataan rasmi atau ceramah-ceramah terbuka kerana beliau pasti akan dikecam hebat oleh masyarakat. Walaupun begitu,Anwar telah beberapa kali 'tersasul' membela LGBT serta berdolak dalih tentang orientasi seksnya sendiri,namun penyokong PR masih lagi pura-pura tidak mendengar atau tidak memahaminya.Anwar sebenarnya sudah terlalu letih untuk terus berpura-pura selamanya dan laman Suara PR itu adalah satu-satunya platform untuk beliau menyerlahkan warna sebenarnya.Oleh yang demikian,penyokong-penyokong PR perlu menerima dengan tangan terbuka apakah parti yang disokong mereka dan siapakah 'bakal' Perdana Menteri mereka.Sekiranya,mereka sendiri tidak sanggup menerima cara pemikiran baru yang dipelopori Anwar/Azmin ini,maka inilah masanya mereka berbuat keputusan yang tepat,iaitu dengan menolak parti PR dalam PRU kali ini dan bukannya dengan menafikan hakikat bahawa laman web Suara PR adalah suara sebenar perjuangan mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PRU13 !!! MOTIF DI SEBALIK BANTUAN PARTI ASING KEPADA PR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 15 Apr 2013 10:00 PM PDT


Pendedahan mengenai parti politik negara jiran,iaitu People's Action Party (PAP),Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru.Oleh itu,apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi.Namun,bantuan PAP terhadap PR,khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei,Jumaat dan 6hb Mei,Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei,Ahad.Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia.Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP,masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kit Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja. PAP terbentuk dari semangat kiasu,rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu.Jika dikaji sejarah Singapura,kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam.Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP. 

Tidak cukup dengan itu,7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah,Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk 'mendekatkan' Malaysia kepada Singapura.Sebelum ini pun,PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas.Pendek kata,negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka.Cita-cita Lee Kuan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu. Walaupun pada zahirnya,Malaysia seolah-olah alpa,tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya.Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia,namun sebagai jiran yang matang,bijak dan berfikir panjang,Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka.Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan,kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan,tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini.Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura,iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat. 

Mentaliti 'dijajah' mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi 'agen' barat di rantau ini.Lebih dari itu,sikap iri hati,tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai 'bodoh' kerana diterajui oleh bangsa Melayu.Selain dendam peribadi Lee Kuan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu,Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan dan seperti juga bangsa-bangsa di barat,entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah,kalaupun bukan ancaman.Walau apapun,pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita,bukan Singapura.Setakat ini,kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya.Maka,yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja,iaitu tidaklah sebijak mana.Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara,iaitu keamanan,kestabilan dan kemanusiaan.Oleh itu,biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara,kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh.Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG NAK MERAMPAS JOHOR DI TANGAN DATUK ABDUL GHANI OTHMAN ???

Posted: 15 Apr 2013 07:00 PM PDT


Dalam suasana politik demokrasi,seorang wakil rakyat yang baik pasti disayangi oleh rakyat di kawasannya dan beliau juga pasti berat hati untuk bertanding di tempat lain kerana tindakan itu akan dilihat seperti mengabaikan rakyat kawasannya.Justeru,wakil rakyat yang baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan tersebut.Buktinya,Datuk Seri Najib,Tun Mahathir dan mana-mana ahli politik yang disanjung rakyat jarang sekali bertukar-tukar kawasan. Ini amatlah berbeza dengan pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang.Lim Kit Siang pastinya benar-benar menghayati slogan 'ubah' DAP kerana asyik berubah-ubah kawasan bertanding.Sejak dari 1969,Lim Kit Siang asyik berubah kerusi antaranya, Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978), Petaling Jaya (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong (1986–1999), dan akhir sekali Ipoh Timur pada 2004 dan kini berubah angin lagi ke Gelang Patah.Jangan ditanya apa jasanya kepada semua kawasan-kawasan tersebut, kerana tidak ada langsung.Satu-satunya 'khidmat' yang disumbang kepada rakyat kawasannya ialah perpecahan dan semangat perkauman serta kebencian yang meluap-luap.Jelas,Lim Kit Siang bertanding bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi untuk mencari tapak untuk berkuasa.Namun,'perubahan angin' yang dilakukannya kali ini dilihat punya signifikan tersendiri iaitu untuk memecahkan dominasi UMNO serta perpaduan antara kaum di Johor di samping mengorak langkah susulan untuk membantu menyerapkan roh PAP Singapura dengan lebih kukuh melalui negeri di hujung semenanjung itu.

Dengan Pulau Pinang sudah dikuasai dan jika bernasib baik,Johor pula,maka DAP atau lebih tepat,PAP akan dapat menguasai dua dari 'pintu masuk utama' ke Malaysia.Kita sedia maklum akan bantuan kewangan secara bulanan kepada DAP daripada PAP dan kita juga sedia maklum bagaimana kerajaan Singapura memberi bantuan khas kepada DAP dalam berbagai bentuk termasuk tenagakerja bagi menghadapi PRU kali ini.Di Gelang Patah,Lim Kit Siang akan bertembung dengan Datuk Abd. Ghani Othman.Kerusi Gelang Patah yang mempunyai pecahan kaum Cina 54%,Melayu 34% dan India 12% sebelum ini dipegang oleh MCA yang telah bersetuju untuk menyerahkannya kepada UMNO.Penyandang kerusi tersebut,iaitu Ketua Wanita MCA Johor,Tan Ah Eng telah mendapat majoriti sebanyak 8,851 undi,iaitu jauh lebih kecil dari majoriti yang diperolehi pada 2004 sebanyak 31,666 undi.Datuk Abd. Ghani sebelum ini bertanding di kerusi Ledang dan pertukarannya ke Gelang Patah dikatakan sebagai strategi BN untuk merebut undi penentu iaitu undi Melayu dari Lim Kit Siang.

Apapun,kita melihat yang Lim Kit Siang bukannya mencabar Datuk Abd. Ghani,tetapi sebenarnya mencabar seluruh rakyat Johor dan juga konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.Kita tahu bahawa politik Lim Kit Siang adalah politik perkauman.Walaupun Kit Siang menafikan tuduhan ini tetapi cakap-cakapnya dalam setiap ceramahnya adalah jelas di mana hujah utamanya sering tertumpu mengenai kerajaan yang diterajui UMNO (Melayu),lembab,korup dan malas,UMNO menganaktirikan kaum bukan Melayu,perlembagaan UMNO berat sebelah kepada kaum Melayu,kaum Cina dinafikan hak dan berbagai-bagai lagi isu yang bersifat perkauman yang membawa prejudis dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.Malah,beliau juga suka membangkitkan soal agama seolah-olah Malaysia menekan agama lain.Kita pasti Datuk Abd. Ghani mampu mematahkan penipuan dan hasutan Kit Siang ini dan kita lebih pasti lagi bahawa orang-orang Johor,tidak kira Melayu atau Cina atau India cukup matang dan mampu melihat kebenaran di hadapan mata mereka iaitu tiada kaum yang terpinggir dalam arus pembangunan negara,malah kaum Cinalah berada di hadapan dalam segala-galanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KHALID GAGAP MENGAKU NAK MAIN GOLF SELEPAS KALAH !!!

Posted: 15 Apr 2013 04:00 PM PDT


"Tak jadi masalah,kalau kalah,saya boleh main golf," demikian kata Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim ketika membayangkan kemungkinan beliau akan kalah di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 kelak.Bunyinya seperti pasrah dan sudah mengaku kalah,itu secara tersurat tapi secara tersiratnya ia sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata khalayak supaya tidak mempersoalkan kenapa beliau tiba-tiba berpindah DUN.Biasanya jarang benar seseorang Menteri Besar beralih kawasan DUN yang ditandingi kecuali jika ada persempadanan semula kawasan DUN atau pun dikehendaki berpindah ke kerusi Parlimen kerana khidmatnya diperlukan di peringkat Pusat. Namun apabila Khalid mengumumkan akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 ini, di masa yang sama mengekalkan pencalonannya di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak,ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.Tidak syak lagi Khalid sudah menyedari sekiranya beliau terus bertanding di DUN Ijok,para pengundinya di kawasan berkenaan akan menghukumnya dalam PRU kali ini. Mana tidaknya, kalau dah selama 5 tahun menjadi wakil rakyat di situ, jarang sekali penduduknya berpeluang bertemu YB mereka. 

Selain itu, Khalid juga bakal berdepan dengan halangan rakan kepimpinan yang sudah bertahun-tahun menjalankan propaganda menolaknya di Ijok.Memang tak terdaya untuk Khalid menempuh semua cabaran tersebut. Mahu tidak mahu, Khalid terpaksa beralih arah mencari nafas baru di DUN Pelabuhan Klang dengan alasan pucuk pimpinannya memerlukan calon 'heavyweight' sepertinya untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang.PRU12 tahun 2008 dulu,DUN Pelabuhan Klang berjaya dimenangi oleh PKR dengan majoriti besar melebihi 4,000 undi berbanding majoriti kemenangannya di DUN Ijok hanya 1,920 undi sahaja.Berdasarkan perbandingan jumlah undi majoriti itu pun umum sudah dapat menjangkakan,Khalid sebenarnya sengaja memilih DUN Pelabuhan Klang kerana merasakan ia tempat selamat baginya.Macam ini punya MB memang memalukan,nampak sangat kebaculan dan kedayusannya.Tapi disebabkan Khalid sudah teringin benar untuk bermain golf, eloklah para pengundi di DUN Pelabuhan Klang mengambil kesempatan ini untuk merealisasikan hasrat Khalid itu. Lagi pun, di Ijok pun rakyat dah menolaknya,tiada sebab untuk pengundi di kawasan lain menerimanya pula,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...