Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


CHUA SOI LEK DEDAH PRU13 6 MINGGU LAGI.

Posted: 10 Mar 2013 01:36 AM PST



Presiden MCA Chua Soi Lek menjangkakan PRU13 akan berlangsung enam minggu dari sekarang, dan menggesa ahli MCA untuk melipatgandakan usaha.

Menurut satu kenyataan media yang dihantar dari Biro Publisiti MCA , Dr Chua Soi Lek, yang juga Pengerusi MCA Johor berkata trak kempen pilihan raya hampir setiap hari bergerak ke seluruh Johor.

"Oleh kerana trak kempen DAP bergerak hampir setiap hari di Johor, pengerusi parti mengingatkan MCA Johor untuk lebih bersedia.

"Beliau juga mengatakan pilihan raya ke-13 akan berlangsung dalam enam minggu, dan ahli MCA mesti melipatgandakan usaha," menurut kenyataan media tersebut.

Dr Chua berkata sedemikian selepas melancarkan trak kempen pilihan raya kedua parti tersebut bertemakan "Kestabilan Mengatasi Huru-Hara", di Wisma MCA semalam.

Dr Chua berkata, MCA akan memiliki enam buah trak publisiti untuk pilihan raya nanti, selepas yang pertama dilancarkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua Barisan Nasional dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS telah melakukan serangan daya tarikan mensasarkan pengundi demografi muda menjelang pilihan raya yang mesti diadakan sebelum mandat BN tamat pada April.

Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.

Parlimen yang ke-12 ini akan tamat tempohnya pada 28 April, dimana tarikh persidangan parlimen pertama selepas Pilihan Raya 2008 lima tahun dahulu, dan akan terbubar automatik selepas tarikh tersebut. Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...