Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Akhirnya 'Hackers Betina' Fitnah DS Najib Letak Jawatan Berjaya ditangkap!

Posted: 09 Mar 2013 07:17 AM PST



Penggodam Wanita, Sofea Hana Berjaya Ditangkap | Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang semalam.

"Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ," kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau, http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.

"Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik," tambah ketua polis tersebut.

Wanita itu ditahan di lokasi kediaman beliau petang tadi. – AFP

 Masih ramai lagi hackers politik yang bermain kotor dengan mengambil-alih blog secara jahat. Patut mereka ini  pun kena benteras juga.

TUDIAA!! Unit Anal Pas Bersedia Untuk Perang di Lahad Datu? #Pray4Sabah

Posted: 09 Mar 2013 04:37 AM PST

Maklumat terkini yang blogger CTS perolehi daripada bahagian risikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah satu batalion yang terdiri daripada Pemuda-Pemuda PAS dan Unit Anal PAS sedang membuat persedian untuk ke Lahad Datu, Sabah. Kami difahamkan PAS cuba meraih populariti dengan membuat persiapan ketenteraan dan senjata seperti gambar-gambar di atas.
Unit Anal PAS sudah bersedia dan dalam peringkat terakhir untuk diterbangkan ke Lahad Datu. Semangat jihad mereka amat berkobar-kobar seperti yang ditunjukkan dalam demo BERSIH. Tahniah diucapkan kepada  Pemuda-Pemuda PAS. Pemuda UMNO bila lagi untuk mencontohi gerak kerja jihad Pemuda-Pemuda PAS?
McTheory:
Huihh.. dahsyat.. hahaha..

PANASS!! Pembangkang di Amerika Pun Tak Seburuk Pakatan Haram - PM @NajibRazak #pray4Sabah

Posted: 09 Mar 2013 02:38 AM PST


MELAKA 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara Amerika Syarikat (AS) walaupun mempunyai parti pembangkang namun mereka tidak sama sekali mempersoalkan atau mempolitikkan soal keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata, berlainan dengan Malaysia apabila parti-parti pembangkang mempolitikkan usaha pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan di Sabah daripada ancaman penceroboh.

"Pakatan pembangkang sanggup mempolitikkan pencerobohan puak bersenjata daripada Filipina dengan menuduh insiden di Sabah adalah sandiwara UMNO.

"Di AS walaupun ada perbezaan ideologi politik Demokrat dan Republikan tetapi mereka tak eksploitasi isu-isu keselamatan," katanya. - UTUSAN ONLINE

PANASS! Sultan Sulu Celup Si Kiram, Marah Di Panggil Penganas! #Pray4Sabah

Posted: 09 Mar 2013 01:17 AM PST


Mc agak tertarik dengan cerita pasal label penganas terhadap penceroboh. Malah Sultan Celup si Kiram tu marah bila Malaysia panggil dia dan pengikutnya penganas.

Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.

Tanah milik Kesultanan Sulu kepala hotak Kiram! Ko sendiri pun Sultan palsu, nak mengaku tanah Sulu macam mana? Dapat tampar muka Kiram ni sekali, terus jadi Karim kot! he he..

McTheory:
Tak pun terus jadi Karom.. hehe

HOT INFO! Komen Amerika Tentang Pencerobohan Penganas di Lahad Datu! #Pray4Sabah

Posted: 08 Mar 2013 10:37 PM PST


Britain, Amerika Syarikat dan Australia telah mengeluarkan kenyataan tentang ketegangan yang berlaku di negeri Sabah.


Laporan kenyataan pihak US :
On 1 March, the Embassy of the United States in Kuala Lumpur stated that "U.S. citizens are advised to avoid the Lahad Datu area for the foreseeable future, and monitor media reports regarding possible continued violence." 
[Observers have speculated MNLF members were behind the offensive because they feared a peace deal being finalised between the Philippine government and another Muslim separatist group would marginalise them.
Manakala media Filipina melaporan kenyataan Edwin Laciental, jurucakap Presiden Presiden Filipina bahawa 70 orang telah berjaya ditangkap oleh tentera laut negara itu.

Di bawah pula adalah foto-foto penganas yang mencerobohi negara serta cuba mengambil negeri Sabah dengan cara yang salah.








Yang lebih mengecewakan kita ialah pendedahan perisik Filipina yang mengaitkan pencerobohan di Sabah itu dengan pakatan pembangkang. 

Sumber dari kenyataan US ini Mc ambil dari blog DrMiM. Ternyata kita amat kecewa bila pencerobohan penganas ke Sabah yang mengorbankan anggota keselamatan kita, dikaitkan dengan puak pembangkang.

Rupanya puak pembangkang ni sanggup lakukan apa saja demi untuk berkuasa, hatta merosakan keharmonian negara.

McTheory:
Kecewa sungguh kecewa!

HOT INFO! Lagi Penceroboh Ditembak Mati Mempunyai Tangkap Ayat Quran! #Pray4Sabah

Posted: 08 Mar 2013 07:25 PM PST




Dalam Ops Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat lagi telah dijumpai oleh pihak keselamatan dan pada mayat terdapat tangkal bertulis kalimah al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang pengganas tersebut.

Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi

"Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

"Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan," katanya.
Tangkal itu juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas Sulu yang mereka ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal darahnya.

Gambar di bawah menunjuk Penceroboh memakai tangkai berwarna hitam..



Sementara itu deadaan di Felda Sahabat adalah terkawal terdapat bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

HOT INFO! 79 Suspek Penceroboh Penganas telah ditangkap! #Pray4Sabah

Posted: 08 Mar 2013 06:46 PM PST


Perkembangan terbaru, pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan penganas di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Februari lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Kata beliau, mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu.

"Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Ops Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.

Rakyat Malaysia berharap semua penganas yang menceroboh negara dapat ditangkap, atau dibunuh.

PANASS!! Nur Misuari UGUT PM Najib Razak? #Pray4Sabah

Posted: 08 Mar 2013 04:37 PM PST



Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

"Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

"Setiap titik darah mereka suci kepada kita," Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai "spekulasi liar" sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

"Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan," katanya.

"Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu," tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

"Adalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini."

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi tadi. -news.abnxcess.com

P/s: Habis tu, siapa yang terlibat?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...