Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANAS GILA!! Video 'Terlampau' Anwar Tersebar Lagi!!

Posted: 10 Mar 2013 08:17 AM PDT


Lawak gila video Anwar kat bawah ni, memang patut tengok. Tapi namanya tak berapa sedap, Mr. Mansuh. Sepatutnya boleh bagi nama yang lebih 'catchy'


Lepas dah habis tengok video kat atas tu, boleh layan video Ummi Hafilda dedahkan pasal Anwar UGUT dia untuk tulis surat akuan bersumpah. Katanya sama seperti Anwar buat kat bapak Saiful tu.. betul ke?

HOT INFO! Pertempuran Di Kawasan Merah, Dua Anggota Keselamatan Cedera! #Pray4Sabah

Posted: 10 Mar 2013 06:31 AM PDT

Ini gambar penceroboh yang ditembak

Dua anggota keselamatan negara dari BN PGA 12 Miri yang diserang di kampung Tg Batu telah dikenal pasti iaitu:

1. RF 116409 Mohd Zariman; dan
2. RF 160726 Fendi B. Rosli

Sumber diperolehi juga memaklumkan keadaan anggota yang cedera diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu dalam keadaan stabil.

'Ops daulat' adalah fasa mengepung dan membersihkan saki-baki penceroboh yang kini bergerak secara perseorangan mahu pun dalam kumpulan kecil dengan menyamar sebagai penduduk tempatan.

Seramai 85 orang yang disyaki sebagai penceroboh mahu pun dikaitkan dengan penceroboh yang mengganas telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat di bawah seksyen 130c (1) (a) kanun keseksaan dibaca bersama security offences (special measure) act 2012. TMS

HOT INFO!! Oit Anwar, Siapa Sebenarnya yang Sedang Berkonspirasi ni?

Posted: 10 Mar 2013 05:38 AM PDT

Terkejut tengok bila menjengok di Page Ketua Pengganas, Nur Misuari (https://www.facebook.com/Nur.P.Misuari)





Dalam sibuk-sibuk berperang dengan Tentera Malaysia, sempat juga main propaganda Anwar Ibrahim kat Facebook pasal kenyataan bapa Saiful?

Nur Misuari ni nak tuntut Sabah atau nak tolong kempen bagi menangkan Anwar Ibrahim?


Tu pun masih tak nak mengaku jadi dalang.

Satu lagi, pembaca boleh tengok tagline propaganda baru PKR menjelang PRU akan datang.

Kata Tian Chua.......KONSPIRASI TERANCANG.



Kata bapa Saiful....KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR.


Kenapa kedua-duanya senada dengan perkataan KONSPIRASI? Siapa sebenarnya berkonspirasi?

Kantoi!

*Mohon rakan-rakan blogger sebarkan status FB Nur Misuari yang senada dengan propaganda terbaru PKR.

Sumber: MyMassa

HOT INFO! Kisah Menarik Tun Dr Mahathir yang Anwar Geruni!!

Posted: 10 Mar 2013 01:17 AM PST

1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.

2. Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.

3. Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.

4. Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid' atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.

5. Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid' ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.


6. Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.

7. Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini sebagai contoh mentality colonial  yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review, October 30, 1981].

8. Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]

9. Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap operasi `Dawn Raid' ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen `Buy British Last'. Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern Economic Review, October 9, 1981].

10. Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di Malaysia.

11. Selepas 5 bulan kempen `buy british last' berjalan, pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `buy british last' dan menyelesaikan isu CHOGM.

12. Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].

13. Dengan satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.

14. Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy British Last' dihentikan. Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987 dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan sukan komanwel 1998.

15. Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain menandatangani perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3 Billion pound dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan yang bernilai 234 juta pound.

16. Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula' kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February 20, 1994].

17. Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan rasuah yang dibuat keatas beliau.

18. Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan menyatakan "…no contracts in exchange for British press freedom to tell lies" [The Financial Times, March 17, 1994].

19. Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28 buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti kempen `Buy British Last' II.

20. Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan media.

21. Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.

22. Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr. Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat laporan penipuan terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.

23. Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh penipuan media Britain.

24. Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.

25. Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan Negara melebihi segala-galanya.

PANASS!! Tun Dr Mahathir Komen Anwar Menyanyi 'Sabah nak Hilang'!!

Posted: 09 Mar 2013 10:17 PM PST


MARANG – Lagu Tanya Sama Pokok yang diubah suai liriknya dan dinyanyikan semula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan seolah-olah ketua pembangkang itu cuba memutarbelitkan keadaan untuk keuntungan dirinya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, justeru, beliau khuatir dengan gelagat Anwar terutamanya selepas Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

"Bila dia (Anwar) berjumpa dengan Nur Misuari, dia sering berkata BN (Barisan Nasional) akan hilang… bukan kalah. Hilang Sabah… Jadi, apa yang dimaksudkannya dengan hilang?

"Apakah Sabah akan 'terlepas' dari negara kita atau cuma BN saja yang kalah? Cara dia bercakap ini memang nampak dia cuba untuk putar belit bagi mendapatkan sesuatu untuk dirinya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Sementara itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak pernah yakin dengan sebarang janji yang ditaburkan Anwar termasuk terhadap penduduk Sabah sebelum ini.

"Dia pernah berjanji dengan (rakyat) Sabah untuk menyemak segala tuntutan termasuk bagi 10 peratus (royalti) minyak kepada Sabah. Macam-macamlah. Tapi semua ini janji. Apa yang boleh dilakukannya saya tak yakinlah," katanya.

"Tapi inilah Anwar. Semasa dia ada dalam kerajaan, saya pun hairan macam mana saya boleh percaya kat dia. Dia penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu.

"Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam," ujar beliau – Mingguan Malaysia

Video Anwar kata 'Sabah nak hilang' boleh tengok kat bawah ni,

PANASS!! Anak Perempuan Sultan Sulu Celup Pula Marah Dipanggil Penganas! #Pray4Sabah

Posted: 09 Mar 2013 07:40 PM PST


Semalam Mc bawakan berita bapaknya si Kiram, marah apabila Malaysia panggil penceroboh dengan nama penganas. Klik SINI untuk baca. Hari ni anak perempuan si Kiram ni pula marah.

"Sebenarnya Najib Razak lah yang sebenarnya pengganas.., bukannya kaum kerabat Sultan Sulu yang mahu menuntut kembali hak mereka dibumi Sabah.." kata Puteri Sultan Sulu. Jacel Kiram, anak perempuan kepada Kiram III menegaskan demikian ketika mengulas dakwaan bahawa penceroboh Sulu di Filipina adalah pengganas.

Jacel juga mempersoalkan mengapa Najib sanggup melancarkan serangan udara dan darat kepada hanya 200 orang pengikut bapanya sedangkan mereka langsung tidak bersalah. Bagi Jacel, orang-orang kesultanan Sulu hanya mahu hak mereka dikembalikan.

"Jadi Pak Razak, anda justeru lebih pengganas bersama pasukan bersenjata anda, yang ingin menghabiskan Raja Muda Kiram dan orang orang kesultanan Sulu, jadi siapa yang ganas?" soalnya ketika ditemubual media Filipina.

Anak perempuan Kiram III itu juga menegaskan bahawa para pengikut bapanya pergi ke Sabah untuk menetap di tanah mereka sendiri dan bukan untuk melancarkan perang.

"Apakah kerabat saya atau bahkan orang orang kesultanan dianggap pengganas jika mereka mengunjungi tanah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke rumah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke tanah milik mereka sendiri? Mereka tidak pergi ke sana untuk berperang tapi untuk menetap, untuk menetap di tanah mereka sendiri," katanya lagi. - MPP

Kalau nak menetap, masuklah secara halal, bukannya dengan menceroboh. Dah sah la family ni tak betul, bapak gila, anak pun mereng, dah bunuh polis, dan perlakukan dengan kejam. Kemudian marah dipanggil penganas.

Lagi satu, dok mengaku diri keturunan Sultan Sulu, sedangkan salasilah Sultan Sulu ni dah lama tamat. Kalau ada pun, dah tak duduk di Filipina tu. Tu pun hanya bau-bau bacang!

Si Kiram dan anak perempuan dia ni hanya menyamar, kemudian berlagak serupa keturunan Sultan Sulu yang betul. Memang sah anak beranak dua ekor ni, patut dihantar ke wad gila.

McTheory:
Memang nak layan orang gila ni..

TUDIAA!! Chegu Bard Kata Bapa Saiful Bukhari Kaki Judi dan Cuba Lacurkan Isterinya Dulu!

Posted: 09 Mar 2013 04:39 PM PST



Walaupun Azlan ni kita tahu dia kena beli dengan Anwar. Namun tak pernah la pulak kita tuduh dia cuba melacurkan arwah Isterinya. Tapi puak pembangkang pernah dedahkan semua ini dulu.

Bila tidak menyebelahi diri….dikata kaki judi dan cuba melacurkan isteri…

Itulah antara bahan yang pernah terbit di blog che'GuBard (lihat printscreen)…

Kalau ditanya sekarang, selepas bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim mengatakan anaknya menjadi bahan konspirasi dalm isu Liwat II, yang menjadi poin yang menyebelahi pembangkang…apakah Chegu Bard masih akan kata Azlan kaki judi dan pernah cuba lacurkan arwah isterinya?

Walaupun dalam entri tu Chegu Bard kata ia adalah petikan email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr, namun bila anda dah letak di blog anda atas kerelaan, maka anda bersetuju dengan kandungan email itu bukan.

Lagipun dia sendiri letak penafian;

Segala bahan dalam blog ini boleh dipetik oleh mana-mana media sebagai kenyataan dan pandangan che'GuBard.

Jadi…penulis ulang semula…apakah sekarang anda akan masih berpegang kepada kata-kata anda bahawa bapa Saiful kaki judi dan cuba melacurkan isteri?

Apa tagline blog anda...Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata…..hendak laksanakan kata-kata anda tak sekarang?

Masih berjuang mengatakan bapa Saiful kaki jual bini?


Masa pilihan raya inilah macam-macam benda mula timbul…

Yang menampakan belang pembangkang… pandai kritik dan kutuk orang dan pada masa sama berlakon diri sendiri sangat suci.

Namun, pendirian itu berubah mengikut keadaan. contohnya… sudah pasti bapa Saiful kini bukan lagi kaki judi dan kaki melacurkan bini kan…

Untuk rekod, Saiful tetap berpegang kepada kenyataan bahawa dirinya diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak ada sesiapa pernah menuduh bapa Saiful kaki judi dan kaki jual bini melainkan pembangkang….sejak bapanya beralih pendirian pun…masih tidak ada sesiapa di pihak kerajaan yang tergamak sebut beliau pernah cuba melacurkan arwah isterinya. Sumber asal dari Mynewshub.

Cuba pembangkang yang sanggup berbuat demikian. Kami hanya tunjukan saja. soo.. siapa yang dedahkan siapa?


McTheory:
Tapi kaki judi memang parah..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...