CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO] Mr. Mansuh Jadi Supermoron Malaysia, Saksikan

Posted: 29 Mar 2013 09:35 PM PDT



Video animasi 'Mr. Mansuh' hangat di YouTube 

KUALA LUMPUR 10 Mac - Video animasi pendek bertajuk 'Mr. Mansuh' yang menggambarkan seorang pemimpin pakatan pembangkang sebagai watak 'super hero' kini menjadi perbualan hangat masyarakat. Video tersebut yang dimuat naik sejak minggu lalu ditonton sebanyak 22,556 kali di laman sosial YouTube. 

Menerusi video itu, watak 'super hero' berkenaan digambarkan mampu terbang untuk menabur janji kepada rakyat termasuk memansuhkan pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini. Janji itu termasuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan menurunkan harga petrol serta mengajak rakyat mengadakan rusuhan jalanan. 

Video animasi itu boleh ditonton melalui http://www.youtube.com/watch?v> Tse1vXSAq64 serta menerusi pelbagai tajuk lain yang dimuat naik di laman tersebut. Sementara itu, seorang penonton yang menggunakan nama Uciha Maxwel dalam ulasannya berkata, video tersebut memberi peringatan supaya rakyat tidak memilih pembangkang. 

Seorang lagi penonton, Ezratribe pula secara sinis menyatakan 'sokongan' terhadap segala janji pembangkang seperti dipapar menerusi video tersebut. "Haha... Suka. Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mansuhkan kalimah Allah hanya untuk Islam, mansuhkan bendera Malaysia, mansuhkan PTPTN, mansuhkan Sabah, mansuhkan Proton & dasar automotif negara. "Mansuhkan tol, mansuhkan sistem beraja, mansuhkan harga minyak, mansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mansuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, mansuh akta kerahsiaan dan perbankan. 

"Mansuhkan perbelanjaan pertahanan, mansuhkan media pro Barisan Nasional (BN), mansuhkan anti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), mansuh anti Israel. Mr. Mansuh, real hero (hero sebenar)," katanya. — with Yang Dipertua En Sham and 97 others.

DEFISIT SELANGOR DAN PENANG MELEBIHI RM200 JUTA

Posted: 29 Mar 2013 09:02 PM PDT


Apakah persamaan antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor? 

Jawapannya mudah. Kedua-dua negeri ini diperintah oleh pakatan PKR-Dap-Pas setelah mereka memenangi pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Selain dari itu, perkembangan mutakhir juga menunjukkan 'trend' atau kecenderungan yang sama di antara kedua-dua pentadbir negeri tersebut.

Kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor boleh dikatakan sebagai antara negeri yang terkaya di Malaysia dengan pelaburan asing dan perindustrian menjana pendapatan negeri-negeri tersebut.

Iroinya, "kadar defisit" ditunjukkan bagi tahun 2012 dan suku tahun pertama 2013 dengan masing-masing mencecah angka RM262.04 juta (Pulau Pinang) dan RM200 juta (Selangor).

Di Pulau Pinang, selain defisit yang tinggi ketua menterinya, Lim Guan Eng telah memutuskan untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi menghubungkan darat dan pulau mutiara itu. Katanya, ia boleh menjimatkan kos walaupun jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun dipersetujui dilakukan.


Defisit mencecah RM262 juta
Manakala bagi negeri Selangor, kemelut simpanan air terawatnya yang berkurangan dan pada tahap kritikal masih menghantui rakyat negeri tersebut.

Keegoan pentadbir negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim enggan membenarkan SYABAS memulakan projek Langat II selain menolak tawaran kerajaan Negeri Sembilan bagi membekalkan air terawat dilihat sebagai memprejudiskan keperluan utama rakyat negeri itu sendiri.

Air, secara umum adalah keperluan asas selain tempat tinggal dan makanan.

Menyentuh soal tempat tinggal, sekali lagi kedua-dua negeri Selangor dan Pulau Pinang dikecam kerana meminggirkan soal rumah kos murah apabila hanya mementingkan kebenaran dan kelulusan projek perumahan mewah yang bermula dari harga RM300 ribu ke atas sahaja dan memberi keuntungan segera dan berganda kepada pemaju-pemaju perumahan yang bersifat kapitalis dan menekan rakyat.

Dasar-dasar korporat kedua-dua negeri tersebut benar-benar tidak mesra rakyat dan wajar ditolak melalui terjemahan undi pada pilihanraya umum ketiga belas nanti.

[GAMBAR] Koleksi Wang Kertas Lama Malaysia 1989

Posted: 29 Mar 2013 08:46 PM PDT

















[PANAS] Papa Gomo dedah episod ketiga video

Posted: 29 Mar 2013 06:49 PM PDT


KUALA LUMPUR 29 Mac - Pemilik blog, Papa Gomo malam tadi, mendedahkan episod ketiga klip video perbualan mesra yang didakwa antara seorang pemimpin politik pembangkang dengan seorang lelaki lain yang tidak kelihatan di dalam sebuah bilik dipercayai bilik hotel.

Klip video berdurasi dua minit 32 saat itu merupakan sambungan kepada siri pertama dan kedua video sama yang disiarkan pengendali blog berkenaan dalam tempoh kira-kira dua minggu lalu.

Video itu disiarkan menerusi http://www.papagomo.com.

Menurut pengendali blog berkenaan, pendedahannya menerusi video itu bukanlah fitnah kerana beliau mempunyai pengakuan lelaki yang dikaitkan di dalam video tersebut yang tidak boleh disangkal pemimpin politik pembangkang berkenaan.

Malah katanya, beliau masih lagi menunggu pemimpin politik pembangkang itu membuat laporan polis berhubung pendedahannya menerusi video tersebut.

Tambahnya, laporan polis itu pastinya akan membuka kepada siasatan lanjut seterusnya mendedahkan dengan lebih luas berhubung isu video tersebut.

[VIDEO] Parti Islam SeMalaysia, Kenapa PAS bukan PIS?

Posted: 29 Mar 2013 06:26 PM PDT

Bekas Pembantu Peguam Liwat Anwar MAHU Minta Maaf dan Bantu Saiful

Posted: 29 Mar 2013 04:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

"Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

"Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

"Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com

[TERKEJUT] Berita Kematian Pelakon Awal Ashaari Di Twitter Kerana Kemalangan

Posted: 29 Mar 2013 05:32 AM PDT


Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari telah melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu ada individu tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya di laman Twitter baru-baru ini.

"Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya.

"Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama," ujar Awal menerusi laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter milik pelakon ini sendiri, Awal telah melahirkan rasa syukur kerana masih lagi dipanjangkan umur dan berdoa agar dosa si penyebar fitnah akan diampunkan.

Twitter Awal Ashaari

Individu yang tidak bertanggungjawab tersebut telah dikenali sebagai 'sufri55ahmad' dan nampaknya individu ini bukan sahaja memfitnah Awal, malah turut menyebarkan berita palsu mengenai kematian penyanyi nombor satu negara, iaitu Datuk Siti Nurhaliza beberapa jam yang lalu.


Twitter Awal
Fitnah di Twitter

Bank Dunia iktiraf Malaysia nombor satu bantu usahawan

Posted: 29 Mar 2013 05:04 AM PDT

KOTA BHARU 29 Mac - Bank Dunia mengiktiraf Malaysia di ranking nombor satu dunia sebagai negara terbaik dan paling banyak memberikan pinjaman modal kepada usahawan dengan jumlah mencecah ratusan bilion ringgit.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, institusi kewangan dunia itu turut meletakkan Malaysia di kedudukan keempat sebagai negara yang sentiasa menjaga pelabur dan pelaburan yang masuk ke dalam negara daripada mengalami kerugian atau muflis.

Beliau berkata, kajian yang dihasilkan institusi itu juga menempatkan Malaysia di tangga ke-12 sebagai negara yang paling banyak menyediakan pelbagai bantuan perniagaan kepada para usahawan dalam setiap sektor perniagaan yang ada.

"Ini menunjukkan kerajaan kita begitu prihatin sebab kita tidak boleh lari daripada hakikat modal itu penting, walaupun ada kelayakan dan semangat untuk berniaga tapi tiada modal itu sangat susah.

"Jadi adunan itu penting, penyediaan modal kepada mereka yang betul-betul bersemangat dan layak serta berkepakaran kita utamakan sebab itulah Malaysia diletakkan di kedudukan nombor satu di dunia," katanya ketika ditemui selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit sebagai panelis Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman di sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai bantuan perniagaan yang disediakan kerajaan adalah sokongan kepada semangat golongan muda di negara ini yang semakin minat menceburi bidang perniagaan terutama dengan adanya akses yang mudah ke dalam Internet.

Jelas beliau, kepesatan ekonomi negara sekarang diharap mampu menjadi batu loncatan kepada golongan bumiputera mencapai milikan ekuiti sehingga 30 peratus pada tahun 2020 berbanding 23.9 peratus yang sudah dicapai sekarang.

Tambahnya, usaha ke arah itu telah dilaksanakan dengan penubuhan beberapa badan bertindak seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) bagi memantau perkembangan ekonomi golongan itu.

"Kita memang meningkat setiap tahun dan kalau dilihat sejak akhir-akhir ini peningkatan itu semakin ketara, berbanding dulu kita lekat di tahap 18 peratus sahaja pada tahun 1990 meskipun Dasar Ekonomi Baru (DEB) menyasarkan kita sudah capai 30 peratus ketika itu.

"Idea kerajaan dengan penubuhan Teraju dan MTAB menjadikan kita lihat peningkatan itu semakin bagus dan sekarang sudah capai 23.9 peratus, maka saya yakin dalam tujuh atau lapan tahun lagi kita boleh mencapai sasaran enam peratus lagi atau lebih daripada itu," ulas beliau.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...