Apple Biru |
- GEMPAR! Kata Nista Macai Kepada Anggota Keselamatan Yang Terkorban
- Al-Fatihah! Allahuakbar: Jenazah Wira Negara Tiba, Selamat Dikebumi
- BONGKAR: Kiram III Nak Jumpa Anwar Di Negara Ke Tiga ?
- UPDATED 9.30 PM :Penduduk Kg Simunul Angkat Mayat Penceroboh
- Anwar Mengamuk! Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda
- Al-Fatihah! Gambar-Gambar Ketibaan Jenazah Anggota Polis Yang Terkorban Di Pangkalan TUDM Subang
- BREAKING NEWS : Bukti Bergambar Mengapa Anwar dan Jeffrey Kitingan Perlu Disiasat
- Lokman Nor Adam : Anwar Taja Senjata Tentera Penceroboh?
- UPDATED 5.00 PM : Kereta Kebal ATM Tiba Sementara Polis Buru Lelaki Bersenjata Di Kampung Salimbungan
- TERKINI: Kawalan Ketat Keselamatan Di Sekitar Tanjung Batu
- Updated: Hishamuddin & Zahid Hamidi Tiba di Lahad Datu, Anwar Masih Menjaja Fitnah
- UPDATED: Gambar dan Maklumat Anggota Polis Yang Terkorban di Semporna
- UPDATED 2.00 PM: Gambar Penduduk Kg. Simunul, Semporna Bergegas Keluar
- UPDATED 1.00 PM: Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar
- PANAS: Tian Chua Kena Tampar Babi
- TERKINI 4 Mac 12.00 PM: Polis Gempur Lanun Bersenjata
- Krisis Lahad Datu: Hackers Malaysia dan Filipina Pula Berperang
- TERKINI ATM Ambil Alih: Gempurrrrrr
GEMPAR! Kata Nista Macai Kepada Anggota Keselamatan Yang Terkorban Posted: 04 Mar 2013 09:00 AM PST Teman bertambah geram bila ada jugak pencacai yang masih tidak menghormati pasukan keselamatan negara walaupun ada yang terkorban. Inilah akibat ajaran sesat Pakatan Rakyat kepada pengikutnya untuk membenci pasukan keselamatan negara. Pencacai ni menganggap PDRM dan ATM sebagai bodoh dan "dua polis anjing UMNO mampus".Memang kurang ajar. Celaka! ptuii!!! Ada jugak jenis manusia yang tak kenang budi yang tinggal dalam negara yang aman damai dengan adanya pasukan keselamatan yang memastikan keamanan dan keselamatan negara. Pasukan keselamatan negara bergadai nyawa nak memastikan keamanan negara, jenis manusia macam babi ni hina pulak! ptuii!! |
Al-Fatihah! Allahuakbar: Jenazah Wira Negara Tiba, Selamat Dikebumi Posted: 04 Mar 2013 08:00 AM PST Teman masih lagi berasa sedih dengan pemergian wira negara yang terkorban semasa mempertahan negara di Semporna , Sabah. Suasana sedih dan pilu turut dirasakan seluruh rakyat Malaysia kecuali Tian Chua Celaka dan macai-macainya. Hanya Tian Chua dan macai-macai yang bergembira dengan angka kematian Polis meningkat kerana hanya meraka sahajalah yang membenci Polis. Teman menyeru marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anggota Polis yang beragama Islam yang terkorban dan turut rasa simpati kepada mendiang yang bukan beragama Islam. Menurut sumber Bernama, jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing, Isnin. Jenazah Supt Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang. Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM itu apabila anggota keluarga tidak dapat mengawal kesedihan melihat ketibaan jenazah yang dibawa dengan pesawat tentera C-130 itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir bersama-sama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta ratusan pegawai dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua wira negara itu. Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ibrahim dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ialah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan bersenjata di perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas. Empat lagi yang terkorban ialah ASP Michael Padel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sjn Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sjn Abd Azis Sarikun dari PGA Tawau dan Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau). Jenazah Ibrahim dibawa ke kediamannya di No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya dan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Subang Jaya Isin malam manakala jenazah Mohd Azrul dibawa ke kediaman keluarganya di Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk dikebumikan Isnin malam. Perkarangan pangkalan TUDM dibanjiri anggota keluarga pegawai dan anggota polis itu sejak jam 4.30 petang. Di KUCHING, mayat mendiang ASP Michael Padel Sano tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pada pukul 5.30 petang. Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tembakang di Serian dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak di Kuching pada Rabu. Di KOTA KINABALU, jenazah Baharin tiba di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 2 petang. Di SEMPORNA, jenazah Abd Azis yang tiba dengan van jenazah di Surau IPD Semporna pada pukul 9.30 pagi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya di sini selepas solat Zohor. Jenazah Salam pula disembahyangkan di Surau IPD Tawau dan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas Tawau, Sabah pada pukul 10.15 pagi ini. |
BONGKAR: Kiram III Nak Jumpa Anwar Di Negara Ke Tiga ? Posted: 04 Mar 2013 07:00 AM PST Apa yang dibongkar nih! Ada banyak yang menjadi tanda tanya mengapa Anwar melompat katak bila dituduh sebagai dalang pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu Jumaat lalu. Teman dah dapat mengagak "Grand Design" Anwar memang licik. Langkah berhati-hati dalam melaksanakan 'Grand Design" itu amatlah tersusun. Lepas satu dan persatu. Ini lagi satu pembongkaran dari Portal Malaysia Instinct yang menunjukkan bagaimana "Grand Design" Anwar disusun dan tujuan mencapai agenda peribadinya. Lagaknya bagaikan Sang Raja malah mengalahkan Raja atau Sultan rasmi yang ada di seluruh dunia. Lagaknya bagaikan pejuang walhal beliau hanya bersenang lenang bersama ahli keluarga dan penyokongnya hidup daif berbekalkan ubi kayu. Khabarnya tanah di Lahad Datu tanahnya dan semua penduduk di pesisir pantai selama ini secara senyap-senyap membayar wang sewa tanah kepadanya. Apakah wakilnya datang mengutip wang sewaan tanah setiap bulan dengan datang menyamar sebagai nelayan dan pasukan keselamatan terlepas pandang selama ini ? Benarkah dakwaan beliau yang tanah Lahad Datu adalah tanah warisan beliau yang tak pernah beliau serahkan selama ini ? Kenapa beliau lari ke Filipina selamatkan diri dan tinggalkan rakyatnya sendiri untuk dibunuh ketika itu ? Layakkah seorang pemimpin lari beratus tahun lamanya dan senang-senang datang kutip wang perlindungan ? Paling mengejutkan beliau dikhabarkan bakal bertemu Anwar bangsat di negara ketiga ? Apakah perancangan Kiram seterusnya ? Apakah ada kaitan dengan susulan pertemuan beliau dengan wakil Anwar, Jefry Kitingan beberapa waktu yang lalu ? Menurut sumber rapat, Anwar tengah ligat mencari jalan untuk tangguhkan PRU13 rentetan beliau amat yakin bahawa kali ini pakatan haram bakal dibenamkan oleh rakyat yang sudah mula tahu tembelang beliau dan rakan sekutunya. Malah penilaian pakar ekonomi yang pro pakatan haram juga sudah menempelak hasil Konvensyen mereka baru-baru ini. Manifesto yang mereka cuba 'jual' kepada rakyat nampak jelas telah ditolak oleh majoriti rakyat dan juga ahli sendiri. Rakyat cuak dengan janji yang sekadar tulisan di atas sekeping kertas dan tidak pernah diterjemahkan secara realiti. Tempoh sepenggal yang diberi kepada rakyat ternyata disia-siakan oleh pakatan haram, negeri negeri yang mereka kuasai juga menampakkan kelemahan ketara dalam pengurusan dan pentadbira. Tiada arah tuju dan rakyat tidak dijamin sejahtera kehidupan mereka. "Ilmu Sihir" nik Aziz selama 22 tahun luntur dan rakyat Kelantan juga bangkit melawan seorang yang pernah dilabelkan keramat. Kalau tegur Nik Aziz maka bermacam BALA akan diterima. Kini 'sumpahan' Nik Aziz tidak laku lagi. Ketirisan pentadbiran Nik Aziz amat ketara, keluarga Nik Aziz kaya raya. Apalagi Anwar dan seluruh kaum kerabatnya. Bila Anwar di pecat kerana salah laku seks sejenis (walaupun beliau menang kes) namun Anwar dilihat begitu kaya raya. Entah dari mana kekayaan beliau simpan selama ini. Sembang kosong, fitnah keji dan apa juga yang keluar dari mulut Anwar di lihat gagal ditelan oleh rakyat Malaysia yang waras. Anwar mula gelabah dan beliau boleh mengjangkakan bahawa kali ini Tsunami bakal melanda pakatan haram dalam PRU nanti. Nak bina semula keyakinan rakyat perlukan masa, hanya satu saja cara iaitu TANGGUH PRU dan nak tangguh hanya satu saja cara terbaik iaitu nampakkan bahawa Malaysia huru hara. Sumber menegaskan, hari ini juga Tian Chua yang menghina Anggota Keselamatan yang gugur di Lahad datu sebagai MATI KATAK bakal berlepas ke Singapura ! Untuk apa Tian Chua ke sana ? Nak buat persiapan sambut Kiram III dan Anwar ? Sama-sama kita tunggu, MI bakal bongkar ! |
UPDATED 9.30 PM :Penduduk Kg Simunul Angkat Mayat Penceroboh Posted: 04 Mar 2013 06:03 AM PST Bau busuk! Itu lah boleh dikatakan pada mayat-mayat penceroboh yang ditembak mati. sumber Bernama menyebut, kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam. Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh. Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan. "Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis," katanya. Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu. Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis. |
Anwar Mengamuk! Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda Posted: 04 Mar 2013 05:00 AM PST Adusss! Kenapa tiba-tiba Anwar ni mengamuk pulak! Jangan lah marah-marah! Wartawan yang bertanya hanya mahu ulasan dari Anwar. Menurut sumber, Ketika diberitahu bahawa media di Filipina menerusi laporan mereka mengaitkannya dengan insiden itu, Anwar bagaimanapun berkata: "Terdapat banyak media di Filipina. Mana satu yang anda maksudkan?" Sementara itu apabila diberitahu bahawa dakwaan mengenainya disiarkan akhbar harian terkenal Filipina, Philippines Daily Inquirer, Anwar berkata beliau sudah membaca laporan berkenaan namun menyatakan bahawa namanya tidak disebut sebagai pihak yang dikaitkan. "Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda," katanya kepada seorang wartawan portal berita yang mengajukan soalan berkenaan. Marah betul Anwar ni ye! Jawab je soalan, mudah kan. Jangan nak berdolak-dalik pulak! Difahamkan Anwar akan menyaman Akhbar Utusan Malaysia dan beberapa laman portal dan blog di atas dakwaan tersebut. Elok jugak la! Boleh lah terbongkar satu persatu..kan..kan..Nanti rakyat boleh tau apa tujuan sebenar Anwar membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, Misi Tian Chua di Manila dan pertemuan Jeffrey Kitingan dan Sultan Sulu Palsu..Kita lihat nanti.. |
Al-Fatihah! Gambar-Gambar Ketibaan Jenazah Anggota Polis Yang Terkorban Di Pangkalan TUDM Subang Posted: 04 Mar 2013 04:00 AM PST Suasana pilu di pangkalan Udara TUDM Subang apabila jenazah 2 wira negara yang terkorban tiba. Airmata ahli keluarga disulami dengan sebak di dada yang dapat digambarkan di Pangkalan TUDM. Turut hadir menyambut jenazah adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali. Gambar: UTUSAN |
BREAKING NEWS : Bukti Bergambar Mengapa Anwar dan Jeffrey Kitingan Perlu Disiasat Posted: 04 Mar 2013 03:30 AM PST |
Lokman Nor Adam : Anwar Taja Senjata Tentera Penceroboh? Posted: 04 Mar 2013 02:30 AM PST Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini. Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar. Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang. Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company. Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka. Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia". Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah. Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar. Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita. Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu. Lokman Nor Adam, 4 Mac 2013 |
Posted: 04 Mar 2013 01:45 AM PST Gerakan memburu lanun-lanun Sulu masih diteruskan. Kelihatan kereta kebal ATM telah mula diangkut ke kawasan operasi. Kereta kebal milik pasukan tentera tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu pada Isnin. Pasukan polis meneruskan operasi mencari penceroboh bersenjata yang masih bersembunyi di Lahad Datu, Semporna dan Kunak selepas pertempuran senjata pada Jumaat. Menurut sumber, keadaan menjadi tegang di Kampung Salimbungan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, memaksa pekedai menutup kedai masing-masing apabila anggota polis ditempatkan di kawasan sekitar bandar ini. Penduduk kampung tersebut, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada bandar Semporna diarahkan meninggalkan rumah masing-masing selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mula berkawal di beberapa lokasi. Dipercayai pasukan itu sedang mencari kumpulan lelaki bersenjata Sulu yang mungkin menyelinap masuk ke kampung berkenaan selepas pertempuran senjata di kampung Siminul yang terletak berdekatan. |
TERKINI: Kawalan Ketat Keselamatan Di Sekitar Tanjung Batu Posted: 04 Mar 2013 12:28 AM PST Mengikut maklumat terkini setakat berita yang diterima jam 3.30 petang, tentera dan polis membuat kawalan di kawasan sekitar balai raya di kampung tepi pantai, Tanjung Batu, apabila laporan menyatakan muncul lelaki bersenjata yang berpakaian seragam tentera. Sebahagian penduduk kampung tidak dapat meninggalkan kawasan yang dikawal keselamatan itu dan mereka yang lain tidak dapat kembali ke kampung. Penduduk kampung masih tidak dapat memasuki kawasan itu. Selain kemungkinan kehadiran lelaki bersenjata, tiada butiran lanjut yang dapat diperoleh daripada polis sebagai sebab untuk mengetatkan kawalan. |
Updated: Hishamuddin & Zahid Hamidi Tiba di Lahad Datu, Anwar Masih Menjaja Fitnah Posted: 03 Mar 2013 11:58 PM PST Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein diberi kawalan ketat sebaik tiba dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Lahad Datu, Isnin. Mereka tiba pada 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan di Kampung Tandou. |
UPDATED: Gambar dan Maklumat Anggota Polis Yang Terkorban di Semporna Posted: 03 Mar 2013 10:36 PM PST JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG: Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini. Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan. Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini. Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan. Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang. Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham... |
UPDATED 2.00 PM: Gambar Penduduk Kg. Simunul, Semporna Bergegas Keluar Posted: 03 Mar 2013 10:19 PM PST Aduuh! Inikah petanda serangan besar-besar Angkatan Tentera Malaysia akan menggempur Lanun-Lanun Bersenjata di Semporna?. Gambar-gambar terkini yang didapati dari sumber menunjukkan keika ini penduduk Kampung Simunul Semporna bergegas keluar dari rumah masing-masing sambil diawasi oleh pihak keselamatan.. Credit Photo : Belia Bangkit |
UPDATED 1.00 PM: Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar Posted: 03 Mar 2013 09:51 PM PST Siapa yang tak terkejut bila terjumpa mayat terutamanya penduduk kampung. Teman boleh bayangkan ketakutan yang menimpa penduduk kampung. Dari sumber, tiga mayat yang disyaki merupakan lelaki bersenjata Sulu yang ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang ingin berpindah. Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kaku dan yang ketiga di sebuah rumah panjang. Kawasan sekitar berlumuran dengan darah. Penduduk kampung berkata, mereka tidak tahu siapa yang akan mengebumikan mayat itu dan mereka menyatakan mengenai ketakutan terhadap mayat berkenaan. Seramai enam anggota polis turut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak itu. Penduduk kampung di Lorong 5 sudah pun meninggalkan kawasan, dan penduduk luar Lorong 5 dalam perkampungan air kembali pulang. "Kami tinggal di sini selama lebih 30 tahun. Kami bukan pengikut Sultan Sulu. "Kami takut selepas insiden tembak-menambak, tidak selamat lagi di sini," kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali. Tiada anggota polis beruniform atau anggota tentera dilihat pada pagi Isnin apabila penduduk kampung mengemas barang-barang mereka, termasuk peti sejuk, televisyen dan dapur, untuk menetap bersama saudara-mara mereka di tempat lain. |
PANAS: Tian Chua Kena Tampar Babi Posted: 03 Mar 2013 09:40 PM PST Ini muka Tian Chua celaka haram jadah. Muka yang langgar askar melayu sampai mati. Suka-suka je bunuh orang dengan alasan kemalangan jalanraya. Ini pulak krisis di Lahad Datu pun dia kata konspirasi UMNO. Semuanya dia ingat berlakon ke? Sampai ada kematian dan ada yang jadi balu, kira berlakon jugak ke? Teman rasa pihak Polis kena tangkap Tian Chua ni dan dakwa dia. Mentang-mentang la dah tak ada ISA, main suka-suka mulut tu bercakap. Nak kena tampal dengan penampar gajah la ni.. |
TERKINI 4 Mac 12.00 PM: Polis Gempur Lanun Bersenjata Posted: 03 Mar 2013 09:04 PM PST Gempur: Jangan bagi can. Hapuskan terus penceroboh negara. Sumber berita menyebut, pasukan polis menyisir di tepi pantai di Semporna untuk memburu lelaki bersenjata yang melarikan diri berikutan serangan hendap tiga hari lalu yang menyaksikan enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata ditembak mati. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah juga menentukan jenis senjata yang digunakan oleh lelaki bersenjata di Kg Simunul. Beliau berkata, polis menganggarkan tidak lebih daripada 10 lelaki bersenjata terlibat dalam kejadian yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo dekat sini. Hamzah berkata, jenazah anggota polis dihantar pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sabah dan Semenanjung selepas bedah siasat pada Isnin. Beliau berkata, polis Malaysia bekerjasama dengan angkatan tentera bagi berhadapan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang melakukan pencerobohan di Kampung Tanduo. "Kami memanfaatkan aspek teknikal tentera tetapi operasi masih di bawah polis," katanya. Hamza berkata, polis juga cuba untuk mengesahkan laporan mengenai 10 penceroboh, di mana tiga daripadanya dikatakan bersenjata dan memakai pakaian seragam 'camaflouge' dikesan di dua kampung di daerah Kunak. Beliau berkata, penduduk dari kedua-dua kampung dibenarkan pulang ke rumah. Mereka dipindahkan berikutan laporan yang mengesan berlakunya pencerobohan pada lewat Sabtu. mStar |
Krisis Lahad Datu: Hackers Malaysia dan Filipina Pula Berperang Posted: 03 Mar 2013 07:40 PM PST Serangan siber menular antara penggodam Malaysia dan Filipina pada hujung minggu, mencerminkan pertempuran darat di Sabah pada Jumaat dan Sabtu. Penggodam yang didakwa daripada kumpulan penggodam Malaysia dan Filipina, Anonymous menyerang laman-laman web di kedua-dua negara. Ia dipercayai merupakan serangan secara maya dilakukan oleh rakyat Malaysia, beberapa jam selepas insiden tembak-menembak yang berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata Sulu pada Jumaat. Satu mesej ditulis dalam bahasa Tagalog dipaparkan di laman Facebook milik Anonymous Malaysia pada hari berkenaan yang memberi amaran kepada Filipina bahawa mereka akan mengadakan serangan. Blog Filipina, Pinoy Tech News yang pertama dilaporkan terdapat beberapa laman web kerajaan mereka diserang oleh perkhidmatan penafian (DoS). Beberapa laman web lain turut terjejas. Penggodam Filipina kemudian membalasnya, menyerang dan merosakkan beberapa laman web persendirian dan milik Kerajaan Malaysia. Sesetengah mereka mendakwa telah menggodam laman-laman web kerajaan, dan mengumumkannya di Facebook mengenai eksploitasi mereka. Mereka juga menggesa para pengikutnya untuk melancarkan serangan DoS terhadap laman web tempatan. Satu kenyataan yang didakwa dilakukan oleh Anonymous menggesa penggodam dari kedua-dua negara untuk bertenang. "Perang maya tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita tetapi akan memberikan tanggapan yang salah... Marilah kita membantu kedua-dua Filipina dan Malaysia supaya bersatu, tiada sebab untuk bermusuhan," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amiruddin Abdul Wahab berkata, kerajaan turut menyedari perkara itu, namun beliau enggan mengulas lanjut. MStar Online |
TERKINI ATM Ambil Alih: Gempurrrrrr Posted: 03 Mar 2013 05:22 PM PST Pelbagai kaedah untuk memujuk lanun-lanun Sulu telah dibuat tapi deme ni masih berdegil. Angka korban semakin meningkat. Harapan rakyat Malaysia kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk mengambilalih operasi sepenuhnya amat tinggi. ATM dijangka akan menggempur musuh habis-habisan hingga tiada baki. ATM adalah yang terbaik di dunia. Gempur musuh-musuh dan hantar ke neraka jahanam. |
You are subscribed to email updates from Apple Biru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment