BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PERANG MAYA !!! BN KINI LEBIH BERSEDIA UNTUK KELUARKAN FAKTA SEBENAR !!!
- KANTOI !!! #PRU13 !!! PENGIKUT HEMPAS PULAS KEMPEN !!! ANWAR IBRAHIM CUTI DI PARIS !!! APA CERITA NI ???
- EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! BUKTI MANIFESTO PR AKAN MENINGKATKAN HUTANG NEGARA DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! BN TAWAR PIMPINAN DINAMIK !!! PEMBANGKANG BERGELUT ISU MORAL !!! APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! #PRU13 !!! PEMIMPIN DAP DIARAH TUTUP MULUT !!! WUJUD MASALAH DALAMAN !!!
- EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! SIAPA SEBENARNYA YANG LEBIH MEMBAWA HARAPAN UNTUK RAKYAT ??? BN ATAU PR ???
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PR GUNA TUN MUSA HITAM UNTUK RAIH SOKONGAN ??? APA CERITA NI ???
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PERANG MAYA !!! BN KINI LEBIH BERSEDIA UNTUK KELUARKAN FAKTA SEBENAR !!! Posted: 15 Apr 2013 12:00 PM PDT Kajian yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan,90 peratus orang muda menggunakan media-media sosial baru untuk mendapatkan maklumat berkaitan politik tanahair.Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif,25 peratus daripada media arus perdana seperti tv dan hanya 15 yang menggunakan akhbar untuk mencari maklumat politik.Jelas di sini betapa pentingnya media alternatif sebagai platform untuk meraih undi pengundi muda.Isi kandungan media tersebut bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana parti yang bertanding.Dalam hal ini terdapat perbezaan besar yang jelas diantara hebahan internet BN dan Pakatan di mana BN lebih banyak menyebarkan fakta dan bukannya fitnah.Kegagalan menguasai dunia siber pada 2008 dikatakan antara faktor kekalahan teruk BN sehingga tumbang lima negeri. Berbanding PRU12, BN kini lebih bersedia menghadapi "perang siber" PRU13 dengan penyokong-penyokong muda BN dan netizens bersama-sama bergerak menghadapi serangan pembangkang. BN kini sudah sedar pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum akan datang. Kekuatan cybertrooper BN ini sudah mula dirasai pemimpin tertinggi Pakatan Haram seperti Lim Kit Siang.Lim Kit Siang sangat takut sehingga menuduh agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang rakyat dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.Kerisauan Lim Kit Siang ini ada asasnya apabila melihat puluhan ribu penyokong BN terus menyerang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang.Oleh hal yang demikian,wajarlah cybertrooper BN terus berkempen dengan dan adil serta mengelakkan dari mencerca dan memaki hamun.Cybertroopers Pakatan lebih gemar guna bahasa kesat dan berdebat ikut emosi. Mereka telah menyalahgunakan kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara ini dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.Bukan mereka sahaja,pemimpin Pakatan seperti Nizar juga tidak ketingalan dalam menabur fitnah di pentas media sosial ini untuk berlaku biadap,kurang hajar dan derhaka kepada sultan.Yang anehnya,segala pembohongan ini tetap diterima dan dipercayai secara membuta-tuli oleh penyokong-penyokong taksub mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 15 Apr 2013 08:30 AM PDT Pada 12 April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat,Financial Times menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim.Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.Pertama temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau.Ketika parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan menentukan hidup mati mereka,Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di Paris bertemu dengan wartawan asing.Di sini rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.Kedua,wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya dan senario politik Malaysia.Mengapa Financial Times hanya menugaskan seorang wartawan sukan untuk menemuranah Anwar adalah agak ganjil apabila akhbar itu mempunyai ramai penulis politik yang hebat seperti George Parker,Jim Packard,Philip Stephens dan lain-lain. Isu-isu ang dibangkitkan oleh Anwar juga lebih bersifat memburuk-buruk imej negara dan kerajaan Malaysia, sesuatu yang sudah sebati dengan Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Beliau merendah-rendah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini yang mana beliau meningkat mendadak bukan sahaja dalam hieraki parti UMNO dari ahli biasa kepada timbalan presiden tetapi juga menjadi ahli parlimen Permatang Pauh hingga menduduki kerusi timbalan perdana menteri hanya dalam tempoh 11 tahun.Ramai ahli UMNO dan juga anggota kerajaan yang merangkak setapak demi setapak menaiki tangga karier politik berpuluh-puluh tahun sebelum mereka mampu menikmati gelaran Yang Berhormat.Umpamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengharungi arus perjuangan politik selama 33 tahun sebelum beliau dipilih menduduki nombor satu dalam pentadbiran negara.Anwar memperlecehkan konsep Ketuanan Melayu sambil berjanji untuk memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih bersifat pelbagai ethni Mungkin disebabkan terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri beliau lupa bahawa kewujudan Malaysia dan kemerdekaan ang dicapai oleh negara ini pada 1957 adalah hasil muafakat dan hubungan etnik yang erat antara orang-orang Melayu,Cina,India dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak.Formula muhibbah dan kerjasama rapat antara kaum inilah yang terus disambung dan diperkukuhkan di bawah pentabdiran Datuk Seri Najib melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Anwar juga berbohong apabila beliau mengatakan nyawanya dalam keadaan bahaya dan mungkin menjadi mangsa pembunuhan politik. Ini adalah satu lago sandiwara Anwar yang paling tidak masuk akal seperti juga wayang sakit tulang belakang dan isu arsenik. Bagi mereka yang masih ingat,timbul satu isu hangat sekitar tahun 1999 ketika beliau menjadi banduan Penjara Sg Buloh di mana pembangkang memfitnah kerajaan cuba membunuh Anwar melalui keracunan arsenik.Pembangkang mendakwa kesan daripada keracunan arsenik itu dilihat daripada keguguran rambut Anwar namun setelah lebih 14 tahun isu itu digembar gemburkan Anwar masih hidup segar bugar serta mampu diinterbiu oleh media asing di Paris pula.Anwar juga berbohong apabila mengatakan semasa di penjara, beliau menyaksikan ramai banduan diseksa dan mendakwa beribu banduan yang merengkok dalam penjara di seluruh negara ini dilayan seperti itu. Jika benar perkara ini berlaku mengapa Anwar tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Hak Manusia (Suhakam) atau menggunakan platform kegemarannya,Suaram seperti mana dalam isu Scorpene.Jika pembangkang boleh menyebar propaganda serta mensensasikan isu berhubung kematian individu seperti Teoh Beng Hock dan A. Kugan,apatah lagi apabila ia melibatkan beribu-ribu individu lain ??? Tuduhan Anwar yang tidak logik ini adalah hasil kebencian beliau terhadap kerajaan kerana menghalang beliau daripada mengapai kerusi perdana menteri yang amat diidamkannya itu. Financial Times mengambarkan Anwar sebagai seorang yang kononnya sudah insaf dan sedari kesalahannya daripada seorang tokoh yang memperjuangkan Ketuanan Melayu bertukar kepada pemimpin Melayu yang bongkak kepada pemimpin yang sudah belajar daripada kesilapannya.Sebenarnya Anwar tidak pernah berubah sejak dari zaman memimpin Abim hinggalah menganggotai pentadbiran kerajaan dan mengakhiri karier politiknya sebagai ketua pembangkang.Ia tetap seorang yang 'arrogant' atau bongkak seperti mana yang ditonjolkan oleh Financial Times. Anwar adalah seorang 'political animal' yang menggunakan agama Islam sebagai baju politiknya bagi mengaburi mata musuh dan taulan.Dalam kosa kata Anwar tidak ada istilah ketaatan atau berbudi,semua yang mampu ditunggangi atau eksploitasi akan beliau pergunakan sehabis mungkin. Yang penting bagi Anwar ialah menjayakan agenda politiknya dan pengaruh lobi Zionis-Yahudi yang memainkan peranan utama dibelakangnya. RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! BUKTI MANIFESTO PR AKAN MENINGKATKAN HUTANG NEGARA DIDEDAHKAN !!! Posted: 15 Apr 2013 05:00 AM PDT Manifesto Bukan Janji Pakatan yang telah dibentangkan dan dikitar semula daripada buku jingga akan membawa ke dalam lembah kehancuran apabila meningkatnya hutang negara.Mereka mengkritik kerajaan kerana tidak memberi pendidikan percuma seperti yang diamalkan di UK.Tapi mereka tidak tidak sedar kekayaan antara kedua-dua negara tidak sama.Lagipun Barisan Nasional telah menyediakan pendidikan peringkat sekolah dengan yuran percuma.Untuk peringkat pengajian tinggi,ianya sangat sukar untuk dilaksanakan kerana kita hanyalah negara membangun.Mereka terus memberi janji manis yang lain seperti menghapuskan to dan tol percuma di seluruh negara.Tapi pada masa yang sama kerajaan DAP Penang sedang membuat perancangan membina terowong dasar laut yang sudah tentu akan dikenakan tol kepada rakyat yang melaluinya.Pengurangan cukai import bakal membawa negara Malaysia ke kancah muflis dan bankrap.Kalau semua sudah dipercumakan dan dikurangkan,semuanya akan menyebabkan kadar pembangunan negara akan bergerak perlahan. Malaysia perlukan modal dan tenaga. Manifesto Pakatan akan tingkatkan hutang negara sebanyak 11% hingga menjadi 65% dari kadar 53% sekarang. Banyak janji-janji yang ditabur dalam PRU12 oleh pembangkang yang tidak ditunaikan.apa cerita ni ??? Kita tengok berapa banyak ibu tunggal dan warga emas menyaman kerajaan negeri.Masih ramai lagi yang belum menerima air percuma.Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid Gagap sedar sekiranya semua janji itu ditunaikan,ianya mampu meningkatkan lagi defesit pembelanjaan negeri.Dalam manifesto pembangkang,mereka tidak menyatakan bagaimana hendak meningkatkan ekonomi dan hasil pendapatan negara.Apa yang tertulis,mereka akan menggunakan keuntungan petronas untuk menunaikan segala janji populis mereka.Berbeza dengan BN,selain bukan "gula-gula" pilihanraya,pemberian bantuan BR1M juga tidak akan meningkatkan hutang negara.BR1M sebenarnya sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menstruktur semula cara menguruskan subsidi.BR1M akan diberi setiap tahun,bukannya hanya masa pilihanraya.BR1M diberi kerana kejayaan BN mengurus dengan baik ekonomi negara yang mencatatkan petumbuhan baik berasaskan kestabilan politik negara RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 15 Apr 2013 02:51 AM PDT Negara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap.Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh,professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah.Hakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.Pemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit.Sejak 56 tahun lalu Malaysia sudah menyaksikan enam Perdana Menteri menduduki tampuk kekuasaan bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Ini diikuti oleh Almarhum Tun Abdul Razak Datuk Hussein,Almarhum Tun Hussein Datuk Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Sekarang kerajaan Malaysia diterajui oleh anakanda perdana menteri kedua iaitu Datuk Seri Najib.Pada pilihan raya ini,Datuk Seri Najib akan meminta rakyat untuk memberi mandat yyang besar kepada beliau berdasarkan kepada sukses, 'track record' serta pencapaian yang yang telah ditempa selama empat tahun memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara.Datuk Seri Najib menerima mandat daripada perdana menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah dan PRU ke 13 merupakan pilihan raya negara pertama beliau menerajui sebagai ketua kerajaan. Ketika kerajaan Barisan Nasional menawarkan Aku Janji kepada rakyat untuk meneruskan tradisi membela serta memperjuangkan nasib rakyat tidak mengira kaum, agama atau warna kulit, pihak pembangkang juga menghidangkan manifestonya yang penuh dengan janji-janji manis. Berbeza dengan BN yang mampu berbangga dengan rekod perkhidmatan yang amat cemerlang selama hampir enam dekad, pembangkang yang menamai mereka sebagai Pakatan Rakyat belum pernah terserlah kemampuan dan bukti mereka mentadbir sebuah negara yang kompleks dan majmuk seperti Malaysia.Jika berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang hanya berjaya melunaskan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji dalam manisfesto pilihan raya umum 2008,maka manisfesto yang ditawarkan kali ini sudah semestinya disangsi dan diragui rakyat. Jika setakat mentadbir beberapa buah negeri pembangkang sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang berbagai rupa,bentuk dan kerumitannya serta membawa arus pembangunan yang sangat didahagakan terutamanya oleh segmen masyarakat miskin dan daif,bagaimana pula mahu memerintah sebuah negara yang lebih luas,kompleks dan penuh dengan rencam cabaran dan dugaan ??? Jika pembangkang dilihat tidak mampu merealisasikan janji-janji dalam manifestonya begitu juga kepimpinan yang mahu ditawarkan untuk memimpin Malaysia.Datuk Seri Najib berjanji akan mencalonkan sekurang-kurangnya 40 peratus muka baru yang lebih muda, keterampilan yang hebat, professional dan komited untuk membela rakyat. BN sentiasa menghayati pendekatan peremajaan parti kerana hanya dengan lapisan pemimpin yang dinamik sahaja kerajaan yang diperintah akan melonjak kepada pencapaian pembangunan yang lebuh tinggi. Di dalam aspek ini pembangkang amat ketinggalan sekali.Ketua de facto PR,Anwar Ibrahim akan mencecah 67 tahun dan bukanlah calon utama pembangkang sebagai Perdana Menteri.Ini kerana Pas sebagai sekutu dalam PR masih sepenuhnya menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri malah telah mencadangkan presidennya Andul Hadi Awang kepada jawatan itu.Walaupun Anwar dilihat sebagai tokoh pembangkang paling laak untuk diketengahkan sebagai calon PM namun faktor lain menidakkan pula keserasian beliau kepada jawatan itu.Beliau pernah menjadi orang nombor dua di bawah Tun Dr Mahathir, menteri kewangan selama lapan tahun serta menduduki jawatan timbalan presiden dalam UMNO.Jika Anwar pernah mengatakan kepada pelapis-pelapis semasa mengetahui Abim dahulu bahawa seorang pemimpin itu harus bersih dan nampak bersih.Di sini Anwar kecundang dalam penilaian kesesuaiannya sebagai PM.Walaupun bijak berbicara,pandai berbahas,ada sifat kepimpinan tetapi pelakunya buruk dan jijik.Video demi video didedahkan di dalam blog perihal perilaku seks songsang dan terlarang oleh bukan sahaja oleh agama tetapi juga ukuran moral masyarakat, namun tidak pernah sekali Anwar mengaku dialah pelakunya. Walaupun jelas bahawa paparan video-video seks yang dikaitkan dengannya adalah beliau sendiri,Anwar tetap menafikannya.Perilaku Anwar yang terbelit dengan pelbagai dakwaan seks dengan lelaki dan juga perempuan tidak memungkinkan beliau menjadi seorang pemimpin yang bersih dari segi akhlak dan moral.Apatah lagi yang ingin dipimpinnya adalah sebuah negara Islam yang majoritinya adalah orang Melayu yang berpegang kuat kepada amalan serta tradisi Islam.Pemimpin yang jengkel akhlak dan moralnya seperti Anwar akan mudah diperas ugut oleh musuh-musuh negara seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin politik di Amerika Syarikat,Eropah malah di Singapura juga. Jika di ambil Abdul Hadi pula sebagai Perdana Menteri masalah yang sama juga timbul walaupun berbeza sedikit. Walaupun mempunyai 'creditial' agama dan akhlak yang bersih daripada sebarang skandal,Abdul Hadi tidak mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir kerajaan.Semasa menjadi Menteri Besar Terengganu selama sepenggal, beliau dikatakan banyak menyerahkan pentadbiran harian kerajaan negeri kepada kroni kepercayaannya,Mustafa Ali.Jadi sebenarnya Mustafa lah de facto menteri besar yang sebenarnya dan bukannya Abdul Hadi.Beliau juga takut kepada Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat dan sentiasa akur kepada kehendak pemimpin veteran itu. Jika Abdul Hadi menjadi PM, bukan beliau yang berkuasa tetapi Nik Aziz yang akan membuat semua keputusan penting bagi pihaknya.Dalam Dap,barisan pimpinannya tidak banyak berubah sejak era tahun 1960an. Umpamanya Lim Kit Siang masih terus menjadi pemimpin yang memegang kuasa sebenar di dalam Dap sejak 1969 bila mana parti-parti politik lain sudah banyak kali berganti pemimpin. RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRU13 !!! PEMIMPIN DAP DIARAH TUTUP MULUT !!! WUJUD MASALAH DALAMAN !!! Posted: 14 Apr 2013 10:00 PM PDT terkantoi sudah,selepas PKR,DAP pulak tidak kurang hebatnya.Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu.Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum,sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.Apa buktinya ??? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP,sebaliknya calon Melayu,Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang ??? Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini,DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.Malah apabila dikritik oleh Dr Boo,Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13. Dengan alasan itu,Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya.Malah Kow Meng turut mengatakan,Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti,Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor.Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol. Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin,yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas.Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir,di sebuah kedai kopi pada 2 April.Namun tiada keputusan dibuat. "Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti ??? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.Apa jadi kepada Jui Meng ??? Dia diberi kerusi Segamat,sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah.Kesian Jui Meng.Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang,sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah. Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya.Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng,sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah.Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan,apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara. Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat.Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa,kecuali buat bodoh sahajalah.Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat,tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri. RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! SIAPA SEBENARNYA YANG LEBIH MEMBAWA HARAPAN UNTUK RAKYAT ??? BN ATAU PR ??? Posted: 14 Apr 2013 07:00 PM PDT Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto BN dan PR dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan,jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia.Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan.Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya,terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.Menurutnya,perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah. "Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan,namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah. "Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.Jelasnya lagi,melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar. Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan. "Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik." Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan,dinamik serta inovatif,kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh,semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR,ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP),tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.Dalam hal ini,manifesto BN layak diberi markah tinggi.Namun demikian,perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PR GUNA TUN MUSA HITAM UNTUK RAIH SOKONGAN ??? APA CERITA NI ??? Posted: 14 Apr 2013 04:00 PM PDT Sebelum ini PR cuba menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk meraih sokongan dengan cara menyebarkan persepsi kononnya Negarawan tersebut tidak menyokong Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.Namun,percubaan tersebut tidak berjaya kerana umum dapat melihat dengan jelas bagaimana kuatnya Tun Mahathir menyokong Perdana Menteri sehingga sanggup membantu dan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya ini.Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menggunakan pengaruh musuh bagi meraih sokongan bila saja berpeluang.Oleh itu,apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa tidak mungkin mana-mana parti yang menjadi kerajaan akan dengan sengajanya membangkrapkan negara,maka pembangkang menyambut dan menyebarkannya sebagai kenyataan menyokong PR.Kenyataan Tun Musa tersebut dibuat dalam satu program berkenaan ekonomi baru-baru ini.Jelas bahawa PR sendiri menyedari pemimpin mereka sendiri tidak mampu meyakini rakyat bahawa mereka tidak akan membankrapkan negara, sehingga memaksa mereka mendapatkan 'persetujuan' dari Tun Musa Hitam. Tun Musa Hitam yang jelas tidak selesa dengan tindakan pembangkang itu kemudian tampil meminta mereka menghentikan menggunakan namanya untuk meraih sokongan.Kita tahu,walaupun Tun Musa ada menyimpan dendam di sana sini terhadap beberapa individu di dalam UMNO tetapi,beliau tidak cukup bodoh untuk membela PR,apatah lagi dalam keadaan sokongan terhadap parti itu semakin nipis.Kerana itu,dalam penafiannya bahawa beliau menyokong pembangkang,Tun Musa turut menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional akan menang dalam PRU-13 ini.Menggunakan pengaruh musuh untuk meraih sokongan adalah tindakan yang memalukan kerana ia membuktikan bahawa pembangkang turut mengiktiraf pengaruh dan ketokohan musuh mereka.Soalnya,kenapakah pemimpin pembangkang tidak mampu berdiri atas pengaruh sendiri untuk meyakinkan rakyat ??? Kenapa perlu 'meminjam' pengaruh musuh ??? Jawapannya,kerana pemimpin pembangkang terlalu kuat menipu sehinggakan rakyat tidak lagi mempercayai mereka.Mana tidaknya,jika hampir keseluruhan kempen mereka adalah berdasarkan isu yang direka-reka,kalaupun tidak ditokok tambah.Selain kuat menipu, pembangkang juga sudah terbukti gagal membentangkan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana mereka akan memastikan negara tidak bankrap berdasarkan janji-janji manis yang mereka taburkan. Penjelasan seperti 'mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah' adalah penjelasan umum yang tidak mampu dicongakkan di atas kertas.Apatah lagi dengan bukti jelas bahawa pembangkang lebih hebat mengamalkan rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran negeri-negeri jajahan mereka. Malah, isu ladang rakyat dan isu tanah Kelantan yang diberi kepada DAP,isu hutan yang gondol, KUIN dan projek-projek besar yang tiris,rugi dan 'aneh' di Kedah,pemberian kontrak yang tidak telus di Pulau Pinang,isu pasir dan juga percambahan pusat maksiat di Selangor,semuanya menunjukkan yang rasuah berleluasa dan tidak terkawal di dalam kerajaan PR yang baru sahaja setahun jagung berkuasa.Justeru,bagaimana rakyat boleh percaya yang pembangkang akan mampu mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah jika mereka memerintah ??? Pembangkang juga berhujah bahawa semua perbelanjaan dan pengurangan harga barang akan mampu ditampung dengan wang dari Petronas.Pembangkang seolah-olah melihat Petronas sebagai 'kilang wang',di mana wang boleh dikeluarkan tanpa had.Sedangkan Petronas adalah nadi ekonomi negara di mana negara bergantung hampir 60% dari cukai yang dibayar oleh syarikat itu bagi merealisasikan pemberian subsidi dan menjana kewangan yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat melalui perkhidmatan awam dan prasarana. Sekiranya Petronas perlu membuat kerja-kerja 'kebajikan' tambahan kepada kerajaan sepeti saranan pembangkang,maka keuntungan mereka juga pasti akan terjejas,sehingga akhirnya akan menjejaskan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.Dalam jangka masa panjang,keadaan ini akan melemahkan syarikat tersebut dan akhirnya akan turut mengheret kerajaan dan negara bersamanya. Secara dasarnya,pembangkang hanya mempunyai dua hujah tentang dari mana mereka akan mencari wang untuk negara iaitu : 1. 'membanteras rasuah' yang mana kita tidak percaya langsung akan dilakukan oleh mereka, dan juga 2. 'mengikis Petronas' yang mana seolah-olah mengikis bapa sendiri sehingga menyebabkan sekeluarga menjadi miskin.Maka tidak hairanlah rakyat tidak yakin yang 'pembangkang tidak akan membangkrapkan negara' walaupun Tun Musa mungkin bercakap berlapik dengan menambah ayat 'dengan sengaja'.Namun,rakyat yakin yang Tun Musa juga turut sangsi yang pembangkang tidak akan membangkrapkan negara secara 'tidak sengaja'.Jika tidak,tentulah Tun Musa tidak akan menyatakan dengan begitu yakin bahawa beliau meramalkan kemenangan BN dalam PRU ini.Pastinya,beliau sendiri tidak yakin dengan parti yang suka menggunakan pengaruh orang lain serta memanipulasi kenyataan orang lain semata-mata kerana terlalu terdesak untuk meraih undi. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment