Klang: Seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor membuat laporan polis mendakwa diri dan keluarganya diugut seorang lelaki menerusi panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa suspek memberi amaran supaya beliau tidak lagi menceburi politik di negeri itu.
"Mangsa bimbang apabila suspek turut mengugut mencederakan anak beliau. Berikutan itu, mangsa membuat laporan kelmarin dan polis membuka siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (KK)," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Mohamad menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan bom petrol terhadap mangsa atau mana-mana pemimpin politik di Klang, pagi semalam.
"Kami hanya menerima laporan berhubung perbuatan khianat membabitkan sebuah kediaman yang dijadikan pusat mengumpul barangan terpakai tidak jauh dari kediaman mangsa.
"Polis masih menjalankan siasatan sama ada kedua-dua kes itu mempunyai kaitan atau sebaliknya," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa suspek memberi amaran supaya beliau tidak lagi menceburi politik di negeri itu.
Sementara itu, Mohamad menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan bom petrol terhadap mangsa atau mana-mana pemimpin politik di Klang, pagi semalam.
"Kami hanya menerima laporan berhubung perbuatan khianat membabitkan sebuah kediaman yang dijadikan pusat mengumpul barangan terpakai tidak jauh dari kediaman mangsa.
"Polis masih menjalankan siasatan sama ada kedua-dua kes itu mempunyai kaitan atau sebaliknya," katanya.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment