Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Saiful Dedahkan 'Bapanya' Diperguna Orang Tertentu!

Posted: 08 Mar 2013 06:38 AM PST



Sebenarnya Mc tak terkejut pun dengan kenyataan bapak Saiful si Azlan tu. Memang dah jangka si Azlan akan belot kalau ditawarkan duit. Sebab dari dulu lagi si Azlan tu nampak sangat mata duitan!

Apa sangat la yang si Azlan tu tahu, sebab yang kena liwat anaknya si Saiful. Tapi dia pulak pandai-pandai buat kenyataan konspirasi. Memang dasar tak punyai maruah. Senang dibeli dengan duit.

"Bapa saya telah diperguna. Saya tetap istiqamah dan saya tidak sekali-kali akan berganjak serta saya tengah fikir tindakan balas selanjutnya. Saya tak mahu melatah." 


Kes Liwat II yang membabitkan Saiful Buhari Azlan dan juga ketua pembangkang kini sekali lagi hangat diperkatakan berkutan kenyataan yang telah di keluarkan oleh bapanya Azlan Mohd Lazim sebentar tadi.


Dalam kenyataan terbaru yang telah di keluarkan Azlan, bapak Saiful yang kini sedang hangat di perkatakan didalam beberapa blog, antaranya dia ada menyatakan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Anwar Ibrahim dalam sidang medianya.

Walaubagaimana pun ia telah dinafikan sendiri oleh Saiful Bukhari dengan menyatakan bahawa ayahnya Azlan Mohd Lazim telah di beli oleh pihak tertentu untuk menafikan tuduhan keatas ketua pembangkang itu.

Dalam kenyataan Saiful sebentar tadi beliau beliau berkata "Bapa saya telah diperguna. Saya tetap istiqamah dan saya tidak sekali-kali akan berganjak serta saya tengah fikir tindakan balas selanjutnya. Saya tak mahu melatah." katanya menerusi SMS.

Kita rakyat Malaysia mahu Azlan bersumpah laknat, seperti mana Saiful pernah buat didalam masjid sewaktu ketika dahulu.

McTheory:
Suruh sekali Anwar bersumpahh!! ada bran?

HOT TERKINI! Kenyataan Media Saiful Bukhari Tentang Kisah Bapanya yang diBELI Anwar!!

Posted: 08 Mar 2013 06:02 AM PST



McTheory:
Nanti ulas dengan lebih detail!

HOT!! Anwar Bayar 1 Juta Untuk Bapak Saiful Nafikan Liwat Saiful?

Posted: 08 Mar 2013 04:17 AM PST


 Masalah yang dijangka muncul semasa pembubaran parlimen rupanya datang lebih cepat. Semuanya disebabkan krisis Lahad Datu yang melibatkan Anwar Ibrahim, dan mereka (Pakatan) hendak alih tumpuan media terhadap krisis tersebut.

Untuk pengetahuan semua, keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan kehadirannya tidak dihiraukan.

Kemudian, Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Rakyat pasti ingat peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memartabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah kewangan, Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi, Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.

Ternyata, demi duit apa pun boleh jadi, malah sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri. Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.

Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar.

Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.

McTheory:
Sumber asal SINI, telah di edit

HOT INFO! Presiden Filipina Dakwa Ada 'Dalang' Disebalik Pencerobohan di Sabah! #Pray4Sabah

Posted: 08 Mar 2013 01:19 AM PST

MANILA – Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini berkata, terdapat tanda-tanda yang jelas wujudnya konspirasi dalam tindakan Jamalul Kiram III dan para pengikutnya menggunakan kekerasan dalam tuntutan mereka ke atas Sabah.

Presiden itu berkata, beliau tidak buta kepada tanda-tanda yang menunjukkan konspirasi dalam ketegangan berterusan itu.

Aquino kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau telah menerima laporan perisikan dan pihak berkuasa negaranya sedang memantau "orang berkepentingan" dalam isu Sabah.

Aquino berkata, semua individu yang bersetuju dengan tindakan Jamalul Kiram dilihat mengulangi baris-baris kata yang sama berulang kali.

GROUP: President Benigno S. Aquino III poses for photograph immediately after confering US Senator Daniel Inouye (7th from left) and US Senator Thad Cochican (6th from left) the Order of Sikatuna and Order of Lakandula respectively in a ceremony Monday in Malacanang. Standing from left are malacanang chief of protocol Manuel Perez-Rubio, House Speaker Feliciano Belmonte, Senate President Juan Ponce-Enrile,  DFA Secretary Albert del Rosario, President Aquino, Sen. Thad Cochican, Sen. Daniel Inouye and wife Irene, and US Ambassador to the Philippines Harry Thomas. (Photo by Gil Nartea/Malacanang Photo Bureau)

Beliau juga menyatakan bahawa Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu
Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah.

Aquino menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiyai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.

"Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi," katanya.

Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.

Aquino menambah, beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rundingan dengan kumpulan Jamalul Kiram tidak mungkin akan diadakan selepas kematian komando polis Malaysia minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, Aquino memberitahu, Jamalul Kiram, salah satu daripada pihak yang menuntut Kesultaan Sulu, bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta kefahaman "apabila anda meletakan pistol di kepala saya". - Mynewshub

Tentu kita rasa pelik bila orang yang daif dan miskin mampu membiayai pencerobohan dengan senjata yang canggih. Malah jika dikira dengan teliti, kos pencerobohan mereka ke Malaysia dan senjata canggih, menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Bagaimana seorang yang daif seperti Kiram ni mampu berbuat demikian? Siapa yang membiayai segala keperluan mereka untuk menceroboh ni? 

Kita kena tangkap si Kiram ni, dan paksa dia dedahkan siapa 'BOS' dia yang sebenar!

McTheory:
Jika orang Malaysia, kita hukum gantung saja dia tu.

HOT INFO! Anggota Keselamatan Kita Di penggal dan Diperlaku dengan kejam! #Pray4Sabah

Posted: 07 Mar 2013 10:38 PM PST


Tak sanggup bila kita melihat semua ini, namun itulah yang berlaku. Kekejaman penceroboh yang ganas dan berlaku kejam keatas anggota keselamatan kita membuatkan pelik dan hairan. Apakah mereka ini beragama Islam. Ikuti cerita kekejaman penganas terhadap anggota polis kita di blog Bro Jinggo.

Bukan untuk mengaibkan perwira negara yang telah terkorban tapi rasanya sudah tiba masanya untuk aku dedahkan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak pengganas! Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penganas bersenjata!

Dibawah laporan utusan:


Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala - UTUSAN


Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini - UTUSAN

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.


McTheory:
Masuk negara orang, tunjuk samseng, kurang ajar sungguh!

PANASS! Seramai 52 Orang Penganas Di Tembak Mati, Bersama Seorang Berpangkat Jeneral! #Pray4Sabah

Posted: 07 Mar 2013 07:16 PM PST


Pasukan keselamatan Malaysia dipercayai telah menembak mati seramai 52 orang penceroboh bersenjata Sulu termasuk seorang berpangkat jeneral sehingga hari ini.

Dalam sidang media bersama Jeneral ATM, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu kesemua mereka gugur dalam dua pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanduo, di sini dan Tanjung Batu, Lahad Datu pada semalam.

"Petang semalam berlaku pertempuran antara pihak keselamatan dan pihak penceroboh. 11.30 pagi tadi juga berlaku pertempuran dan sehingga kini saya mendapat laporan daripada komander mengesahkan bahawa 31 musuh telah ditembak dan kita percayai mereka telah gugur, termasuk satu di Tandou.

"Operasi masih berjalan kerana kita percaya ada saki baki pihak penceroboh...dan kerjasama antara kedua-dua keselamatan amat baik sekali," kata Ismail.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal dalam sidang media sama berkata anggota keselamatan telah mengepung penceroboh di kawasan-kawasan sasaran dan dipercayai mereka telah bersembunyi.

Zulkifli menyifatkan lapan anggota keselamatan yang terkorban sebelum ini mungkin dalam keadaan cuai dan tergopoh-gapah.

Justeru katanya, beliau akan terus memberi peringatan kepada petugas-petugas di Sabah.

"Mungkin kita cuai atau tergopoh-gopoh. Kita kerap ingatkan kepada pasukan kita...biar kita makan masa sikit tapi kita berusaha untuk elak perkara yang tidak diingini," tegas Zulkifli.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Lahad Datu hari ini dipercayai berjaya menaikkan moral dan semangat anggota keselamatan yang akan meneruskan Ops Daulat sehingga berjaya menghapuskan kesemua penceroboh. - sumber Mc ambil dari Minda Hijrah.

diantara gambar penceroboh yang gugur.
Namun masih ada yang pertikaikan kesahihan gambar ini. Kononnya mayat ini bukan mayat penceroboh tetapi mayat anggota polis. Mereka pertikaikan pakaian yang dipakai mayat tersebut.

Disini Mc nak bagi keterangan sikit la, apa punya bengap sapa yang pertikaikan semua tu. Dah tentu kita berperang dengan penceroboh gerilla. Bukan kita berperang dengan tentera mewakili negara. Mereka ini sanggup buat apa saja untuk menyerang dan melepaskan diri.

Malah mereka boleh menyamar menjadi sesiapa pun. Jadi tak hairanlah mereka tidak memakai pakaian seragam tentera. Itu pun tak boleh fikir? Ternyata, puak pembangkang ini mempunyai pemikiran yang kotor dan hati yang busuk. Hinggakan gambar ni pun dorang boleh pertikai dan kata menteri tipu.

McTheory:
What The Fish!!... sungguh la puak-puak ni..

PANASS!! Afdlin Shauki Terkilan Bila Kematian Anggota Polis Dikatakan Sandiwara Politik! #Pray4Sabah

Posted: 07 Mar 2013 04:37 PM PST


Tak ramai artis dalam negara kita yang prihatin dengan isu semasa. Malah ada yang tak tahu langsung ada berlaku krisis di Sabah. Namun amat berbeza dengan Afdlin Shauki.

Afdlin Shauki ketika ditemui melahirkan rasa bimbangnya terhadap rakyat negara kita di kawasan yang diceroboh oleh tentera yang mengaku diri mereka Kesultanan Sulu itu. Dia juga kesal dengan pihak yang mengaitkan isu politik dengan pencerobohan ini.

"Saya secara peribadi merasa amat bimbang dengan apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah. Perkara ini sangat serius kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai terutamanya penduduk di sana. Diharapkan kita semua dapat berdoa agar kadaulatan dan keamanan Malaysia terus dipertahankan dan rakyat kita dilindungi" komen Afdlin Shauki yang amat prihatin mengenai perkara ini.

"Isteri saya mempunyai keluarga yang tinggal di sana dan juga kenalan terdekat. Mereka memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan dan tidak senang duduk kerana bimbang.

"Inilah perasaan yang dirasakan penduduk di Gaza. Pengalaman saya melihat sendiri keadaan di Gaza, hal ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kesemua dugaan ini datang daripada Allah SWT dan diharapkan doa dapat melindungi para pejuang negara dan rakyat Malaysia yang berada di sana," tambah Afdlin lagi.

Afdlin juga dengan tegas memohon kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan perkara yang serius seperti ini demi kepentingan individu kerana ia melibatkan nyawa serta anak bangsa kita  ada yang telah terkorban.

"Saya kecewa apabila terdengar pihak yang mengaitkan peristiwa yang telah pun mengorbankan beberapa orang anggota polis kita itu dengan politik. Mengapa sampai begitu sekali isu sebegini dipolitikkan sampai tragedi berdarah sedemikian kononnya turut didalangi politik.

"Tolong lupakan sebentar agenda politik masing-masing dan jangan pedulikan dakwaan-dakwaan tersebut. Yang penting sekarang kita perlu bersatu demi kedaulatan dan keamanan negara kita. Selain itu saya pohon supaya lebih banyak laporan serta informasi dapat diberikan mengenai situasi di Sabah untuk memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku disana,"ulasnya lagi.

Afdlin adalah contoh rakyat Malaysia yang waras. Namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak waras dan menganggap semua ini hanyalah satu lakonan dan sandiwara. Bagi pendapat Mc, kita kumpulkan mereka semua yang tak waras tu hantar ke Lahad Datu.

Lepas tu kita tengok, apakah mereka masih fikit, krisis kat sana tu hanya sandiwara atau ianya benar berlaku!


McTheory:
Mau terkencing terberak dalam seluar!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...