CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PANAS] Adegan BERPELUKAN Tanpa Baju Rusdi & Nora Danish

Posted: 26 Mar 2013 04:38 PM PDT

ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.
Kuala Lumpur: "Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah," kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas 'trailer' filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

"Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga," katanya ketika dihubungi, semalam.

 Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.


PETIKAN ULASAN AHLI PANEL: Wacana Sinar ke-18 kupas isu 'Artis Masuk Politik'

Posted: 26 Mar 2013 04:16 PM PDT


BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-18 bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi.

Ahli panel terdiri daripada Bob Lokman dan Hairie Othman yang masing-masing merupakan ahli Pas, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Wacana kali ini, yang berlangsung pada Selasa ini, dikendalikan oleh Dekan Fakulti Teater dan Animasi UiTM, Prof Madya A Razak Mohaideen.

Wacana Sinar bermula dengan moderator Prof Madya Razak kemukakan soalan "di Malaysia, artis melukut di tepi gantang. Adakah benar?"

Hairie Othman jawab moderator Wacana Sinar: "artis perlu lebih faham dan hak untuk mengundi. Tidak timbul artis digunakan untuk pancing".

Malah kata Hairie, "... jika artis tidak undi, ini adalah tidak wajar kerana seolah-olah tidak diberi tanggungjawab"

Shuhaimi Baba pula kata, "artis dalam politik telah lama berlaku, tak boleh dipisahkan, hari ini semuanya politik."

Shuhaimi Baba juga berkata, "... tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem."

Shuhaimi Baba tambah kata, "kita buat filem dengan kasih sayang, bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tapi sepanjang masa."

Shuhaimi Baba juga kata, "apa yang saya tengok politik sekarang lebih kepada kebencian."

Kata Shuhaimi Baba lagi, "oleh itu artis boleh mainkan peranan untuk seimbangkan balik kebencian yang wujud tanpa mengira ideologi."

Oleh itu, kata Shuhaimi Baba, "kita perlu hormat. Itulah integriti, integriti perlu ada. Artis perlu untuk meredakan kebencian."

Bob Lokman: "Seorang artis masuk politik tak perlu nak tunjuk pandai."

Malah kata Bob Lokman, "kredibiliti saya terbukti kerana saya berjaya pancing undi."

Zed Zaidi: "Artis bukan untuk pancing undi. Artis sekarang dah mula bijak berhujah."

Kata Zed Zaidi: "Ia satu anjakan paradigma dalam industri seni. Maaf cakap, ahli politik kurang popular."

Zed Zaidi: "Mereka popular kena cipta kontroversi. Artis nak politik kena atas landasan betul. Biar jadi artis berpolitik yang berkualiti."

Zed Zaidi: "Saya anggapan mereka (artis) berhak menyertai politik."

Kata Zed Zaidi, "artis bukan lagi sekadar penghibur tetapi layak untuk jadi pemimpin."

Zed Zaidi juga kata, "kredibiliti perlu dengan pengetahuan yang tinggi dan kriteria tertentu seperti diploma atau ijazah."

Hairie berkata, "PKR dan PAS khususnya, kita diraikan dan diberikan peluang untuk dedahkan apa yang perlu."

Hairie berkata, "kita diberi peluang, walaupun tak menang, harus diberi peluang diri atas pentas bagi kongsi pendapat."

Hairie: "Tidak tepat untuk tuduh artis tidak laku baru mahu terlibat dengan politik. Saya bangga dengan pencapaian saya."

Hairie Othman: "Tidak tepat bahawa artis itu tidak laku, saya rasa bertuah kerana saya boleh berdiri sebaris dengan pemimpin PR."

Hairie Othman: "Kalau kita nak masuk politik untuk ditawar jawatan, perjuangan kita akan kecewa, lepas itu tidak join dah."

Moderator Wacana Sinar: "Artis sering dilihat takut untuk menyatakan pendirian politik mereka. Adakah kerana takut tak dapat cari makan? Apa pandangan?"

Shuhaimi Baba: "Kalau kita kata artis itu haram, ramai pemimpin di Parlimen juga haram."
Malah kata Shuhaimi Baba: "Ahli politik memang perlu berlakon, lagi banyak lakonannya lagi banyak nilainya."

Zed jawab: "Saya kurang setuju. Apabila artis masuk pembangkang sebab nak perjuangkan Islam, buatlah tapi sekarang sudah jadi lain."

Zed tambah, "Rakan artis pergi Gaza pun kena hentam. Pada saya, artis kena tahu hujah dan fakta supaya org makin sayang."

Malah kata Zed, "orang memang dah pandang negatif pada golongan artis ini, jangan ditambah."

Moderator: "Apakah artis ada satu sifat yang benar-benar bukan berlakon?"

Zed jawab: "Kalau untuk pelakon, cuma berlakon dalam teater atau layar perak saja.

Kata Zed lagi: "Kalau di luar, mereka real. Kalau anda kata YB itu berlakon, suruh dia berdaftar dengan Seniman sebab itu syarat wajib."

Shuhaimi Baba: "Artis digunakan untuk pancing undi, lazimnya dari dulu Hollywood, Bollywood, bezanya artis negara lain kaya."

Shuhaimi Baba: "Artis main peranan kalau pilih artis ada kebolehan, tidak mustahil masuk parlimen."

Soalan kepada panelis: "Kenapa Kelantan tiada pawagam, macam mana jika pembangkang ambil alih?"

Hairie: "Mungkin di Kelantan, rakyat nampak ada pawagam benda yang tidak elok."

Hairie: "Tidak mustahil kalau nanti ada sistem lebih baik, mereka akan terima pawagam di Kelantan."

Moderator: "Adakah Bob kesal menjadi artis?"

Bob Lokman jawab: "Saya tak kata saya menyesal jadi artis."

Moderator soal lagi: "Kenapa tak duduk sebagai artis dan bersihkan dalam industri?"

Jawab Bob Lokman, "saya tak kata jadi artis ini makan duit haram tetapi pinggan yang kita gunakan itu kotor."

Soalan kepada panelis: "Kenapa kita tidak mencipta lebih banyak filem kenegaraan?"

Shuhaimi Baba: "Filem saya tak boleh ditayangkan, ramai hentam apabila saya buat tak boleh ditayangkan pula.

Shuhaimi Baba: "Jadi masyarakat perlu terbuka. Contohnya parti pembangkang telah menghantar e-mel dan sebagainya."

Shuhaimi Baba: "... hakimi filem saya akan beri kesan buruk pada saya dan rakyat terutama pembangkang yang tak melihat tapi kutuk filem saya."

iPhone sudah ketinggalan, kata CEO BlackBerry

Posted: 26 Mar 2013 07:50 AM PDT


TORONTO: iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry.

Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS).
Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia.


Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang.

Thorsten Heins shows off the new BlackBerry Z10 (left) and the Q10

Kedua-dua telefon pintar versi skrin sesentuh dan model papan kecunci adalah sebahagian daripada usaha RIM untuk kembali semula di persada persaingan telefon pintar selepas Apple mengeluarkan iPhone pada 2007.

Heins berkata, kekurangan inovasi oleh Apple menyaksikan produk iPhone kini ketinggalan.

Katanya, pengguna iPhone yang keluar dan masuk aplikasi pada telefon pintar itu tidak membolehkan fungsi yang lebih meluas seperti BlackBerry Z10.

"Ia sama saja" kata Heins merujuk kepada iPhone.

Perisian terbaru RIM itu membolehkan pengguna melebarkan fungsi seperti di dalam komputer peribadi.

Sebagai contoh beliau berkata, seseorang yang menggunakan tidak perlu menutup aplikasi bagi memeriksa email. - AP

Ketua cawangan Pas tetap bertanding walaupun Nik Aziz tidak restu

Posted: 26 Mar 2013 03:51 AM PDT


K0TA BHARU 26 Mac - Ketua Pas Cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob tetap akan meneruskan hasrat bertanding atas tiket Bebas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, Kuala Krai walaupun tidak direstui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tegasnya, beliau akan hanya menarik balik keputusan itu sekiranya Pas meletakkan calon di kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana beranggapan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak relevan di Kuala Krai mahupun Kelantan.

"Alasan utama saya mahu bertanding kerana wakil rakyat yang ada sekarang tidak menjalankan tugas dengan baik selain PKR tidak mempunyai jentera dan hanya bergantung harap kepada jentera Pas ketika pilihan raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Nik Abdul Aziz percaya Pas akan 'jahanam' sekiranya semua pemimpin bawahan yang tidak bersetuju dengan keputusan parti itu keluar dan mahu bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, bagi mengelak berlaku perpecahan beliau mahu semua ahli Pas bersetuju dengan keputusan dibuat pemimpin Pusat dalam soal pemberian kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang.

Muhammad Bustaman berkata, calon PKR tidak akan dapat memastikan kemenangan pakatan pembangkang kerana parti itu tidak mempunyai pengaruh di negeri berkenaan.

"Saya percaya rakyat di peringkat akar umbi sependapat dengan saya, malah orang kampung dari mulut ke mulut bercakap PKR memang tidak ada harapan di Guchil dan kemungkinan besar hilang deposit sekiranya mereka bertanding," katanya. 


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...