CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[BALAS DENDAM] Blog SuaraPakatanRakyat.com Kena HACKED Ekoran Pertikai BAPA Saiful

Posted: 08 Mar 2013 11:12 PM PST

KUALA LUMPUR 9 Mac - Blog Suara Pakatan Rakyat hari ini telah diceroboh oleh hacker dengan dimasukkan satu entry bertajuk

Jangan Buat Fitnat Bro… Kite Ni Orang Islam… Buat Lagi Lepas Ni Comfirm Aku Buat Full Injection SQL…Posted on by Suara Rakyat



Kejadian ini dipercayai ada hubungan dengan entry terbaru blog ini semalam bertajuk "liwat Saiful: Awas Perangkap Azlan" yang memperlihatkan kesangsiannya terhadap keikhlasan Azlan dalam membuat pendedahan yang kononnya anak beliau telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lapornya lagi, Azlan pernah mengkhianati Anwar apabila membuat keputusan menyokong penuh anaknya Saiful Bukhari dalam isu ini.  Walaupun Azlan adalah penyokong setia PKR sejak  mula ditubuhkan.

"Apakah yang mendesak Azlan sehingga membuat pusingan U begitu sekali?  Ada dakwaan yang mengatakan Anwar telah membayar sejumlah wang kepada Azlan untuk membuat sidang media tersebut" lapor SuaraPakatanRakyat.

"Perlu diingat, dari segi persepsi masyarakat, kenyataan Saiful ada lebih kredebiliti dibanding dengan kenyataan bapanya, kerana yang mendakwa diliwat ialah dia, bukan Azlan"

"Selain itu, pembabitan Johari Abdul dalam sidang media tersebut juga meragukan kami di suarapakatanrakyat.com.  Johari Abdul adalah antara beberapa ahli parlimen PKR yang pernah cuba berpaling tadah dengan berpakat dengan trio Datuk T dalam kes video seks yang didakwa melibatkan Anwar dengan seorang gadis dari China"

Tidak cukup dengan itu, portal itu turut memohon agar semua pemimpin pembangkang berhati-hati dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Azlan.

Pada jam 3.00 petang tadi, blog ini telah pulih, namun entry bertajuk Liwat Saiful: Awas Perangkap Azlan telah dikeluarkan.






[AZLAN] TAHNIAH Kerana Menjadi JUTAWAN SEGERA PRU13

Posted: 08 Mar 2013 10:51 PM PST

Azlan Mohd Lazim, bapa Mohd Saiful Bukhari
PASIR MAS 9 Mac - Dua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terkejut dengan tindakan Azlan Mohd. Lazim yang membuat pusingan 'U' dengan menyatakan bahawa anaknya, Mohd. Saiful Bukhari dipergunakan dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi mereka, tindakan Azlan sudah dijangka sejak awal lagi kerana beliau adalah seorang ahli PKR serta penyokong tegar Anwar.

Malah mereka mengingatkan orang ramai supaya tidak terkejut sekiranya akan keluar lebih banyak cerita 'pelik' yang akan menguntungkan PKR dan pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Azlan perlu bersumpah laknat seperti yang dilakukan anaknya sekiranya benar semua dakwaan yang dibuatnya semalam.

"Saya tidak hairan dengan tindakan Azlan kerana beliau adalah seorang ahli PKR Temerloh dan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim. Cuma saya terkilan sebagai bapa dia lebih mempercayai Anwar berbanding anaknya sendiri, oleh itu saya cadangkan kepada beliau sebelum memilih Anwar lebih baik bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan anaknya.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Azlan kerana telah menjadi jutawan bumiputera pada malam ini ketika pilihan raya umum akan menjelang tidak lama lagi.

"Sebenarnya dia (Azlan) pernah datang berjumpa saya dengan Senator Ezam Mohd. Noor di Hotel Hyyat Saujana Subang untuk meminta wang belanja serta meminta kami sampaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang lain, untuk apa UMNO bagi wang kepada dia kerana kes ini tidak melibatkan UMNO sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah umum di Gelang Mas dekat sini malam tadi


Kenalkah Anda Siapa Bapa Saiful Bukhari?

Saat Saiful Bukhari mengangkat sumpah berikutan pengakuannya diliwat oleh Anwar Ibrahim, penulis memang tidak pernah bersetuju akan kehadiran bapanya disisinya.

Atas sebab berprasangka baik, penulis berdiam diri. "Mungkin beliau (bapa saiful) sudah berubah", detik hati penulis.


Namun, segala yang penulis risaukan akhirnya muncul, tetapi bukanlah suatu yang mengejutkan.


Beberapa blog melaporkan bahawa Azlan (bapa Saiful) mempunyai masalah kewangan. Itu juga tidak mengejutkan penulis. Ada pula yang mendakwa Azlan telah menghubungi beberapa orang pemimpin UMNO untuk menerima habuan. Maka, penulis tersenyum.


Apa yang ramai perlu tahu ialah, menurut sumber yang telah lama penulis kenali, Azlan bukanlah seorang bapa yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, sumber memberitahu Azlan sering gagal untuk memberi nafkah yang wajib diberikan oleh seorang bapa kepada anaknya.


Perlu penulis ingatkan, Saiful dibesarkan oleh ibunya (arwah) dan kemudian dijaga oleh pakciknya.  Itu adalah fakta yang sering disebut oleh kebanyakkan media, khususnya sewaktu perbicaraan kes liwat Saiful oleh Anwar.


Persoalannya, di manakah cerita-cerita tentang bapanya?


Sehinggalah Azlan muncul sewaktu proses angkat sumpah itu berlangsung. Kenapa tiba-tiba dia muncul? Atas dasar kebertanggungjawaban? Di mana dia pada waktu-waktu kesukaran yang Saiful hadapi? Kemunculannya adalah pada saat lensa kamera dan media membuat liputan, cara terbaik untuk mempromosikan diri.


Menurut sumber, bapa Saiful telah lama berstatus "penanam anggur", yang mengakibatkan masalah kewangan yang runcing. Tidak diketahui penulis samada dia seorang yang pemalas, atau sebaliknya. 

Namun yang pasti, kereta yang dia kerap gunakan sebelum ini (sehinggalah pengakuan U-Turn darinya dibuat) adalah pinjaman dari kenalannya.


Dan masalah kewangan yang kritikal ini pastinya telah dihidu oleh pembangkang. Lebih menarik, kemunculannya di dampingi Johari Abdul, ahli Parlimen Sungai Petani yang terkenal dengan "pelincir" berjumlah RM1 juta itu.


Seperti yang penulis katakan tadi, jangan hairan dengan laporan bahawa Azlan pernah menghubungi pemimpin UMNO untuk mendapat habuan. Dia telah menghidu peluang itu tatkala Saiful berkeputusan untuk mengangkat sumpah di masjid sambil dihujani kerdipan lampu kamera.


Jangan pernah percaya kepadanya. Kata hati penulis sewaktu melihat susuk tubuhnya bersebelahan dengan Saiful di dalam masjid rupanya benar. Dia masih dengan sifatnya, mungkin sudah sebati agaknya.


Dan pengakuan "U-Turn"nya harus diukur dari saat dia duduk di sebelah Saiful semata. Apa yang telah berlaku Saiful sebelum proses angkat sumpah rupanya tidak pernah dihayati. "Arghhh.. peduli hapa, janji habuan mewah menantiku." Darah daging sendiri yang telah bersumpah laknat pun sanggup dikhianati.


Jangan hairan, kalau pengganas Sulu pun mampu dibayar dengan USD 2 juta, apalah sangat untuk seorang yang sekian lama tidak punya pekerjaan. Apalah sangat untuk seorang ayah yang gagal total dalam memberi nafkah kepada si anak sejak sekian lama!

- http://www.selangordaily.com/?p=7844

[Blog Chegubard, PKR] Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri

Posted: 08 Mar 2013 07:40 PM PST

Berikut adalah petikan daripada blog  Badrul atau lebih dikenali sebagai "Che'GuBard".

Badrul Hisham Shahrin atau 'Cikgu Bard' merupakan ahli politik PKR yang telah terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang termuda sewaktu Kongres Parti Keadilan Rakyat pada Mei 2007.  Beliau kini juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Rembau. Merupakan ahli politik PKR di Malaysia. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding di parlimen Rembau tetapi tewas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri (klik artikel Chegubard)

Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. 

Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.
 
Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.
 
Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. 




 

Blog pro-pembangkang SANGSI TINDAKAN Bapa Saiful (Azlan) & Blog Chegubard kata dia Kaki Judi Cuba Lacur Isteri

Posted: 08 Mar 2013 06:28 PM PST


KUALA LUMPUR 8 Mac - Blog Suara Pakatan Rakyat hari ini menyatakan terdapat usaha untuk membawa Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari kembali ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun, dalam laporan sama, portal berkenaan turut memperlihatkan kesangsiannya terhadap keikhlasan Azlan dalam membuat pendedahan yang kononnya anak itu telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lapornya lagi, Azlan pernah mengkhianati Anwar apabila membuat keputusan menyokong penuh anaknya Saiful Bukhari dalam isu ini.  Walaupun Azlan adalah penyokong setia PKR sejak  mula ditubuhkan.

"Apakah yang mendesak Azlan sehingga membuat pusingan U begitu sekali?  Ada dakwaan yang mengatakan Anwar telah membayar sejumlah wang kepada Azlan untuk membuat sidang media tersebut" lapor SuaraPakatanRakyat.

"Perlu diingat, dari segi persepsi masyarakat, kenyataan Saiful ada lebih kredebiliti dibanding dengan kenyataan bapanya, kerana yang mendakwa diliwat ialah dia, bukan Azlan"

"Selain itu, pembabitan Johari Abdul dalam sidang media tersebut juga meragukan kami di suarapakatanrakyat.com.  Johari Abdul adalah antara beberapa ahli parlimen PKR yang pernah cuba berpaling tadah dengan berpakat dengan trio Datuk T dalam kes video seks yang didakwa melibatkan Anwar dengan seorang gadis dari China"

Tidak cukup dengan itu, portal itu turut memohon agar semua pemimpin pembangkang berhati-hati dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Azlan.


Blog Chegubard pula menyatakan Bapa Saiful kaki judi, pernah cuba melacurkan isteri!
Laporan penuh boleh dibaca di pautan  http://chegubard.blogspot.com/2010/05/bapa-saiful-kaki-judi-pernah-cuba.html

Lapor blog Chegubard bahawa Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.
 
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

[PELIK?] Nur Misuari Komen di FB Sokong Anwar Bila Bapa Saiful Buat Kenyataan

Posted: 08 Mar 2013 06:14 AM PST


Ketika MiM mencari info terbaru tentang pencerobohan di Sabah, MiM singgah di FB Nur Misuari.

Sungguh menghairankan! Tiba-tiba FB Nur Misuari begitu berminat dengan perkembangan terbaru kes liwat Anwar Ibrahim!

Kenapa Nur Misuari mahu mempertahankan Anwar Ibrahim dalam FB?

Dan sekarang setelah diterangkan oleh Saiful Bukhari tentang bapa beliau yang diperalatkan oleh pakatan pembangkang untuk membuat satu kenyataan yang tidak benar.

Apakah FB Nur Misuari ini akan sertakan kenyataan Saiful Bukhari di dalam FB tersebut?

Yang MiM hairannya ialah kenapakah FB Nur Misuari begitu berminat dengan liwat dan Anwar Ibrahim?

Adakah ini menggambarkan keakraban mereka berdua sejak akhir-akhir ini apabila sama-sama berkonspirasi dalam isu Lahad Datu?

Sumber:Dr MiM

BERTAUBATLAH ANWAR "Baharu PAS Terima Jadi PM"

Posted: 08 Mar 2013 06:13 AM PST


Kenyataan Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau.
Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau.

Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. 

Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam.

Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya.

Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka.Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan.Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim. 

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya.Tutup di kepala ekor pula yang terbuka.Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas.Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya.

Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia Taman Tun Dr Ismail,KL 
8 MAC 2013

[LIWAT, AYAH diperguna Anwar] KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

Posted: 08 Mar 2013 04:16 AM PST

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)

[LIWAT] Saiful Kata Bapanya DIPERGUNAKAN oleh Anwar, Sumpah Laknat Kekal Hingga Mati

Posted: 08 Mar 2013 03:54 AM PST

KUALA LUMPUR - Saiful Bukhari Azlan pula mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan Ketua Pembangkang berhubung kes liwat kali kedua, telah menjadi "mangsa kerakusan politik makhluk bernama (Datuk Seri) Anwar bin Ibrahim."

"Demi ALLAH, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya.

"Saya akan terus istiqamah dan perpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat," kata beliau pada sidang media di ibu negara kira-kira jam 6 petang tadi.

Azlan mengadakan sidang media di Ampang dekat sini kira-kira 11 pagi tadi.


DIVERT ISSUE LANUN SULU: BAPA SAIFUL HILANG TIGA MINGGU LEPAS BERGADUH KERANA MASALAH KEWANGAN!!!
Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim, dia hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Perani, Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...