tun faisal dot com

tun faisal dot com


Antara Hadi dan Anwar, siapa pilihan sosialis, pluralis dalam PKR dan DAP? #PRHancus

Posted: 09 Mar 2013 04:00 AM PST


Haram undi PR sebab Pas + PKR + DAP = timebomb untuk Malaysia? Apalagi apabila ada keluhan dari dalam Pas sendiri bahawa kumpulan ulama juga semakin digantikan dengan golongan pelawak macam Mat Sabu dan Mahfuz Omar, golongan Ustaja - ostaz dan ostazah ditaja macam Abby Abadi dan Hairie Othman, golongan Anwarinas, pro-pluralisme dan pro-Syiah. Golongan seperti Nasharuddin Mat Isa, Harun Din dan Hasan Ali sudah semakin tiada tempat di dalam Pas.



Dilema PR !! Antara Hadi & Anwar Siapa Layak Bakal Jadi PM Jika Pakatan Menang PRU13 ???

Pakatan haram dalam dilema !! Antara Haji Hadi dan Anwar, mereka keliru siapa yang bakal menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU13 nanti.

Disaat negara sedang bergolak dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, Pakatan Haram sebok mencatur siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Nama Anwar disebut sebagai dalang pencerobohan pengikut-pengikut Kiram III di Lahad Datu, isu Soros dan ICG, Pas ibarat menangguk di air keruh. Dap pula adalah director yang memainkan peranan didalam hal ini.

Elok sangat la tu .. bak kata dialog P.Ramlee .. " penyamun menipu penyangak " ..

Pencacai-pencacai pakatan haram pula jadi mangsa permainan pemimpin-pemimpin mereka. Mereka tidak tahu pucuk pimpinan mereka sebenarnya bergolak. Saling berebut-rebut siapa yang bakal jadi PM. Pencacai Pas back up Pkr, pencacai pkr back up Dap .. pendek kata, saling membela. Sedangkan orang atas saling bertelagah dan tidak sependapat.

Untuk mengurus, mentadbir dan bersatu didalam parti yang hanya terdiri dari tiga kelompok pun Pakatan Rakyat tak mampu, bagaimana mungkin mereka hendak mentadbir negara ?? Kita semua tahu barisan komponen BN terdiri dari pelbagai parti. Yang terdiri dari 14 buah parti dibawah satu jenama iaitu, Barisan Nasional, (BN ).

Senarai barisan komponen BN :-

1 - UMNO
2 - MCA
3 - MIC
4 - Gerakan ( Parti Gerakan Rakyat Malaysia )
5 - PPP ( People Progressive Party )
6 - PSBBRS ( Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Rakyat Sarawak )
7 - PRS ( Parti Rakyat Sarawak )
8 - SPDP ( Sarawak People's Democratic Party )
9 - SUPP ( Sarawak United People's Party )
10 - PBS ( Parti Bersatu Sabah )
11- PBRS ( Parti Bersatu Rakyat Sabah )
12 - UPKO ( United Pasokmomugon Kadazandusun Organization )
13 - LDP ( Liberal Democratic Party )
14 - IPF ( indian Progressive Front )

Manakala Pakatan Rakyat pula terdiri dari :=

1 - DAP
2 - PKR
3 - PAS

Hanya 3 kelompok parti itu sahaja yang berada dibawah satu bumbung iaitu, Pakatan Rakyat. Tapi telah bermacam-macam masalah yang timbul didalam barisan komponen parti itu.

Jadi, mari kita sama-sama fikirkan, adakah relevan Pakatan Rakyat menerajui negara ini sebagai pemimpin ?? Pakatan Rakyat sentiasa sahaja membuat kontroversi dengan pelbagai isu. Apa pun, saya tahu rakyat Malaysia sememangnya bijak memilih. Hanya segelintir sahaja yang terdiri dari para penyokong Pakatan Rakyat yang masih tidak dapat menilai.

Pakatan haram akam menang ke PRU13 nanti ?? Layak ke penjual kalimah Allah dan peliwat, penzina juga pengkhianat agama, bangsa dan negara Si Al Juburi tu jadi PM ??  Masing-masing dok bertelagah dalam memilih siapakah yang layak menjadi PM kalau Pakatan Rakyat menang!! - Sumber




#LahadDatu Selain bodyguard Anwar, cybertrooper PKR juga ramai dari Filipina? #PKRhancus

Posted: 09 Mar 2013 01:00 AM PST




Umum tahu bodyguard Anwar pun ramai yang dari Filipina. Silap-silap Cybertroopers PKR pun ramai dari Filipina. Mungkin pasal tu siap update Fan Page Misuari dengan cerita bapak Saiful. Alahai..... lawak, lawak, lawak bodoh Cybertroopers PR selepas Jo Bedoi duduk sebelah bapak Saiful masa sidang akhbar. Kot ye pun nak score points, carilah cara yang cerdik sikit. Nama Jo Bedoi tak dak dalam list calon ka?



Ini Bukti Fan Page Misuari Promosi Kisah Bapa Saiful?

Sayang betul Nur Misuari kepada Anwar sehingga sanggup mempromosikan pengakuan bapa Saiful Bukhari di fanpage beliau. 

Agak pelik kerana fanpage beliau itu selama ini hanya berkaitan perjuangan MNLF dan kisah-kiah politik Filipina. 

Entah kenapa hari ini tiba-tiba ada pulak cerita pasal bapa Saiful. Menyimpang betul… atau tidak? 

Kalau dibuat oleh admin page pun, sudah tentu dengan kebenaran Misuari kan… takkan nak memandai letak aje! 

Misuari adalah pemimpin MNLF dan kumpulanya bersama Jamalul Kiram dikatakan terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu sehingga menyebabkan ramai wira kita yang gugur dan keamanan negara tercalar. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara kawan rapat beliau. 

#LiwatSaiful Hasan Ali - Anwar terdesak, liwat, kebejatan moral jejas sokongan dalam PR? #PKRhancus

Posted: 08 Mar 2013 09:44 PM PST



"Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri." - Hasan Ali 



Blog Waadat: Kenyataan Media Dr Hassan Ali tentang Bapa Saiful

http://www.penembak-tepat.com/2013/03/blog-waadat-kenyataan-media-dr-hassan.html


Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini berkenaan perkara ini:

Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan. Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. 

Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu. 

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. 

Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.  

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. 

Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya. Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. 

Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya. 

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan. 

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim. Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. 

Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
Taman Tun Dr Ismail, KL 



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...