Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Treler Pas Langgar Putrajaya? #PASisDEAD!
- TUDIAA!! Harakah Bongkar Hubungan UMNO dengan 'Syaitan Sulu'? #Pray4Sabah
- TERPANASS! Mai Tengok Ni, Kerajaan Kedah Pun Kejam Macam Sultan Sulu Juga!! #TukarKedah
- HOT INFO! Apa Hubungan Lokman Noor Adam Dengan Sultan Sulu?
- HOT INFO!! Pandangan Tan Sri Musa Hassan Mengenai Pencerobohan Lahad Datu!! #Pray4Sabah
- PANASS!! Pandangan Ayahanda Tun Dr Mahathir Mengenai Krisis Lanun Penceroboh di Lahad Datu! #Pray4Sabah #DemiNegara
- HOT INFO! Operasi Bertukar Tangan ATM Ambil Alih, Misi Hapuskan Semua Penganas!! #Pray4Sabah
TUDIAA!! Treler Pas Langgar Putrajaya? #PASisDEAD! Posted: 04 Mar 2013 07:30 AM PST Hari ini PAS cuba bawa treler PAS mereka ke Putrajaya dengan harapan orang Putrajaya akan hadir dengar ceramah fitnah mereka. Namun begitu mengikut maklumat dari Pas Putrajaya, Mc diberitahu mereka terpaksa hubungi puak-puak PAS daripada Bangi dan Serdang untuk meramaikan program. Sekarang dah ada bukti yang orang Putrajaya tak peduli pun tentang PAS. Rakyat Putrajaya juga sedar PAS perjuangan Pas juga semakin songsang. Malah orang Putrajaya tengah rimas sebab jalan sesak akibat treler PAS ni. So apalagi? Berambuslah dari rumah kami! Buat semak saja. Laporan asal : Kulaan Niring | ||
TUDIAA!! Harakah Bongkar Hubungan UMNO dengan 'Syaitan Sulu'? #Pray4Sabah Posted: 04 Mar 2013 07:21 AM PST Harakah memfitnah lagi! Kali ni Harakah dengan sesukahati memutar fakta dengan tujuan mengelirukan pembaca dan ahli mereka yang sememangnya bengap! Artikel pembongkaran ini Mc ambil kat blog Pisau Kedah Di sebabkan rasa bimbang dengan pendedahan yang di lakukan perisik tentera Filipina dalam portal The Manila Times dan para blogger pro Kerajaan, Pakatan Haram yang di ketuai
El-Haj Ebrahim Murad, Presiden MILF yang telah di putar belit Sebagai tanda penghargaan kepada MILF atas perjanjian yang di tandatangani bersama kerajaan Filipina, UMNO telah menjemput wakil MILF, El-Haj Ebrahim Murad bersama Kerajaan Filipina menjadi pemerhati dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 tahun lalu sepertimana gambar yang telah di keluarkan dalam Jamalul Kiram III. Individu yang bertanggungjawap keatas pencerobohan Lahad Datu Untuk pengetahuan semua Jamalul Kiram III merupakan pemimpin bagi Rejim Sultan Sulu yang mendapat bantuan ketenteraan dari Nur Misuari pemimpin MNLF dan bertanggungjawap mengarahkan Rejim Sultan Sulu yang di pimpin adiknya Azzumudie Kiram untuk bertahan di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari Kerajaan Malaysia. Mctak tau la siapa penulis McTheory: Harakah ni patut buat lap tahi kucing saja.. takdak guna langsung! | ||
TERPANASS! Mai Tengok Ni, Kerajaan Kedah Pun Kejam Macam Sultan Sulu Juga!! #TukarKedah Posted: 04 Mar 2013 04:37 AM PST Dua tiga hari ni blog Mc hanya fokus kepada Krisis di Lahad Datu, sampai terlupa kisah di Kedah. Jom kita tengok apa yang berlaku di Kedah! Menurut penduduk kampung terbabit yang di kenali dengan gelaran Pak Su, Pihak Kerajaan Negeri pernah berjanji sebelum melakukan pembalakan akan mengambil balak di bahagian bawah dari kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau. Namun apa yang terjadi selepas pembalakan adalah sebaliknya . Janji hanya tinggal janji apabila pembalakan tetap berlaku di bahagian atas yang menjadi tempat takungan air Masyarakat yang di gunakan seharian penduduk kampung tersebut. Apabila di tanya soalan " Apakah wakil Kerajaan Negeri kedah atau YB di kawasan tersebut yang mewakili PAS Kedah pernah tampil menyelesaikan permasalahan yang di hadapi penduduk kampung berkenaan ?? " Wakil dari Kerajaan Negeri tidak pernah tampil menyelesaikan permasalahan ini. Malahan Wakil Rakyat kawasan tersebut yang mewakili PAS tidak pernah mengambil tahu permasalahan air yang sedang di hadapi penduduk kampung " katanya. Melalui tinjauan yang di buat pihak Team Media Kedah. Kawasan tersebut telah di penuhi dengan kayu-kayu balak lama di kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau setelah gagal di bawa keluar dan di percayai kayu balak terbabit gagal di lesenkan Jabatan Hutan. Selain dari permasalahan air, beberapa penduduk kampung juga tampil di perhimpun terbabit adalah di sebabkan kegagalan pihak pentadbir Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kawasan kaki Gunung Inas seperti yang di janjikan. Pisau Kedah Gambar diatas adalah gambar penduduk kampung yang ditipu oleh pejabat adun Pas Kupang kononnya bayaran untuk ukur tanah bagi geran. Namun 4 tahun sudah berlalu, apa pun tarak. Modus operandi mereka sama macam penduduk Kampung Iboi yang juga ditipu. Inilah pemerintahan contoh kerajaan ISLE Pas Kedah. Kerja mereka hanya menipu rakyat, membohong dan mengadai segala harta negeri. Sampai bila kita rakyat Kedah nak tengok saja semua ini? McTheory: Tak reti-reti nak TUKAR Balik Kerajaan Negeri? #TukarKedah | ||
HOT INFO! Apa Hubungan Lokman Noor Adam Dengan Sultan Sulu? Posted: 04 Mar 2013 01:17 AM PST Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini. Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar. Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang. Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company. Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka. Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia". Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah. Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar. Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita. Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu. Lokman Noor Bin Adam 4hb Mac, 2013
McTheory: Apa hubungan Anwar dengan Nur Misuar, ketua pemceroboh yang menyerang kita sekarang? | ||
HOT INFO!! Pandangan Tan Sri Musa Hassan Mengenai Pencerobohan Lahad Datu!! #Pray4Sabah Posted: 03 Mar 2013 10:17 PM PST | ||
Posted: 03 Mar 2013 07:17 PM PST Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan tiada pilihan lain kecuali melancarkan serangan balas terhadap penceroboh di Lahad Datu, dekat Sabah dan bersedia menghadapi kemungkinan serangan hendap yang berterusan di masa akan datang. "Saya berpendapat kerajaan cukup berhati-hati dalam menangani isu ini dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah. "Tetapi malangnya berlaku pertumpahan darah dan usaha kerajaan kita tidak dihargai oleh penceroboh dari Sulu hingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara. "Sekarang ini, tiada jalan lain di pihak kerajaan selain melancarkan serangan balas supaya penceroboh dapat dihapuskan kerana mereka yang menyerang Sabah bukan kita yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Rakyat anjuran Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Dataran Bagan Serai yang dihadiri hampir 13,000 rakyat jelata dari sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar. Beliau berkata, isu ini tidak akan tamat begitu sahaja sebaliknya pihak penceroboh akan cuba melaksanakan serangan hendap di masa akan datang dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Tambahnya, kerajaan perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi serangan hendap yang berturut-turut selepas ini. Katanya lagi, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dihantar untuk mengawal kemasukan sebarang bot dari selatan Filipina seperti bahagian Tawi-tawi dan Jolo kerana penceroboh mungkin cuba menyeludup bekalan senjata. Ditanya mengapa pasukan tentera tidak dikerah untuk menangani isu itu di peringkat mula, Mahathir berkata, dalam negara ini, soal keselamatan negara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ancaman dari luar dan dalam negara. "Pada mulanya kita lihat insiden di Lahad Datu ini bukan serangan luar kerana mereka berada dalam wilayah kita tetapi kini jelas serangan ini datang dari luar. Jusuteru itu, pihak tentera sudah diarah untuk mengambil bahagian," katanya. Beliau menambah lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai penghasut dengan menawarkan janji kepada rakyat Sabah dan Kesultanan Sulu bahawa mereka akan mendapat 20 peratus royalti minyak serta status wilayah autonomi kepada negeri berkenaan. "Jadi mereka (kumpulan) ini yakin dan percaya akan dapat menawan Sabah dan menubuhkan wilayah autonomi yang akhirnya bakal mencetuskan perang di negara kita," tegas beliau lagi. Mantan Perdana Menteri itu juga berkata, pada awalnya kerajaan begitu berhati-hati dalam menangani isu berkenaan kerana ramai rakan dan ahli keluarga penceroboh berada di Sabah. "Sebab itu, kita berhati-hati pada mulanya kerana mereka juga umat Islam dan kita tidak mahu tergesa-gesa bunuh orang Islam. Apabila mereka tunjuk niat jahat dengan menembak mati dua anggota polis kita, maka kita tidak boleh anggap ia peristiwa yang boleh diselesaikan menerusi rundingan. "Tindakan keras yang mungkin sebabkan ramai anggota penceroboh terbunuh dan rakyat kita juga menjadi mangsa akan berlaku tetapi tindakan keras harus diambil," katanya lagi. - Perak Today | ||
HOT INFO! Operasi Bertukar Tangan ATM Ambil Alih, Misi Hapuskan Semua Penganas!! #Pray4Sabah Posted: 03 Mar 2013 04:36 PM PST Mc ada mendapat maklumat, mulai dari pagi ini, ATM akan mengambil alih operasi. Matlamat misinya hanya satu, hapuskan semua musuh! Untuk tambah semangat, mari kita dengar lagu Barisan Kita!! Kita doakan semuanya selamat, memang patut Lanun penceroboh dihapuskan, kerana mereka telah mencabar kedaulatan negara kita. Ayuh rakyat Malaysia, doakan tentera kita selamat berjuang. McTheory: Tentera Malaysia diantara terbaik didunia!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment