Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


RAHSIA BOCOR - PARLIMEN BUBAR 15 APRIL INI?

Posted: 29 Mar 2013 10:38 PM PDT



Parlimen Malaysia dijangka hanya akan dibubarkan selepas minggu kedua bulan April apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membuat umrah minggu hadapan.

Sumber The Star melaporkan Najib dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April selepas mempegerusikan mesyuarat Kabinet dan mengambil bahagian dalam program berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka akan pulang dua hari kemudian.

Spekulasi mengatakan Perdana Menteri akan melanjutkan tempoh penuh lima tahun parlimen yang akan tamat pada 29 April sebelum memanggil pilihan raya.

DUN Negeri Sembilan merupakan dewan negeri yang pertama terbubar secara automatik pada Khamis dan akan disusuli Pulau Pinang pada 2 Mei, Kedah dan Terengganu pada 6 Mei.

Sepanjang dua hari lalu Najib telah menemui pengerusi BN seluruh negara di Putrajaya dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

PRU13 - MAHATHIR KASI LAST WARNING BUAT BN.

Posted: 29 Mar 2013 07:40 PM PDT




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata,Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008 katanya sambil menambah, bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya PRU 13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN ... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim...tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar,"

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada kerajaan pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar kerajaan pusat.
    
"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya.

PEMIMPIN DAP BALUN NGEH KOO HAM HINA KAUM INDIA.

Posted: 29 Mar 2013 07:21 AM PDT



Perbuatan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta arak terus mendapat kecaman daripada ahli parti itu sendiri.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham berkata, masyarakat India terutama ahli DAP menganggap kata-kata Koo Ham itu satu penghinaan yang besar terhadap mereka.

Menurut David Dass, sikap berdiam diri Koo Ham berhubung kenyataan penghinaan itu boleh dianggap sebagai pengakuan beliau memandang rendah kaum India.

"Kami tidak boleh lupa kata-kata Ngeh Koo Ham itu dan kaum India termasuk ahli-ahli DAP sendiri menganggap ia sebagai satu penghinaan yang besar terhadap kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi DAP Cawangan Taman Desa Dahlia, Richard Francis dan Setiausaha cawangan berkenaan, S. Karthiyaini.

Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

David Dass turut membidas pemimpin tertinggi DAP terutama daripada kaum India yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kelakuan Koo Ham itu.

Dahulu mereka begitu lantang dalam isu novel Interlok sehingga membawa isu itu ke persidangan Parlimen sedangkan hanya ada satu perkataan dalam novel itu yang dianggap menghina kaum India.

Sebaliknya, dalam isu Koo Ham ini, ia jauh lebih menghina kaum India tetapi pemimpin DAP diam membisu seribu bahasa," jelas beliau.

Sehubungan itu, David Dass mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang supaya jangan bersikap memilih bulu dengan bertindak terhadap Koo Ham.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit dan sedar mengenai kelakuan orang yang dianggap sebagai pemimpin mereka.

Tanya pada diri sendiri, adakah calon seperti ini yang hendak kita pilih untuk mewakili kita?" soalnya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...