CELAH GELEGAR |
- Lahad Datu: Kejadian Mayat DiPENGGAL, DiPOTONG & DiKOREK MATA diceritakan oleh Anggota Cedera Yang Terselamat
- Editor Keadilan Daily HENTAM Tian Chua, Kenyataan Tian Chua benar seperti disiarkan kata Editor Keadilan Daily
- [VIDEO PANAS] Lepas Salleh, Eddie Hamid DILARANG BALIK KELANTAN Kerana Video "Bo La Wei"
| Posted: 10 Mar 2013 04:51 PM PDT Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan. Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak. Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin .. Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus. Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang. Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka. Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu. Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu. Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !! Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb |
| Posted: 10 Mar 2013 04:12 PM PDT Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut. Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca. "Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini. Fazallah dan Aisha hadir di pekarangan IPD Petaling Jaya pada pukul 2 petang bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, sebelum mereka keluar hampir tiga jam kemudian. Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. Difahamkan, buku nota Aisha yang menyalin segala percakapan Tian Chua ketika dihubungi telah diambil polis untuk tujuan siasatan. |
| [VIDEO PANAS] Lepas Salleh, Eddie Hamid DILARANG BALIK KELANTAN Kerana Video "Bo La Wei" Posted: 10 Mar 2013 05:47 AM PDT Nampaknya semakin hari, semakin ramai artis tempatan dikecam gara-gara memuat naik video berunsur politik di laman YouTube. Sekiranya sebelum ini Salih Yaacob dan Yassin, terbaru penyanyi yang terkenal menerusi lagu "Halimah Jongang," iaitu Eddie Hamid telah dikecam oleh segelintar penduduk Kelantan gara-gara memuat naik video berjudul "Bo La Wei." Menurut laporan sebuah media tempatan, Eddie Hamid dikatakan dilarang balik ke kampung halamannya (Kelantan) buat sementara waktu. Dalam pada itu, Eddie Hamid turut mengatakan yang dia terpanggil untuk menghasilkan lagu tersebut setelah melihat kemunduran negeri Kelantan sejak dahulu lagi. Pada mulanya saya takut juga. Tetapi saya nak balik juga dan tengok sendiri bagaimana lagu ini mencetus fenomena di Kelantan. Saya terpanggil untuk menghasilkan lagu setelah melihat kemunduran Kelantan sejak dahulu lagi. Lagipun peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan anak Kelantan ramai berhijrah ke luar untuk mencari rezeki - Media HiburanBerikut kami tampilkan lagu "Bo La Wei" untuk tatapan anda semua. |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment