CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[GEMPAR] SUARAM telah salurkan USD2 Juta Kepada PENCEROBOH DI LAHAD DATU?

Posted: 07 Mar 2013 08:55 PM PST

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong
AMPANG 7 MAC - Pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta.

Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.

"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."

"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia." katanya pada Forum Pendedahan Siapa dalang Serangan Di Lahat Datu di Bukit Antarabangsa disni hari ini.


 
Turut hadir pada majlis tersebut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip, Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad, Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah.

Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau.


"Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US)."

"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau

Tambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus,"
ujarnya lagi


sumber: KLPOS
 

[SALAH LAPOR] Tian Chua Bakal SAMAN Keadilan Daily?

Posted: 07 Mar 2013 07:47 PM PST

Adakah Tian Chua akan menyaman Keadilan Daily kerana telah menyiarkan artikel yang telah memesongkan maksud sebenar inti pati kenyataan beliau.

Jika sebelum ini bos beliau, Anwar Ibrahim yang kononnya pejuang kebebasan bersuara telah memfail saman ke atas Utusan dan TV3 dengan segera, berikutan kedua-dua media itu dikatakan telah menerbitkan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Walaupun sebenarnya Utusan dan TV3 hanya melaporkan apa yang telah dilaporkan oleh
Reuters dan Philippines Daily Inquirer.

Tindakan  Keadilan Daily sepatutnya lebih menggambarkan fitnah yang sebenar. Malah, apa yang menjadi persoalan adalah kenapa Tian Chua hanya mula menyalahkan akhbar parti beliau sendiri setelah beberapa hari artikel itu disiarkan oleh Keadilan Daily. Beliau sepatutnya terus menghubungi akhbar itu jika kenyataan yang disiarkan itu adalah salah. 

Ini menunjukkan bahawa setelah berbincang dengan puak-puak konspirasi mengenai kecamanan dan kemarahan rakyat Malaysia atas tuduhan UMNO bersandiwara, maka diputuskan agar kesalahan diletakkan kepada Keadilan Daily.

Keadilan Daily telah menjadi kambing hitam atas konspirasi Anwar dan Tian Chua dalam isu Lahad Datu.


Tian Chua: Kenyataan Saya Diputar belit

SHAH ALAM :   Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa kenyataannya yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno telah disalah lapor oleh Keadilan Daily.

Menurutnya, kenyataan beliau yang disiarkan portal rasmi PKR itu langsung tidak merujuk kepada peristiwa penembakan yang mengorbankan dua anggota keselamatan negara.

Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan tersebut dibuat sebelum berlakunya kejadian yang membabitkan pertempuran antara pihak keselamatan negara dengan penceroboh dari selatan Filipina.

Bandingkan Kenyataan Jahat Pemimpin Pembangkang

Baca dan bandingkan kenyataan berniat jahat pemimpin pembangkang sebelum rakyat Malaysia mengecam dan mengutuk mereka.



[LIDAH BIAWAK] Anwar SETUJU Operasi Lynas bila Depan Australia

Posted: 07 Mar 2013 06:28 PM PST

ANWAR SETUJU TERUSKAN OPERASI LYNAS DI KUANTAN

Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Dalam Manifesto Pakatan, jelas dinyatakan:
PAKATAN RAKYAT AKAN MENGHENTIKAN OPERASI LOJI LYNAS DI GEBENG, PAHANG


Ini janji Anwar kepada semua rakyat Malaysia!

Tiba-tiba bila ditemuramah oleh akhbar Sydney Morning Herald, dia dah tukar cerita.

"Malaysia's Opposition Leader Anwar Ibrahim has pledged to back Australian miner Lynas operating a controversial rare earths processing plant, if a public inquiry proves it to be safe.

Earlier he had demanded the plant's closure."

Pemimpin Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, berikrar akan menyokong operasi loji nadir bumi syarikat perlombongan Australia, Lynas, jika kajian membuktikan ianya selamat.

Sebelum ini, dia mendesak supaya loji tersebut ditutup.

Hairan betul aku tengok si Anwar ni. Sebelum ni dia yang beria-ia nak suruh Kerajaan tutup Lynas sampai dijadikan janji dalam Manifesto Pakatan!

Sekarang ni dia pulak kata, "Takda masalah untuk Lynas beroperasi sekiranya ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berdekatan."

Yang pertamanya, Manifesto Pakatan takda cakap pun pasal kajian semula, cuma cakap pasal nak tutup Lynas.

Yang keduanya, bukankah Lynas dah dikaji dan disahkan selamat, bukan sahaja oleh Kerajaan Malaysia malah agensi antarabangsa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa?


Haji Hadi, Presiden PAS, suruh ahli PAS rujuk kepada Dr. Che Rosli Che Mat, saintis nuklear yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, untuk tahu lebih lanjut tentang Lynas. Dr Rosli sendiri turut mengesahkan bahawa Lynas ni selamat. Jadi, maksudnya Lynas diakui selamat oleh pakar nuklear antarabangsa dan juga pakar nuklear PAS!

Habis tu, kalau mengikut janji terkini Anwar, maka takda masalah untuk Lynas beroperasi.

Ini sudah bercanggah dengan Manifesto Pakatan!


Mengapa Anwar tiba-tiba berubah hala, menyokong Lynas?

Kerana dia ditemuramah di Australia, iaitu negara asal syarikat Lynas. Masyarakat Australia marah kerana Anwar dilihat cuba menjahanamkan syarikat negara mereka. Anwar sedang cuba meraih sokongan masyarakat Australia jadi dia pun tukar nada, kononnya tiada masalah kalau Lynas beroperasi.

Macam ni calon Perdana Menteri Pakatan? Depan rakyat Malaysia cakap lain, belakang rakyat Malaysia cakap benda lain pulak?

Haiiiii Anwar, tolong jangan main depan belakang. Cakap biar straight, jangan bengkok-bengkok­.

Sampai bila kau nak cuba memperbodohkan rakyat Malaysia? -Tok Guru.

[VIDEO] Lagu "Tanya Sama Najib" Bukti Anwar Sudah Tahu Awal

Posted: 07 Mar 2013 04:53 AM PST


"Tanya Sama Najib, Apa Sebab Goyang... Nanti Jawab Najib Sabah Nak Hilang..." Inilah lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh Anwar Ibrahim sejak tiga bulan lepas setiap kali beliau turun berceramah.

Mungkinkah sudah tiga bulan Anwar tahu Sabah akan diserang pengganas Sulu?

Jika benar ini membuktikan bahawa betullah apa yang di tulis dalam laman web inquirer dan manila time yang mendakw Anwar dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu.

Itu sebablah Anwar dengan gembira menyanyikan lagu "Najib goyang sebab Sabah nak hilang" sejak tiga bulan sebelum pengganas Sulu masuk Lahad Datu...

Sila perhatikan tarikh-tarikh video di bawah...

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...