Apple Biru

Apple Biru


Lahad Datu : Rumah Sarang Pengganas Mungkin Diroboh

Posted: 10 Mar 2013 10:00 AM PDT

Antara tompokan darah milik salah seorang anggota polis yang terbunuh akibat ditembak pengganas Sulu pada kejadian 2 Mac lalu

Sembilan rumah yang disyaki menjadi sarang kumpulan pengganas dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas, mungkin diroboh, kata Ketua Kampung Ramlee Saraman.

Ramlee berkata beliau difahamkan ada pemilik rumah yang mungkin terperdaya dengan kumpulan itu sehingga 'menjualkannya' tanpa menyedari ia mungkin dijadikan sarang operasi pengganas.

Beliau berkata tindakan meroboh premis itu akan dilaksana pihak berkuasa seperti majlis daerah selepas pihak keselamatan mengesahkan ia dijadikan sarang pengganas.
Ketua Kampung Simunul,Ramli Saraman, 56, menunjukkan salah satu lokasi kejadian di mana enam anggota polis terbunuh akibat ditembak pengganas Sulu pada kejadian 2 Mac lalu

"Kalau benar, rumah-rumah ini akan dirobohkan. Bagi saya, ia dapat mengembalikan kepercayaan penduduk di sini bahawa perkampungan mereka selamat," katanya ketika meninjau kampung itu bersama wartawan Bernama Ahad.


Beliau berkata sejak pembukaan Kampung Simunul pada 9 Mac 1939, kejadian 2 Mac lepas, yang menyaksikan enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap itu, adalah yang pertama berlaku di kampung itu.

Ramlee, 56, yang menggalas tugas Ketua Kampung sejak 2006, memberitahu kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan perkampungan itu berikutan insiden tersebut.

Beliau berkata antara modus operandi anggota kumpulan pengganas 'menyusup' ke perkampungan air itu ialah menetap di situ dan bergaul dengan segelintir penduduk.

"Saya ada mendapat berita, ada penduduk kampung memanggil seorang daripada mereka (enam pengganas yang terbunuh) sebagai Imam, tetapi saya hendak tegaskan dia bukan imam yang sah dilantik," katanya. - BERNAMA

BABI BERSUARA! Saya Datang Sini Untuk Menghasut! Ptuii!!!

Posted: 10 Mar 2013 09:00 AM PDT


Ptuiii! Sekor babi yang suka menghasut. Belajar tinggi-tinggi tapi bangang! Muka babi ni lah yang digunakan oleh Anwar untuk menghasut rakyat ke jalanraya. Muka bangsat yang tak ada otak dalam dunia..Tak hairanlah orang meluat tengok muka Hishamuddin Rais yang macam babi ni.ptuii

Kome baca keluhan seorang blogger Tepak Bersulam pasal sekor bangsat ni...

SEBANGSAT BANGSAT ANAK NEGERI SEMBILAN AKU PERNAH JUMPA DALAM HIDUP AKU IA LAH HISHAMUDIN RAIS , ADA KEPALA TAPI TAK ADA OTAK , MERANTAU JAUH JAUH BILA BALIK JADI PENCACAI , SEMUA ORANG TAK BETUL DIA SEORANG AJA BETUL TAPI SAMPAI HARI INI HIDUP DIA SENDIRI TAK PERNAH BETUL BETUL. APA KERAJAAN BUAT SEMUA TAK BETUL YANG BETUL DIA AJA MACAM KERA. DIA INILAH KATA ISLAM NI MACAM HOTEL CARLIFORNIA BOLEH MASUK TAPI TAK BOLEH KELUAR. MAKNANYA BILA MASUK ISLAM DAH TAK BOLEH KELUAR, DIA PERSENDAKAN ISLAM SAMBIL KETAWA SINIS MACAM BUNYI BABI. SAMPAI BILA NAK JADI ORANG AKU PUN TAK PASTI.......DIALAH JUGA KATA MELAYU BOLEH DOBONSAIKAN OTAK NYA MACAM OTAK DIA. KEPALA HOTAK KO... LAH HISHAMUDDIN.

Hahahaha...padan muka mike. Jenis penghasut elok disumbat dalam penjara. Tak pun hantar je ke Lahad Datu jadi umpamn Pengganas Sulu..Kehkeh...

TERKINI 10.30 PM : Pengganas Sulu Terus Digempur!

Posted: 10 Mar 2013 08:05 AM PDT

Hari keenam menujukkan tiada tanda-tanda pengganas Sulu mahu menyerah diri dan melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan oleh media Filipina. Menurut berita terbaru, pengganas Sulu sebaliknya bertindak agresif sehingga menyebabkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu malam Sabtu.
Kelihatan penduduk Kampung Tanjung Labian berjalan kaki keluar dari kampung mereka pada hari keenam Op Daulat, Ahad

Susulan itu, pasukan keselamatan membabitkan polis dan angkatan tentera yang membentuk Op Daulat meneruskan operasi menjejak pengganas, dengan orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan Zon Merah yang ditetapkan sejak gerakan ofensif dimulakan Selasa lepas.

BREAKING NEWS : Gambar Kedua Pertemuan Anwar Dengan Nur Misuari Didedah

Posted: 10 Mar 2013 07:40 AM PDT


Gambar di atas adalah salah satu bukti pertemuan Anwar dengan Nur Misuari yang telah didedahkan. Tarikh pertemuan ini adalah pada 17/7/2012 beberapa bulan sebelum Insiden Berdaran di Lahad Datu. Walaupun Anwar berani menyaman Utusan da TV3, tetapi pengecut untuk menyaman punca berita dipetik dari Manila Times, Reuters dan macam-macam lagi sumber luar negara.

Sebenarnya Anwar tahu jika dia menyaman sumber luar negara ini, maka akan ada banyak lagi rahsia dan bukti-bukti penglibatan beliau dalam Insiden berdarah Lahad Datu akan terdedah. Tapi bak kat pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.  

Gambar tersebut membuktikan sikap terdesak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri walaupun maruah negara harus digadai dan 8 perajurit negara terkorban. Orang yang sebegini tidak harus dibiarkan hidup dimuka bumi ini....

Gambar Ngeri Mayat Komando Yang Patut Tian Chua Tengok! Sandiwara Hotak Kau!

Posted: 10 Mar 2013 06:52 AM PDT

Gambar atas adalah gambar mayat anggota keselamatan negara yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu. Ditawan dan dipenggal kepala tanpa ada berperikemanusiaan. Pengganas Sulu ini lah yang mahu dipertahankan oleh Tian Chua Celaka! Mayat anggota keselamatan negara yang disiat-siat macam binatang, masih lagi mendakwa Insiden Berdarah Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO. Kepala HOTAKKKK KAUUU!!!! 

Elok tangkap Tian Chua dan hantar pergi Lahad Datu jadi umpan pengganas Sulu. Kita tengok macamana pengganas Sulu siat-siat daging Tian Chua untuk dimakan...Hingga menjilat jari...ptuiiii!!!!

OP DAULAT : Pengalaman Detik Cemas Wartawan The Star Bertembung Dengan Pengganas Sulu

Posted: 10 Mar 2013 06:18 AM PDT


Perjalanan untuk membuat tinjauan keadaan di Kampung Tanjung Labian ternyata menjadi satu pengembaraan mencabar bagi kumpulan wartawan dan jurugambar yang terserempak dengan lelaki bersenjata berhampiran perkampungan pantai yang terletak kira-kira 160km dari sini.

Pasukan media termasuk jurugambar The Star, Normimie Diun, terlihat lelaki memakai baju-T dan seluar warna gelap berdiri di tepi jalan tidak lama selepas mereka tiba di kampung itu kira-kira pukul 10.00 pagi.

Ketika memandu ke Tanjung Labian, pasukan media tidak melihat sebarang sekatan jalan raya polis, membuatkan mereka percaya bahawa kawasan itu adalah selamat.

Bagaimanapun, ketika meneruskan pemanduan, mereka disambut dengan pemandangan di mana pakaian yang sudah kering namun masih tergantung di sebuah kampung terpencil, menunjukkan penghuni telah meninggalkan kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan mereka, mereka juga melihat seorang lelaki sedang berdiri di pokok kelapa sawit berhampiran.

Terdahulu, timbul kebimbangan yang memuncak apabila melihat beberapa sepanduk putih dengan tulisan merah digantung di beberapa pokok.

Kemudian, selepas satu minit, mereka melihat kelibat lelaki berpakaian gelap di tepi jalan dan menyedari bahawa mereka mungkin berdepan dengan salah seorang lelaki bersenjata Sulu yang terlibat dalam pertempuran berterusan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, yang terletak kira-kira 2km dan Kampung Tanduo berdekatan.

Mengimbas bagaimana dia terkejut melihat lelaki bersenjata, Normimie berkata lelaki itu mengelak dan hilang dalam semak apabila melihat dua kenderaan pasukan media sedang dalam perjalanan masuk.

"Apabila saya ternampak dia, saya berteriak kepada yang lain di dalam kereta untuk tunduk dan tidak menunjukkan kamera kami. Pemikiran saya serta-merta berkata mereka mungkin menganggap peralatan kami adalah senjata dan akan melepaskan tempakan kepada kami," kata Normimie yang duduk di tempat duduk belakang.

"Kami sangat takut kerana jika dia adalah anggota pasukan keselamatan, dia akan memberitahu kami supaya berpatah balik," katanya.

Pada ketika ini, kumpulan itu memutuskan untuk membuat 'u-turn' dan kembali ke jalan utama Felda.

Ketika pasukan media sampai di jalan utama Felda, mereka terserempak dengan kira-kira 30 penduduk kampung Tanjung Labian yang ketakutan selepas mendengar empat tembakan beberapa minit sebelum itu.

Salah seorang daripada mereka, Achar Jalil berkata mereka telah diberitahu oleh ketua kampung untuk terus berada di kawasan itu walaupun pihak berkuasa Malaysia telah menasihatkan supaya berpindah, pada Isnin.

Menunggang motosikal bersama isteri dan dua anak, Achar berkata dia bimbangkan nasib ibunya yang tua dan uzur yang terpaksa ditinggalkan.

Ketika mereka meninggalkan Tanjung Labian, pasukan media berselisih dengan anggota polis menaiki trak menuju ke kawasan tersebut.

UPDATED OP DAULAT 8.00 PM : Dua Trak Bawa Mayat Pengganas

Posted: 10 Mar 2013 05:19 AM PDT


Menurut sumber kelihatan dua trak polis yang membawa beg plastik hitam dipercayai mengandungi mayat lelaki bersenjata dilihat meninggalkan kampung Tanduo, petang Ahad.

Kg Tanduo adalah antara kawasan di mana pasukan keselamatan menjalankan operasi pembersihan saki baki lelaki bersenjata Sulu.

Dua kenderaan berperisai juga dilihat dipandu di hadapan trak.

Mereka tiba di kompleks Sahabat Felda di mana mayat diserahkan kepada pasukan forensik.

UPDATED OP DAULAT 7.30 PM : Sidang Media Ketua Polis Negara

Posted: 10 Mar 2013 04:33 AM PDT


Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara "sporadic" sehingga awal pagi.

Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.

Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses "frisking" dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut. Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.

Semua tangkapan, lelaki yang cedera dan mayat tersebut telah berjaya dibawa keluar. 

Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Sementara itu di Semporna, pasukan polis terus menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap pengganas yang terlibat dalam insiden di Kampung Simunul. Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap. 

Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna – Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki dewasa telah berjaya ditangkap.

Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

PANAS! Latipah Koyak BODOH!!!

Posted: 10 Mar 2013 03:30 AM PDT


Adakah Polis alat UMNO atau Polis alat masyarakat kerana dah ada 205 laporan polis terhadap Tian Chua? 

POLIS TERIMA 205 LAPORAN BERHUBUNG KENYATAAN TIAN CHUA SETAKAT INI

Kuala Lumpur, 9 Mac - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar berkata pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara.

"Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini.

Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. - BERNAMA

Begitu celupar mulut pemimpin pembangkang ni sampai boleh tuduh Polis sedangkan dah ada 205 laporan polis terhadap Tian Chua.

Sumber

UPDATED : Wartawan Terserempak Pengganas Sulu

Posted: 10 Mar 2013 01:28 AM PST


Sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat dekat sini, Ahad.

Lebih mencemaskan, lapan wartawan dari pelbagai syarikat media itu "dipaksa" berlari bersama penduduk yang secara tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian dan bertempiaran meninggalkan kampung itu.

Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu melibatkan wartawan dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), jurugambar The Star, New Straits Times serta jurukamera dan pemberita Bernama TV dan Al-Hijrah.

Mengimbas kembali, wartawan Bernama Mohd Hisham Abdul Rafar berkata pada mulanya beliau bersama rakan media mendapati perkampungan yang dikelilingi ladang kelapa sawit itu lengang dan suram.

Malah, mereka yang tiba dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan Proton Saga juga menggambarkan penempatan itu seolah-olah "kampung berhantu" kerana rumah-rumah tiada berpenghuni serta tidak berkunci dengan binatang ternakan berkeliaran.

"Seperti biasa, kami menjalankan tugas mencari berita dan merakam keadaan kampung.Tiba-tiba sekumpulan penduduk termasuk kanak-kanak bergegas keluar dari beberapa penjuru kampung, seolah-olah lari dari sesuatu.

"Terkejut dengan keadaan itu, kami menahan seorang daripada mereka bagi bertanyakan apa yang berlaku dan dimaklumkan mereka bertindak demikian setelah mendengar empat das tembakan dilepaskan dari dalam kawasan itu," katanya.

Menyedari keadaan tersebut boleh mengancam keselamatan, Mohd Hisham yang sebelum ini pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Pakistan segera beredar dari lokasi itu bersama rakan media lain.

Jurufoto The Star, Normimie Diun, 38, berkata situasi bertambah genting apabila beliau yang ketika itu telah berada di dalam kenderaan terlihat sosok seorang lelaki berpakaian serba hitam yang memegang senjata berdiri berhampiran sebatang pohon kelapa sawit, kira-kira enam meter dari kedudukan mereka.

Cemas dengan keadaan itu, beliau dan rakan-rakan terus menundukkan kepala dan pemandu terus memecut meninggalkan kawasan itu.

Dalam pada itu katanya, beliau masih sempat menjerit mengingatkan rakan-rakan supaya tidak merakamkan gambar kerana khuatir lelaki itu bertindak ganas.

"Saya sempat menjenguk keluar dan terlihat lelaki itu terus duduk dan berselindung di sebalik pokok berkenaan. Saya masih terperanjat, namun bersyukur penceroboh itu tidak melepaskan tembakan," katanya.

Normimie berkata dalam perjalanan pulang mereka kemudiannya berselisih dengan beberapa kenderaan polis yang menuju ke kampung tersebut.

Kesemua kumpulan wartawan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiba dengan selamat di Felda Sahabat 16, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Pasukan keselamatan melancarkan Op Daulat di kawasan sekitar Lahad Datu berikutan insiden pencerobohan oleh kumpulan militan bersenjata dari Selatan Filipina yang berlarutan sejak 12 Februari lepas. BERNAMA

HOT : Tian Chua Celaka Sama Perangai Dengan Pengganas Sulu

Posted: 10 Mar 2013 01:14 AM PST


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumpamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu adalah sandiwara Umno, sebagai manusia yang sudah hilang nilai baik dan nilai kemanusiaan.

Beliau berkata walaupun insiden pencerobohan di Lahad Datu itu telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan negara terkorban, namun terdapat juga "manusia-manusia yang tidak berhati perut yang tidak ada perasaan kasih sayang langsung".

"Saya nak tanya Tian Chua...apakah gambar-gambar yang saya lihat sendiri dengan mata saya, puluhan yang bergelimpangan mati katak di tengah-tengah hutan juga satu sandiwara?

"Sakitnya kita tengok keluarga, anak tercinta, isteri tercinta yang ditinggalkan. Jadi ini merupakan sesuatu kesedaran bagi kita, nak berpolitik ada tempat dan masanya, dan saya tengok ini budaya kebencian yang sanggup menggadaikan segala-galanya gara-gara kerana jawatan dan rakus serta angkuh, mengenepikan sentimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi balu Allahyarham Sarjan Baharin Hamit, Sumiati Suarah dan anggota keluarga Allahyarham di Inanam Laut, dekat sini, Ahad.

Allahyarham Sarjan Baharin dari cawangan khas ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini, merupakan antara enam anggota polis yang terkorban dalam serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas.

Sambil menyatakan ada hikmah di sebalik insiden itu, Hishammuddin berkata: "Tuhan tidak akan mengizinkan manusia-manusia sebegini berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia yang mencintai keamanan, sayang sahabat sesama agama, sama bangsa.

"Kita seharusnya melihat ke hadapan, bukan untuk diri kita tetapi anak cucu cicit kita yang kita tinggalkan selepas ini," katanya.

Sementara itu, Sumiati yang mempunyai dua orang anak berterima kasih kepada Hishammuddin yang datang sendiri melawat anggota keluarga Allahyarham.

"Lawatan ini sekurang-kurangnua memberi semangat kepada kami untuk menghadapi detik-detik kehilangan orang yang tercinta.

"Anak-anak semua dah boleh terima dan kira okay, dah stabil. Sedih-sedih...tapi dah stabil, semangat dah ada. Kita dah faham...rasa bangga sebab dia (anak-anak) tengok ayah (gambar) di TV...balik-balik dia kata Perwira Negara," katanya. BERNAMA

TERKINI 4.30 PM : Pengganas Sulu Penggal Kepala dan Potong Kepala Anggota Keselamatan

Posted: 10 Mar 2013 12:42 AM PST


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini, Ahad.

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.

"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.

Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya. BERNAMA

TERKINI : 2 Anggota PGA Cedera Bertempur Pengganas Sulu

Posted: 09 Mar 2013 11:53 PM PST


Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.

Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.

Bagaimanapun menerusi sidang media pada Ahad, Hamza tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat musuh yang berjaya ditembak atau tidak dalam pertempuran tersebut.


BONGKAR : RM 2 Juta SUARAM Biayai Penceroboh Sulu

Posted: 10 Mar 2013 12:34 AM PST


Pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta.

Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.

"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."

"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia.

Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau.

"Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US)."

"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau

Tambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus,"

papagomo

HOT! Anwar Mampus Kering Dengan Menipu

Posted: 10 Mar 2013 12:28 AM PST


SEMALAM (Jumaat) ada 2 perkembangan menarik berkaitan Anwar Ibrahim, si ketua pembangkang ini.

Pertama, bapak Saiful Bukhari yang dibayarnya, Azlan Lazim, tampil dengan sidang media mengatakan dakwaan liwat ke atas anaknya adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Kedua, Saiful Bukhari sendiri dalam masa kurang 12 jam, tampil menafikan dakwaan bapanya dan bertegas bahawa kejadian liwat itu benar-benar berlaku, bukan konspirasi.

Menjadikan keseluruhan episod satu sejarah – sebagai antara penipuan paling singkat dalam dunia!!

Tapi Anwar, malam yang sama di Pulau Pinang, sempena sambutan 5 tahun pentadbiran Pakatan haram ini, dengan selamba mengambil separuh kisah (pembohongan Azlan) dan mengenepikan satu kisah yang lain (pengakuan Saiful) untuk mendakwa bahawa memang benarlah dia tidak bersalah meliwat Saiful.

Ini bukan masalah besar untuk Anwar sebab dia ni hidup dalam pembohongan 24 jam.  Sama ada dia tipu orang atau dia sendiri percaya dengan penipuan yang dia buat.  Kes Azlan ini satu contoh klasik, sebetulnya banyak lagi.

Nampaknya, keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan dan membebaskan Anwar dari dakwaan liwat tersebut, masih belum cukup menyakinkan pengikut peliwat tua itu, sehingga Anwar terpaksa mengeluarkan wang berjuta ringgit untuk membayar Azlan.

Tak payah tanya buktilah (macam pembangkang tuduh BN ada bukti), kita pakai logik cukup.  5 tahun sejak kes ini bermula dan sama-sama jadi saksi bersumpah, baru sekarang Azlan nak kata tuduhan liwat ke atas Anwar oleh anaknya itu satu konspirasi?

Yang penting, apa kesimpulan dan apa konklusinya?

Penulis katakan, 'susah payah' Anwar (membayar Azlan untuk buat penipuan) adalah bukti jelas bahawa Anwar memang meliwat Saiful!!  Ini tak boleh nak elak lagi, memang itulah hakikatnya.  Sebab itu dia ketepikan pengakuan Saiful dan hanya ambil pembohongan Azlan.

Takkan Anwar nak kata di tak tahu (pengakuan Saiful).  Zaman internet serba pantas ini, mustahil Anwar yang 24 jam bertwitter tak tahu Saiful dah buat penafian?  Penulis katakan Anwar tahu, tapi sebab duit dah keluar banyak, nak tak nak, guna jugalah pembohongan itu untuk melepaskan diri.

Kes yang sama berlaku dalam hal Deepak.

Tiga ke empat kali Deepak keluar kenyataan bercanggah pun, termasuk menuduh kekasih gaynya, Rafizi Ramli sebagai penipu dengan dia sendiri sebagai dalang semua penipuan tersebut, Anwar dan culai-culainya tetap ulang dakwaan Deepak mengenai penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam satu skandal tanah, tanpa rasa bersalah.

Anwar terdesak sekarang, banyak bukti menjurus penglibatannya sebagai dalang sebenar dalam insiden Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa 8 orang anggota polis setakat ini.

Dengan pelbagai siasatan dijalankan di pihak Filipina dan Malaysia mencari dalang sebenar insiden di Lahad Datu, hanya masa yang menentukan sebelum boleh disahkan bahawa tangan dialah berlumur dengan darah perwira negara dan anak-anak mereka yang jadi yatim kerana 'usaha' terdesaknya nak jadi Perdana Menteri, maka itu Anwar perlu cari jalan untuk alih perhatian rakyat.

Itulah yang kita nampak berlaku semalam.

mykmu.net

PANAS! Kisah Anwar Dengan Jambu-Jambunya! Adeehh!!

Posted: 10 Mar 2013 12:22 AM PST


Sepucuk surat bertulisan tangan yang menggunakan nama MOHD FAREEZ KAMAL INTIDZAM yang turut disertai nombor kad pengenalannya sekali 890625-10-5273 serta jawatannya selaku SETIAUSAHA POLITIK ZURAIDAH KAMARUDDIN telah tersiar di beberapa buah blog.

Antara lain isi kandungan surat tersebut adalah memujuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar memujuk Wan Azizah mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan Presiden PKR kepada Azmin Ali yang dikatakannya sangat berkeupayaan serta lebih cekap.

Bagaimanapun perkara paling menarik dalam surat berkenaan ialah pengakuan si penulisnya, bahawa dia SANGAT RAPAT dengan Anwar Ibrahim dan hal tersebut sangat dicemburui oleh Wan Azizah dan anak Anwar Ibrahim sendiri, Nurul Izzah.

Umum mengetahui, Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin merupakan 'PASANGAN BEREGU' dalam PKR yang amat ditakuti oleh para pemimpin PKR yang lain. Pasangan yang sama-sama berkongsi KOD 71 dalam kad pengenalan masing-masing, mempunyai cengkaman yang cukup hebat dan sangat berpengaruh serta mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada Anwar Ibrahim.

Bahkan dikatakan juga kebanyakan daripada keputusan Anwar Ibrahim sebenarnya datang daripada pasangan beregu ini.

Cerita tentang Wan Azizah cemburukan lelaki-lelaki muda yang rapat dengan Anwar Ibrahim, bukanlah cerita baru. Antara nama-nama yang pernah menjadi bahan cemburunya Wan Azizah, termasuklah Saiful Bukhari Azlan dan Rashid.

Kegilaan dan keghairahan Anwar Ibrahim terhadap lelaki-lelaki muda yang berwajah jambu, juga bukan cerita baru. Justeru pengakuan  MOHD KAMAL FAREEZ INTIDZAM juga tidak mengejutkan sekiranya, dia juga merupakan salah seorang daripada lelaki jambu yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan kemudian dicemburui oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Wan Azizah juga diketahui mencemburui Azmin Ali yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim dan pernah dikaitkan dengan skandal seks yang amat memalukan terutama sekali membabitkan isterinya, Shamsidar Taharin.

Pertentangan kuasa antara Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail juga sangat besar. Azmin Ali mempunyai kemnya sendiri dalam Parti Keadilan Rakyat. Manakala Wan Azizah mempunyai kem yang turut dianggotai oleh anak perempuannya, Nurul Izzah. Pun begitu, dalam banyak keadaan, kem Azmin Ali lebih mendominasi terutama sekali dalam perebutan kuasa dan jawatan.

Surat bertulisan tangan tersebut, sebenarnya mengandungi tiga makna. Pertama, Anwar Ibrahim masih tidak lagi menghentikan kegiatan tidak bermoralnya iaitu meliwat jantan-jantan jambu. Kedua, Zuraidah Kamaruddin cuba menjadi pencatur yang hebat dengan meletakkan Azmin Ali di kemuncak kuasa, sekaligus memberikan lebih banyak faedah kepadanya. Apatah lagi hubungan Zuraidah dengan beberapa konco Wan Azizah termasuklah SETPOL Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin tidak begitu baik dan dingin. Ketiga, surat tersebut sengat ditulis tangan bagi memudahkan penafian dibuat kononnya, surat tersebut adalah PALSU.

Jering Daily

Kumpulan Nasyid UNIC Menggegarkan Tasek Gelugor

Posted: 10 Mar 2013 12:16 AM PST



Teluk Air Tawar- 8 Mac 2013- Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia bertempat di Pantai Robina Teluk Air Tawar anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor memulakan tirainya malam ini .

Program selama 3 hari bermula 8 Mac 2013 sehingga 10 Mac 2013 ini sarat dengan pelbagai program yang dibawakan khas untuk golongan muda dan belia dalam Parlimen Tasek Gelugor. Pelbagai acara yang sangat menarik seperti senamrobik, paintball, futsal, tomoi, battle of the band, gotong royong dan banyak lagi menanti pengunjung.

Turut menyerikan program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia ini adalah barisan artis yang dibawakan khas oleh pihak Astro bagi membuat persembahan pada malam 9 Mac 2013 beserta dengan majlis perasmian yang akan di sempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Program yang bermula malam ini dihadiri hampir 400 orang dengan pentas utama menampilkan Imam Muda Aran dan Kumpulan Nasyid UNIC.

YB Dato Jahara Hamid selaku ADUN Teluk Air Tawar turut hadir bersama-sama orang ramai menyaksikan acara yang berlangsung malam ini.

Kepada semua jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia kerana ianya turut menampilkan pameran dan agensi kerajaan.

Suara Generasi Baru

Lahad Datu: Menteri Perjelas Penggunaan AirAsia

Posted: 10 Mar 2013 12:09 AM PST


Keputusan Kementerian Pertahanan menggunakan pesawat tambang murah AirAsia bagi membawa anggota tentera ke Sabah dibuat kerana kementerian itu memerlukan pesawat yang lebih besar.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanya boleh menampung kurang daripada 200 anggota setiap satu.

"Oleh itu kita memerlukan pesawat yang lebih besar untuk menghantar tentera bagi mengukuhkan pasukan keselamatan di Sabah pada masa kritikal seperti ini.

"Ini adalah perjanjian di antara Kementerian Pertahanan dan syarikat penerbangan itu tahun yang lalu dan amalan sedemikian adalah perkara biasa di negara-negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kenaikan pangkat bagi 183 kakitangan di kem tentera Sungai Layar di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid mengulas mengenai perdebatan di kalangan pengguna internet dan laman sosial mengenai keputusan kementerian itu menghantar dua batalion askar ke Sabah menggunakan pesawat AirAsia pada 3 Mac lalu.

Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony turut memuat naik gambar pasukan keselamatan itu sedang bersiap sedia menaiki pesawat AirAsia melalui akuan Twitter peribadinya.

Gambar berkenaan kemudiannya dikongsi oleh pengguna internet terutama di Facebook dan Twitter.

mStar Online

Azaln dan Anwar Sama-Sama Membelit

Posted: 10 Mar 2013 12:04 AM PST


Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.

"Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas.

"Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi Jenayah' di Kuchai Lama pada Sabtu.

Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu 'konspirasi politik jahat' untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sementara itu, di SERI MANJUNG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Mohd Saiful Bukhari dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar.

"Saya terkejut bapa dia tuduh macam-macam kerana Saiful yang jadi mangsa. Rakyat kena adil kepada orang yang mendakwa menjadi mangsa, bukannya hanya nak bercakap, memfitnah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Pasar Komuniti dan Karavan Daerah Manjung hari ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu meminta pembangkang tidak mengambil kesempatan memperguna Azlan dalam isu tersebut kerana bapa Mohd Saiful Bukhari mengaku tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Dia hanya mendengar daripada perbicaraan, dan dia pernah merungut dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak berjumpa dengannya," katanya.

Akhbar semalam melaporkan Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat Anwar, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya pertuduhan terhadap Anwar itu adalah satu fitnah.

Mohd Saiful Bukhari berkata beliau percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu 'pengkhianat negara' berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul pula berkata kenyataan Azlan secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang mengejutkan. "Saya yakin rakyat tertanya-tanya mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan. Adakah ini cubaan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih besar berlaku di negara ini, iaitu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah?," katanya.

Beliau berkata beberapa pemimpin pembangkang turut mengeluarkan kenyataan tweet 'kantoi' kepada pihak kerajaan sebagai respons mereka untuk menyokong kenyataan Azlan.

"Perlu diingat mungkin perkara ini akan berbalik kepada pembangkang juga apabila memainkan isu ini dengan niat untuk meraih sokongan rakyat," katanya. -BERNAMA

Krisis Lahad Datu : Manila Siasat Penasihat Kiram

Posted: 09 Mar 2013 11:59 PM PST


Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) pada Jumaat memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu 'Boy Saycon' untuk disoalsiasat Selasa hadapan.

Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan "tentera diraja" Sulu di Sabah, yang terletak di timur Malaysia itu.

Memetik kenyataan jurucakap Sultan, Abraham Idjirani, 'The Philippine Star' berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.

Akhbar itu melaporkan bahawa sapina yang ditandatangani timbalan pengarah Jabatan Risikan, Reynaldo Esmeralda, dihantar jam 4 petang Jumaatke pejabat Saycon di Makati oleh ajen NBI.

Saycon, setiausaha agung Majlis Perhubungan Filipina (COPA), telah dikaitkan dalam plot menghancurkan kestabilan pentadbiran lalu, menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang ABS-CBN News.

"Saya syak kerana perkembangan terbaru dan kemasukan ke Sabah," kata Saycon kepada The Philippine Star, walaupun beliau masih belum menerima sapina tersebut.

"Sudah dijangkakan bahawa penyokong sultan akan didakwa. Mereka sekarang sedang menyediakan lebih banyak sapina, kerana ugutan terhadap kerajaan sudah mula berleluasa dalam masa dua minggu ini."

Penganalisis strategi politik juga dilaporkan berkata Sultan Sulu sudah membentuk sepasukan peguamnya bagi membantu penyokongnya yang mungkin disiasat atau dihadapkan ke mahkamah kerana keganasan di Sabah, yang didakwa pihak berkuasa Malaysia pada Khamis meragut 52 warga Filipina dan lapan rakyat Malaysia.

"Saya fikir kerajaan ada konspirasi tanpa sebarang sebab, dan mahu menuduh orang ramai dan bukannya menyelesaikan krisis yang sedang meruncing di Sabah," dakwa Saycon menurut akhbar berbahasa Inggeris itu.

Menurut laporan sebelumnya, Saycon mengaku menjadi penasihat keluarga Kiram dalam hal ehwal luar, ekonomi dan budaya selama sedekad tetapi menafikan memberi nasihat untuk tentera diraja Sulu mengambil alih Sabah.

The Philippine Star melaporkan pengarah NBI Nonnatus Rojas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen ke atas tujuan sapina terbabit, tetapi mengatakan baru-baru ini beliau mengatakan beliau sedang menyiasat "siapa yang terlibat di belakang insiden Sabah."

Akhbar tersebut itu melaporkan bahawa kerajaan Filipina berkata semalam orang-orang Kiram di Sabah hanya menyertai tentera Sulu selepas disogok wang.

"KIta sudah melihat laporan di media, sesetengah dari mereka (tentera diraja), dibayar $600, dan dijanjikan untuk dibayar $600. Mereka juga dijanjikan tanah, dan kedudukan dalam kesultanan, ini tidak boleh dinafikan lagi," kata jurucakap presiden Edwin Lacierda.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai 'putera raja' Kesultanan Sulu, sedang mengetuai 200 pemberontak bersenjata di Sabah, dimana mereka sudah berada di situ sejak 9 Februari.

Puak bersenjata itu berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat dua minggu lalu, selepas perbincangan secara aman gagal, dan pertempuran minggu lalu menyaksikan penceroboh Sulu ramai yang terbunuh, dan juga lapan orang anggota polis Malaysia.

Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa lalu, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.

Setakat ini, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu.

mStar

Saman Media Untuk Alih Pandangan Rakyat

Posted: 09 Mar 2013 09:54 AM PST


Lantaran tembelang Ketua Umum PKR sebagai dalang sebenar insiden pencerobohan kumpulan bersenjata puak Sulu di Lahad Datu didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3, Anwar Ibrahim terus menyaman kedua-dua media tersebut tanpa berlengah dan bertangguh.

Sebabnya sudah nyata kerana Anwar kini dalam ketakutan apabila peranan beliau sebagai individu yang mengapi-apikan semangat kumpulan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah telah diketahui umum.

Pembabitan Anwar dengan kumpulan pemisah Sulu sudah terjalin bukan empat bulan dahulu ketika pertemuan sulit beliau dan Pengerusi MNLF, Nur Misuari dilaporkan media tetapi telah diketahui sejak lebih 20 lalu.

Rakyat Sabah khususnya sudah tentu masih ingat bagaimana Dr Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada awal tahun 1990AN kerana penglibatannya dengan kumpulan pemisah MNLF dan juga Sulu.

Pada ketika itu Anwar juga terlibat sama dalam merancang pemberontakan kumpulan pemisah itu tetapi beliau bernasib baik tidak ditangkap bersama Dr Jeffrey kerana berada di dalam kerajaan.

Jadi Anwar, MNLF dan kumpulan kesultanan Sulu bukanlah ikatan yang baru terjalin tetapi telah terbentuk berdekad lamanya.

Kerana itulah apabila sahaja Utusan Malaysia dan TV3 melaporkan kemungkinan Anwar adalah dalang, beliau cepat-cepat mengekang pendedahan lebih lanjut dengan mengambil tindakan undang-undang.

Apa yang dilakukan oleh Anwar dalam isu pencerobohan yang telah mengorbankan lapan anggota keselamatan bukan perkara baru tetapi merupakan kemuncak kepada strategi beliau untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika demonstrasi dan rusuhan jalanan tidak berjaya meruntuhkan kekuatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini Ketua Pembangkang menggunakan pendekatan militer atau ketenteraan pula.

Ini adalah senjata terakhir Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan iaitu dengan menggunakan isu kedaulatan dan keselamatan negara.

Jika diimbas kembali kepada tahun 2008 selepas PRU ke 12, antara tindakan paling awal Anwar untuk menumbangkan kerajaan ialah mengenai penyebaran propaganda 916 kononnya lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat ke pangkuan pembangkang untuk membolehkan kerajaan pusat baru ditubuhkan.

Apabila komplot ini tidak berjaya, Anwar menggunakan pula platform badan bukan kerajaan seperti Bersih untuk menganjurkan demonstrasi jalanan untuk mencemarkan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Setelah tiga kali perhimpunan Bersih menemui kegagalan untuk mencapai objektif utama untuk menjatuhkan kerajaan, pembangkang mengekspolitasi pula isu keselamatan negara.

Anwar bertindak dengan mempengaruhi beberapa bekas pegawai tinggi tentera untuk menyertai PKR dan Pas serta menimbulkan pelbagai isu yang bersangkutan keselamatan negara.

Tujuan utamannya ialah untuk mencerminkan bahawa pasukan tentera dan keselamatan negara yang lain juga turut korup seperti pemimpin kerajaan.

Anwar mahu melemahkan benteng pertahanan negara supaya mudah agenda pro Yahudi dan Zionis dilaksanakan apabila kekuatan tentera dan polis di neutralisasikan.

Disamping itu pembangkang juga berperanan menyebarkan sebanyak mungkin fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin tinggi negera.

Bukan itu sahaja, malah institudi penting seperti SPR, kehakiman, pendidikan, perbankan dan kepolisian turut menjadi mangsa fitnah Pakatan Rakyat.

Pemimpin pembangkang lain seperti Tian Chua juga digerakkan supaya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan tentera dan polis.

Komen seperti 'mati katak' bagi merujuk kepada lapan anggota polis yang terbunuh dan lain-lain komen melalui twitter dan sebagainya disebarkan luaskan supaya satu keadaan tidak tenteram dan gelisah dikalangan rakyat akan wujud.

Inilah keadaan yang sangat-sangat diharapkan oleh pembangkang supaya akan tertekan dari pelbagai sudut lantas menjadi lemah disebabkan itu.

Pembangkang akan cuba mengambil peluang daripada keadaan huru hara dan kacau bilau untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Walaupun Anwar menyaman seribu akhbar dan stesen televisyen sekali pun, ini tidak akan menutup pengkhianatan yang telah beliau lakukan terhadap negara sendiri.

Beliau telah mengadakan temuramah dengan portal berita Philippine Dail Inquirer yang merupakan antara media paling awal yang membayangkan Anwar terlibat secara langsung dalam konspirasi pencerobohan ke atas negeri Sabah.

Ini bertujuan untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan puak pengganas Sulu.

Betapa seriusnya Anwar untuk membenarkan dirinya ditemuramah oleh media asing yang membuat dakwaan terhadapnya tetapi pada masa yang sama memangsakan media tempatan, hanya menjurus kepada satu kesimpulan – Anwar sememangnya dalang dan tangan ghaib dalan isu pencerobohan di Lahad Datu.

Suara Generasi Baru
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...